Fakta menarik: Dua pertiga daripada orang keturunan Arab yang bermastautin di Amerika Syarikat adalah Kristian. Akan tetapi ramai pula (mungkin sebanyak satu perlima sehingga satu pertiga) orang berkulit hitam Amerika, yakni keturunan Afrika ataupun Negro, dianggarkan Muslim.
Kumpulan besar etnik Muslim yang seterusnya ialah orang Arab and Asia Selatan (orang India, Pakistan, Bangladesh, dan Afghanistan).
Pendatang Muslim di AS secara keseluruhannya mempunyai taraf pendidikan serta pendapatan pada suatu paras yang setanding dengan masyarakat umum.
Tahap pendidikan | Muslim |
Umum |
Sarjana | 10% | 9% |
Universiti | 14% | 16% |
Kolej | 23% | 29% |
Sekolah menengah | 32% | 30% |
Tidak habis persekolahan | 21% | 16% |
.
Sebanyak 19 peratus orang Muslim AS memperolehi pendapatan tahunan isi rumah AS$100,000 dan ke atas (berbanding 17 peratus secara puratanya bagi umum). Ia mungkin disebabkan tumpuan mereka di dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal, terutamanya IT, pendidikan, perubatan, perundangan, dan dunia korporat.
Pendapatan tahunan isi rumah |
Muslim |
Umum |
$100,000 | 16% | 17% |
$75,000 – $95,000 | 10% | 11% |
$50,000 – $74,999 | 15% | 16% |
$30,000 – $49,999 | 24% | 23% |
Kurang $30,000 | 35% | 33% |
.
Sukar untuk mengukur saiz penduduk Muslim di AS kerana bancian negara tersebut tidak merekodkan agama seseorang itu. Dianggarkan antara 2 juta dan 7 juta menganuti Islam.

Namun jumlah bilangan Muslim nampak ketara telah berkembang berikutan bertambahnya penghijrahan, kadar kelahiran yang tinggi serta lebih ramai yang memeluk Islam.
Sebuah kajian Pew Research Center pada 2007 mendapati 65 peratus orang Muslim adalah pendatang generasi pertama serta 61 peratus daripada mereka tiba di AS dalam tahun1990-an ataupun dalam lingkungan dekad ini.
Lebih kurang suku daripada Muslim AS berasal dari benua kecil India. Yang selebihnya termasuk orang Turki, Iran, Bosnia, Melayu, Indonesia, Nigeria, Somalia, Liberia, Kenya dan Senegal.
Yang lahir di AS berjaya mengintegrasi dengan masyarakat setempat sementara pendatang baru juga mampu menyesuaikan diri kepada cara hidup Amerika.

Terjemahan dan ringkasan ‘Muslims in America – A Statistical Portrait’
SUMBER:
Perangkaan: Muslim Americans: Middle Class and Mostly Mainstream, dan Pew Research Center, May 22, 2007. Teks: Strengthening America: The Civic and Political Integration of Muslim Americans, The Chicago Council on Global Affairs, © 2007.