Posted in Anak Malaysia, HIPOKRIT

Angpow untuk ‘anak emas’ (siapa dia?) P. Pinang

Rancangan Anak Emas Pulau Pinang (Penang Golden Child Programme) ialah imbuhan RM100 diberikan ibubapa untuk anak sulung yang dilahirkan dengan syarat pasangan tersebut mestilah pemilih berdaftar.

Mengapakah perlu ibubapa itu berstatus pengundi supaya layak?

Dilaporkan juga borang untuk mendapatkan angpow RM100 itu tidak memerlukan pemohon mengisi butir ‘keturunan’ kanak-kanak terbabit.

Lantaran itu, ketua menteri Lim Guan Eng pun berkokok:

“This is a very special form because for the first time, there is no race category. This is the first form that doesn’t require you to state your race.”

Langkah ini selaras dengan ‘jihad’ partinya DAP untuk memadamkan pengenalan etnik kita, sepertimana Adun Subang Jaya Hannah Yeoh berkeras enggan mengaku dirinya seorang berketurunan Cina.

Kalau dikatakan pemohon mengisi borang yang konon ‘race-free’ tetapi meletakkkan nama anak — sebagai contoh ‘Lim Euan Geng’ — bukannya bererti umum tidak akan dapat meneka apa bangsa bayi itu.

Sebenarnya yang dipertikaikan masyarakat Cina ialah diskriminasi kaum (racial discrimination).

Ekoran Hannah Yeoh membuat hal di Jabatan Pendaftaran Negara, Guan Eng mengeluarkan kenyataan akhbar seperti di bawah (nukilan):

“Forcing Hannah and Ramachandran to choose either Indian or Chinese is repugnant when they just want their child to be known as Malaysian. Hannah and Ramachandran has striven to let Malaysians see that we should never allow BN to corrupt young minds with obsolete and dangerous racist ideology that one’s child is never good enough and must be forever dependant on the tongkat or that they will never be rewarded for their good performances no matter how deserving they are just because they come from a certain race.”

(1) Mengarut betul Guan Eng berkata “they just want their child to be known as Malaysian”. Kalau bukan sudah diiktiraf warga, takkan dikeluarkan sijil beranak yang sempurna.

(2) Seterusnya Guan Eng menuduh Barisan Nasional mengindoktrinasi pemikiran remaja dengan ideologi rasis merbahaya yang kolot.

(3) Bagi Guan Eng, BN membawa pengajaran bahawa anak Melayu tidak mampu bersaing dengan anak-anak bangsa lain kecuali jika bersandarkan tongkat buat selama-lamanya.

(4) Guan Eng juga membayangkan bahawa anak Cina tidak mungkin diberikan ganjaran yang wajar diterimanya (misalan biasiswa) walaupun memperolehi keputusan cemerlang hanya semata-mata kerana faktor etnik.

Pendekatan Guan Eng, Hannah dan orang sewaktu dengan mereka jelas tampak serong.

Sekiranya tidak berpuashati kerana kaum Cina didiskriminasi, maka perkara yang harus ditangani ialah pelaksanaan dasar-dasar yang tidak berlaku adil kepada kaum minoriti.

.

.

.

.

.

Namun gerakan Anak Malaysia bukan cuba membendung gejala diskriminasi (yakni kaum minoriti kurang mendapat manfaat daripada ganjaran-ganjaran kerajaan yang dibolot golongan bumiputera) dengan cara menghapuskan tindakan diskriminasi itu.

Sebaliknya Anak Malaysia berusaha mengatasi masalah diskriminasi dengan kaedah menghapuskan identiti diri kita semua sebagai keturunan India, Cina, Melayu, dsb. Barang sesiapa yang mengaku diri Melayu, umpamanya timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin, dicerca sebagai ‘rasis’.

Anak Malaysia menolak asal-usul serta bertekad ‘menggelupaskan’ kulit kita … seolah-olah orangramai tiada berwarna kulit apa-apapun.

“Michael Jackson didn’t want to be black,” kata penerbit rekodnya Quincy Jones.

Cuba lihat wajah seorang yang malu dengan siapa dirinya — A Photographic History of Michael Jackson’s Face. Inilah rupa Anak Malaysia DAP.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Angpow untuk ‘anak emas’ (siapa dia?) P. Pinang

  1. LOL Kelakar betul la Helen. Engkau semestinya orang pertama yang labelkan Michael Jackson sebagai Anak Malaysia DAP. Apa punya logik ni? Semuanya kaitkan dengan DAP. Bagus la. 1Malaysia tu apa pulak? DAP jugak?

