Posted in DAP, Pulau Pinang

Cina tidak lagi komunis malah DAP-lalaland kapitalis gagah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekarang nampaknya ada ‘kenalan’ baru VVIP bergelar Tan Sri dan yang kaya-raya.

Penduduk Kampung Buah Pala diusir.

Salah seorang daripada mereka ialah Tan Kok Ping, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang sudah beralih angin kepada DAP.

Dalam laporan berita lain, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dipetik sebagai berkata:

“Saya dapat tahu, Guan Eng banyak kali berjumpa dengan [jutawan Vincent] Tan sebelum pembelian tanah ini, namun mengapa ia dilakukan secara tersembunyi?”

Berjaya Land Bhd, iaitu syarikat Vincent Tan, membeli 57.3 ekar tanah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta atas persetujuan jual-dan-beli bersyarat (conditional S&P).

Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk tapak Kelab Lumba Kuda itu dianggarkan RM1.5 bilion dan akan dibina ‘gated housing’ (tempat kediaman berpagar dengan pengawal keselamatan swasta), rumah semi-D dan kondo-kondo.

Klik untuk baca rencana penuh

Kerajaan negeri Pulau Pinang amat tergesa-gesa untuk membolehkan para developer membina lebih banyak rumah, lebih banyak apartmen, lebih banyak kompleks membeli-belah dan lebih banyak pejabat komersial dengan secepat mungkin tanpa banyak sekatan.

Corak pembangunan ini bukannya akan memanfaatkan golongan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan-rendah.

$$$

Projek-projek lain yang melibatkan para kapitalis besar di Pulau Pinang ialah belian tanah di Queensbay, Bayan Lepas untuk RM160 juta oleh CP Land Sdn Bhd. (Sumber: NST, 27 Julai 2011)

Ivory Property Group Bhd juga mengumumkan ia berjaya membida sebidang tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara. (Sumber: NST, 27 Julai 2011). Jika dibuat kiraan, transaksi tersebut bernilai lebih kurang satu bilion ringgit.

Ivory juga bersetuju (dengan syarat) untuk membeli setengah hektar tanah milik mutlak (freehold) di Batu Ferringhi pada harga RM25 juta. (Sumber: NST, 16 Jun 2011)

Batu Ferringhi sebagaimana yang diketahui umum adalah kawasan pelancongan pantai dengan hotel lima bintang.

Selain itu, Ivory Properties Bhd akan mengusahakan ‘reclaimed land’ (tanah tebusguna) seluas 35 ekar dengan anggaran GDV RM10 bilion, menurut sebuah laporan AmBank baru-baru ini.

Manakala di pusat bandar George Town, Mah Sing Group Bhd memperolehi 3.38 ekar tanah milik mutlak untuk RM38.6 juta. (Sumber: The Edge Financial Daily, 19 Okt 2010).

Secara keseluruhannya, Mah Sing akan membangunkan 95 ekar tanah belah pulau di beberapa lokasi utama dengan anggaran GDV RM1.6 bilion.

IJM Land pula akan membangunkan 103 ekar pembinaan hotel, pejabat korporat, rumah kedai dll dengan nilai RM5 bilion.

Suiwah Corp Bhd, lebih dikenali dengan nama ‘Sunshine’ di Pulau Pinang, dikhabarkan bergandingan dengan Qingjan Group Co Ltd (sebuah syarikat pembinaan China) untuk membangunkan sebuah projek bernilai berbilion ringgit.

Suiwah juga terlibat dalam satu projek di tapak 3.6 hektar di Farlim yang mana GDVnya dianggarkan satu billion ringgit. Projek ini akan merangkumi tiga blok bangunan 38-tingkat, 270 buah pangsapuri servis (service apartments), 140 ‘pejabat rumah’ (home office) dll.

Lebih 40,000 buah rumah sedang dibina di Pulau Pinang masakini. Namun rakyat marhaen tidak akan mampu membeli rumah kerana pendapatan mereka tidak mencukupi. (Baca ‘Rumah kos rendah: Adakah usaha kerajaan P Pinang mencukupi?‘ oleh Anil Netto, seorang wartawan bebas)

Klik untuk baca rencana penuh

Untuk membiayai pinjaman bank atas sebuah kondo yang harganya RM300,000 ke atas, si pembeli harus mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM8,000 dan RM10,000.

Ini sebut kondo sahaja; rumah berhalaman lagilah mahal. Memang di Pulau Pinang terdapatnya ‘property bubble’. Ekoran spekulasi berleluasa, harga rumah pun melambung naik.

Hanya orang berada yang boleh memiliki harta, misalnya, di Seri Tanjung Pinang Fasa Dua — sebuah projek 740 ekar oleh Eastern & Oriental Bhd (E&O ialah developer yang berprestij). GVD projek tersebut ialah RM12 bilion.

Pada tahun depan, Sunway City Bhd akan melancarkan fasa pertama Sunway Hill Residence di Sungai Ara dengan kesemuanya berjumlah 600 unit rumah dan kondo (81 ekar, GDV satu bilion ringgit).

Jadi, faham-fahamlah kenapa DAP akan berjuang dengan begitu gigih sekali untuk terus mentadbir Treasure Island di utara semenanjung.

Baca juga Business Times dan Star Property.

