Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, HIPOKRIT

Mubaligh politik tersepit angkara DUMC

Seperti sirih pulang ke gagang, PAS berikhtiar kembali kepada tunjang perjuangan sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam, dijanjinya.

Jadi pasangan kahwin mutaahnya itu kenalah muhasabah diri juga.

Bagi pemimpin-pemimpin Kristian DAP yang masih enggan berdehem, isu Damansara Utara Methodist Church (DUMC) ibarat dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.

Putrajaya mahkota yang diidam

Kelompok yang paling kuat menyokong DAP ialah orang Cina dan penganut Kristian (termasuk Kristian bukan Cina).

Manakala kelompok yang paling galak dipinang oleh DAP ialah orang Melayu.

Pedati Pakatan yang dalam perjalanan rancak ke Putrajaya tidak dapat tidak terpaksa juga berbekalkan undi Melayu. Pemilih Melayulah yang bakal menjadi penentu siapa menang siapa tewas pilihanraya.

DAP cukup yakin undi Cina dan undi Kristian sudah dalam tangan. Golongan Cina dan Kristian dijangka akan memangkah roket biarpun parti itu meletakkan calon tunggul kayu.

Lantaran itu, DAP mengalih tumpuan kepada kaum Melayu yang dalam setahun dua ini ditatangnya bagai minyak yang penuh.

Helah untuk mencairkan Melayu

Pemimpin-pemimpin DAP mahu menampakkan yang mereka rela melebihkan Melayu bah lebih prihatin daripada para pemimpin Melayu sendiri.

Dari kiri: Teo Nie Ching (DAP), Elizabeth Wong (PKR), Hannah Yeoh (DAP)

Umum harus faham-fahamlah sama ada mereka itu ikhlas ataupun hanya bermuka-muka.

Tengok sahaja bagaimana Teresa Kok mendahului dalam mengucapkan Selamat Hari Raya beberapa hari lepas, tak kisahlah jika masyarakat Melayu masih sedang memenuhi tuntutan puasa apatah untuk sepanjang tiga minggu lagi.

Lim Guan Eng yang kiasu (maklumlah orang Tanjung … celup) mengeluarkan perutusan Ramadan Al-Mubarak 1431 A.H.nya sebelum sempat penyimpan mohor besar nak tengok anak bulan.

Disamping Adun dan wakil rakyat DAP (yang lelaki) memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis, Adun dan wakil rakyat (yang perempuan) turut menjajakan “Your Allah is my Allah” dengan membuat banyak lawatan ke surau dan masjid mengalahkan Dewan Muslimat.

Teo Nie Ching beraksi kung fu panda di perkarangan masjid

Evangelical Kristian tapi ketagih surau, Si Hannah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang “hidup untuk Tuhan”.

Berhubung kes Melayu murtad yang ingin memeluk agama Kristian, macam manakah ia akan ditangani DAP? Sekutunya PAS sudahpun menyatakan perdirian tegas mempertahankan kesucian Islam.

Bagi DAP pula kalau hendak sokong murtad masuk Kristian, nanti masyarakat Melayu tersinggung dan menjauh diri. Namun kalau tidak sokong, masyarakat Kristian pasti terkilan ahli jemaah mereka tidak dibela.

Maka kedua-dua Muslim dan Kristian menunggu DAP tunjuk belang.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Mubaligh politik tersepit angkara DUMC

Comments are closed.