Kau yang berselindung di balik sutera

October 16, 2011 at 11:13 am 3 comments

Lagu Mustika gubahan M. Nasir menggamit jiwa, menarik juga kerana susanan muzik latarnya.

Dalam lagu ini – yang didendangkan sifu itu sendiri – kedengaran alunan gamelan dan angklung.

Selain senikata Mustika yang puitis – bermula dengan “Kau yang berselindung di balik sutera, warnamu pelangi” – pengaruh yang dibawa oleh penggunaan alat bunyi-bunyian nusantara memberikan rasa tradisional kepada lagu ini.

Kata dasar ‘gamel’ yang membentuk perkataan ‘gamelan’ ialah dalam bahasa Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh.

Gamelan berkembang di Jawa dan Bali. Manakala di Jawa, gamelan adalah muzik yang diminati istana oleh golongan bangsawan, di Bali pula gamelan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti kampung. (Dictionary of Traditional South-East Asian Theatre)

Seni dan budaya nusantara pernah diwarnai tamadun-tamadun agung Buddha dan Hindu, dan masih ada peninggalan sejarahnya seperti kuil Borobudur di Jawa sementara Bali diberi jolokan ‘pulau seribu candi’.

Bahasa Melayu sebenarnya banyak meminjam kata-kata daripada bahasa benua India.

Contoh: ‘Pancaragam’, yang maknanya “muzik” dan “kumpulan pemain-pemain muzik”. ‘Ragam’ ialah “lagu, langgam”. (Kamus Dewan).

Maksud ‘panca’ yang asalnya dari bahasa-bahasa India ialah lima ataupun sebilangan (several). ‘Raga’ – disebut ‘ragam’ dalam bahasa Tamil – ialah irama dalam bahasa Sanskrit.

Vowel atau huruf hidup dalam bahasa Tamil disebut ‘uyir’ yang bermaksud hidup/jiwa. Konsonan dalam bahasa Tamil ialah ‘mey’ (badan/jasad). Apabila vowel bercantum dengan konsonan, ianya menjadi uyirmey — sempurnalah jasad bertemu jiwa.

Begitu juga ketokohan M.Nasir mencipta Mustika — unsur-unsur dalam lagu saling melengkap antara satu sama lain.

Trivia: M. Nasir pernah merakamkan lagu tradisional Melayu Ala Canggung berduet dengan Ramlah Ram pada tahun 1998.

Anda juga mungkin meminati:

Orang yang bermain wayang

Entry filed under: Muzik. Tags: , , , , .

M’sian Insider report sparked Malaysiakini tiff with M’sia Chronicle Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)

3 Comments Add your own

  • 1. maae  |  October 17, 2011 at 6:21 am

    Semua bahasa di dunia ini pinjam meminjam. Lidah nya satu tetapi budaya nya berkitaran dan bersepah di mana-mana. Bahasa Inggeris merujuk kepada latin dan arab. Contoh ‘bil-ain’ dalam bahasa arab, jadi ‘blind’ dalam Inggeris (jenis langsir yang boleh di kawal bias cahaya)! Kalau rujukan latin,setiap patah Inggeris boleh di rujuk dalam kamus-kamus.

    Begitu lah kekayaan Bahasa Melayu / Nusantara. Tidak lari dari pengaruh pedagang Melayu sendiri,Arab,Inggeris,Portugis,Belanda, China dan India. Malah pedagang-pedagang mesti menserasikan diri mereka juga dalam pengaruh Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu ! Kenapa ini tidak di sebut dalam sejarah ?
    (“so..which is which? jika kita bertamu ke rumah orang, kita semesti nya serasikan diri kita dengan budaya setempat, betul tak helen? Jadi kenapa sejarah Melaka haya berpihak kepada Inggeris dll
    sahaja? )

    He..he…helen tahu ‘toclait’ kan? (sebutan kerap bahasa pasar orang-orang tua melayu dulu dan banyak lagi…) M.Nasir memang ‘toclait’ melayu….tidak keterlaluan Melayu itu selalu jadi ‘toclait’ untuk semua bangsa di Malaysia…..

    Fakta nya bahasa china pula dari mana agak nya? Monggol dan Genghis Khan itu siapa ya? Jika di imbas sejarah, bahasa sanskrit itu asal nya dari mana? Pelik tapi benar, hanya melayu yang dapat memahami bahasa tulisan sanskrit, bukan pakar-pakar sejarah orang-orang tamil…..kalau tak percaya tanya ‘srikandi muda pakar sejarah melayu’ yang menulis secara berfakta dan berilmiah dan bijak berbicara dalam kepakaran nya…

    Well, kita ini manusia, berlebih dan terkurang itu milik kita jua…Yang Sempurna hanya Allah SWT sahaja (ini jawapan versi Islam).

    Itu pun jika kita percaya wujud nya Tuhan….Mana ada bangsa dan keturunan yang hebat di zaman jahilliyah dulu?

    Bukan kah hadhir nya Islam itu sebagai ‘toclait’ untuk lain-lain nya ? Maka ia tetap jadi bahan di terbalikkan jua….
    ________________________________________________________

    Beratus contoh pernah saya kumpulkan perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab. Namun Maae pernah jumpa tak mana-mana laman atau blog yang ada menyiapkan senarai yang lebih lengkap? — Helen

    Reply
  • 2. muda  |  October 17, 2011 at 11:52 am

    Perbendaharaan kata bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Arab cukup banyak, diperkirakan sekitar 2,000 – 3,000. Namun kelazimannya tidak terlalu besar. Secara relatif diperkirakan jumlah ini antara 10 % – 15 %. Sebahagian kata-kata Arab ini masih utuh dalam erti yang sesuai antara sebutan dan maknanya dan ada sebahagian lagi berubah.

    Selanjutnya sila lihat di sini… – http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_Arab_dalam_bahasa_Melayu_dan_bahasa_Indonesia
    _______________________________________________________
    Great! Thank you, just what I was looking for. — Helen

    Reply
  • 3. Abi Qalam  |  October 17, 2011 at 4:52 pm

    Salam Helen,

    M nasir memang seorang sifu. Lagu-lagunya mempunyai nilai komersil dan spiritual yang sangat kuat. Sering bekerjasama dengan penulis-penulis lirik yang berbakat seperti S Amin Shahab dan Arwah Loloq.
    Bagi saya lagu-lagunya jelas memanjangkan tradisi muzik sufi seperti mana maestro-maestro sufi yang lain seperti Youssou N’duor (yang nyanyi 7 seconds with Neneh Cherry, sila dengar lagu tijaniyyah dlm album egypt), Ustadz Nusrat Fateh Ali Khan (pakar qawwali dari pakistan, rujuk lagu Allahu Allahu, mast mast dan byk lagi), tradisi sema dari turki yang merujuk kepada Syaikh Jalaluddin Rumi dan sebagainya.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

Kalender

October 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Pengunjung

  • 7,406,782 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: