Panas baran adik ini.
Semalam Namewee telah memuatkan YouTube (2:42 minit) di mana dia melenting pada Utusan. (Kemaskini: YouTube asal nampaknya telah ditutup kepada jemputan sahaja oleh Namewee. Salinan video boleh ditonton di sini)
Satu lagi bab perang mulut dicetuskannya. [Tarik nafas panjang.]
Tak pernah saya diketemukan dengan fenomena di mana komen-komen baru kelihatan di forum YouTube setiap 20 saat dengan penyokong-penyokong Namewee sedang bertelagah live in real time (umpama siaran langsung) dengan golongan Melayu yang merajuk.
Namewee sebagai seorang public figure perlu belajar mengawal marahnya. Lebih-lebih lagi dia mempunyai ramai pengikut setia serta mengatasi para politikus Cina dalam pengaruhnya untuk mencorak pemikiran umum.
Juga Namewee membawa panji-panji masyarakat Cina Malaysia serta suaranya lebih jujur mewakili kaum saya berbanding dengan jenis Hasnah Yeop itu.
With celebrity comes responsibility. Namewee menjunjung asa generasi muda, jadi mahu tak mahu kenalah bersikap tanggungjawab kerana diangkat sebagai role model.
Ikut punya suka
Namewee mempertikaikan rencana Utusan bertajuk ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…‘ atas sebab pengarangnya Fauziah Arof bertegas: “Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini”.
Pada Namewee, filemnya tidak patut dikritik jikalau penulis belum lagi menontonnya.
Namun saya rasa kelonggaran harus diberikan Fauziah. Sekiranya dia enggan ke pawagam, itu haknya dan takkan boleh dipaksa.
Dan sekiranya Fauziah menyatakan dia tidak berminat menonton Nasi Lemak 2.0 — kerana dirasakannya “si pengarah dan penulis skripnya banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini” — bukankah seseorang itu bebas untuk memilih hiburan mengikut citarasa diri?
Utusan tidak mengingkari apa-apa protokol industri media dalam menerbitkan sebuah rencana op-ed ataupun ulasan dari kacamata penulis. Ia memang resam suratkhabar. Misalnya bahan-bahan yang disiarkan Malaysian Insider (portal berita yang senator Ezam Mohd Noor ugut hendak “bakar” itu) pun tidak direstui sesetengah pihak.
Eloklah jika Namewee menyedari bahawa tidak sekadar Fauziah tetapi orang Melayu lain juga sependapat dengan apa yang diluahkan rancana Utusan itu serta mereka yang belum tergerak hati untuk ‘memaafkan’ Namewee bukan hanya segelintir.
Angkara YouTube terbaru ini, Afdlin Shauki, Adibah Noor dan barisan pelakon Melayu membintangi Nasi Lemak yang ditekan kerana penglibatan mereka akan lagi terasa bahangnya. Tengoklah liputan Utusan besok nanti.
Lain padang, lain belalang
Pada hemat saya, tidak semestinya Namewee menghiraukan setiap yang negatif. Sebaik-baiknya buat selamba sahaja.
Filem Nasi Lemak bagi saya kelakar dan menghiburkan. Kami, iaitu rata-rata orang Cina yang menghadiri tayangan, melihatnya dari POV (sudut pandangan) sosio-budaya Cina. Baca tinjauan awal saya — Kupasan sekelumit Nasi Lemak.
Akan tetapi ia mungkin tidak memenuhi selera orang Melayu. Itulah ujian sesuatu lauk itu — rasa dulu baru tahu.
Namewee mendakwa dia menyokong kempen 1Malaysia. Filem Nasi Lemak 2.0 merupakan satu langkah ke depan. Malang sekali tindakan Namewee melepaskan geram dekat Utusan ibarat pakai tuba bukan pasang umpan.
Helen,
Jika Hitler, katakan, dia membuat sebuah filem jenaka. Maka orang-orang Yahudi yang tidak mahu menontoninya, maka adakah salah orang Yahudi itu? Adakah si Yahudi tadi tidak reasonable, tidak mempunyai wawasan panjang, tidak ada sense of humour, dan tidak ada entertainment spirit?
