Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Tak berbaloi buat serangan pasif-agresif atas Jais

Sejak kebelakangan ini, orang Melayu-Muslim kerap dituduh melakukan ‘Christian bashing’, yakni menghentam orang Kristian.

Chan Lilian (seorang petugas pejabat media Lim Guan Eng) misalnya mengeluarkan tweet bahawa orang Kristian dianiaya. Dia juga menggesa supaya orang seagamanya mesti berani dan tabah serta “tidak tunduk” … kepada siapa? Baca sini.

Kalau mahu mendakwa bahawa golongan Kristian dizalimi – “all the persecution they had done to us” – diikutkan hujah Lilian, mesti juga seseorang itu yang menzalimi. Jadi siapakah yang disebut menganiaya? (Natijah “bukan kerajaan” sepertimana dinafikan Lilian, maka makhluk-makhluk biru smurfs lah yang bertanggungjawab kot.)

Sungguhpun kelompok Kristian amat gemar menggambarkan ahli-ahli masyarakat mereka sebagai mangsa (pasif macam Lilian), namun pada masa yang sama bos si Lilian asyik menghasut (agresif). Baca sini.

Sikap pasif-agresif juga ketara di kalangan sesetengah penulis licik yang membuat komentar sosio-politik serta para pembaca yang kuat melenting di Malaysiakini dan Malaysian Insider (portal-portal yang Ezam ugut hendak ‘bakar’, mungkin sebab itu).

DUMC gereja atau gedung di sisi undang-undang?

Baru-baru ini Jais dikritik dengan hebatnya atas ‘serbuan’/‘pemeriksaan’ DUMC walau hakikatnya Jais bertindak dalam lingkungan bidang kuasanya yang sah.

Peruntukan yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam adalah disediakan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) negeri Selangor tahun 1988 manakala orang Melayu yang bersabit kesalahan boleh didakwa di bawah beberapa seksyen tertentu Enakmen Jenayah Syariah.

Akan tetapi penyokong-penyokong DUMC masih terus menyerang Jais bertubi-tubi kononnya mencerobohi ‘gereja’ tanpa waran geledah (search warrant).

Selama ini, Jais banyak membuat serbuan (khalwat, premis kilang makanan tidak halal, dsb) dan belum pernah kita dengar badan penguatkuasa tersebut terpaksa memakai waran geledah.

Tambahan lagi, Dream Centre mengingkari undang-undang. Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebenarnya tidak meluluskan bangunan itu yang letaknya di sebuah kawasan perkilangan untuk beroperasi sebagai rumah ibadat.

Daripada mencari gaduh dengan orang Melayu, baik mereka yang tidak berpuashati dengan Jais meminta sahaja supaya undang-undang dipinda; ini memandangkan undang-undang yang sedia ada meletakkan DUMC di pihak yang salah.

Di dalam sebuah demokrasi, undang-undang akan digubah di Parlimen dan dewan perundangan negeri (DUN). Adun-adun yang bekerja menggubal undang-undang boleh berusaha supaya dimansuhkan undang-undang yang tidak adil ataupun ketinggalan zaman.

DUMC letaknya di Selangor yang diperintah Pakatan. Dan ada juga di antara Adun-adun dan exco kerajaan negeri yang evengelis Kristian, bukan? Serta Guan Eng, Teresa Kok dan Hannah Yeoh dilaporkan menghadiri servis di gereja ini pada hari Ahad 7 Ogos (empat hari selepas serbuan Jais).

Terserahlah kepada Adun untuk bertindak

Kenapa orang Kristian yang tampak begitu marah sekali tidak pula merayu kepada wakil-wakil rakyat mereka? Kegiatan-kegiatan Jais yang dikatakan mereka menimbulkan pergeseran antara kaum mampu dibendung undang-undang.

Apapun, buatlah dengan betul dan mengikut tatacara. Seterusnya undang-undang yang dianggap mencengkam hak kebebasan agama bukannya tidak boleh dikaji semula oleh Adun-adun yang majoriti Pakatan di DUN Selangor.

Puak Kristian yang sibuk melalak di alam siber sudah tersilap sasaran agaknya. Lebih berbaloi sekiranya mereka merujuk kepada Adun-adun yang begitu disanjungi pembangkang supaya mengambil langkah serta tindakan yang sewajarnya. 

Baca juga Mubaligh politik tersepit angkara DUMC.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Tak berbaloi buat serangan pasif-agresif atas Jais

  1. Yang kita dok cuti hari Ahad tu, ikut ugama sapa. Sampai kelas pengajian Quran pun kena buat pagi Ahad. Ngapa tak kita cuti hari Jumaat? Org Islam boleh sembayang kat perumahan, kurang sesak jalanraya. Pekerja tak perlu bergegas2 rushing waktu sembayang Jumaat. Sapa kata Xtian ditindas???

    1. betul tu xulong….biasalah akal manusia pendek..lagi2 kafir laknatullah ni….sikit2 ditindas kepala bapak dia…yang dia pergi bawak org melayu masuk gereja tu per hal….bukannya nak bagi bantuan duit, pergi join xtvt….

      yg org islam kita ni pun satu, penat perjuangkan cuti hari jumaat….dulu kat johor melaka elok2 cuti jumaat pergi ditukar….. ni semua bangang..kalau puak2 islam ni kata nak bela islam, perjuangkan dulu benda2 ni…cuti jumaat,, undang-undang islam diutamakan, fungsi mahkamah syariah di tingkatkan…..

      1. xulang & xxx:
        Jumaat nak cuti? Ahad masuk kerja balik? Selalunya business transactions segala macam tak berjalan hari Ahad, jadi kebanyakkan syarikat kena habiskan kerja sebelum hari minggu. Syarikat yang handle international accounts, lagi la kena kerja di hari minggu pasal perbezaan hari dan waktu. Orang bukan Islam la rugi, kena siapkan kerja kita yang tertunggak sebab cuti time hari Jumaat & agak susah la Malaysian companies nak hire orang Islam bekerja. Tak gitu?

  2. Anak malaysia,
    Israel bekerja hari Ahad dan cuti hari Sabtu. Tak beri apa2 kesan kepada keberkesanan hubungan mereka dengan USA.

    Kita ni dah 500 tahun dipaksa cuti hari Ahad bermula dengan ketibaan Francis Xavier. Dizaman internet dan borderless ni, masih ada penagguhan kerja akibat beda hari kerja ka? Syarikat konsultan di Malaysia buat kerja di sini diwaktu siang dan e-mail hasilnya ke London yang masih malam. Tak der masalah pun. Janganlah ketinggalan zaman sangat.

    Kamu lihat bagaimana pekerja2 Musim rushing waktu sembahyang Jumaat. Kalau kita bekerja hari Ahad, kawan2 Kristian boleh dibenarkan masuk lambat pada pukul 10.30 pagi supaya mereka boleh menghadiri servis di gereja. Impak ketidakhadiran mereka diantara jam 8.00 hingga 10.30 adalah kurang kerana mereka adalah golongan minoriti.

Comments are closed.