Tindakan tidak diambil ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoalsiasat Teoh Beng Hock kerana tidak ada laporan polis dibuat. — Nazri Aziz dipetik Bernama semalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menepis soalan kenapa Jabatan Peguam Negara tidak mengenakan apa-apa caj jenayah terhadap tiga pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) kematian TBH sebagai menggunakan taktik “aggressive, relentless, oppressive and unscrupulous”.
Sejak bila pihak berkuasa terpaksa menunggu repot polis daripada awam untuk membuka kertas siasatan? Apatah lagi berhubung kes yang berkepentingan awam seperti TBH.
Tidak bunuh diri
It is hard to believe suicide can happen within few hours of experiencing trauma. Hopelessness as an acute warning sign of suicide most often takes time to develop, days or weeks if not months. RCI has confirmed that TBH was “driven to commit suicide” within hours. The impossible does not happen and the improbable only happens very rarely. — CT Wong
1. TBH seorang ceria yang mempunyai ramai kawan. Kita boleh mengesahkan fakta ini daripada kemunculan banyak laman sesawang dan jaringan aktivisme di media sosial yang dimulakan oleh rakan taulan serta rakan sejawatnya.
Beliau tidak mempunyai profil seorang yang berperwatakan murung serta ada kecenderongan untuk membunuh diri.
2. TBH akrab dengan keluarganya dan diberitakan lazim menelefon emak saban malam. Rumahtangga ibubapanya utuh (tidak bercerai).
3. Sejarah peribadinya tidak menunjukkan beliau seorang yang bermasalah — TBH tidak ketagih dadah, tidak sakit jiwa, tidak bersikap ganas atau membuat melulu mengikut nafsu.
4. TBH seorang berkelulusan tahap ijazah, ada kerja dan bergaji tetap. Pada usia 30 tahun, beliau berjaya menabung lebih RM20,000 dalam simpanan tetap di bank. Akaun semasanya ada baki RM3,611.
5. Beliau juga bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari esok tarikh kematiannya. Beliau tahu pun tunangnya akan beranak.
6. Mengikut kajian American Association of Suicidology, seseorang yang ada niat membunuh diri akan menunjukkan gejala-gejala berikut:
(a) mengancam untuk membunuh atau mencederakan diri ataupun menyatakan keinginan membunuh atau mencederakan diri,
(b) membeli senjata, ubat-ubatan atau racun untuk membolehkan pelaksanaan niat,
(c) asyik dengan topik kematian atau membunuh diri.
TBH tidak menunjukkan mana-mana gejala disebutkan di atas.
7. Kenapa pula TBH hendak bunuh diri? Beliau sekadar ‘saksi’. Bukan orang yang disyaki dan tidak dituduh makan rasuah. Jumlah wang kononnya disalahgunakan pejabat Adun hanya RM2,400.
8. Mengikut sumber, sms-sms terakhir TBH yang dihantar kepada kawan rapatnya menggambarkan tumpuan beliau adalah ke atas persiapan-persiapan untuk kenduri makan malam upacara nikahnya.
Kerajaan dan SPRM mengutarakan teori bunuh diri walhal TBH jauh sekali dari golongan yang dianggap berisiko tinggi mengambil nyawa sendiri.
Sepucuk nota (mungkin) ditulis TBH ditafsirkan SPRM sebagai ‘suicide note’ hanya kerana baris 对不起,我很累了, 再见.
我很累了 [saya amat letih]. Sekiranya TBH sudah begitu letih, pasti beliau terlalu penat untuk memanjat tingkap.
对不起 [minta maaf] kononnya ditujukan kepada bosnya Ean Yong Hian Wah, seorang Adun DAP. Ungkapan ini tidak sepatutnya dibaca sebagai sesuatu yang mencurigakan.
Bandingkan berapa kali kita sendiri pernah mengucap, “Sorry bos”. Dalam konteks penyiasatan SPRM, TBH meminta maaf kepada Ean Yong bukan sesuatu yang luarbiasa,
再见 dibayangkan seolah-olah TBH mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada dunia. Pemberian salam ini tidak lebih dari ‘bye’. 再见 juga membawa maksud ‘kita jumpa nanti’.