Tidak bukan? Kerana bukan filem atau mesej filem atau kewibawaan filem itu yang dipersoalkan tetapi stigma yang terbawa-bawa oleh figura Hitler itu sendiri yang dibenci oleh si Yahudi tadi. Dan ini, pada pandangan saya, adalah satu reaksi yang agak boleh dijangkakan. Malahan, akan menjadi suatu bangsa yang DAYUSlah si Yahudi tadi jika dia TIDAK bereaksi sedemikian dan terus menerus berketawa dan berhibur dengan filem Hitler tadi.
Dan saya jugak tidak akan keberatan untuk melabelkan DAYUS kepada mereka-mereka, terutamanya yang melayu, yang mempunyai sifat “forgiveness” yang tidak bertempat. Iya, sedangkan Nabi ampunkan umat tetapi dalam segi ini, adakah kaum melayu mengampunkan sesuatu entiti yang belum lagi meminta ampun kepada umat melayu atas kesalahan menghina mereka?
Dinyanyinya Negaraku sebagai Negara kuku. Dihina dikejinya perempuan-perempuan melayu yang pakai tudung. Disuruhnya Guru Besar Siti Insyah “Suck my Banana”. Dan macam-macam lagi penghinaan lisan yang dibuatnya. Jadi setelah semua ini, kita semua mahu forgive and forget, dan kita beramai-ramai menghulurkan RM10 untuk membeli tiket filemnya buat memperkayakannya lagi? Tahap Dayus mana kita melayu ini sekarang ini?
Tahap Dayus mana Najib Tun Razak?
Tahap Dayus mana Rais Yatim?
Tahap Dayus mana Nazri Aziz?
Tahap Dayus mana Afdlin Syauki?
Tidak akan kita capai tahap pemahaman minima yang dikehendaki untuk membangun sebuah masyarakat selagi kita tidak memahami akan reaksi sesetengah melayu seperti mana yang mereka paparkan. Dan tidak faham diatas tidak faham begini, yang membuatkan Namewee itu berterusan membuat aktiviti-aktiviti yang baik pada pandangannya sedangkan persoalan dan kesalahan asas belum diperbetulkan, akan membuatkan integrasi kaum di negara kita ini menghadapi kebuntuan sampai bila-bila.
Apa yang saya nukilkan di sini mengenai Namewee tidak sampai seperatus pun dari tahap penghinaan beliau tempoh hari kepada bangsa dan negara kita di sini.
Fahamkanlah betul-betul
Leman
_______________________________________________________
Teman,
1. Jauh Namewee dari Hitler lah :)
2. Filem Nasi Lemak 2.0 okay bah
3. Namun saya faham niat Fauziah dan merasa tidak patut rencana tersebut dipersalahkan kerana masih valid sudut penulisannya menjelaskan kenapa dia enggan menonton filem itu
4. Pada pengamatan saya, Namewee menggambarkan pandangan masyarakat Cina dengan agak tepat (merujuk kepada Nasi Lemak; saya tidak mengikuti kerjaya ‘seni’ Namewee dengan teliti maka ‘No Comment’ tentang video-video lainnya)
5. DAP menjaja Hasnah Yeop itu penuh kepalsuan. Kalau bukan yang sudah memeluk Islam, tak akan kita jumpa wanita Cina bertudung macam si politikus itu
6. Okay, saya baca posting Leman sejurus ini. Nanti kita sambung lagi perbincangan tentang Negarakuku
7. “integrasi kaum di negara kita ini menghadapi kebuntuan sampai bila-bila” … saya pun fikir begitu juga. Sebab itulah ‘Malaysian First’ cuma gimik murahan.
