Posted in DAP

Ciri dan naluri DAP (the nature of the beast)

I’ve been subject to relentless personal attacks and again recently harassed for the writings that have appeared here.

Seriously. Because of something that just happened (was done to me), I fear this blog may be hacked next.

Dakyah robocop DAP terhadap saya masih berterusan. Baca juga di sini.

I. DAP parti malaikat

Kalau banjir memecah tebing, itu setan Umno. Gempa bumi, tahi bintang jatuh di Tunguska, Umnolah yang melakukannya. Tsunami, tanah runtuh, Karpal kentut — semua yang busuk mesti ada bau kerja jahat Umno.

Lantaran gerakan ABU (undi Anything But Umno) rancak dijalankan.

Setiausaha agung DAP jika dijentik akan melalak “Umno ‘bohong’, ‘binatang buas’ dan ‘bajingan’.”

Tidak syak lagi parti-parti pemerintah sememangnya batil dan durjana sebab ‘eeeevil‘ dikaitkan satu-satunya dengan tuan mereka Umno.

Sesesiapa (yang Cina) yang tidak menyokong syuhada gagah perkasa DAP, iaitu barisan pejuang yang bakal memenggal kepala raksasa evilumno – pasti akan menerima musibah.

Nah! Balasannya janji mati disambar petir dalam sekilas.

Bukankah ianya salah sendiri kerana kamu rela bersekongkol dengan kebatilan dan kedurjanaan?

II. Ahli adalah perawan

Hanya politikus DAP yang ada prinsip dan penyokong mereka yang penuh beretika.

Lawan-lawan DAP mestinya makan duit serta orang yang menyoal atau menentang parti DAP adalah mereka yang telah dibeli dengan wang.

Cis bedebah! ‘Gadis-gadis glamor‘ yang menghadiri perhimpunan Belia MCA baru-baru ini pun (dikatakan oleh para penyokong DAP sebagai) pragawati murahan yang “melacurkan diri”.

Seperti biasa, Presiden MCA dicemuh (cogankata evangelis DAP ialah ‘No sex please, we’re Christian Taliban’).

Wanita DAP sahaja tertib. Malah setiap seorang mereka dibekalkan sijil jaminan bagi mengesahkan kebaikan dan kesucian produk-produk halal DAP ini.

III. Hitam putih kehidupan

Bendera syarikat dagang kolonial East India Co.

M. Manoharan, Adun Kota Alam Shah pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung enam bulan oleh DAP kerana komen beliau di Facebook yang mengkritik rekabentuk bendera kebangsaan.

Lim Guan Eng pula tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin. [Boleh baca Guan Eng masih lagi mahu pusing hal Johor itu, Lagi-lagi Guan Eng tempelak media Melayu dan putar.BELITputar.BELITputar.BELIT]

Yang putih di DAP ialah puak evangelis.

Yang hitam ialah kaum India, umpamanya penduduk Kg Buah Pala yang tidak reti hendak mengenang budi dan jasa baik.

Isu Kg Buah Pala: Komen di blog Kit Siang

IV. Tiupan sangkakala menggoncang alam

Untuk menyelamatkan dunia dari punah-ranah, undilah DAP dan Pakatan.

Apabila Pakatan menakluki Putrajaya nanti, maka seluruh pelusuk bumi akan aman dan makmur.

Peringatan: Enggan mengundi DAP bererti kamu kroni, korup dan pengkhianat bangsa.

Selepas Pakatan menduduki Putrajaya tidak akan ada kegawatan ekonomi, ketirisan atau pengangguran. Kadar jenayah turun menjadi sifar dan pengunjung warga Singapura tidak harus lagi takut diculik.

Pakatan dan DAP, setelah berjaya dikuburkan Barisan ‘Neraka’ Nasional, akan boleh menyelesaikan barang segala masalah anda termasuklah mengubati jerawat dan bintik-bintik hitam.

Di bawah pemerintahan khalifah agung Iguana Eng, dunia tidak akan ada pencemaran, gas rumahhijau, kebuluran atau perang.

Kita tidak sabar menanti-nantikan zaman ketamadunan gemilang alaf baru pasca-Umno.

Undi, undi, undi, undi, undi.

_____________________________________________________________________

Untuk menjawab kemusykilan pembaca kenapa saya memuji DAP dengan melangit-langit ini, ia sebenarnya kerana ada ura-ura blog ini mungkin digodam.

Jadi kenalah buat sedikit offering to appease the wrath of the DAP demi gods.

I am not joking my friends.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Ciri dan naluri DAP (the nature of the beast)

  1. Mungkin anda boleh:

    1) Menggunakan VPN (Witopia quite OK or TOR project)
    2) Jgn klik link dari email yg mempunyai suspicious link seperti ecard or birthday virtual card.
    3) Pakai password panjang sikit utk email dan wordpress akaun. Contohnya h3l344uatm4k4nn4s1. Susah nak bruteforce.

    Ini cadangan, bukan arahan.

