Posted in DAP, Evangelis, Malaysian First

Himpun: Bukan akidah digugat tetapi politik evangelis menggugat

Pokok pangkal pertembungan dua agama di Malaysia ialah soal syirik.

“[T]he Himpun rally appears headed towards stoking anti-Christian hysteria,” tegas Bishop Paul Tan, presiden Persidangan Bishop-Bishop Katholik Malaysia.

Merujuk kepada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan berlangsung petang ini di Shah Alam, Bishop Paul dipetik oleh Malaysiakini tiga hari lepas (Okt 19) sebagai berkata tunjuk perasaan tersebut menghala kepada mengapi-apikan histeria anti-Kristian.

Tidak setakat mengutuk Himpun, biskop itu juga menyarankan:

“Any government this duplicitous, this craven in the face of the obvious troublemakers is a government deserving of the electorate’s rejection.”

[Mana-mana kerajaan yang sebegini bermuka-muka, sebegini bacul apabila berdepan dengan anasir-anasir yang berniat mencetuskan kekacauan adalah sebuah kerajaan yang patut ditolak oleh para pengundi.]

Seruan Bishop Paul supaya pemilih tidak mengundi parti pemerintah jelas berunsur politik.

Dua hari awal iaitu pada hari Isnin, biskop itu telah diwawancara juga Malaysiakini lalu dia memberi pendapat bahawa kerajaan menghadapi risiko dipandang umum sebagai seekor “keldai.

Bishop Paul menganggap pihak berkuasa bersikap tutup sebelah mata kepada “troublemakers” tetapi pada masa yang sama mengambil tindakan cepat terhadap orang yang tidak bersalah.

“Troublemakers” yang ditegur biskop itu ialah “undesirable elements” (anasir-anasir jahat) yang menyebar khabar angin palsu tentang penganut satu agama [Kristian] merencanakan konspirasi terhadap penganut agama yang lain [Muslim].

Berkata demikian (rujuk screenshot) dalam satu laporan ‘Bishop: ‘NFA’ finding on Christian plot predictable‘, Bishop Paul juga telah memberi amaran bahawa rakyat kian hilang sabar dengan kerajaan.

Gereja pentas ‘Politik Baru’

Walaupun dalam terang-terang biskop ini melangkah masuk ke kandang politik namun dia didahului badan-badan evangelis lain yang sanggup bergandingan bahu dengan DAP.

National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF), 10 hari sebelum pilihanraya umum ke-12, telah membuka pintu kepada DAP dengan menganjurkan pertemuan pada 27 Feb 2008 di antara 200 orang pastor serta pemimpin agama dari 40 buah gereja di Lembah Klang dan calon-calon pilihanraya DAP.

Di dialog tersebut, DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada masyarakat Kristian. Delegasi DAP diwakili Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin. – Sumber: Buletin NECF

Manakala sewaktu pilihanraya kecil Sibu pula, acara ‘An Evening with Christian Pakatan Leaders’ telah dianjurkan.

Di antara Ahli-ahli Parlimen dan Adun DAP yang mengambil bahagian ialah James Ngeh Koo Ham, Teresa Kok and Hannah Yeoh.

Ngeh, yang pernah mengajar kelas Sunday School (mendidik budak-budak mengaji Al-Kitab), memberitahu hadirin – yang kesemuanya Cina – bahawa kepercayaan agama mereka digugat oleh langkah-langkah kerajaan menghimpit orang Kristian, umpamanya penyekatan impot Al-Kitab bahasa Indonesia.

Seminggu sebelum ‘Petang Bersama Pemimpin-Pemimpin Kristian Pakatan’ diadakan di Sibu, suku-sakat evangelis DAP telah mengatur satu perjumpaan sesi tertutup dengan orang kanan gereja setempat.

“The Sibu by-election in 2010 provided the first inkling of what could happen when the Christian vote moved en masse. DAP deployed its Christian leaders like Ngeh, Teresa Kok and Hannah Yeoh to campaign among Christian groups in Sibu.” (The Star,Minority with a major role‘, 24 Julai 2011)

Teresa Kok, Hannah Yeoh and Guan Eng juga telah menghadiri upacara keagamaan mingguan di Gereja Methodist Damansara Utama demi memberi sokongan moral kepada DUMC pada Ahad berikutan peristiwa ‘serbuan’ / ‘pemeriksaan’ Jais.