Helen
Leman kata kerana “stigma yang terbawa-bawa oleh [Namewee]” maka orang Melayu memboikot filemnya — saya faham
“[Namewee] tidak memahami akan reaksi sesetengah Melayu” — saya setuju dan pun saya katakan lebih kurang itu juga dalam posting di atas
Beralih kepada senikata rap yang Leman cipta (berbakat juga ye):
[nama] “Koo Ben Chee” (LOL!) … kubenci — rasa-rasanya begitulah
“Kami datang dengan jemputan dari kami punya Mat Salleh Tuan” — sebab itulah mereka (tahupun siapa) begitu mengagung-agungkan Bahasa Inggeris, menghina Bahasa Kebangsaan dan menjulung tinggi agama yang dibawa orang putih, menghina agama tradisional orang Cina sendiri
“Aku benci Azan” — maka puak yang sebenarnya membenci azan tetapi masih boleh memberikan sokongan begitu padu kepada Hannah Yeoh berniat untuk mempedaya sahaja
“Kecinaan ku tebal” — :) hipokrit bukan kepalang Saya Anak Bangsa M’sia
“Ku benci Gomen, kubenci Negaraku Negaraku adalah Negarakuku” — Namewee berkata 我 愛 我 的 國 家 (dia mencintai negaranya) tetapi berbelah bahagi perasaannya kerana luka diskriminasi, rasa terpinggir oleh dasar-dasar kerajaan, dsb. Lain pula kawan ‘Khalifah’ kita yang mendakwa dirinya M’sian First tetapi memburukkan Johor di depan orang asing
“Aku benci India juga” — orang India pun sedar betapa DAP memandang enteng kaum mereka
Tetapi dua tangan bertepuk bukan? Gelaran “kafir harbi”, “haram jadah”, “kaum laknatullah” dsb dilemparkan kepada siapa?
Yang saya hendak sampaikan ialah bahawa perangai bermuka-muka Firsters itu berkali-kali-kali lebih sudu daripada kuah Namewee
Sekurang-kurangnya Namewee jujur
Persoalannya: Laman Namewee digemari (‘Like’) 634,509 akaun atau pengguna Facebook. Siapakah mereka-mereka ini yang menyanjungnya?
Saya berharap agar politikus hipokrit kita akan membuang topeng mereka, dan kalau Namewee ikhlas mendokong 1Malaysia, biarlah dia cuba dalam usahanya itu
Ampu-bodek puak Hasnah Yeop yang hanya manis di bibir itu tidak akan membawa kita ke mana-mana mahupun mengikis dendam kesumat yang sekian lama wujud
Salam Helen
Puan nampaknya cakap berlapik.Bagai menarik rambut dalam tepung,rambut tidak putus tepong tidak terlerai.
Syabas.
never expect malaysia got another ‘hooligan mindset’ from this writer
i never expect some malaysian stil ‘berfikiran sempit’. what the namewee try do expose is 1Malaysia! for those who do not understand at all, then i only could say sorry to you guys.. and please dun enlarge this arguement because of this small matters…We Are 1Malaysia. this is wat i could say..
ok joe..
expect in the near future…. emerge a malay or indian make avideo called “PenangKuku” contain sarcastic insult towards chinese.
what will happen?
all the chinese newspaper and chinese politician and NGO’s will condemn demand a sorry. That insulter never say it. After some times then he makes a movie regarding 1 Malaysia… do you think it will make it into Malaysian cinema and gained million ticket sales?
It’s not about Nasi Lemak 2.0 la. It’s Namewee. Lagipun tak tengok NL 2.0 tak 1 Malaysia ke? Melayu yang tengok cite tu because they’re not a Muslim enough la kut (merely my own opinion). If that Melayu listen to Negarakuku, then I suspect they don’t care people kutuk Islam ( and I dare say Melayu yg pegi tengok cite tu if they are girls, confirm yg tak pakai tudung). I myself will not hate Namewee if he just show how he hate the system and Malay. but for a logic reason la. Tak pasal2 nak kutuk how we wear tudung, and azan, motif ape?So again, I’m stil 1 Malaysia eventhough I wont go watch NL 2.0. It’s my right what….
1 Malaysia? by what? degrading fellow Malaysian? wow, now i wonder if you actually passed you PMR… (they got history there, you know!)
Namewee itu adalah “wolf in sheep skin” .
