Posted in BIAWAK

Malaysiakini dan gurindam Si Licik Paku Serpih

(Klik pada gambar untuk tonton YouTube)

Sept 2010: Lim Guan Eng menuduh Utusan memfitnah

Transkrip

2: 34 — “Ini Utusan Malaysia macam Shit Bet tau, macam Mossad. Dia bertindakan macam Shin Bet dan Mossad nak bunuh, nak fitnah, nak bunuh sifat dan watak seseorang tanpa bukti. Ini Shit Bet Malaysia ini, Mossad Malaysia ini, Utusan-Shin Bet ataupun Utusan-Mossad ini nak menyatakan fitnah dan penipuan yang tidak berasas.”

4: 28 — “Tapi untuk Utusan Malaysia cuba kaitkan pembunuhan zalim dengan isu politik, saya rasa amat tidak bermoral sekali, dan seperti yang saya sebut tadi nak bunuh sifat dan watak seseorang tak lain seperti Shin Bet dan Mossad Israel nak bunuh orang Palestin. So sekarang Utusan Malaysia macam Shin Bet dan Mossad menggunakan isu-isu yang tidak berasas untuk cuba bunuh watak dan sifat seseorang.”

6: 20 — Itu sebab apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Nazri Aziz memang benar. Ini Utusan Malaysia memang jahat lah, saya rasa lebih teruk daripada itu macam Shin Bet dan Mossad Israel nak bunuh orang saja. … Dan saya rasa ini sekarang dimainkan oleh Utusan Malaysia, bukan saja jahat tetapi gunakan taktik Shin Bet dan Mossad Israel untuk timbulkan perasaan benci di antara rakyat Malaysia. Bahaya betul Utusan Malaysia.”

***  ***  ***

Pangkat ketua menteri tetapi cakap macam orang sasul.

Sept 2011: Guan Eng menuduh Bernama memfitnah

Baru-baru ini Lim Guan Eng ditegur kerana memburuk-burukkan negeri Johor.

Namun Guan Eng menafikan yang dia pernah mengkritik Johor — di dalam wawancara dengan sebuah stesen radio di Australia. Malah media pro-pembangkang Malaysiakini telah memuatkan rencana ‘Transcript proves Guan Eng did not slander Johor‘.

Selepas itu, Guan Eng pula mengugut akan mengemukakan saman malu terhadap Bernama kerana menyiarkan berita palsu.

Akan tetapi semalam TV3 dalam Buletin Utama menyiarkan audio yang dikatakan sebagai rakaman ucapan Guan Eng di satu jamuan makan bersama Foreign Correspondents Association di Singapura pada Aug 12.

Transkrip:

“So you don’t have to worry about your safety when you come to Penang. In Johor, if you are a Singaporean, you are likely to get kidnapped. You ask any Singaporeans, they would know, but you don’t have that problem when you come to Penang.”

Cuba bandingkan sama ada rakaman suara yang disiarkan TV3 padan dengan suara Guan Eng dalam YouTube ‘Mossad, Mossad, Mossad’ yang saya pautkan di atas.

Apa macam sekarang?

Sudah kantoi, bagaimana agaknya Guan Eng mahu menepis?

Lagi Malaysiakini (yang sayangkan DAP umpama Utusan sayangkan Umno) melaporkan:

Lim’s press secretary Wong Kim Fei issued a statement stating that the chief minister would be seeking an apology from Bernama first before commenting on the TV3 report.

“The Penang Chief Minister had instructed me to inform the BN-controlled media that he will not dance to the tune of jumping like frogs from one location or one country to another but deal with the BN media one at a time.

“It is clear that this is a planned and concerted attempt by the BN-controlled media to distract the Penang chief minister from his official duties with a plethora of misrepresentations, distortions and outright lies,” he said.

Dan bagaimana reaksi orang DAP yang bersarang bagai semut di Malaysiakini?