Ketua pendakwa SPRM Abdul Razak Musa membuat demonstrasi di mahkamah bagaimana seseorang itu berupaya mencekik diri sendiri. Ini dilakukan sebagai penjelasan mengapa ada lebam-lebam dikesan pada leher TBH.
Kalau mengikut butir nota, pada waktu itu TBH sudah begitu letih dibuatnya pegawai-pegawai SPRM. Jadi adakah beliau masih akan bertenaga untuk mencekik diri? Dalam pada itu, buat apa mahu mencekik diri?
Masyarakat Cina marah melihat cara kerajaan menangani kes TBH. Ia telah menjadi salah satu faktor utama parti pemerintah ditolak kaum Cina dalam pilihanraya umum lepas.
Selepas kematian TBH, SPRM telah berpindah dari Plaza Masalam (berhantu?) ke Wisma PKPS. Bangunan ibu pejabat SPRM ditukar tetapi prosedur operasi tidak bertukar. Seorang lagi mati dalam tahanan dan kali ini orang Melayu — Ahmad Sarbani.
Kes Aminulrasyid Amzah memperlihatkan anggota polis yang menyebabkan kematian remaja itu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen.
Bilakah TBH dan keluarganya akan diberi keadilan?
Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal? — oleh Teoh Lee Lan, adik kepada mendiang
Mutakhir:
Ditemani dua orang Ahli Parlimen DAP, saudara perempuan TBH membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadap tiga orang pegawai SPRM — Beng Hock’s family demands criminal charges against MACC trio
Anda juga mungkin meminati:
Saudari Helen Ang,
Tak apalah orang Cina tidak mahu mengundi parti kerajaan. Harap-harap orang Melayu dan bumiputera bersatu kerana sekiranya ini terjadi masih lagi dapat dua pertiga majoriti.
Seronok juga kalau ‘all Melayu/bumipura’s goverment’!
__________________________________________________________
Nanti pembangkang semua Cina, cam mana pula Norlin? Tengok cara DAP sekarang tengah spin isu gambar gadis tu (yang disalahgunakan blogger) untuk mengapi-apikan sentimen. — Helen
Saya lebih mengharapkan semua orang sedar pro dan kontra sekiranya itu terjadi. Mana lebih baik keadaan sekarang, pihak kerajaan ada Melayu dan non Melayu. Begitu juga dengan pembangkang.
Tentang isu gambar gadis yang yang disalahgunakan oleh DAP untuk mengapi-apikan sentimen perkauman saya yakin peristiwa itu akan lenyap bila sampai masanya. Ingat cerita wanita ‘cina’ bogel yang dikatakan kena ketuk ketampi dalam penjara?
Setakat ini saya dapati masyarakat Malaysia masih rasional. Bila dibakar emosi mereka, mereka akan marah macam api menjulang. Tapi sampai pada satu tahap api itu padam. Mungkin timbul rasa bosan kalau perkara-perkara itu, itu juga yang diulang-ulang!
kerana TBH sorang semua undi cina beralih kepada DAP? lucunya bagi meng’cover’ bahawa memang sudah lama undi cina hanya untuk DAP….
kalau ikutkan orang melayu tentu marah dengan taikun cina yang memerah darah rakyat demi keuntungan berlipat ganda…tapi tak pula terpikir nak undi BN sahaja….nampaknya..pengundi Melayu takla se rasis pengundi cina seperti helen ang bayangkan….kerana TBH yang jasanya menolong cina komunis DAP menipu(yeala…bagaimana pula ean yong boleh susun kontraktor kelas F tapi yang buat kontraktor cina)….
Salam Helen,
Yes, justice must always be served. But, justice itself works both ways.
Pertamanya, adalah isu salah laku pengendalian soal selidik yang dilakukan SPRM. Mungkin ini menyumbang kepada kematian TBH sendiri. Kes Sharbini pun menunjukkan kearah yang serupa. Jadi penyelesaian peringkat dasar sama ada secara berbentuk procedural atau policy perlu dibentuk.