Tidak sangka orang yang memulakan careernya dengan shortcut controversy senang ie meludah kat orang lain boleh banyak diiberi peluang dan airtime baik di media dan cyberspace. Semua orang tahu yang memang senang nak naik nama pabila buat controversy(cheap publicity)
Kata orang cara orang nak tahu macam mana hati orang tu, kaji macamana gerak gerinya yang spontan.
Memang tiada yang ikhlas darinya. Semuanya kurang garam.
Tapi bila diikenangkan dema dah digunakan (dan disyaki dibiayiai) ahli politik, saya takan terperanjat kalau dia nak jadii MP pulak next (macam gaya Gwo Burne di offer dan di jadikan MP Kelana Jaya)
How could a reporter reported her personal opinion to the public using the media? Hey it’s media not her own blog.
Because the reporter as NameWee mentioned “Kelayakan”nya fr Sek. & Uni Tong Sampah
well said , how is personal opinion but not fact should be published instead ?
but seem like a lot of people seem to catch the wrong message …. catch the rude word but forget all the meaningful word which the message pass behind ? hopeless *facepalm*
Yes, you have your point that everyone have their choices whether to watch or not to , however even you doesnt want to watch it , you doesnt have to point it out or voice out and say it in an awful way. “Even if its free, i wont watch it anyway” This doesnt sounds right and yet she is a reporter, where is her media ethics ? Nobody wants to know her personal opinion .
On the other hand, I disagree with Namewee’s video as well. This is not the way he suppose to act . He gotta suck it up and ignore those haters who doesnt appreciate his production. Move on ! I believe people will trust themselves and instinct rather than judging his movie based on a article review in the newspaper. It wont stop people from watching it if its a good movie. Still , this is not the way to fight back .He should prove to those haters his ability and talent by producing more good movies.. Success is the best revenge :)
“bukankah seseorang itu bebas untuk memilih hiburan mengikut citarasa diri?”
Masalahnya, Fauziah Arof ialah seorang wartawan. Tetapi apa yang ditulis olehnya lebih mencondong kepada pandangan peribadinya. Jadi di manakah profesionalisme kewartawanannya. Lainlah kalau Fauziah bukan seorang wartawan. Jangan samakan seorang penulis berita dengan seorang wartawan.
Maaf. Jangan samakan seorang penulis berita dengan seorang penulis blog.
ala..suka x suka, org melayu selalu tolong balik kaumnye sendiri… baik betul ke yg silap…
x sama ngan org cina, kalau silap cakap silap, kalau betul cakap betul…
penulis ni da keterlaluan, asal ape ape je yg cina buat, semua kasi tindas.. memang utusan meloya!
the problem is the writer of the article attacked the writer itself as a person instead of his movie; and i truly understand why he’s upset!
what you said is called “fallacy of personal attack” in philosophy. if you have no whatsoever idea what this fallacy means, you better find it out and do more researches before you actually write something critical. for God’s sake learn philosophy first before you argue. it’s heart tearing to see unwarranted writings.
To Fauziah
you are reporter, what are you posting is a media, not BLOG, media is PUBLIC view, if you are dislike or disagree, just write your own like in your own PAGE=BLOGGER.
everyone must have their pass, if you cant accept him, just write and syok syok sendiri is ok 1…
The media Fauziah wrote ini is a malay media which what she says is true resembling and regarding the true sentiment of Malay majority.
Namewee also wrong… Youtube is a way much larger mainstream new media compare to Fauziah old media. But Namewee made it much earlier before.
Congrats to Namewee… a symbol of ‘its okay, you can insult’ hehehe
“Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini..”
Huh? Do you even have a credible journalism degree? How could statements like these even be in Malaysian Newspaper, we need facts, real hard facts before we make an argument, how could one think Nasi Lemak is a bad movie without even seeing it?
Utusan Malaysia is a public and big newspaper in Malaysia, why did they even allow unprofessional and out-front bias article to publish?
Newspaper reports on facts, shouldn’t based on personal bias and personal feeling. I wonder what would the reporters around the world think of this article…
Which part of the article says the movie is bad? Oh please enlighten me, great wise one. In case you didn’t read the article, the writer wrote that she is, in fact, okay with the movie.
