Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Pengundi Cina jatuhkan talak tiga

Datang PRU13 nanti, MCA barangkali lingkup.

Masyarakat Cina tampak sudah enggan merujuk parti itu. Dirasakan mereka bahawa semua yang berkait dengan MCA tidak betul belaka. Begitulah nasib seorang isteri tua.

Pengganti mudanya ialah DAP, makwe bergincu yang siap menunggu di kamar beradu. Oleh kerana lebih mahir bersolek maka dapat DAP memaparkan dua wajah.

“DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu dan Inggeris demi menjaga hati orang bukan Cina yang mendengar ,” kata Tan Cheng Liang, timbalan setiausaha agung Wanita MCA merangkap ketua Wanita MCA Pulau Pinang.

Misalannya, DAP akan memuji kegemilangan tamadun Islam dalam bahasa Melayu, menyebut fasal kemuafakatan dalam bahasa Inggeris tetapi membelasah dalam bahasa Cina.

Gelagat barisan pembangkang serta para penyokongnya yang suka menabur fitnah serta memutar-belit telah menyebabkan Ti Lian Ker — seorang ahli jawatankuasa pusat MCA — menjadi kecil hati.

Baru-baru ini Ti mengumumkan bahawa beliau berkemungkinan besar akan menolak apa-apa pencalonan untuk bertanding kerusi pada pilihanraya umum akan datang.

Dari blog Ti Lian Ker

Saya terjemahkan beberapa perenggan secara ringkas daripada satu posting di blognya pada Ogos 16 (Selasa):

“Khayalak umum telah dididik pembangkang untuk biadab dan tidak bertanggungjawab dalam percakapan dan tindak-tanduk mereka. Pada suatu ketika dulu, masyarakat kita lebih bersopan santun, saling menghormati serta bisa bersikap adil.”

Ti menuduh pihak pembangkang sanggup dengan tanpa ragu-ragu atau rasa kesal menghasut para pemilih supaya berkasar dengan pemimpin BN serta melemparkan kata-kata kesat. Sementara itu, para pemimpin Pakatan yang sering dimanjakan akan terlepas dari kecaman.

Menurutnya, pengaruh yang dipegang ahli-ahli politik Pakatan dalam media baru yang tidak mengamalkan etika serta tatasusila telah menjadikan politikus-politikus pembangkang ini riak dan berperangai memualkan.

Katanya ketaksuban golongan anak muda yang mengagumi ikon-ikon Pakatan boleh membawa kepada budaya negatif dan membinasa.

“DAP had been successfully [sic] in spewing fire of lies and resort to racist taunts against MCA with labels such as running dogs, make Chinese angry, kow-tow, Umno slaves etc and they thrive on issues of latent dissatisfaction amongst the Chinese community such as quotas, privileges and religious advantages provided by the Constitution and institutionalized under the legal jurisdiction of the Malay Rulers in Council etc,” sambungnya lagi.

Namun beliau berpendapat bahawa dalam diam DAP menggadai juga hak-hak Cina kepada PKR dan PAS, memandangkan Buku Jingga dan manifesto Malaysia Baru tidak membayangkan citra ‘Malaysian Malaysia’ yang sekian lama didokong oleh parti tersebut.

Tambahnya lagi, DAP hanya mampu memperdayakan kaum marhaen dengan janji-janji manis yang belum ditunaikan.

Ronnie Liu dan Teresa Kok

Walaupun DAP asyik mengkritik MCA kerana kesanggupannya untuk bertolak-ansur dengan Umno, namun DAP sendiri juga merunduk, kata Ti. Kalau dahulu DAP melontarkan tohmahan terhadap kesediaan wakil-wakil rakyat MCA memakai songkok tatkala menghadiri upacara rasmi, sekarang pemimpin DAPlah yang berbaju Melayu demi mencari modal politik.

Demikianlah renungan Ti Lian Ker.

Pertaruhan ‘all or nothing’

MCA yang kini melukut di tepi gantang telah berjanji untuk berundur serta tidak akan menerima sebarang jawatan yang mungkin ditawarkan BN sekiranya parti itu gagal meraih sokongan pemilih Cina.

Ada satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “once having tasted blood”. Dalam konteks masyarakat Cina negara kita, terutamanya yang beragama Kristian, tidak mungkin lagi mereka menoleh ke belakang selepas mengecapi nikmat kuasa.

Orang Cina yang julung kali mengecap kuasa di Pulau Pinang dan Lembah Klang nekad bergantung harapan sepenuh-penuhnya kepada DAP. Tidak lagi takut kalau-kalau tersisih daripada kerajaan sekiranya MCA tumpas.

Kejayaan di PRU12 dan pilihanraya kecil Sibu serta pilihanraya negeri Sarawak nampaknya memberanikan orang Cina berjudi nasib all or nothing.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

7 thoughts on “Pengundi Cina jatuhkan talak tiga

  1. UMNO should play the same card. all or nothing. now that malay vote is back to UMNO (because we hate DAP), the time is just right

      1. Couldn’t agree more… Just let BN leaders’ know whether they are still wanted at their areas… This time, MCA vs DAP, no more excuses… no more give and take…

  2. Two years ago, I told one Chinese Pakatan MP of this senario I see in which the end game I see will be …. (cannot tell yet). He didn’t believe this highly polarised racial line of voting will occur.

    Nevertheless, the point I wanted to relay to him was that the so-called communal politics of UMNO-MCA-MIC had more practical sense and stabilising factor than the “Anak Cina anak saya, Anak India anak saya, Anak Melayu anak saya” of Anwar Ibrahim.

    Face this reality, our job, our career growth, our economic opportunity, our school, our education, our spoken language, our residential area, our workplace, our religion, … on and on is the list are still drawn on racial lines.

    If NEP failed to redress this disparity, why are there not other more effective policies to replace it or a more stringent implementation program.

    Maybe finetune also on poverty eradication and opportunity for non Bumiputeras.

    Unfortunately, since Pak dol and Pak Jib seemed to overawe with wunderboys spewing ideas which is essentially new terminologies of old ideas without any political economic reality check, we are resorting to a market determined free-for-all policies that will only inevitably widen this racial divide.

    If another “1969” senario reappears with the irreversible liberalisation and globalisation trend intact, wonder what policy options left unexplored?

  3. “memberanikan orang Cina berjudi nasib all or nothing“

    Gosh, where such false dichotomy come from?

  4. Both the MCA and DAP will be left in the lurch before PRU13 as Parti Keadilan will lose Anwar Ibrahim to prison and Pas, at the last minute, will decide to rejoin Barisan Nasional. The Chinese will be left with only DAP as their representatives in parliameny\t.
    My prediction is that the Malays and Bumiputras will unite before the next general elections. BN will regain Selangor, Kedah and retain Perak and Terengganu. They will also regain the two-third majority in parliament.

  5. At last BN realised the reality, no need to depend on chinese votes. Just concentrate on Malay votes to continue surviving. Najib too now realised the country cannot depend solely on meritocracy, but have to apply other ethnic factors to reduce the social ethnic imbalances

Comments are closed.