Posted in Ketua Menteri lidah bercabang

Lagi-lagi Guan Eng tempelak media Melayu

Semalam Lim Guan Eng ada di KL untuk satu wacana yang dianjurkan oleh Foreign Correspondents Club (FCC) of Malaysia. Saya juga turut menghadiri acara tersebut.

Seperti dimaklumi, sebelum ini Guan Eng telah mendakwa rakyat Singapura lebih mudah diculik di negeri Johor yang kurang selamat. Dia berkata demikian ketika bercakap dengan ahli-ahli FCC di Singapura pada Ogos lalu.

Apabila dilanda badai kerana kata-katanya itu (insiden yang berkesudahan dengan Guan Eng memohon ampun kepada Sultan Johor), setiausaha agung DAP itu memberi alasan bahawa perjumpaannya dengan FCC ialah satu “private function”.

Kali ini, iaitu pada Okt 17, dia berbual-bual pula dengan FCC di ibukota. Keahlian FCC terdiri daripada para wartawan asing yang bekerja dengan agensi-agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AP, Al-Jazeera, Xinhua, dsb.

Semalam, iaitu sebelum Guan Eng memulakan taklimatnya kepada kira-kira 30 ahli FCC – ramai juga di antara mereka adalah orang putih –  dia telah memberi izin untuk kata-katanya dipetik kerana dia yakin media antarabangsa akan menjalankan tugas secara profesional.

“It is only the local variety we have to worry about,” tambahnya lagi.

Maksudnya Guan Eng tidak mempercayai media tempatan mampu menjalankan tugas secara professional malah dituduhnya para pemberita negara kita sengaja mahu mengenakannya.

Mengadu kepada media antarabangsa

Taklimat Guan Eng berlangsung selama lebih kurang setengah jam.

Selepas itu, sidang dibuka kepada umum untuk sesi soal-jawab. Ketua menteri Pulau Pinang itu dikemukakan 6-7 soalan termasuk satu soalan yang ditimbulkan saya.

Setiap yang bertanyakan soalan dikehendaki berdiri serta menyatakan nama dan organisasi.

Apabila saya memperkenalkan diri sebagai ‘Helen’, Guan Eng dengan cepat dapat mencam saya — maklumlah Robocop-robocop dari pejabat medianya cergas meronda di ruang alam maya.

Saya pun bukannya tidak tahu kenapa Guan Eng telah membuat perjalanan ke KL dari Pulau Pinang semalam ekoran terungkit kisah tentang anak lelakinya (tuduhan belum terbukti) di sebelah pagi.

Jelas sekali dia mahu tell his side of the story kepada media antarabangsa sebelum keadaan menjadi lebih runcing.

Dia juga mahu menagih simpati sebab menganggap FCC adalah ‘friendly media’  iaitu tidak bersikap seperti sesetengah media tempatan.

Utusan, The New Straits Times dan TV3 pernah diharamkannya daripada membuat liputan upacara-upacara rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang serta diusir dari sidang akhbarnya.

Disuruh supaya tidak menyiarkan

Adalah di luar jangkaan Guan Eng bahawa seorang yang dianggapnya sebagai ‘hostile media’ akan menghadiri acara FCC semalam. (Saya bukan ahli FCC tetapi telah diundang bersama dengan beberapa orang wakil NGO.)

Sebelum saya bertanyakan soalan, Guan Eng telah memberi kebenaran kepada para wartawan memetik kata-katanya. Namun selepas dia mengetahui identiti saya, dia serta-merta menarik balik izin yang diberikannya tadi kepada wartawan.

Mungkin Guan Eng lebih menyenangi pihak media antarabangsa sebab mereka bersikap ‘friendly’. Laporan mereka bercorak makro, yakni isi kandungan yang mampu menarik minat sebuah audien asing yang tidak begitu mengenali negara atau hiruk-pikuk kancah politik kita.

Manakala wartawan tempatan akan memberikan tumpuan kepada butir-butir dengan cara lebih terperinci kerana audien kami sudah memahami latar cerita.

Tiba-tiba menjadi ‘off the record’

Dalam permintaannya yang ditujukan khusus kepada saya, Guan Eng mengujar supaya semua yang disebutkannya tadi dalam sesi soal-jawab sekarang tidak harus disiarkan lagi dan tidak boleh dibawa keluar dari bilik.

Dia percaya kalau dilaporkan segala percakapannya [pada malam Okt 17 itu] maka suasana akan menjadi bertambah keruh.

Kali ini Guan Eng bercakap lurus. Jika transkrip perbincangan dibocorkan seperti yang berlaku tatkala perjumpaan FCC Singapura tempoh hari, memang betul akan sensasi.

Sebagai seorang bekas wartawan, tidak mahu tidak saya terpaksa akur kepada resmi “off the record”.

