Posted in Anak Malaysia, DAP, Puak berputar-belit

Bilamana beg diragut Anak Malaysia

Laporan suratkhabar The Guardian:

Dua kereta polis, sebuah bus dan beberapa kedai diserang dan dibakar di London utara pada malam Sabtu [Ogos 6]…

Rusuhan tercetus di Tottenham kerana rasa tidak puas hati khalayak umum ekoran seorang bernama Mark Duggan, 29, mati ditembak polis.

Rencana Guardian yang berjumlah 1,077 patah perkataan tersebut kabur perihal sebab-musabab Anak-anak British itu tiba-tiba mengganas sehingga cuba menyerbu balai polis, melontar batu-bata dan bom, memecahkan tingkap serta mengakibatkan 26 anggota polis tercedera.

Walaupun rencana Guardian itu panjang berjela-jela, namun kita tidak diberitahupun bahawa si mangsa yang ditembak mati polis itu berkulit hitam manakala pihak polis Metropolitan kebanyakannya berkulit putih.

Sekiranya Guardian ada menyebut bahawa Mark Duggan seorang berkulit hitam maka kita mungkin akan dapat meneka bahawa ianya melibatkan isu perkauman.

Sebenarnya Tottenham seringkali dirujuk sebagai kawasan orang kulit hitam kerana penduduknya ramai yang berketurunan Afrika-Caribbean ataupun berasal daripada etnik minoriti yang lain. Ia juga sebuah bandar miskin serta mempunyai kadar pengangguran yang tinggi di kalangan belianya. Hubungan polis dengan orang kulit hitam yang menetap di situ adalah amat tegang

Sikap Guardian yang begitu keberatan sekali hendak menyebut apakah bangsa seseorang itu lebih kurang sahaja dengan keengganan DAP 2.0 mengaku Cina tetapi sebaliknya beria-ia menggelar diri mereka Anak Malaysia.

Cuba bayangkan kalau ahli DAP yang sewaktu dengan Ng Wei Aik dan Hannah Yeoh pergi ke balai untuk membuat laporan polis tentang kes beg tangannya diragut.

Polis: Boleh puan cuba memberi diskripsi lelaki itu?

Puan DAP: Sekilas pandang, dia pendek dan gempal sedikit. Ada kumis.

Polis: Bangsa apa?

Puan DAP: Dia Anak Malaysia.

Polis: Eh? Dia orang Melayu ke, Cina ke, India ke, atau hape?

Puan DAP: Kan aku dah kata, dia Anak Malaysia.

(Parti DAP seolah-olah telah mengharamkan pengenalan dari segi bangsa.)

Author:

I have no Faceook or Twitter.