Pengaruh budaya Jom Ubah

Mengikut pengamatan Dr Ong Kian Ming seorang ahli akademik yang cenderong kepada DAP, orang Kristian “are influential because they know their rights and have become very vocal about it” (mempunyai pengaruh sebab mengetahui apakah hak-hak mereka serta lantang dalam menyuarakan hak-hak tersebut.)

Kini gereja sudah menjadi salah satu saluran kempen bagi politik evangelis DAP. Gejala ini paling menyerlah ketika pilihanraya negeri Sarawak.

Kegiatan politik meresap masuk gereja dan semakin rancak.

Makalah The Herald – terbitan berkala yang menyaman kerajaan untuk meluluskan kalimah ‘Allah’ dalam edisi bahasa Melayunya – pada hari Khamis baru-baru ini menyiarkan sebuah rencana bertajuk ‘DAP hit with renewed Christian conspiracy claims after attack on Guan Eng’s son‘.

Selain tuntutan hak orang Kristian untuk menggunakan ‘Allah’, kedengaran juga tuntutan hak penggunaan ‘bahasa pertama’ (bahasa Inggeris?!) sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Didakwa kelompok ini (warga Malaysia yang bukan berkulit putih) bahawa bahasa pertama mereka ialah bahasa Inggeris, dan seterusnya bukan sahaja PPSMI merupakan ‘hak’ mereka malah ianya juga hak Bangsar Malaysia untuk mengikuti semua matapelajaran-matapelajaran lain dalam bahasa Ingggeris.

Mula menunjuk taring

Kita masih ingat lagi bagaimana Hannah Yeoh membuli kerani di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mahukan bayinya didaftarkan sebagai ‘Anak Malaysia’.

Hannah selamba sahaja menyalahkan kerani malang itu dengan menuduhnya bertanggungjawab mengisikan kategori ‘Cina’ dalam kotak di mana perlu disebutkan Keturunan anak dalam sijil lahir.

Ini penipuan besar.

Butir ‘Kristian’ (dalam kotak di mana perlu disebutkan Agama) tidak dipertikaikan Hannah. Jadi ini membuktikan Hannah memang siap menyemak borang dan tidak masuk akal yang dia akan terabai menyemak kotak Keturunan sementara kotak Agama habis disemak.

Natijah ‘Anak Malaysia’ pilihan pertama ditolak JPN, pilihan kedua Hannah ialah ‘Cina’ sungguhpun ayah kepada bayi tersebut lelaki berkulit hitam (sepertimana isterinya masing-masing bermati-matian mendakwa diri keturunan ‘Anak Malaysia’.)

“Already Hannah Yeoh has likened the mass conversion of the Chinese, some to Christianity, but mostly to the DAP’s brand of politics as evidence into the work of the “hand of God”. And Sibu was just one more manifestation. This explains the DAP’s infinite conceit: like PAS people, they believe they have god on their side so they can’t lose.” (Baca sini.)

Tidak mengenal batasan

Perangkaan rasmi menunjukkan bilangan Muslim yang murtad sebenarnya teramat kecil kecuali ianya mungkin berlaku tanpa dikesan.

Lebih mendesak ialah masalah ketegangan agama, diperlihatkan misalannya dalam reaksi negatif sekerat kaum Kristian kepada titah Sultan Selangor serta perkembangan lain di mana evangelis DAP Kristian seperti Guan Eng sedang cuba dengan sedaya-upaya untuk melagakan para penganut agama Buddha dan Hindu dengan umat Islam.

“Takkan iman begitu rapuh dan mudah terpesong melalui kegunaan kalimah Allah oleh golongan Kristian” sebenarnya satu sindiran, memerli orang Melayu bodoh dan seolah-olah tidak berupaya memahami keadaan.

Dakyah Malaysian First serta sikap memandang enteng Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan – iaitu tidak dibenarkan berdakwah kepada Muslim – sejajar dengan keengganan gerakan dipelopori DAP itu mengakuri kewibawaan bahasa kebangsaan (rencana panas hari ini, MESTI BACA!) dan lain-lain tiang asas pembinaan negara bangsa.

Bukannya kaum Melayu dangkal sehingga sangat senang “dikelirukan” tetapi berkongsi kalimah Allah akan menjurus kepada penerapan fahaman bahawa Tuhan Yang Maha Esa mempunyai seorang ‘isteri’ bernama Mary yang melahirkan seorang anak bergelar Isa meskipun kekal perawan.

