Di mana bumi dipijak, di situ warong dikunjung.
Akan tetapi makanan gerai pun bukannya murah lagi.

Kedai 1Malaysia — yang diilhamkan cogankata Perdana Menteri — menjual sesetengah barangan asas pada harga lebih murah daripada pasaran.
Namun adakah peniagaan runcit 1Malaysia sebenarnya ditampung subsidi yang dibiayai dana awam (baca: pembayar cukai), tanya Junz Wong, penolong setiausaha DAP Sabah. Dan adakah kelebihan kedai-kedai 1Malaysia — hasil daripada menikmati naungan politik — seterusnya akan memudaratkan kedai-kedai runcit kecil yang tidak mampu bersaing?
Seorang bekas wartawan A. Ghani Ismail telah menulis dalam blognya:
The BN is in big trouble for failing to manage the prices of food, fuel and every other essential item.
Ghani berkata harga daging RM22 sekilo sekarang adalah dua kali ganda; setahun lepas ianya RM10. Harga ikan juga makin tinggi manakala kos satu pek keju RM9 lebih, berbanding hanya RM2.50 dua tahun sebelum ini.
Beliau menjangka bahawa jika harga barang terus naik, ia akan menimbulkan tekanan hebat terhadap Barisan Nasional dari segi kian ramai pemilih tidak berpuas hati.
BN bakal ditumpaskan inflasi
Ghani membuat tilikan bahawa Barisan Nasional mungkin akan tumbang di kesemua negeri-negeri semenanjung kecuali Pahang, Johor dan Melaka. Kesudahan pilihanraya akan terserah kepada penduduk Sabah (32 kumpulan etnik) and Sarawak (30 etnik) yang memegang undi penentu.
Rasa-rasanya pun begitulah jika diikutkan bacaan saya, yakni BN akan hilang undi popular (iaitu kalah angka mutlak). Selain sekadar tekaan orangramai di kedai kopi dan tinjauan pendapat, mungkin intel ataupun perisik sahaja yang boleh memberikan ramalan jitu sentimen rakyat.
(P. Uthayakumar pernah memberitahu saya dalam satu temuramah bahawa dia terperanjat begitu ramai kaum India mengambil bahagian dalam perhimpunan raksasa Hindraf. Beliau berkata Special Branch sebenarnya lebih mengetahui daripada pucuk pimpinan Hindraf itu sendiri serta SB yang menelah dengan paling tepat jumlah mereka yang akan menyertai demo jalanan pada Nov 25, 2007.)
Sistem yang berat sebelah
Sekiranya kita lihat kepada pilihanraya tahun 2000 untuk melantik presiden Amerika Syarikat, George W. Bush telah berjaya meraih 50,456,002 undi sementara Al Gore memperolehi 50,999,897 undi.
Walaupun Gore mendapat lebih sokongan (mengatasi Bush sebanyak 544,000 bilangan undi) namun sistem pilihanraya AS yang bercorak ‘electoral college’ memenangkan Bush.
Begitu juga sistem pembahagian daerah pemilihan yang tidak seimbang menguntungkan Umno. Misalnya kerusi pembangkang Kapar mempunyai 105,000 orang pemilih berbanding Putrajaya, 6,600 — jurang perbezaan yang ketara sekali.
Kawasan-kawasan Parlimen DAP di Petaling Jaya Utara dan Seputeh masing-masing mendaftarkan 76,000 dan 77,000 orang pemilih berbanding kawasan-kawasan Parlimen Umno di Langkawi yang hanya 21,000 dan Sabak Bernam, 31,000.
____________________________________________________________________
Saya telah memetik posting-posting yang dibuat Ghani kerana blognya Naningku adalah antara yang saya ada minat baca. Ghani seorang karyawan berbakat yang menyusun rapi lenggok bahasanya serta mempunyai gaya penulisan dan pengolahan yang menarik.
Penelitian Ghani — “A nation and society cannot survive serious cleavages occurring in the fields of politics, economics, culture, demography and religion all at once” dan “A divided house as dreadful as this cannot, by any fluke, hold the house of cards before a gale. But what’s coming is a super typhoon” harus kita amati.
“Ghani berkata harga daging RM22 sekilo sekarang adalah dua kali ganda; setahun lepas ianya RM10.”
Salah fakta ni. Saya mmg pemakan daging tegar.Tahun lepas, daging segar harganya dlm RM 20-22/kg. Sekarang harganya RM 21-22/kg. Daging batang pinang ni. Bukan 2 kali ganda. Ghani or isteri Ghani yg selalu beli daging? :)
Mind paralysis. Which literally means we cannot think anymore. Instead, we rely on others or the government to solve all our problems. Yes, “semua barang naik” but the attitude is “seperti hendak lepas tangan” As if the government alone is responsible. We too have to play our role. Now, I take less meat (more of other protein), less sugar (good for health), less teh tarik at mamak’s stall (good habit), where possible use public transport (save fuel), breakfast at home (quality time), quit smoking (positive move) and many more. How I wish the government can increase subsidies for all essential items so that price will remain low.
Bukankah ciri2 ekonomi moden terpaksa pilih, inflasi tinggi dan pengangguran rendah, atau pengangguran rendah dan inflasi tinggi?
PJ 71,000, Sabak Bernam 31,000. Jangan jadi ngok. PJ kecil, Sabak Bernam besar.
Cuba compare KL 2juta orang berapa ahli parlimen?
Sabah 1.8 juta orang berapa ahli parlimen.
nampak? Rural areas memang dapat lebih kerusi. So duduklah kat Sabah hahaha…
___________________________________________________
Putrajaya lagi amat kecil, hanya 49km persegi dan bukan kawasan ‘rural’. Satu kerusi juga.- Helen
Lenguk bahasa Ghani Ismail mungkin cantik mengikut fahaman awak Ang, tapi otak tak de.
Daging naik, jangan makan daging. Daging sekali seminggu pun boleh memudaratkan kesihatan mengikut kajian terbaru.
Bagusla kalau BN naikkan harga daging supaya orang makan sayur. Sayur pula boleh ditanam di belakang rumah seperti cili dsb.
Ghani Ismail pasti PAS sebab bodoh hehe.
_________________________________________________
Bagi saya, tulisan Ghani agak ‘philosophical’ dan tidak harus dilihat dengan sepandang kilas. Beliau ada satu lagi blog (hal-hal sosiobudaya @ http://mycardinalpoint.blogspot.com) yang sudah beberapa tahun tidak dikemaskini namun isi kandungannya masih boleh dijadikan bahan rujukan bagi kita membincangkannya.
Saya boleh bersetuju dengan gaya berfilosuf Ghani didalam penulisannya. Beliau seorang yang mempunyai kelebihan didalam originaliti, penganalisaan dan pengayaan bahasa termasuklah rujukan yang sangat ekstentif.
Walaupun begitu, jika kita lihat secara keseluruhan, matlamat penulisan beliau adalah kabur atau sekurang-kurangnya tidak mempunyai cadangan konkrit selain mengutarakan kritikan.
Penulisan yang bermakna harus datang dari jiwa yang besar, yang menyumbang kearah jalan penyelesaian sesuatu isu.
Abi Qalam