Pastinya mempertahankan idola mereka dan seperti biasa melatah “media kerajaan tidak boleh dipercayai”. Namun adakah Malaysiakini sendiri bersifat terbuka ataupun seimbang dalam liputan mereka?

Kalau dilihat pada komen-komen pembaca, hampir semuanya pro-pembangkang.

Yang anti-DAP nampaknya tidak dibenarkan bersuara dengan kebebasan setimpal mereka yang anti-Umno. Sebanyak 24 komen pembaca yang menongkah arus telah dibuang daripada laporan kontroversi ini.

Lihat screenshot laman laporan Malaysiakini yang bertajukTV3: Guan Eng’s faux pas in S’pore, not Australia. (Diambil lebih kurang 7.10pm hari ini)

Ada 134 komen pembaca sahaja.

Sekarang lihat screenshot halaman depan Malaysiakini. (Diambil lebih kurang pada waktu sama dengan screenshot di atas)

Rencana yang sama menunjukkan 158 komen telah dibuat pembaca. Apa yang disebutkan dalam 24 komen tersebut yang hilang? Kenapa komen-komen itu dipadamkan?

Tak bolehkah sesiapa mengkritik anak emas Malaysiakini tersebut?

Mutakhir: Sekarang ini 26 komen pembaca sudah dibuang Malaysiakini.

Baca juga: Malaysiakini ‘Top Blogs’ Kit kontrol, yang kritis ditendang keluar


Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Malaysiakini dan gurindam Si Licik Paku Serpih

  1. Melihat LGE teringat dengan perumpamaan, bapa borek anak rintek. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Seperti bapanya dia pun kaki temberang. Pasal apa dia suka temberang? Hahaha, sebab pengikut2nya seronok dengan temberang dia. Dan satu lagi, dia ni syok bercakap besar. Tabiat orang yang suka “bragging” juga ialah untuk menyorok kebodohannya. Pulau Pinang dikatakan maju pesat dibawah pemerintahannya tapi dia sengaja buat tak tahu yang negerinya tu mengalami “negative GDP growth” (-10.5%), iaitu yang paling teruk diantara negeri-negeri di Malaysia. Rujuk laporan dari Jabatan Statistiks Malaysia. Kesian dia.

    Temberang dan kebodohannya turut ditelanjangkan oleh blog SatD.

  2. LGE action to badmouth Johor is more detrimental to the country than Manoharan’s badmouthing the flag. The multinational corporations based in Singapore that are considering to expand to Johor because of proximity may be deterred by the ludicrous “singaporean are likely to get kidnapped” statement and consider the nearby Batam or other Indonesian sites instead. So are DAP going to ISAed LGE like they did to Manoharan? Hmm… I wonder.

  3. LGE sepatutunya berkata datanglah ke Penang ataupun ke Johor, di Penang Kami melakukan lain daripada di Johor. Anda di jemput datang dan bandingkan, mungkin kedua duanya baik melalui dua cara budaya kerja yang berbeza, tetapi jika saudara ke Penang saya akan memberi layanan yang terbaik, kan macam ni lebih patriotik

    MAAM

  4. Saya dah malas nak kmen di Malaysiakini.. Semuanya memang terlalu pro-pembangkang. Walhal saya bukan pro-BN pun. Tujuan mereka hanya nak menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang terlampau teruk dari mereka. Namu mereka sedikitpun tidak menunjukkan adab sopan menangkis kritikan, tak profesional. Baik PAS, DAP atau PKR. Kalau tuan2 sudah biasa dengan ceramah atau penulisan2 mereka, lebih banyak berbaur fitnah daripada Malaysiakini atau MalaysianInsider. DI mana rasisnya Utusan Melayu? Apa yang Utusan Melayu paparkan selama ni terlalu sumbang atau sebenarnya mereka tak tahan kena cili? Bagi saya, Utusan Melayu langsung tak rasis. Mereka hanya bangkitkan propaganda negatif daripada pembangkang sahaja.

Comments are closed.