Tidak cukup dengan suku-sakat politikus dan penggiat evangelis cuba menyelewengkan konsep ‘bangsa’ serta membelakangkan bahasa kebangsaan, Allah pun mahu dikebas mereka.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Himpun: Bukan akidah digugat tetapi politik evangelis menggugat

  1. The bishop has urged the Catholics not to vote for BN. I agree this is political. In the first place who dragged religious institution to the scene? Since people have politicized this, the bishop is left with no choice. Of course, statements that he makes after that will be political.

    By the way, isn’t corruption against all religious teachings? Our federal government has been practising this for over 50 years. The bishop has every right to tell the Catholics not to vote for BN.
    _______________________________________________________

    Dear Masai Guy,

    I have never voted BN and will not be voting for BN in the next election precisely due to the corruption issue as you’ve rightly pinpointed.

    However the bishop is not telling Christians to reject BN b’cos of corruption but b’cos he thinks the ruling party is an ass. Hahaha.

    Btw, my pointing out the flaws of, say Pepsi Cola, doesn’t automatically make me a fan of its rival Coca-Cola, okay? M’sians just shouldn’t be so blinded by hatred for Umno that we lose our capacity for critical evaluation. — Helen

    1. the oppositions are also practicing corruptions for over than 50 years ? so, why must we vote the oppositions ?

  2. The clergy of any religious community have a duty to voice out their concerns over political matters such as injustice, poverty, persecution, human rights, inter-faith relations and so on, especially when it affects their congregation but they should not be party political.

    There’s a difference between having a religious political party and preaching party politics in a religious place of worship.

    There’s a difference between a religious community voicing its concerns to different political parties such as the NECM has done and it’s fine for individual members of different faiths to participate in secular politics but not so to invoke God, Jesus, Mohammad, Buddha, Krishna, etc in secular party politics.
    ________________________________________________________

    Charles, Isn’t DAP supposed to be secular? Then what’s with the “BN=anti-Christ” campaign poster, and the “God walks with us” / “Hand of God” resulted in our victory stuff? Here, read my analysis of LGE’s ‘holy crusade’ Wesak Day message. Cheers — Helen

    1. Damn charlie, you are all over the place defending guan eng, aren’t you? Hahahahaha…. Saint is he?

    2. God grief charles..

      Im so glad that you understand this…so by right “There’s a difference between having a religious political party and preaching party politics in a religious place of worship.” you do understand why the BN so mad when DAP political person acutally came to MASJID and wearing tudung for what exactly????to study deeply about islam???NOT!!!!! TO understand how can you slaughter cow properly????NOT!!!!! TO give preach to MUSLIM on how to be good MUSLIM??? DEFINITELY NOT rite!!!!OH wait 1 more to have Buka Puasa bersama2 hanya SEDOZEN orang islam bersama2 berdozen2 orang bukan islam untuk menghormati bulan puasa orang islam dengan menyanyi lagu kristian???

      and here you are defending DAP for the righteous of religion????

  3. Salam Helen,

    Today is a very sad day.. A million gathering that only attract 4 thousand? The Bishop surely smiling.. especially when PAS withdrew their support due to the most childish alasan. Padahal takut DAP dan PKR marah.
    Seeing PAS like this.. i believe, many ‘atas pagar’ voters that previously votes for PAS in a few PRU before shall makes sure that this act of sabotage by PAS to HIMPUN will be not be forgotten.. nor forgiven.
    _________________________________________________________

    Tuan,

    Bolak-balik kedua-dua PAS & DAP mengecewakan penyokong mereka yang dari dulu-dulu. Dan bukan sahaja biskop yang senyum tetapi saya lihat portal-portal berita bahasa Inggeris pun macam tersengih tatkala membuat liputan mereka.– Helen

  4. Thank you for this interesting perspective Helen. I guess the issue is whether we are ‘keepin’ it real’ as they say down in the ‘hood.
    PAS has always been a political party based on religion. It says so in the party name, the manifesto etc. therefore one knows what one votes for. No-one can say that they didn’t know PAS was a party based on Islam.

    I’m guessing that what you’re trying to get across is that DAP ‘ain’t keepin’ it real’ as there seem to be ‘unofficial’ or ‘undeclared’ Christian interests in the party such that people will not know if a vote for DAP could be a vote for a ‘Christian’ party. We have no confidence to say either way.

