Saudari Helen
Saya baru sahaja dimaklumkan berkenaan posting ini. Saya juga telah membaca komen Syahredzan dan jawapan saudari.
Bagi saya, prinsip-prinsip hak-hak asasi antarabangsa mengutarakan kedudukan bahawa semua manusia mempunyai kebebasan beragama. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan bijaksana saya dalam mewakili rakyat yang ingin menukar agama adalah berdasarkan, antara lainnya, prinsip-prinsip tersebut yang kami memahami juga dirangkumi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Posting saudari yang mengkaitkan kes-kes anakguam-anakguam kami dengan isu DUMC mungkin akan diputarbelitkan untuk agenda-agenda tersendiri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai penjelasan, kes-kes anakguam-anakguam kami adalah secara amnya kes-kes di mana mereka telah menganuti agama-agama lain kemudiannya untuk alasan-alasan tersendiri (seperti ingin berkahwin) menukar menganuti agama Islam, dan kini ingin menukar balik menganuti agama-agama lain.
Kes-kes yang saya bincangkan dalam tweet-tweet saya secara langsung tidak kena-mengena dengan isu DUMC. Malahan, saya berpendapat bahawa semua pihak berkuasa relevan perlu menerimapakai kedudukan yang konsisten dalam membenarkan kebebasan beragama di negara ini. Hanya apabila sebuah negara mengamalkan kebebasan beragama yang tulen, rakyat dapat hidup secara aman damai dan semua agama dapat berkembang untuk kebaikan negara tersebut.
Edmund Bon Tai Soon
24 Ogos 2011
______________________________________________________________
(Klik pada rajah untuk membaca rencana penuh)
IMBAS KEMBALI
(Atas) Kiriman balas Edmund kepada posting Ogos 14 saya.
Selain mengulangi pendirian saya menyokong Perkara 11, ingin juga saya di sini menterjemahkan beberapa perenggan kenyataan yang dikeluarkan Zaid Ibrahim, presiden parti KITA mengulas kejadian tempoh hari di DUMC.
(Klik pada rajah untuk membaca rencana penuh)
“KITA satu-satunya parti politik dalam negara yang berani mempertahankan Perkara 11 Perlembagaan Negara yang menaungi dan melindungi hak kebebasan beragama. Parti KITA percaya bahawa kebebasan ini milik semua — Muslim dan bukan Muslim — dan ianya hak asasi setiap insan.”
Nukilan
Zaid Ibrahim: “Perkara yang sama akan berulang di lain-lain tempat di negara kelak. Jais akan terus dengan serbuan-serbuannya dan lebih ramai lagi Muslim akan dihukum kerana mereka mengkehendaki kebebasan beragama. PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tidak akan mendokong tafsiran benar/sahih bagi Perkara 11 atas alasan [dan menjaga kepentingan diri] masing-masing.
“PAS tidak akan memberi sokongan kepada Perkara 11 sebab mereka merasakan sebagai Muslim salih, mereka tidak sepatutnya mengizinkan ruang yang membolehkan umat untuk memilih [apa agama yang harus dianuti]. Sekiranya kelonggaran diberi, mungkin Muslim yang tidak cukup kuat iman mereka akan mengambil kesempatan untuk meninggalkan Islam.
“Anwar tidak akan menyokong Perkara 11 sebab langkah ini mungkin menggugat peluangnya menjadi Perdana Menteri.
“DAP tidak akan menyokong sebab mereka tidak mahu kehilangan undi, serta mereka mahu kekal bertapak di Pulau Pinang. Daripada ini tahulah kita kenapa Pakatan Rakyat yang begitu gemar memaparkan diri mereka sebagai ‘pejuang kebebasan yang disegani’ telah terpaksa mengeluarkan perintah tutup mulut supaya para pemimpin mereka tidak memberi komen tentang kemelut Jais itu.
“Isu-isu sensitif ini tak payah ditangani – itulah mesej tersirat yang disampaikan oleh pucuk pimpinan Pakatan. Yang utama sekali, pembangkang perlu [mengambil alih tampuk kuasa] di Putrajaya terlebih dahulu.
“Namun KITA bukan seperti parti-parti lain yang enggan mendepani isu mendesak. Sekiranya KITA menerajui kerajaan, kami akan menangani kekalutan ini dengan merujuk Perkara 11 kepada suatu Mahkamah Perlembagaan yang akan diwujudkan nanti mengikut lunas undang-undang.”
Our motto would be, “To each his own.” (Cogankata kami adalah, ‘Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku’.)