Kedua, kes yang disiasat itu sendiri. Saya percaya dengan kematian TBH, kes itu tidak kemana. Jadi kematian TBH hanya menjadi episod malang yang membebaskan orang yang mungkin bersalah.
Saya rasa masalah gangguan sentimen masyarakat menjadi penghalang terbesar terhadap penyelesaian secara objektif. Lebih-lebih lagi apabila semua pihak sekarang berlumba2 untuk mengambil sikap populis.
______________________________________________________
Tuan,
Berhubung point (2), RCI telahpun mendapati DAP ada mempraktikkan Ali Baba. (Laporan FMT di sini.) Salam
Norlin, apa maksud anda ‘parti kerajaan’? Kerajaan bukan sama dengan parti. Seorang pegawai kerajaan tidak harus taat pada parti contohnya ‘parti UMNO/BN’, lagi-lagi parti yang menzalimi rakyat, tidak kira bangsa atau agama rakyat itu. Ini satu konsep yang masih tidak difahami di Malaysia terutamanya orang Melayu feudal. Amanah pegawai kerajaan ialah pada rakyat dan bukan pada parti.
Bacalah sirah Rasulullah junjungan kita (s.a.w.) dan juga kisah-kisah Khulafa ar-Rashidin r.a.. Cuba tanya diri sendiri, jika Rasulullah s.a.w. ataupun Hazrat Umar al-Khattab r.a. berdepan dengan isu Teoh Beng Hock, bagaimanakah tindakan mereka agaknya?
Jangan biar hati kita terpengaruh dengan ‘kibr’ (yakni ego atau riak) kerana inilah yang disukai oleh iblis terkutuk. Pelajarilah cara-cara manusia contoh terbaik iaitu Muhammad s.a.w. Pegawai-pegawai yang mengendalikan kes mendiang TBH harus ingat bahawa tiap-tiap manusia akan dihisab di akhirat kelak dan jika seseorang itu telah memegang kuasa, hukumannya sangat dahsyat jika mereka tidak berlaku dengan adil.
Seboleh-bolehnya kalau boleh menipu rakyat sepanjang hayat, ianya merupakan satu kemegahan dan kebanggaan parti yang memerintah …!
Mereka sangat yakin sebesar mana bangkai sekalipun boleh ditutup dan dikawalselia dengan baik agar manusia lain tidak terhidu baunya…
Manusia yang ada maruah dan harga diri akan berasa malu dengan keadaan yang sedemikian tapi malangnya perasaan malu sudah tiada lagi..
Maknanya, sifat kemanusiaan itu sudah tiada lagi…, harap pada fizikal saja yang berupa manusia…, tapi perangainya lebih buruk dan hodoh dari haiwan yang melata…!
Tak tahu lah Sis, tapi kalau kita mahu membenci seseorang kita akan cari apa sebab pun untuk membenci.
Dengan senario yang berlaku hari ini, tidak mustahil PRU 13 menyaksikan pertentangan ideologi kaum. BN sudah mendapat kembali sokongan Melayu manakala DAP mendapat sokongan masyarakat Cina.
Saya pernah bertanya seorang anak muda yang berjual barang,”Mengapa orang Cina benci Melayu?”
Dia terkejut, mungkin tidak menjangka pertanyaan itu.
Lama juga dia memikirkan cara untuk menjawabnya.
“Kita bukan benci Melayu maaa…” Katanya perlahan.
“Kita orang Cina, bukan mau gaduh-gaduh. Tapi semua parti (politik) sekarang suka hentam kaum lain.”
“Kita sudah lama merdeka maaa… Kita pun rakyat Malaysia. Kita sama-sama cari makan.”
Cubalah bertanya kepada orang Cina, tentu jawapannya lebih kurang sama. Kesimpulannya, anda boleh fikir sendiri.
sokong dgn apa yg anda tulis
Saudara Iqraq,
Saya gunakan istilah parti kerajaan hanyalah kerana BN yang diterajui UMNO membentuk kerajaan Malaysia. Itu sahaja!
Kalau saya merujuk parti kerajaan negeri Selangor tentulah bermaksud Pakatan Rakyat.
Itu tidak ada kaitan dengan soal taat walaupun dalam Islam sebagai rakyat kita perlu mengikuti perintah pemerintah selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam!
“Amanah pegawai kerajaan ialah pada rakyat dan bukan pada parti.”
Ayat ini juga mengelirukan saya!
Tidak siapa boleh menafikan parti yang menang majoriti dalam piliharaya akan membentuk kerajaan dan menentukan dasar pemerintahan negara.
Mereka yang menjadi kaki tangan kerajaan sudah tentu perlu menjalankan tugas mengikut dasar-dasar yang ditentukan. Kerajaan adalah majikan anda. Kalau enggan juga boleh ucapkan, “Hai, hai dan bye,bye!
Sudah tentulah hasil tugas itu untuk kepentingan rakyat dan negara!
Please look up the definition of ‘Freudian slip’.
by the way, kenapa tiada siasatan dari angle ‘TBH was silenced’ to keep things from the known?
since all ‘dramas’ nowadays reverberate to the tune of ‘conspiracy’ and what naught..
Cina lagi benci kerajaan? tapi bukankah kerana kerajaan juga, yang telah menjadikan banyak orang Cina kaya raya dan hidup aman sejahtera dibumi MALAYsia yang agama rasminya ISLAM. Memang dari dulu lagi orang Cina tak pernah seratus peratus pun suka pada kerajaan. Tak suka kerajaan atau tak suka Melayu/Islam?
Orang Cina, terutama yang sokong DAP memang bersifat racist ke akar umbi. Di segi perniagaan orang Cina bersikap pembolot dan tamak. Kakitangan kerajaan belum dapat gaji, peniaga Cina sudah naikkan harga.
Orang Cina ialah bangsa yang kedekut. Kalau pergi pub, mana ada orang Cina yang bagi tip kepada pekerja yang kebanyakannya bukan Cina.
Bangsa Cina are so materialistic, it’s unbelievable. Orang Yahudi pun tidak kedekut dan tamak macam orang Cina, terutama orang Cina di Malaysia ini.
Helen, I think you don’t know that police all around the world are allowed to use deceitful and stress-inducing tactics to get a confession from their suspects. This is why in some countries like the US and UK Policemen are required by law to tell suspects that they have the right to remain silent or ask for an attorney.
It is most likely that the MACC used similar tactics that the police use just to obtain more information or even a confession of wrongdoing from suspects.
Instead of focussing on specific cases, you should be making appeals to legal institutions like the Bar Council to ask for the enforcement of proper civil liberties, namely the enforcement of the right to remain silent or right to avoid self-incrimination.
As for Teo’s case, I think there have been enough investigations done on his case. What makes his case special? Is it because he is chinese? The chinese always want special treatment, and I think you, Helen, should realise that you are not special. Why aren’t the Chinese making more noise for Ahmad Sarbani’s case?
The chinese community regard Teo’s death as a sign that the government is against the Chinese community. This can’t be further from the truth. I think the law enforcers in Malaysia are quite even-handed in their brutish attitudes and in their use of strong-arm techniques.
Helen you do a disservice to your readers by bringing to the forefront Teo’s case. I think it proves the suspicion by a majority of Malays that even a well-intentioned Chinese with fluency in Bahasa still is a Chauvinist at heart.
Thanks for writing again, OverseasBumi.
I’d meant to reply to your last comment but that one unfortunately caught me at a hectic time. Agree with you about the necessity of Mediawatch. Hope those with the resources to carry it out will do so, i.e. DAP monitor Utusan for starters, and Umno monitor M’sian Insider and Malaysiakini since both parties are complaining about and suing these partisan media.
On TBH, he was never a ‘suspect’ and thus should not be subjected to “deceitful and stress-inducing tactics to get a confession”. It’s always been maintained that he’s a mere ‘witness’ assisting investigations.
Rather ironic that you should mention the right to remain silent/avoid self-incrimination because I had exercised that right when I was questioned by the police.