She won’t watch the movie not because of the movie itself, but because she dislike the Namewee. Not watching a movie because of not liking the cast/staff/director. Omg that’s normal, that’s damn normal if I must say so myself.
Btw, what she wrote is in fact, the truth. That’s what namewee did previously, you can’t deny that, and what some malay thought of him. So the writer did a great job at it
namwee kata “kalau u benci saya sendiri, u benci didlm hatila…kenapa u tulis dlm paper?” tetapi dia sendiri masuk dlm youtube( juga salah satu medium media alaf baru yg lagi berpengaruh dari akhbar) belasah utusan dan penulis artikel tersebut. Kenapa dia melenting bila dikritik, padahal lihat sahaja apa yg dimakinya kpd tnb bila hanya tiada elektrik? Kenapa beliau boleh mengkritik org dan memaki hamun, tetapi bila dia dikritik, dia melenting?
Saya rasa Namwee salah tembak. Penulis Utusan itu bukannya menkritik filem beliau, tetapi pengarah dan producer itu sendiri yang menjadi sasaran.
Misalnya bila orang Islam boikot barang Israel, adakah betul tiba-tiba pengeluar produk yang dikatakan “israel” itu buat satu youtube kata “kenapa boikot produk kami sedangkan kamu belum cuba lagi. Kalau dah cuba dan tak suka tak pe la, ni tak cuba lagi dah boikot”.
Adakah produk itu yang di boikot ataupun produk itu diboikot kerana sikap producer itu sendiri kerana sikap producer yang mengguris hati pelanggannya?
masalahnya fauziah menulis pendapat peribadi di akbhar yg dikatakan akbhar kebangsaan..itu sudah menyimpang dari profesionalisme kewartawanan menulis artikel mengikut emosi sendiri. kalau di blog-blog atau mana2 medium selain akhbar kebangsaan..sudah pastinya ini tidak menjadi masalah
Tak salah tulis pendapat peribadi di akhbar, walaupun kalau kita kerja dengan akhbar. Kerana akhbar ni tak semestinya melaporkan berita umum aje. Ia juga boleh jadi medan meluahkan pendapat peribadi. Cuma ia perlu dilakukan dengan beretika.
Yang tak beretika ialah menjadikan pendapat peribadi sebagai pendapat umum.
Misalnya ada orang menulis pendapat peribadi beliau tentang bersih 2.0, lalu dia mengangap semua orang sependapat dengan beliau.
And he has the freedom to criticize the Utusan writer too. He did not hold a gun to the writer’s head to force her to watch it. Go figure.
for those above conversation, is that called 1Malaysia?? i think we all having this arguement because of only a reporter discriminate Namewee.. arguement cant solve any problems..content in the article is make me very dissapointed…..that is not a style of reporter ( Fauziah )..namewee said if dun have any KELAYAKAN, please laa dun easily write the article for your own interest….(FAUZIAH)
Namewee is a useless scumbag.
you are good… i do agrree
What ever it is, who ever start the fight first, is the one who is wrong. Clearly the reporter (Fauziah) start it first. Thats no doubt about it. Namewee just self defending.
Siapa makan cili siapa rasa pedas…
Well, Namewee started it first by posting negarakuku on YouTube. Don’t forget that! Everything else, including Fauziah’s writing, is merely a reaction to his insulting video.
Indeed that is true, I’m still waiting for Namewee “apologize” video, as what most namewee retarded fan said exists. He’s worser than Gambit Saifullah. At least Saifullah apologize on his facebook/twitter, the medium he previously used to insult his haters. But namewee… where can I find the vid that says he regret what he did previously? Null
I think fauziah over react with the past incident, he shouldn’t act in such a negative way, I really don’t agree with what he said, ,,,memang reporter ni tak cukup akal,
Is it wrong for Fauziah to react on past incident? Any argument always caused by something that happened in the past.
f16 = melayu pembelot
nameswee f***off
Sekadar dua sen daripada saya…
Kareer seni Namewee sememangnya dibajai oleh kontroversi. Apa yang dianggap biadap, kesat dan celupar itu sudah menjadi modus operandinya. Saya rasa, memang ramai yang teruja dengan hiburan jenama Namewee di Malaysia – meskipun nilai keseniannya masih menjadi tanda tanya. Kalau Shahnon Ahmad boleh menggarap karya SHIT dan Kepala Taik, Namewee bebas dengan Negarakuku dan Nasi Lemak 2.0nya.