    This is not surprising. For me, the actual issue with the recent DUMC furore is not so much that Christians were proselytizing to Muslims. I’m actually quite happy for Christians to proselytize to me but somehow they never do (I wonder why). The issue is proselytizing under the guise of charity which is in other words, trickery/deception/bribery. We all know this, there are numerous reports from all over Asia about missionaries being kicked out of India, Cambodia, Sri Lanka etc for this sort of two-faced activity.

    If missionaries want to proselytize, tell us your MESSAGE. Don’t resort to trickery and deception e.g. usage of ‘Allah’, ‘Alhamdulillah’, ‘Allahuakbar’ etc. You can talk till you’re blue in the face about Munshi Abdullah but you ain’t foolin’ no-one….
    The reality is that Islam is growing extremely rapidly especially in the West. And generally people just don’t buy into John 3:16 and 1 John 5, 7-8 anymore (which when the NIV Bible came out was shown to be completely adulterated). So desperate means call for desperate measures such as the following (You Tube).
    __________________________________________________________

    Yes, this is the new face of DAP 2.0. — Helen

  5. Hujah yang tepat & ringkas. Mungkin ramai yg terpikir yang sama tetapi tidak dapat keluarkannya secara bertulis spt yg ditulis diatas.
    Sekali pandang anasir kristian telah berjaya melaksanakan merupakan strategi yang hebat, di lancarkan satu persatu secara padu ketika orang Melayu berugama Islam dalam kedudukan lemah dan berpecah.
    Perpecahan ketara jelas bermula sejak Abdullah Badawi menjadi PM yg mengambil sambil lewa tugas rasmi kerajaan/negara. PM yang lemah mengakibatkan kekuasaan mentadbir berpecah. Akhirnya memberi peluang anasir kristian mengambil peluang sewenang-wenangnya. Apakah next strategi yg diatur oleh anasir kristian terhadap warga malaysia terutama org melayu diikuti orng cina dan india.
    Di percayai, gerakan kristianisasi bukan sahaja dilakukan di Malaysia, tetapi di gerakkan meluas di Indonesia, Korea, China, Thailand, India, Sri Lanka, Singapura, Vietnam dan di negara Arab & Afrika yang lain malah ke Afghanistan dan Somalia serta Pakistan.

    1. Al-Qur’an Kareem, Surah Ali ‘Imran, Ayat 110: You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah . If only the People of the Scripture [Jews and Christians] had believed, it would have been better for them. Among them are believers, but most of them are defiantly disobedient.

      Surah Al Baqarah, Ayat 120: And never will the Jews or the Christians approve of you until you follow their religion. Say, “Indeed, the guidance of Allah is the [only] guidance.” If you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, you would have against Allah no protector or helper.

      Surah Ali ‘Imran, Ayat 53-54: [said the disciples]”Our Lord, we have believed in what You revealed and have followed the messenger Jesus, so register us among the witnesses [to truth].”
      And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners.

      Muslims should not have to worry about the strategy of others. Allah swt is the best of planners. Just strive to be better Muslims: be closer to Allah swt, observe our salat (prayer), give charity and do good deeds.

      P/S Helen, forgive me if I am trespassing. I don’t mean to get on the soapbox. Just feeling a little reflective today.

  6. Boleh tersenyum dan boleh menyindir…

    Bagaimana pula dengan akidah umat Islam ‘silent majority’ yang masih teguh, kuat iman dan kental amalan nya !

    Jika berani terus-terusan mencabar, di persilakan !

    Tidak berhimpun tidak semesti nya tidak sokong. Mungkin sebab musabab kesesakan, jauh atau alasan apa saja dari yang lain-lain TIDAK menghadirkan diri untuk berhimpun !

    Agama Islam bukan untuk di manipulasi. Akidah mesti di utamakan. Bukan muslim tidak akan faham ‘ ISI ‘ Islam kerana mereka hanya melihat dari jauh, sebelah mata dan di luar tabiee ‘fitrah manusia’ sahaja. Ada pengomentar yang menghina solat dalam Islam hanya membuang masa. Bayangkan betapa dangkal nya pemikiran seperti tahap otak himar (keldai) ! Faham apa yang saya tulis ini ?

    Orang kristian dan bukan Islam percaya kepada GOD. Where is GOD ? Boleh terang secara terperinci ? Apa yang saya nampak, sekerat nama orang putih, sekerat nama keturunan sendiri, konon nya lebih holy…. realiti nya hanya ‘trend’ kehidupan moden yang berpaksikan kehidupan barat sahaja. No GOD indeed !

Comments are closed.