Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, HIPOKRIT

Munafik dan musang licik

Posting saya semalam menyoal apa prinsip perjuangan DAP memandangkan Umno, MCA dan MIC masing-masing ada ‘Malay’, ‘Chinese’ dan ‘Indian’ dalam nama organisasi sementara PAS ada ‘Islam’.

Jawapan telah diberikan saya oleh seorang pembaca menggunakan nama samaran ‘Melon Ang’ (sebenarnya gelaran ‘melon’ itu bermaksud untuk mengumpat dan dialih bahasa daripada loghat Cina tetapi tak apalah, kita sudahpun masak dengan kerenah puak DAP ini).

‘Melon Ang’ (lihat screenshot bawah) menyatakan bahawa DAP mendokong ideologi politik yang tidak mengenal bangsa biarpun agama.

Dalam kata lain, berbalik jugalah kepada cogankata DAP 2.0 iaitu ‘Malaysian First’ di mana seseorang yang enggan mengikut telunjuk para ideolog aliran Hasnah Yeop akan dilabel sebagai ‘rasis’.

Sekarang kita pula diberitahu DAP tidak mengenal agama maka apapun boleh dihalalkan asalkan matlamat parti tersebut tercapai.

Musang berbulu ayam

‘Munafik’ bermakna bermuka dua, yakni berpura-pura percaya kepada agama tetapi sebenarnya tidak. Misalannya kalau kita bukan rahib, takkan kita mahu mengenakan wimple (pada amnya tudung hitam putih).

Namun seorang lagi pembaca yang membahasakan dirinya ‘Aku anak Adam’ (lihat screenshot atas, komen #9) menyelar saya dengan mengatakan tidak munasabah untuk kita mempertikaikan kenapa Hannah Yeoh memakai tudung.

Betul jika berada di dalam mana-mana rumah ibadat, memang harus kita menghormati adat dengan menutup aurat. Namun politikus-politikus Pakatan bukannya ditangkap gambar mereka bertudung itu ketika berada di masjid atau surau.

Manakala seorang pembaca Malaysia Today telah memberi komen berikut:

Bagi orang DAP, tidak menjadi masalah Hannah Yeoh bertudung (lihat screenshot atas). Bagi mereka yang memperakui ‘Allah’ disamakan dengan tuhan Kristian masakan timbul rintangan sekiranya politikus DAP bertudung.

Pengikut ideologi DAP yang tidak mengenal agama itu — ‘Your Allah is my Allah’ — juga tidak keberatan melabel orang Muslim (yang membantah ‘Allah’ ditigakan) sebagai ‘ekstremis’. Kalau kita mempersoalkan kepura-puraan Hannah, orang DAP akan tuduh kita ‘bigot’.

Tak konsisten, tak mengapa

DAP dulu asyik melalak apabila institusi-institusi kerajaan cuba menguatkuasakan garis panduan bertudung/bersongkok. DAP sekarang lain …

Kenyataan media Lim Kit Siang (15 Nov 2005):

“The  International Islamic University Malaysia claim that its convocation dress with tudung as a compulsory element is exempted from the Cabinet ruling – which had sparked a nation-wide controversy when law graduate Foo Yueh Jiin was barred from the August convocation ceremony this year  to receive her scroll without the tudung – is just not acceptable.

Kenyataan media Lim Kit Siang (11 Jan 2008):

“Songkok made compulsory – latest in series of insensitivities usurping ‘middle ground’… responses [in Lim’s blog] – demonstrating the strong feelings evoked by another addition to a catalogue of insensitivities recently shown by those in power or in authority in government to the legitimate rights and sensitivities of diverse races, religions and cultures in a plural society.”

Nescaya ideologi politik DAP tidak mengenal bangsa biarpun agama maka tidak hairanlah mereka dengan begitu mudah boleh pusing depan belakang.

Sepandai-pandainya tupai

Blog Ti Lian Ker, seorang ahli jawatankuasa pusat MCA hari ini mengupas bagaimana cara DAP berputar-belit:

“Mengapa [DAP] musang? Kita lihat perjuangan politik mereka yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tuntutan semasa. …

“Cuma perubahan ini hanya menunjukkan ketidakkonsistenan perjuangan DAP. Jika semalam begini, hari ini begitu maka esok pula bagaimana? …

“Musang mudah mengkhianati dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kemenangan.” — oleh Shen Yee Aun

DAP tidak mewakili Cina!

Saya hairan bukan kepalang kenapa orang Umno dengan sembrononya mengaitkan DAP dengan wadah Cina.

Sebenarnya DAP mewakili kepentingan sendiri dan bukannya mengendahkan kepentingan masyarakat Cina. Cuba tengok dalam bidang pendidikan sebagai satu contoh. Boleh tak sebutkan mana satu sekolah Cina pernah dibina DAP?

Baru-baru ini (Sept 18), Ketua Menteri Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri Najib Razak mempertimbangkan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Lantaran itu ‘parti Cina’ MCA mencabar DAP supaya berterus terang dan menyatakan pendiriannya: ‘Hudud laws in Kelantan – What is DAP’s stand?

“It is a well-known and undisputable fact that PAS has always wanted to implement Hudud laws and this contradicts DAP’s so-called stand of protecting the rights of non-Muslims because when PAS starts implementing Hudud laws DAP starts to evade questions and act like an ostrich by hiding their heads.

“Also, DAP’s political tactics of constantly hitting on MCA and playing ‘two-face’ by claiming that they can protect Chinese rights while supporting PAS will in the end backfire on them when their true nature is revealed.” — Wee Ka Siong, ketua Pemuda MCA

Untuk berapa lama DAP boleh bermuka-muka? Lambat-laun topeng akan tertanggal juga.

Author:

I have no Faceook or Twitter.