Jadi saya tidak akan memblog tentang taklimat serta soal-jawab semalam. Pandai-pandailah kalian sendiri menelah.

Disyorkan juga:

Robocop-robocop DAP menggiatkan kempen fitnah mereka

Guan Eng masih lagi mahu pusing hal Johor itu

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Lagi-lagi Guan Eng tempelak media Melayu

  1. Salam Helen,

    Eh.. boleh pulak off-records? Asyik banned and gag order je nampak gayanya. Mana prinsip CAT? Baik tukar kpd prinsip MEOW
    M – Mengata orang lain tak apa
    E – Eng punya orang lu orang tak boleh kacau
    O – Orang lain banyak kuat rasuah, kita dapat ‘sumbangan’ saja maa
    W – Wang Penang suka kita apa mau belanja, lu apa pasal mau bising?

    Aiyoo.. Eng Chai.. masa lu hantam orang banyak kuat sekarang baru rasa eh?
    __________________________________________________________

    Meow – LOL – tapi betul juga, Tuan Abi Qalam. Penganut Buddha percaya terhadap hukum karma. Tak habis-habis puak mereka mengutuk Chua Soi Lek “bintang ***** ” sampai anak-isteri beliau yang tidak berdosa pun mereka tak lepas kecam. Segala perlakuan akhirnya berbalik kepada kita juga dan kita akan menerima balasan yang setimpal. Salam. — Helen

  2. Adakah dia berbuat demikian kerana saudari sebangsa dengannya? Saya rasa beliau tidak akan melayani sebarang soalan jika yg bertanya merupakan seorang Melayu.Kerana kita semua tahu bahawa beliau hanya mempercayai dan menolong bangsanya sendiri walaupun beliau cuba memakai topeng Malaysia First.
    ______________________________________________________________

    Mungkin dia terpaksa juga melayan soalan saya sebab hadirin berupa ‘international audience’ lagi-lagi wartawan agensi berpengaruh (jadi kena jaga air muka) serta soalan yang saya ajukan bukan berciri peribadi tetapi menyentuh tentang pentadbiran CATnya. — Helen

  3. Katakan benar walupun pedih, helen…tak kira dia itu bos anda, sebangsa anda atau apa saja. Undi tetap di tangan anda.

    Anda wartawan. Wartawan selalu melalak meminta kebebasan dari kerajaan. LGE melalak dengan CAT palsu nya. Dan anda telah menjadi telinga kepada kami, orang awam. Jika anda sudah hilang ketelusan, kami akan menjadi kaki fitnah untuk selama-lama nya.

    LGE sudah terkenal dengan sikap membenci melayu sejak mula dilahirkan ke dunia… Ini realiti persekitaran hidup nya. Perasaan ini tidak akan lenyap begitu sahaja malah makin menebal bila sudah memegang kuasa.

    Honesty, helen…

  4. Manusia yang lebih mengkagumi atau mempercayai orang Barat dicap sebagai WOG (Western Oriented Gentleman, hehe, gentleman ker LGE?) dan dipandang rendah oleh orang Barat sendiri. Gelaran WOG, yang sama seperti banana (kuning di luar dan putih di dalam) adalah satu gelaran yang amat hina dan menjengkelkan. Ia diberikan oleh orang Barat sendiri.
    Orang Barat Caucasian biasanya lebih menghormati orang Asia yang berbahasa ibunda daripada mereka yang berlagak lebih Kristian atau menggunakan Bahasa Inggeris dengan ‘accent’ yang lebih pekat daripada orang putih sendiri.

  5. Betul lah itu. memang media Melayu secar am jadi alat untuk pihak yang tertentu. Dan sama juga dengan media online yang lebih cenderung kepada yang membankang. Apa cerita baryu yang awak ini nak ceritakan kepada pembaca. ‘Think out of the box’ , tuan.

    Isi kandungan anda tiada kandungan discourse. Hanya memihak kepada sesuatu agenda tertentu. Itu bukan wartawan berdinamik. Hnaya sekadar’ also-runs’

  6. Oh come on. As a former member of the local press you actually swallow the whole unbiased media BS? Do you expect opposition figures to actually hand you your spin on a plate? Takkan macam tu.There is no unbiased media in Malaysia, the journalists and editors started this.You guys made the bed, you guys lie in it la.

  7. Helen, I suggest enlightened journalists like you create a website that monitors and check reports by Malaysian media. Contributors such a website shall disavow any political affiliation. They shall serve to scrutinize the accuracy of Malaysian media reports, whether online or in traditional media. The website shall have a goal to uncover any evidence of hidden or overt media bias, and shall not itself have any other agenda.

    The US has media watchdog groups like Media Matters that are becoming increasingly popular in the polarized landscape of US mass media.

    I suggest we learn from them! Contact me if you are interested. I would certainly be interested to lend my support to endeavors such as this. I could bounce some ideas off of you.

Comments are closed.