Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Siapa yang sokong hudud?

Adun DAP Hannah Yeoh (tengah) sering bertudung

Kalau seseorang itu sudah berpenampilan sebegini … sukar kita mempercayai bahawa jiwa mereka belum lagi bersebati dengan syariah, termasuklah komponen hududnya.

Dari kiri: Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching, Adun PKR Elizabeth Wong, dan 'Hasnah Yeop'

Kalaulah seseorang itu asyik memetik ayat-ayat al-Quran, kerap bercerita tentang keagungan tamadun Islam serta setiap peluang yang ada mahu mengucap ‘amal ma’aruf nahi mungkar’ (oops, sedikit silap sebutan, maklumlah orang Cina tidak mampu menggulung lidah untuk membunyikan ‘r’ … amar ma’aruf) … takkan lelaki tersebut, seorang yang warak, tergamak untuk membelakangkan tuntutan menegakkan syiar Islam?

BN jahat itulah sebenarnya satu-satu pihak sahaja yang cuba menghalang orang Cina daripada memahami kitab al-Quran, kata Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang pernah membaca ayat-ayat dari Surah al-Aura (betulkah ada dengan nama itu?!) di depan khalayak ramai.

Manakala Adun DAP Ng Suee Lim pula berhujah di dewan undangan negeri Selangor dengan merujuk kepada Hadis. Lebih daripada itu, Ng dipetik dalam makalah DAP Roketkini sebagai berkata, “Kalau orang ramai tidak memahami Islam, bagaimana mereka hendak mendapat hidayah?”

Terang lagi bersuluh Cina Kristian DAP ramai yang mendapat hidayah dan berduyun-duyun ke masjid. Hanya orang keras kepala MCA dan Gerakan yang ditutup hidayah mereka.

Buktinya presiden MCA Chua Soi Lek seorang ‘bigot’ dan ‘Islamaphobe’ — sepertimana acapkali dituduh oleh para penyokong DAP — telah berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa MCA akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya Umno cuba melaksanakan hukuman hudud.

Gerakan juga berkata kerjasama dengan BN akan tidak wajar kelak sekiranya Umno mempertimbangkan pelaksanaan hudud.

Orang Cina DAP nyata sekali lain perdapat dan bukan kafir.

Comelnya ... matching baju, macam pasangan pengantin baru

Amat hairan saya kenapa blogger-blogger Umno terlalu gemar menengking ‘kafir harbi’.

Jelas menyeleweng. Jika ditengokkan cara Islamik Cina DAP membawa diri, memang tidak harus mereka digelar demikian.

Kalaulah seseorang itu nampaknya sudah ‘masuk’ Melayu … sejak bila kaum Melayu tidak bercita-cita kepada penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah? Cina DAP yang mirip Muslim, mirip Melayu pasti juga sehati dalam soal mendokong sebuah teokrasi.

Maka akhirnya yang ditempelak blogger Umno itu hanya sekutu Umno juga, iaitu Cina MCA dan Cina Gerakan.

Ada pula di antara Cina DAP yang lagi kuat sokong hudud berbanding Melayu (Umno) dan Muslim (Umno).

Cuba anda baca komen-komen di Malaysiakini. Begitu ghairah mereka menanti-nantikan tangan orang Umno dipotong atas kesalahan mencuri dan rasuah — itu yang mereka tulis dalam ruangan maklumbalas pembaca portal berita pro-pembangkang tersebut.

Malah bishop Paul Tan (‘mufti’ kesayangan golongan Pakatan) pun bersetuju dengan hudud. Baca di Harakah — Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan

Tabik kepada orang Kristian DAP!

Rencana berkaitan:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “Siapa yang sokong hudud?

  1. ha ha, very funny entry this one. I bet that PAS members would feel good after reading this.. not suspecting that it is a sarcastic piece. On the other hand, UMNO bloggers would be furious with you… god forbid, even categorising you as you as one of those kafir harbis!

  2. pakatan people say hudud no problem, no kacau non-muslim what, so non-muslim should not masuk campur…… what a big brainless trap they are falling into…. non-muslims also malaysian citizen have right to comment about the welfare of their muslim brothers…… hudud affects relationship of everyone… muslim and state, non-msulim and state, non-muslim and muslim……. so pakatan suppoters dont play play….. dont support nik aziz/nasrudin/PAS buta buta….

    http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-hudud-law-is-everybodys-business-clive-kessler/

  3. Dear Helen,

    I am a new follower of your website.
    Keep up with your positive attitude. You forward your opinion with facts in all your writing.
    I may not agree to all your opinions but I do respect them.
    I am impressed how you handle all the negative comments by the way you reply to them. Good Job! Cool!

    1. Thanks for the tip-off on the Star article, grandmarquis. I’ve developed the interesting info into an op-ed that’s just been published by FMT, titled ‘DAP 2.0 in bind over hudud’. Click here.

  4. saya tabik kagun dgn penguasaan bm you, helen! :)

    tapi yg lebih mahal lagi pd saya adalah sindir yg disampaikan dgn nada awesomely bersahaja.

    lucu gila! i busted a gut reading this “(oops, sedikit silap sebutan, maklumlah orang Cina tidak mampu menggulung lidah untuk membunyikan ‘r’ … amar ma’aruf)”. :D

  5. LOL…suka baca entri yg tidak berat dan sarcastic…

    Personal Opinion: Khabarnya Zul MB Kulim, nak buat resolusi untuk dibentang di parlimen. Kalau saya kritik, ada pula rakan saya kritik saya ni bukan islam sejati. Tapi saya percaya kalaupun nak buat pemisahan antara Islam dan Bukan Islam untuk hudud adalah tidak bermakna. Kes Lina Joy dah membuktikan yg kuasa mahkamah syariah tidak lah mutlak walaupun dengan artikel 121. Saya percaya kontroversi akan sentiasa ada. Kes Kartika pun tak handle dengan bagus. Sediakah negara untuk hukuman hudud, saya tak percaya Malaysia berada dlam keadaan siapsiaga utk hukuman hudud di masa kini atau bila2 sahaja di masa akan datang….Negara hati keras mcm Iran pun kadang2 tunduk jugak kepada suara pergerakan liberal dunia.

    Good Day Sis Helen,

    1. No you are unfortunately wrong icon4ever. The real hudud is for all citizens. Don’t you remember PAS catch phrase, “PAS for all”.

      Check out saudi. Over there, non muslim thief oso got hand chopped off. And all four mazhabs of islam are coherent that hudud must be implemented on all citizens, if it is implemented. Baru lah adil ma. Pencuri islam kita potong tangan. Pencuri bukan islam juga potong tangan. Baru lah “PAS for all”

      PAS said they implement for muslim only. But given the four schools are in unison that hudud must be implemented for all, do you think soon the pious guys in PAS will scream and say, look the current hudud is not islamic and discriminatory. We want “hudud for all”!

  6. Hahahaha.. i x bole brenti gelak reading this one. Esok keluar beritalah kenyataan bersama DAP-PKR-PAS abt hudud. Kita tengok Lim Sr, Lim Jr and Tiga Dara Pingitan tu masuk melayukah atau PAS top men masuk longkang.. Either way, PAS on the losing side.. kasihan.
    _____________________________________________________

    Dah keluar berita Tuan Abi Qalam. Mesyuarat tidak dapat mencapai persetujuan. Jadi hasil kahwin mutaah mereka itu (yang disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari) ialah sebuah Half-Pregnant Pakatan. — Helen

  7. Are you sure you’re Chinese ??
    Hehehehe

    You remind me of my good friend. If you don’t look at him, you will think that its another Malay guy marah2 about politics and stuffs. The moment u look at him u’ll be surprised..

    Cakap melayu kalah melayu, slang penang lagi..

  8. To icon4ever,

    Hudud yg nak dikenakan oleh PAS mmang benar hanya utk yg beragama islam. Tetapi hakikatnya, undang2 syariah yg memperkenankan hak hudud hanya utk umat islam (yakni artikel 121 perlembagaan negara) adalah secara asasnya uncostitutional. Walaupun kes lina joy memberikan keputusan yg sebaliknya, saya tak rasa kelak semua perundangan berkenaan hal syariah akan menjadi begitu halnya. Atau logikkah sekiranya setiap perundangan membabitkan isu2 syariah mengambil masa seperti kes lina joy. Hanya masa akan menentukan sama ada artikel 121 kekal atau kelak mungkin akan dimansuhkan.

    Keduanya, kuatkah ‘will power’ keputusan mahkamah syariah utk menegakkan hukuman hudud. Sebagai contoh dlam kes kartika, walaupun hukuman sebat dikenakan (hukuman sebagaimana dalam syarak bagi yg minum arak), keputusan sebat tersebut tidak diteruskan atas pengaruh media dan badan liberal.

  9. Mekyam,

    Jangan terbawak-bawak this alphabetical-aphadasia kat luar, in real life, sudahlah yer. Imagine if our female politicians were to succumb to it. Pandemonium!

    “I want all the males in this room to come over here and help me with election issues!”, said Yang Berhormat Theresa Kok.

    To which a bemused but slightly-more bahasa-savvy Ambiga would reply, “Salah! Salah Yang Berhormat! Ayoyo! Besarrrrr Kemaluan kita!”

    Every now and then Leman always bring in somethng thoughtful.

    Leman Pulut.

Comments are closed.