I was asked to present myself before an ASP under Section 111 of the Criminal Procedure Code, and I invoked Section 112(2) in refusing to answer. Well, I was accompanied by a kick-ass lawyer N. Surendran, now PKR vice-president who was adamant on preserving my rights (others summoned by police may not be so fortunate). Not my first brush with them either.
Now why do I chose to highlight TBH?
Because he’s a very big issue for the Chinese community. Google 赵明福 / 趙明福 (his name) and you’ll turn up about 200,000 search results. As I’m aware that this blog has a Malay readership which may not be exposed to the Chinese’s real sentiments, I feel it’s illuminating to share how we see the TBH developments.
As just one example of how divorced we are from the critical controversies affecting other communities, let’s take the Kg Buah Pala case. How many of us read or speak Tamil? Yet such a revealing posting in English as done by Anil Netto has only notched a little over 100 page views. The Malays and Chinese are in the dark about the facts of the tragedy and betrayal of the villagers.
You can call me a ‘chauvinist’ or what you will but I don’t think I’m doing a disservice to my readers by bringing TBH to the fore. On the contrary, precisely because it is a subject going against the Malay grain of the info field is the very reason for me to bring it up.
Why tell people something they already know or push a line that merely reinforces long-held opinions?
I believe it’s more meaningful – and certainly more challenging for the person doing it – to introduce ‘fresh’ facts, ideas and points of view which readers may not be familiar with or exposed to. I wouldn’t be writing this blog otherwise.
Look, with my fluency in BM as you’ve acknowledged, don’t you think that I could take the easy road to win popularity by simply saying stuff to please my audience (sedapkan telinga) and tell what they want to hear?
DAP has cornered an estimated 80 percent of the Chinese vote. You all have to begin to try to understand why it has reached this level.
The title of my posting may come across as harsh and antagonistic but better the unvarnished truth than pretense, don’t you think? Haven’t we had enough of bullshitting from the Malaysian Firsters?
‘cintarosa’s honest query: “Tak suka kerajaan atau tak suka Melayu/Islam?” is certainly a point to ponder and Hussin’s comment makes me uneasy but all these along the spectrum are the real grassroots as opposed to the playacting being presented to us on the political platforms.
This blog has a good crowd worth engaging with to regain the middle ground. But to know where to place our feet firmly in the centre, we also have to realise the edges of the extreme.
I am glad to read a response from you, and you have some very good points.
My impression from what you wrote is that we need to learn what is being said in the Chinese community.
But my point is this — do we always need someone like you to act as a conduit in order to understand and hear the grouses of the Chinese community?
Obviously, there is a disconnect among the communities in Malaysia.And it is largely due to one thing — language.
I don’t speak any Chinese dialect. Therefore I can’t tell what are the sentiments in the CHinese community. If they are speaking in chinese dialects among themselves, writing in Chinese characters on the blogs / online forums and if they don’t engage the government directly, how do you expect the majority of Malaysians to react to their perceived problems?
This brings us to a related issue — Chinese chauvinism . I read elsewhere in your blog that you support Chinese vernacular schools. How can we operate in an efficient society if one sizeable portion doesn’t want to engage in discourse with the civil authority, especially if they don’t wish to use the national language ?
If the chinese have a problem with the circumstances and the chief interrogators involved in the Teo Beng Hock case, then they should also have a problem with the AHmad Sarbani case.
Similarly, if I or you have a problem with Malaysian INsider’s biased reporting, then I should also have a problem with Utusan’s biased reporting. We should be consistent in our views.
It is the partisan, chauvinistic nature of Malaysian society that needs to change.
It is good that we are confronting this issue of communication gap between the races because it brings up the issue of how do one communicate effectively in this day and age?
Does it mean one has to go through one’s own political representatives? And, will they again be divided along racial lines? How different is DAP from MCA then? No different in my opinion.
We should seek to be the agents of change by not singling out any specific case. We should uphold the principles and shall not be swayed by political rhetoric or public sentiments.