Tambah Zaid lagi, masalah yang kita alami sekarang timbul dari kekalutan yang diibaratkannya sebagai keadaan ‘Jekyll and Hyde’ [pengertian: seorang yang perwatakannya dibelah dua].
Zaid juga berkata politikus-politikus Pakatan enggan menyentuh isu Jais lawan DUMC tersebut kerana takut populariti mereka akan terjejas.
_______________________________________________________________________
Zaid seorang-seorang sahaja tokoh politik yang pernah menunjukkan keprihatin terhadap kes Tan Yi Min. – Helen Ang
Nice attempt at spin by Mr Edmund Bon. But his trying to divert the issue does not resolve it. So what if his tweets indeed have nothing to do with the DUMC 12? His one tweet still specifically mentioned that the right of his clients to leave Islam is/was being denied.
The fact still remains: Mr Edmund Bon is trying to get approval for Muslims to become apostates.
“…mereka telah menganuti agama-agama lain kemudiannya untuk alasan-alasan tersendiri (seperti ingin berkahwin) menukar menganuti agama Islam, dan kini ingin menukar balik menganuti agama-agama lain” is not a legitimate defense in Islam. Once you are in, you are in. So you better be sure what you’re getting yourself into. To people who believe, religion is not some jacket you can put on or take off as and when you see fit, Mr Bon.
And may I say that Mr Zaid’s motto, “Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku”, is a Quranic verse that has been quoted terribly out of context?
______________________________________________________
Dear Tembeleng,
Zaid’s words were “To each his own.”
Taking into account the context of his statement and entire discussion, I had translated the phrase into BM to say “”Untuk kamu agama kamu …”.
Therefore the responsibility for the Malay phrasing as it appears above lies with me although I believe that my interpretation has kept to the spirit and intent of Zaid/KITA’s motto expressed in English.
Thank you,
Helen
Postscript:
Tembeleng, if you wish to elaborate on the proper context of the verse in Surah al-Kafirun, please go ahead. You have this space and I would genuinely appreciate your interpretation.
The reason I’ve chosen to post in BM is b’cos I meant this blog for the purpose of engagement. So that both sides can put across our views to each other without the usual politicking found in partisan media and its attendant hostility.
I think, so far, all the participants (readers who have left comments) have done well in this regard, with the exception of a small handful of DAP diehards.
By now every Malaysian should know or be made to understand that in Islam, nobody can go murtad. If you are born a Muslim or have declared yourself to be a Muslim, you must stay a Muslim until you die.
And that rule is not to be questioned because it is God’s command.
So any Muslim who supports the principle of religious freedom, where it concerns Muslims, is deviant or sort of murtad already.
One of the principles in the so-called social contract, thrashed out just before the Malays agreed to accept more than a million immigrants to be citizens of this country was this:
We are Muslims so please do not try to disturb our religious beliefs and practices and never try to convert us to your religion.
Is that too much too ask for being so kind?
Kebebasan beragama harus hidup subur di Malaysia. Kebebasan memilih dan pertukaran agama bukanlah kesalahan dan bukan jenayah, Kenapa seseorang itu harus disekat kebebasannya terutama orang yang beragama islam yg ingin menukar agama pilihannya? Anda tidak seharusnya memaksa seseorang itu menerima agama anda, dan anda tidak seharusnya menyekat kebebasan seseorang yg seagama dengan anda untuk memilih agama pilihannya. Hanya keluar drp agama islam tidak sepatutnya di chop sebagai MURTAD. D Malaysia seseorang itu kelihatan seolah olah setia kepada agama islam bukan kerana takut kepada Allah, tetapi takut kepada peraturan peraturan yang digubal oleh manusia seperti didenda atau dipanjara sekiranya keluar islam. Mempunyai pengikut agama yg ramai tidak semestinya mencerminkan kebenaran agama, dan agama yang sedikit pengikutnya juga tidak semestinya agama tersebut tidak benar. Sebab ada Nas yg mengatakan; besar dan lebarlah jalan yang menuju kebinasaan tetapi jalan yang sempit menuju kehidupan yang kekal n damai sejahtera. Kebanyakan orang memilih jalan yg besar dan lebar. . . . . .
Pasti ini dakyah penganut Kristian. Kenapa sibuk hendak memurtadkan orang Islam padahal penganut Kristian makin berkurangan. Di Eropah, kajian mendapati cuma 20 peratus rakyatnya menghadiri upacara di gereja setiap Ahad. Puak 20 peratus itu belum tentu mengamal suruhan agama mereka dengan tekun.