__________________________________________________________________________

Update: Siapa yang jual laut lagi?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Cina tidak lagi komunis malah DAP-lalaland kapitalis gagah

  1. Ketika bercuti di Pulau Pinang Mei lalu, seorang kawan memberitahu kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng sedang berusaha ‘menghalau” segelintir orang Melayu yang tinggal di tepi pantai Tanjung Tokong supaya tanah mereka boleh diambil dan diserahkan kepada pemaju untuk dibina kondominium, pasaraya mewah dan rumah-rumah mewah.
    Saya amat tidak setuju dengan konsep gated community ini kerana golongan kaya ingin berlindung dari rakyat marhaen yang dianggap perompak dan perogol.
    Memanglah si kaya tinggal selesa di kawasan berpagar tetapi apabila mereka keluar dari rumah untuk ke mana-mana, mereka bakal ‘diratah’ oleh manusia-manusia criminal ini.
    Lebih baik semua orang berusaha melahirkan generasi dan masyarakat yang bersopan santun daripada membina kawasan kediaman yang melebarkan jurang antara si kaya dan si miskin dan si bertamadun dan si penjenayah.

  2. Masih ada lagi Melayu Islam sanjung LGM. Betapa cacatnya pemikiran melayu seperti ini.

    Persoalannya bukan sahaja Melayu Malah Cina dan India yang Marhaen habis di halau daripada Pulau Pinang…

  3. Masa depan Penang mungkin didiami oleh konsep FEUDAL Tuan Tanah & Hamba, master slave..

    Kerajaan mengimport modal dari bilionaire luar bukan untuk mencipta peluang ekonomi..tetapi menjurangkan sosio-ekonomi masyarakat..

    identiti asia seperti tradisional kampung buah pala dsb diganti oleh Golongan Kiasu yang memikirkan wang satu2nya jalan kebahagian..walhal dulunya dikampung2 & pekan2 kecil masyarakat selamat, aman & bahagia walau dalam serba kekurangan..

    Cara hidup bersantai akan berganti penuh kongkongan & pemimpin politik tidak lagi ada nilah kemanusiaa, hanyalah golongan yg dibeli oleh Master2 ini.

  4. Ini semua adalah penipuan belaka. Project mewah E & O tidak akan ada pembeli.

    Sebab itu Wan Azmi dan kuncu Cina Tham telah menjual kepada Bakke pada harga 60% lebih tinggi dari harga market.

    Kenapa?

    Ya cash, tunai sape ada duit banyak macam itu? Sime Darby sape punya? PNB. PNB duit sape? Ya duit simpanan orang Melayu!

    Musang Hitam diam saje.

    Perniagaan yang bagus ke beli 60% lebih tinggi? Jangan takut siar komen ini. Sime Darby atau Musa Hitam atau Bakke takkan saman.
    Buat malu je di mahkamah. Lebih cepat orang Melayu lupa lagi bagus.

    Mana ada orang gaji tinggi untuk beli rumah mahal? Boleh kira dengan jari jumlah yang gaji tinggi sampa 20 k sebulan.

    Tunggulah bubble burst, sime darby rugi lagi.. Sime is strong kata the star. it can stand another billion robbery…
    ________________________________________________

    Edited.– Helen

  5. The hurry to develop Treasure Island is the direct result of LKY’s curtesy call on LGE immediately after GE 12. The strategy is to chase Malays out of Penang and make it a clear Chinese majority state. And everyone knows the Chinese had already colluded not to vote in BN. Bye bye Melayu! BTW, Tanah Melayu tinggal berapa negeri saja lagi, yer?

    1. Your remarks is very racist. You must be UMNO crony commentator. Malaysia is capitalist economy not communist. Do you understand the concept of capitalist? when Singapore developed into industrialised nation does the Malays run away or do the Chinese chased away the Malay? The strongest survive. When Penang developed with lots of employment opportunity, Malaysia of all races will swarmed to Penang state cos other UMNO’s dominated state economy are in shambles.

  6. I must disagree with your sentence ‘Chase Malays out of Penang’.
    But I do agree tat some of their policies since BN period until PKR now still the same which widen the gap between the rich and poor.
    U guys can take a look at Macallum, Hong Seng Estate, Tanah Tembak, etc. where there are still a lot of poor chinese & Indian staying. U will find tat the condition is the same as poor Malay community.
    Also, do u guys know tat it is MALAY who own most units of IJM Platino and may hi-end supercondo where selling price is more than RM800k per unit?
    Wat i wana say is, this is not a racial issue! Either BN or PKR, gap between the poor and the rich still need to be improve!!!!

    We need to against wat ever policies tat is ‘Protect the RICH’.

    1. PG5, you are right. Cant you see here only is a platform for someone to defame others party. Save your energy and i believe those who care for people, stand for people and act for people will deserve to win the election. Tired of race politic, look at America, although huge disparity between white and black. They still got Obama. What we got? Only hatred and non-stop political fighting.

    2. Why dun you go to Shah Alam and Putrajaya and see all the big bungalows, condominiums, houses and golf clubs. Who owns the property and golf membership? Bukit Tunku, Taman Tun Razak, Taman Melawati? Isn’t those are Malay Muslim houses? If Malaysian cannot afford to live in premium places, there is sub-urban. As an Island of Penang is developed and moving uptrend, the poor will move to south of the Island or to the Seberang Prai. Land is premium. Market demand will decide the property value. Property and land are like market shares, it is very speculative. Look at Mortgage sub-prime issue in USA, the property value depreciate by as much as 75%. these are the risk, but there is also demand. If Penang state economy does well property value will continue to appreciate no matter it is new or old property.

  7. We are not concern about your wealth, we are much concern about how greedy your was to took over Malaysia as you had to look over back the history that chinese is just a immigrant, some of the, are good but most of it is just good at manipulate things and hiding the facts, in facts you, your Chin Peng, lee kuan yew and lim guan eng is infact a communist to our land..dont too much said the strongest win, as we can enter your house, chase you away and we climed that we are the owner of the house that belong to you before, and that vary moment we just said the stongest win..is that you want?? Btw that is what are u apply now to us..

Comments are closed.