  2. Helen Ang gets stupider by the day. Michael Jackson doesn’t want to be black? Says who? Quincy Jones. Ok then, I say Helen Ang is a paid UMNO writer. Says who? Me. That makes it the truth right? Oh boy, such crap on the Internet. Helen Ang, we are on to you.

    1. “We are on to you” … oh really?

      “We’ as in ‘Rayan’ and CKD (the commentator immediately preceeding) — two comments, one in English, one in BM using different pseudonyms but both posting from THE SAME IP address. So are you 1split personality or are you the ‘we’ terrible twins logging on the Net from one and the same line (‘department’)?

      If you want to make an accusation that “Helen Ang is a paid Umno writer”, put your name traceable to a genuine identity and furnish the proof. And be prepared to be sued for defamation; I’ll be most happy to see you in court.

      You know, I’m sick to death of your ilk, the Anonymice & Ah Hoes, and your constant fitnah and abusive harassment.

      It’s no wonder our “favourite” chief minister is being sued for slander. Like the old saying goes, the fruit does not fall far from the tree.

      And don’t think either that the public is not similarly “on to” the modus operandi of unsubstantiated allegations that your type scatter everywhere like birdshot in cyberspace. As if repeating the lie a thousand times that a particular writer is an Umno hack or whore gives your own comment any credibility.

      1. Haha and you thought everyone in PMO has a unique IP address? And what about everyone in FMT? And everyone in Menara Star has their own IP? Didn’t I say we’re on to you. Tick, tock, tick, tock.

        _____________________________________________________

        Or what about people logging on in Komtar and the DAP enforcers patrolling the social media? Abusing the Net on taxpayers’ money and during office hours on state payroll? You think the MCMC and MACC won’t be “on to [them]” as well? Remember that the authorities went through the DAP S’gor activities / accounts with a fine toothcomb. — Helen

  3. Apalah tongkat yang diuar-uarkan oleh pembangkang itu? Cuma ada dua atau tiga kelebihan yang tidak pun menguntungkan sangat bagi kaum Bumiputera:
    1) Kalau anda Bumiputera, anda boleh beli rumah binaan pemaju dengan diskaun 5 sampai 7 peratus tetapiharga rumah teres sekarang palaing rendah RM200,000 sebuah. Berapa kerat Bumiputera mampu beli rumah teres berharga RM200,000- RM350,000 itu?
    2) Kalau harapkankan biasiswa, hampir 90 peratus Bumiputera sekarang sudah tidak dapat memohon biasiswa kerana memang sudah tiada peruntukan atau wang untuk tujuan itu.
    Biasiswa persekutuan yang hangtat dipertikaikan itu, kini sudah 65 peratus dibolot oleh bukan Bumiputera.
    3) Apa lagi tongkat yang ada untuk Bumiputera? Bayar cukai pendapatan sama, cukai hiburan sama, service charge sama dan cukai jalan sama.
    4) Tapi tidak sama apabila Bumiputera mahu bayar untuk beli barang secara borong…ia lebih mahal daripada harga yang dikenakan ke atas pemborong bukan Bumiputera, yakni bila beli barang daripada peniaga Cina, Bumiputera dikenakan harga yang ljauh ebih mahal daripada harga untuk orang Cina.
    5) Upahlah kontraktor Cina buat rumah untuk Bumiputera…kontraktor Cina akan letakkan harga lebih tinggi daripada biasa.
    6) Bila kerja dengan syarikat Cina, pekerja Bumiputera diberikan gaji jauh lebih rendah padahal mereka disuruh buat kerja lebih berat. Lebih teruk lagi pekerja Bumiputera, terutamanya perempuan selalu kena maki hamun dan dituduh bodoh dan kalau cantik. jadi mangsa gangguan seksual pula.
    6) Banyak juga syarikat milikBumiputera tetapi pengurusannya Cina maka menderitalah hampir semua pekerja Bumiputera kerana GM Cina akan memberi layanan istimewa kepada pekerja Cina dan menganaktirikan pekerja bukan Cina.
    8) Hendak diadu kepada boss Melayu, ditempelak pula manja dan suka meminta-minta.
    8) Beli nombor ekor (4D) pun kena bayar sama macam bukan Bumiputera. Sepatutnya Bumiputera dapat diskaun sedikit sebab berjudi itu haram di sisi Islam. Jadi kalau bayar kurang sedikit, dosa pun kurang lah sedikit.

Comments are closed.