Kekuatan seseorang seniman (baik yang bergelumang di depan layar atau di belakang tabir) terletak pada keupayaannya untuk menghidangkan juadah buah fikiran dan interpretasinya terhadap manusia, perkara dan peristiwa. Saya tidak membezakan nukilan Hishamuddin Rais dalam kolum Dari Jelebu dan persembahan arwah Heath Ledger dalam The Dark Knight – kedua-duanya produk seni bagi saya.
Yang menjadi isu bagi saya (dan saya percaya, ramai warganegara yang lain) adalah samada karya Namewee mampu berselindung di sebalik istilah pengucapan kreatif. Yang pasti, Nasi Lemak 2.0 tidak akan dapat menyaingi nilai kejutan klip-klip videonya di YouTube. Kalau Namewee hendak mencari makan dan pulangan kepada modalnya, beliau wajib bergerak dari kiri (atau kanan, bergantung kepada orientasi anda) ke tengah. Rata-ratanya, tanpa kerjasama daripada artis-artis lain, Namewee hanya boleh terus membuat nyanyian rap solo sahaja.
Mungkin, Namewee telah pun menempa kejayaan dengan perhatian para politikus (termasuk PM), media (arus perdana dan alternatif) dan rakyat jelata (baik Cina, Melayu atau India) terhadap produk-produknya. Baik pandangan kritis mahupun pujian buta, Namewee sudah menjadi jenama. Terpulanglah kepada beliau untuk mengurus jenamanya dan terpulanglah kepada diri kita masing-masing untuk menilai jenamanya. Justin Bieber pun ada pengikut setianya, apakan lagi Namewee yang jelas ‘menjuarai’ isu-isu perkauman, perpaduan dan persefahaman komuniti dengan caranya sendiri. Fauziah Arof bebas mengutarakan pandangannya menerusi kolum beliau dalam Utusan, biarpun persepsi negatifnya terhadap pengarah melimpah-ruah ke filem tersebut.
Saya secara peribadi tak minat jenama Namewee. Belum sampai tahap loya untuk menolak, tetapi saya rasa cukuplah dengan antik dan ragamnya. Seperti kata Helen, beliau perlu ada rasa tanggungjawab kerana dikatakan mewakili suara dan sentimen (segelintir atau majoriti?) kaum Cina di Malaysia. Saya lebih cenderung kepada persoalan utiliti – Apakah Namewee diperlukan atau relevan kepada masyarakat Malaysia hari ini? Bagi saya, jawapannya mudah sahaja, komedi pun hiburan juga, macam Perkasa.
_______________________________________________
Terima kasih atas garapan saudara/i.
Nampaknya perdana menteri pun membelai Namewee juga.
Alasannya mungkin serupa seperti yang saya telah cuba utarakan, yakni MCA dan lain-lain orang (termasuk saya dan tulisan saya) sudah tidak lagi mampu memujuk masyarakat Cina — terutama mereka yang menjadi penyokong tegar pihak pembangkang — supaya bergerak ke tengah.
Berbanding public figure berbangsa Cina yang lain, hanya Namewee masih ada pengaruh sebagai opinion leader. — Helen
It’s funny la orang2 cina ni, bermatian-matian defend Namewee, sebenarnya for the sake of supporting fellow chinese only. They only see the negativity, langsung tak boleh fikir secara rasional, chinese, oh chinese…. why?
