Posted in HIPOKRIT

Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

Hari ini menandakan ulangtahun ke-100 Revolusi Xinhai di Zhongguo (China) di mana dinasti Qing berjaya digulingkan dan sebuah pemerintahan baru bercorak republik dibentuk.

Pada 10 Okt 1911, suatu pemberontakan meletus bertitik tolak daripada kejadian yang disebut sebagai kebangkitan Wuchang (nama kota terletak di daerah Hubei).

Dr Sun Yat Sen (ejaan barat) seorang revolusioner yang memainkan peranan penting dalam pergolakan 1911 tersebut telah diberi gelaran ‘Bapa Negara’ dan dianggap sebagai antara pemimpin teragung Zhongguo zaman moden. Dr Sun dilantik menjadi presiden republik China pada 1912.

Sejurus selepas revolusi, beliau telah mengasaskan parti Guomindang yang kemudiannya diterajui Chiang Kai-shek (ejaan barat) selepas kematian Sun Yat Sen pada 1925.

Pada 1949, iaitu tahun Mao Zedong dan komunis mengambil alih tampuk kuasa, Guomindang terpaksa berpindah ke Taiwan serta ketua-ketuanya melarikan diri dari Zhongguo untuk hidup dalam buangan.

Rais Yatim (tidak kelihatan dalam gambar ini) duduk sebelah kiri Guan Eng

Sebagai seorang Han (ya, mengaku Cina), saya sudah tentunya ada minat terhadap fakta-fakta sejarah negara asal nenek-moyang saya.

Akan tetapi puak Malaysian First yang tidak mengaku diri mereka Tionghua agaknya mesti kurang berminat terhadap cebisan sejarah sebuah negara yang didakwa mereka sebagai tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan keturunan ‘Anak Malaysia’ di tanahair.

DAP mencanangkan Firsters

Gambar Lim Guan Eng bersama Yang Lan (atas, duduk bersebelahan) diambil minggu lepas ketika majlis berlangsung di Kolej Han Chiang, dengan Menteri Penerangan Rais Yatim juga salah seorang jemputan khas.

Yang Lan, pengacara TV mashyur di China, juga turut memberi ucapan. (klik YouTube untuk tonton).

Dalam ucapannya, Yang Lan berkata namun ini merupakan kali pertama beliau membuat lawatan ke Pulau Pinang tetapi kota George Town “bukannya asing kepada kita orang Cina”.

Pelik, ya? Bagaimana boleh tetamu kehormat dari tanah besar Cina ini merasakan dirinya mempunyai talian silaturrahim dengan orang tempatan yang berada di dewan Han Chiang pada malam itu?

Lagi pelik kerana puak Malaysian First sering mahu mencemuh sebagai ‘rasis’, ‘cauvinis’ dan ‘anti-perpaduan’ barang siapa yang masih ingin mengganggap diri kami sebagai berbangsa Cina.

Nampaknya Yang Lan tersilap haribulan tatkala menggelar mereka (para penyokong DAP di Han Chiang) sebagai “kita orang Cina”!

Bukankah Malaysian Firsters itu tegas enggan mengaku Cina tetapi sebaliknya mendakwa keturunan Anak Malaysia? Maka reaksi hadirin di Han Chiang (baca sini) pelik berganda — penyokong-penyokong DAP ini nampak betul-betul keliru tentang identiti diri.

Lain kali disyorkan puak Malaysian First itu ikut sahaja gaya berpakaian Hasnah Yeop supaya tidak disalah cam oleh tetamu warga China sebagai orang serumpun.

Warisan Sun di P.Pinang

Seterusnya Yang Lan memberitahu hadirin bahawa pada petang tadi itu beliau telah sempat melawat pejabat akhbar Kwong Wah Jit Poh yang telah ditubuhkan oleh Dr Sun Yìxian  – sebutan Mandarin bagi nama Dr Sun Yat Sen (Kantonis) – pada 1910, seabad awal.

Bukan sahaja Kwong Wah peninggalan Dr Sun. Pulau Pinang rajin mengenang beliau dengan pelbagai lagi penghormatan.

Di antaranya ialah peringatan Dr Sun Yat Sen Penang Base beralamat No.120 Armenian Street, Sun Yat Sen Memorial Centre di Macalister Road, patung Sun Yat Sen serta Jejak Warisan Sun Yat Sen.

Konco-konco di Han Chiang

Berbalik kepada Kolej Han Chiang, Rais telah menuduh institusi itu mengenepikan bahasa kebangsaan.

Beliau meminta supaya Guan Eng menasihati konco-konconya – iaitu personaliti kenamaan mengendalikan kolej tersebut yang rapat dengan Guan Eng – supaya menghormati bahasa kebangsaan.

Bukan sekadar pilihan bahasa pengantar upacara itu yang menimbulkan tanda tanya tetapi juga pendekatan aturcara.

Sudah tentunya konco-konco Guan Eng sedar bahawa ketua menteri Pulau Pinang itulah yang paling ghairah memekik laung ‘Malaysian First’ – cogankata patriotik DAP.

Kita hanya menggaru kepala mencari sedikit kepastian apa ‘Malaysian First’nya tentang acara Kolej Han Chiang itu.

Rencana berkaitan:

Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?

Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?

putar.BELIT putar.BELIT putar.BELIT

Malaysiakini dan gurindam Si Licik Paku Serpih

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

  1. Terima kasih kerana berkongsi Helen…

    Itulah…manusia hipokrit “Malaysian First” ni…Setakat cakap sahaja buat apa betul tak….?

    Anyway asking whether you are Malay/Chinese first or Malaysian First is like asking are you male/female first or Human first!???

    What is the right answer to this wrong question??? NONE

    Does not make sense at all……

Comments are closed.