Posted in HIPOKRIT, Puak berputar-belit, Tukang ampu bodek

Sah Zairil Melayu, disijilkan Jabatan DAP-M’sian1st

The Star melaporkan bahawa Dr Ariffin Omar, 62, seorang profesor di Universiti Pertahanan baru-baru ini menyertai DAP. Ianya diumumkan pada satu sidang akhbar hari ini yang turut dihadiri Lim Guan Eng, Anthony Loke, Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, iaitu setiausaha politik Guan Eng.

Akhirnya DAP berjaya menghambat tokoh Melayu jati yang juga seorang terpelajar dan berlatarbelakang bidang hak asasi manusia. Tahniah diucapkan.

Namun DAP bersorak dengan berapa lantang pun, agaknya tidak ramai Melayu yang akan termakan umpan. Jangan disangka orangramai tidak tahu menilai dan melihat dengan biji mata sendiri.

Sebelum ini, Zairil lah kononnya muka Melayu DAP yang ditonjol-tonjolkan walaupun dia sendiri pernah mengaku ada sesetengah orang cenderong untuk menganggap wajahnya ada iras Cina. Berkecimpung dalam alam politik DAP, Zairil diiklankan di merata-rata untuk memujuk masyarakat tempatan bahawa DAP sebuah parti majmuk.

(a) Siapakah Zairil?

Christine Lim, Khir Johari -- gambar Star

Isteri Mohd Khir Johari, iaitu Kalsom Abdul Rahman, meninggal pada 1994 dan selang satu tahun, Khir bernikah dengan Christine Lim, emak kandung Zairil.

(b) Pipi tersorong-sorong

Hanya empat bulan selepas menyertai DAP, Zairil telah dilonjatkan untuk menjadi setpol Lim Guan Eng. Kalau Zairil seorang berbangsa India katakan — walau sehebat manapun dia dari segi bakat dan kelayakan — adakah bintangnya akan menyinar dengan begitu terang di cakerawala DAP? Pasti tidak.

Dan sekiranya Guan Eng melantik seorang setpol yang berbangsa Cina, adakah berita ini akan diheboh-hebohkan serta pegawai tersebut diperkenalkan kepada khalayak ramai dengan iringan kompang dan bunga manggar sekali?

Cuma DAP yang mahu mendagangkan nama Melayu Zairil riuh sekampung.

(c) Parti Raja Hipokrit

DAP galak mencanangkan politik baru ‘buta warna’ tetapi kenapa pula hendak ditekankan Zairil Melayu? Bukankah DAP yang selalu mendendangkan lagu yang mereka tidak memandang kepada warna kulit seseorang itu?

Sekiranya ada yang mengaku Melayu, umpamanya Muhyiddin Yassin atau A. Kadir Jasin, maka DAP dan penyokong-penyokong tegarnya akan sepantas kilat menggertak dan mencemuh individu itu sebagai ‘rasis’.

Namun siapakah yang menjemput para wartawan untuk membuat liputan pelantikan setpol yang ditegaskan DAP atas keMelayuannya ini? (Baca ‘KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu‘ — Malaysiakini)

Bukankan Hannah Yeoh dan Ng Wei Aik (seorang lagi setpol Lim Guan Eng) berkeras enggan mengaku diri mereka Cina? Ya-lah, haram jika mengenal diri sebagai Cina, mesti sebut diri Anak Malaysia.

(d) Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang …

Takkan Melayu hilang di AlamRia DAP?

Ahli-ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor:

  1. Jenice Lee
  2. Hannah Yeoh
  3. Charles Santiago
  4. Teng Chang Khim
  5. Ng Suee Lim
  6. Ean Yong Hian Wah
  7. Gobind Singh Deo
  8. Tony Pua
  9. Lau Weng San
  10. Teo Nie Ching
  11. Teresa Kok
  12. Tiew Way Keng
  13. S. Ramakrishnan
  14. Lim Soo Hong
  15. T. Kannan

DAP Perak:

  1. Ngeh Koo Ham
  2. V. Sivakumar
  3. A. Sivanesan
  4. M. Kulasegaran (?)
  5. Nga Kor Ming
  6. Ong Boon Piow
  7. Lim Pek Har
  8. Teh Hock Ke
  9. Wong Kah Woh
  10. Paul Yong Choo Kiong
  11. Teh Kok Lim
  12. Chen Fook Chye
  13. Yew Tian Hoe
  14. Leong Mee Meng

DAP Pulau Pinang:

  1. Chow Kon Yeow
  2. Prof P. Ramasamy
  3. Jagdeep Singh Deo
  4. Lim Hock Seng
  5. Ng Wei Aik
  6. Lim Hui Ying (adik perempuan Guan Eng)
  7. Wong Hon Wai
  8. Teh Yee Cheu
  9. Harvindar Singh
  10. Lay Hock Peng
  11. Chong Eng
  12. Gooi Seong Kin
  13. Law Heng Kiang
  14. Koay Teng Hai
  15. RSN Rayer
  16. Phee Boon Poh
  17. Lau Keng Ee
  18. Tan Hun Wooi
  19. Lim Siew Khim
  20. Zulkifli Mohd Noor (kalah pilihanraya peringkat parti tetapi dilantik untuk mengisi kuota — ke mana perginya cogankata ‘meritokrasi’ DAP itu?)

(e) Tu, seorang yang terlepas jerat

Mohamed Razali Abdul Rahman ialah bekas ahli DAP cawangan Jelutong (kawasan Parlimen Jeff Ooi, ketua staf Guan Eng).

Beliau keluar parti setelah timbul kemelut majlis kesyukuran tertutup di Pulau Pinang untuk paderi-paderi di sebuah hotel, yang juga membabitkan Jeff.

“Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

“Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu,” Mohamed Razali dipetik sebagai berkata. Jadi pandai-pandailah ambil ikhtibar.

_______________________________________________________________

Dr Mahathir Mohamad ketika ditemuramah Al-Jazeera (minit 6:35) mengungkap fasal 160 Perlembagaan Negara yang memberi takrifan bangsa ‘Melayu’.

Posting ini telah dikemaskini pada 11.30 malam, 9 Ogos 2011.

Author:

I have no Faceook or Twitter.