Diistilahkan ‘dalang’ dalam bidang politik atas sebab Tok Dalang — yang peranannya merangkumi penerbit skrip, pengarah serta produser — adalah bos di sebalik tabir.
*** *** ***
Menjelang lebaran, ore Kelate yang duduk KL akan berpusu-pusulah balik ke kampung. Cakap fasal merantau ini, Lenka seorang pelakon dan penyanyi Australia nampaknya mendapat ilham dari seni Nusantara.
Video muzik Lenka yang diciptanya bersama artis visual James Gulliver Hancock adalah sebuah wayang kulit yang agak popular dengan sudah mencatat 6.93 juta hits. (YouTube di bawah)
Warisan Kelantan
Secara tradisi, patung wayang kulit Kelantan biasanya bersaiz lebih kurang 75sm x 30sm, dan diperbuat daripada belulang yang dikeringkan. Tulang-tulang patung (tempat memegang) diperbuat daripada kayu atau buluh, dan juga menggerakkan sebelah tangan pada patung itu.
Panggung wayang merupakan sebuah pondok kecil yang letaknya lebih satu meter dari tanah. Ia buatan kayu beratapkan nipah dan depannya direntang tabir putih. Pada zaman dulu, lampu minyak kelapa bersumbu benang digunakan untuk menghasilkan bayang-bayang.
Persembahan wayang kulit diringi para pemuzik yang terdiri daripada:
- peniup serunai
- 2 pemain geduk
- 2 pemain gendang
- 2 pemain gedombak
- pemain gong
Selain memberi suara yang berbeza kepada tiap-taip patung, dalang yang duduk bersila belakang pentas juga memberi arahan kepada ahli bunyi-bunyian.
Semasa Dalang bercakap, muzik senyap tetapi lepas Dalang bercakap muzik berbunyi. Beliau memberi isyarat supaya muzik dimulakan atau berhenti dengan pemintit (wooden clapper). Alat ini juga digunakan untuk menunjukkan kehebatan adegan perkelahian.
Butir-butir maklumat di atas dicekup daripada karangan ‘Hiburan Tradisional Kelantan’ oleh Hamidah Yaacob, seorang penulis berkelulusan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Tok Dalang tanahair yang paling mashyur ialah Hamzah Awang Amat. Beliau memenangi Anugerah Seni Negara pada tahun 1993 serta banyak lagi pengiktirafan serantau dan antarabangsa. Pak Hamzah dan kumpulannya Seri Setia Wayang Kulit pernah melawat 10 negara Europa di bawah tajaan Unesco.
Blogger ini bertuah kerana dapat berjumpa Pak Hamzah di Kota Bharu dan juga di KL sebelum beliau meninggal.
Informasinya menarik, selamat dan semoga sukses selalu