    Anyway, berapa billion hang dpt kutuk DAP yg mulia ni? DAP + Kepakaran Ekonomi Anwar Ibrahim + Pakar ekonomi PAS di Kelantan = Kemakmuran ekonomi negara utk 7 generasi

    :)

    Farihin

  2. Helen, tell me who are the people harassing you and I will ask my brother-in-law in Alor Setar to pay them a visit.
    _____________________________________________

    Thanks Hussin :) But again seriously, ‘they’ know my home address now.– Helen

      1. THAT’S HERESY

        BUT NEVERMIND I FORGIVE YOU
        _________________________________________________

        Nice pseudonym you got.– Helen

  3. Kejadian bunga yang sedang mekar adalah anugerah DAP,
    Ribut taufan gempa bumi, seekor lalat yang mati terjatuh dalam gelas seorang American yang sedang minum di cafe Starbucks di New York adalah angkara UMNO durjana.
    Kuku Helen yang calar dek kerana selalu blogging juga angkara UMNO.

    Saya yang tengah wangi semerbak satu badan pakai sabun Shokubutsu ni pun berterima kasih pada DAP sebab anugerahkan kewangian pada saya.

    Kalau Helen wangi, please thank the DAP. TQVM.

    BromO-

  4. Oh DAP, kaolah penyelamat kami… engkaulah segalanya… tanpamu aku mati… tanpa sumbangan RM100 kao tidak lah dapat warga penang hidup.. dan tanpa kau jugalah tidak lah dapat penduduk buah pala dapat rumah teres… oh DAP.. oh… ohh…

  5. Dear Helen,

    Bersimpati dgn u atas apa yg terjadi dan mereka tahu alamat u. Harap u sentiasa berhati2 dan berwaspada selalu. Nasihat i, always change ur pattern outside our inside ur house e.g where u park ur car or anything, always change the pattern include path u pass. Puak2 itu memang akan cuba membuat apa saja demi politik. Semoga u akan sentiasa selamat dari sebarang gangguan. Take care.

    __________________________________________________________
    Thank you for your concern. I’ve revealed this info also so that the readers of this blog will know should anything ‘happen’.

    And ‘they’ should realise that the public knows, as to WHO should be the prime suspect … just in case.– Helen

    1. helen, hope you’ve also made a police report.
      _____________________________________________________

      Thanks Mekyam.

      I was indeed advised to make a police report but I’m deferring that for the moment as I do not wish to give any side (the possibility of) political capital.

      I have however made a statutory declaration and left it with several trusted people, including lawyers, which clearly points (suspect) fingers at certain personalities should anything befall me.

      Fingers crossed. I’ve also been more careful about locking doors, etc. — Helen

  6. Helen..tiba-tiba saja semua orang menulis seperti tuan. Ha..ha..ha.. Tuan memang ramai pengikut.Teruskan usaha baik tuan melondehkan DAP maksom.
    _____________________________________________________

    Err, ‘puan’ siap dengan berbaju kurung. :) — Helen

  7. Iguana Eng bukan saja ‘buburkan umno’, malah berbagai daging cina di rencah dalam sup kura-kura yang dikatakan lazat !

    jika DAP menang, cina yang dah kaya hasil didik umno, jadi sponsor bertambah kaya-raya, cina pertengahan akan masih mengadah, cina bawahan terus jadi kuli….

    Melayu ? tiada tempat, soli aaah ! India pula boleh beli todi harga bebas cukai…..

    Agak nya helen kat mana ye?

  8. Puan akan menerima cercaan dan kutukan dari chauvinist,evangelist dap sepertimana yg diterimana oleh ridhuan tee.

    “lebih melayu daripada melayu” kata mereka.

    pada saya,bukan DAP sahaja berperangai begitu.kedua2 ******nya juga sama.

  9. HA HA HA KAK HELEN

    I READ YOUR ARTICLES WITH UTTER CURIOSITY.

    HOW BIASED CAN ONE BE?

    ITS OBVIOUS YOU WILL BE HANDSOMELY PAID I CAN SEE,

    BUT HELEN, ISN’T THERE ANY MORE DECENCY?

    _________________________________________________

    “Will be handsomely paid? and “any more decency”…

    So which side first started the ‘gutter politics’ of smear campaign against opponents and critics?– Helen

  10. Take care Helen.. I pray for your safety..

    _____________________________________________________

    Thank you Zizah.

  11. Helen, DAP got a army of cyber troopers station in Komtar to smear anyone who does not agree with Kapitan LGE or the Lim Dynasty …it is a norm that they issue threat to quiet you down….I have been hacked all the time by their army and they send out their spy to get to know my where and even their top generals are employed to trace me…one by the name of WONG who write article to condemn BN …another is by the name of NIU who is expert with getting your FB account disable using his numerous fake accounts to act ….what you wrote about the RM2 million for the school will definitely get many after you as that Under world Tai Kor TSTKP will not like you go after this contribution …..anyway paper cannot wrap fire and you can still get to the root if you go to the students for that info….offer a reward will see many keeping the flow of info….leading to the truth behind….

Comments are closed.