Fauziah dislikes Namewee, many malays dislike Namewee, he is not popular among malays, unlike chinese. From childhood until today, Namewee grew within the circle of chinese community, study in SRJK(C), study in Taiwan (all chinese), I bet he never has malay closed friends, that’s why he doesn’t understand malays’ sensitivities. He bashed malays via Negarakuku and Kawanku, calling malays with derogatory remarks such as lazy, stupid, and sakai, then kutuk azan, girls wearing tudung (malays are very sensitive with bashing religion). Some malays can forgive (maaf tak bertempat) but many others cannot. Negaraku has special place in every malay’s heart, but obviously not in chinese. Malays are right when they constantly question chinese’s patriotism. Almost all chinese laughed with Namawee when he mocked Negaraku. They enjoyed it, they defended Namewee’s action wholeheartedly, and this rages the malays even more. When Fauziah Aroff wrote that, Namewee must understand. He has YouTube as his platform to express his hatred and Fauziah has her media as her platform to channel malay’s anger towards Namewee. Not all malays want to watch Nasi Lemak 2.0 because of one common reason, me too, I hate Namewee, so I hate everything associates with him, that’s human nature, it’s perfectly normal.
Last time, Namewee “fucked” TNB. If you watched the video, you can easily notice how stupid he was, but only chinese refused to acknowledge his stupidity. TNB staff all over Malaysia declared war with Namewee. Now, again, Namewee was wrong to post such video, bashing and insulting Utusan. Like it or not, Utusan has been the malays newpapers for decades, and many pro-gov malays read it almost everyday. It has become a part of their lives, and what happened when Namewee labeled Utusan as sampah? This newpaper has sentimental value to many malays. Namewee also said in his speech “kalau u benci simpan dalam hati, bukan tulis2 itu macam..”. So ironic because he posted a video on YouTube, one of the most viewed mainstream, and insulted Fauziah and Utusan heavily, with foul language. He’s now a director, he must show good conduct and open to criticism. A lot of journalists in main newspapers bashed malay horror films and admitted they won’t watch them out of disgust. They attacked the director directly, but, did Ahmad Idham, Piere, and Syamsul retaliate or pick up fight with the journalists. Hell no, because they now as much as there are hates, there are also supporters. Coming back at the journalists will only tarnish the reputation, and again, chinese refuse to acknowledge this fact.
Recently Najib said Namewee supports 1Malaysia and he will support Namewee as long as he works along the line of 1Malaysia. This has stir anger and rage from malays, especially the gov-friendly bloggers, who openly criticized and expressed disappointment to Najib, because it’s clearly Najib wanted to garner votes from Namewee’s fans, who on overall are the young generation of Malaysia chinese. Many declared that they will abandon UMNO for good, just google, they are thousands of hate comments towards Najib because he neglected malay’s sensitivities. If Namewee an icon of 1Malaysia, then 1Malaysia condones the act of insulting and degrading everyone, freely and openly. If Namewee continue insulting and cursing (fucking) everyone else who’s against him, he will never be a 1Malaysia icon.
_______________________________________________________
Thank you for summing up the Malay sentiments. You’ve managed to encapsulate the Malay POV and whole scenario very well. — Helen
apabila ada yang tak puas hati dan tegur agama/adat/individu itu, maka semestinya ada something not right with those things. which means, agama Islam dan adatnya sudah tidak relevant lagi di zaman ini, dan individu yang dikecam itu pastinya melakukan sesuatu yang jahat di pandangan orng yg mengeji tersebut, pokok tdk bergoyang kalau angin tak bertiup. sgala sesuatu ada sebab.
kta ni jangan pandai2 sgt utk judge Namewee, kita tak pernah tahu apa yang dia alami. daripada sibuk tuding jari ke orang, lihat dulu diri sendiri. islam is never right in the first place. which influence the injustice act of our politicians and the malays. your act and words describe your iman. if you love your allah then you should forgive and forget no matter how bad that person is.
kasihilah musuhmu. that’s what i learn from the other beliefs. kurangkan egoistic dan buka mata. jgn tersepit dgn ajaran yang palsu dan tidak logik. masalahnya dengan orang muslim dari dulu, terlalu sombong, tak pernah mahu terima hal lain/baru/yang luar dari kebiasaan dorng. that’s why tak maju. asyik ingat sendiri hebat, paling benar. tanpa kaum2 lain yang menyumbang, Malaysia tdk akan terjadi.