Saya sokong tindakan mahkamah diambil terhadap 3 orang pegawai SPRM itu. Tetapi ini tidak bermakna keluarga TBH, DAP dan orang-orang Cina akan berpuas hati. Sampai bila pun mereka tidak akan berpuas hati. This is the TRUTH. DAP tetap akan mainkan isu TBH walaupun 3 pegawai SPRM itu diandaikan dihukum bersalah oleh mahkamah.
DAP tahu walau apa pun situasi Kerajaan BN tetap akan dipersalahkan. Jika pegawai SPRM ini didapati tidak bersalah, Kerajaan dan sistem perundangan akan dipersalahkan. Dan jika didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara, DAP, keluarga TBH dan penyokong2 Cina lain pun tidak akan berpuash hati atas alasan pegawai2 tersebut tidak dipenjara seumur hidup.
Jelas isu TBH ini terlalu dipolitikkan. Apapun keputusan terhadap pegawai SPRM tidak penting. Yang diutamakan oleh DAP supaya isu TBH terus hidup dalam pemikiran orang-orang Cina. Keluarga TBH akan dimanipulasi secara maksimum demi masa depan DAP.
kalau cina ngan india klua mlaysia atau pun buka parti baru yg hanya ada 2 kaum yg terbsar ni ja mungking itula parti yg kaya dlm malaysia.
kalau dri dulu cina undi untuk dap dri mana datangnya mci?
ISU TBH TIDAK PERLU DIPERBESARKAN KERANA BYK LAGI KES SERUPA YG PERLU PEMBELAAN DAN DIADILI SEWAJARNYA.STANDARD OPERATING PROCEDURES SPRM PERLU DI PERKEMASKAN SUPAYA DPT MEYAKINKAN RAKYAT.ANYWAY SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA PERLU MEMAHAMI LATARBELAKANG SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA KITA SEHINGGALAH APA YG KITA ADA DAN CAPAI HARI INI. TO BE FRANK ESPECIALLY KAUM CINA DAN INDIA ,MALAYSIA LAH SEBUAH NEGARA YANG AMAT TOLERANCE DAN ACCOMODATIVE SEHINGGAKAN MEMBERIKAN BANYAK KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN KPD PENDUDUK NEGARA INI YG ASALNYA DATANG DARI TANAH BESAR CINA DAN INDIA .BUKAN SAHAJA KEWARGANEGAAN DIBERI TETAPI JUGA LAIN LAIN KEISTIMEWAAN DISEGI PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA,ADAT ISTIADAT,SISTEM PERSEKOLAH IBUNDA,KUASA MENGUNDI DAN DIPLIH, DAN SEBAGAINYA .SEGALA GALANYA DIBERI TERMASUK NAK JADI KAYA SEKAYA KAYANYA SELAGI TIDAK MENYALAHI UNDANG UNDANG NEGARA. .PERLU DI INGAT JANGAN NASI MENJADI BUBUR SEPERTI APA YG BERLAKU DI BANYAK NEGARA WALAUPUN DARI SATU KAUM DAN AGAMA YG SAMA MASIH LAGI BERGOLAK DAN MENUJU KEARAH KEHANCURAN> .KITA DENGAN PELBAGAI PERBEZAAN HARUS BERSATU DAN BERFIKIR DAN BERTINDAK SECARA RASIONAL SUPAYA APA YG KITA BINA DAN KECAPI INI TIDAK HANCUR DALAM SEKELIP MATA..SEMUA PIHAK MESTI INSAF DAN MERENUNG PANJANG SUPAYA SETIAP TINDAKAN KITA AKAN MEMBERI FAEDAH UTK GENERASI AKAN DATANG DAN KITA LAH YG MENENTUKANYA..JIKA TIDAK ANAK CUCU KITA AKAN MENGHUKUM KITA DAN MASA ITU AIR MATA SEBYK MANA PUN TIDAK BERGUNA LAGI. INSAFLAH DAN JIKA NAK BERPOLITIK PUN ,BERPOLITIKLAH SECARA BIJAKSANA DAN BERTANGGUNGJAWAB.