Posted in BIAWAK

Dikatakan mereka Najib bayar suratkhabar Australia itu

Apabila Free Malaysia Today melaporkan kononnya anak perempuan Perdana Menteri boros berbelanja di Perth, rencana tersebut telah dikongsi sebanyak 5,011 kali di Facebook oleh pembaca FMT, dihantar 5,132 kali melalui e-mel dan lain-lain media sosial/baru serta di-tweet 92 kali. (Lihat screenshot bawah)

Namun apabila FMT melaporkan tentang tweet Najib Razak dua hari lepas (Rabu) yang mengatakan anak perempuannya tidak pergi Australia, rencana tersebut hanya dikongsi di 114 Facebook dan dihantar ke 124 ‘share’ (e-mel dsb).

Dan sepertimana Najib membuat penafian terhadap cerita palsu tentang anak perempuannya, Guan Eng dan konco-konconya telah mempertahankan anak dinasti Lim itu. (Who says the boy is “defenceless”? He clearly has so many eager defenders!).

Kebetulan pada hari yang sama Najib mengeluarkan tweetnya itu, seorang kolumnis FMT menerjah BN — “pengamal politik longkang yang paling kotor sekali”.

Straight ‘As’ bagi Guan Eng

Jeswan Kaur dalam kolumnya ‘Poetic justice for Guan Eng‘ (Nov 3) telah mengutuk timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana menggunakan taktik terdesak serta “character assassination” untuk cuba mematah kerjaya Guan Eng.

Tambah Jeswan lagi, BN menyimpan hasad dengki serta irihati kerana Laporan Audit Negara memberikan markah cemerlang kepada Guan Eng atas kebijaksanaannya mengurus tadbir negeri.

Serentak mengagumi kejayaan profesional Guan Eng, kolumnis FMT itu juga amat menyanjung tinggi peribadi Guan Eng sebagai seorang ayah teladan yang berusaha melindungi anaknya daripada “ninja character assassins operating behind shadowy pro-BN blogs”,

Lalu Jeswan mempersoalkan sama ada Khairy Jamaluddin adalah “seorang ayah bertanggungjawab dan penyayang” (mana Guan Eng boleh ada tolok bandingnya, bukan?)

Selain menyerang KJ, Muhyiddin, Umno, MCA serta blog-blog pro-MCA, dihentam juga Umno Online oleh Jeswan sebagai laman yang hanya tahu mereka-reka cerita.

Begitu teruja pembaca FMT dengan rencana Jeswan itu sehingga mereka berkongsikannya di 1,207 akaun Facebook dan melalui 1,263 ‘share’ (e-mel dsb).

Ragu-ragu terhadap penjelasan

Pembaca media alternatif tampak mempercayai sesetengah laporan berita dan sumber tetapi mencuragai pula laporan berita dan sumber yang lain.

Pengakuan ralat yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid The West Australian (yang membuat laporan awal tentang anak Najib), misalnya, telah menimbulkan rasa sangsi para pembaca Malaysiakini.

Screenshot komen pembaca (ruj. rencana Malaysiakini bertajuk ‘Aussie daily issues correction on “shopping spree” report‘):

KEMASKINI (Nov 5, 2.25pm): Satu lagi screenshot

Untuk mengenali siapa si Ah Hoe ini yang mahu memberi publisiti percuma kepada blog saya, klik SINI.*

Penafian oleh hospital Tung Shin

Memang adakalanya sesuatu penafian itu sekadar untuk menutup perkara sebenar.

Contohnya Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Kamarul Zaman Md Isa, pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh dan pengerusi lembaga pengarah hospital Ng Beh Tong semuanya menafikan ada gas pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Namun selepas melengah selama empat bulan dan berikutan hasil siasatan peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan, kerajaan pada akhirnya terpaksa juga mengaku bahawa meriam air dan bom asap telah dilepaskan ke dalam perkarangan hospital itu.

Menteri Kesihatan pula kena memohon maaf kerana pada mulanya menafikan kejadian berlaku.

Penafian oleh sekolah Heng Ee

Walaupun tiada bukti, sesetengah pembaca Malaysiakini menuduh Najib membayar suratkhabar Australia itu.

Sesetengah pembaca blog-blog pro-Umno pula tertanya-tanya ekoran beberapa laporan polis mahu siasatan dilakukan ke atas desas-desus kejadian pencabulan kononnya melibatkan penuntut SMJK Heng Ee, dan sama ada sejumlah wang pernah bertukar tangan.

Anak Guan Eng diberitakan dipindah keluar dari sekolah Heng Ee pada bulan Januari tahun ini. Gambar penyerahan cek (atas) dirakam pada bulan Februari.

Sekolah Heng Ee telah menerima sumbangan jumlah RM2 juta yang disebutkan itu daripada Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) untuk membina sebuah bangunan canggih.

Baru-baru ini pada bulan September, Guan Eng telah merasmikan pembukaan Bangunan Wawasan diringi presiden PCCC Tan Sri Tan Kok Ping — dilaporkan The Star.

###   ###   ###   ###   ###   ###   ###   ###   ###   ###   ###   ###

* Bebudak kat Malaysiakini tu nampaknya cukup obses dengan saya.

Komen hari ini di http://malaysiakini.com/news/180577

Nice to be always on your mind, (Malaysiakini) guys.

Guan Eng dan Tan Kok Ping (klik untuk baca)

Anda juga mungkin meminati:

Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

Mana perginya CAT bagi projek RM300j sPICE?

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

DAP-lalaland kapitalis gagah

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Dikatakan mereka Najib bayar suratkhabar Australia itu

  1. Saya kurang arif dalam Bahasa Inggeris and I accepted that fact wholeheartedly, but pada saya and this is my POV; someone who is able to converse & comprehend this language, must be learned, wise and able to distinguish fact from fiction, tapi sayangnya, common sense comes in different quantity. They’ve become too self-absorbed and filled with hatred that nothing can appease them. Sayang, mereka-mereka ini berjawatan tinggi, berpelajaran ke tahap yang boleh dikatakan terbaik but somehow, they’ve lost their sense of perspective and became delusional the better their lives has become. Helen, for all its worth, haters are people who are confused over their admiration towards you. For obvious reason, your words has a ring of truth to it and being defensive is being in denial. Write on, Helen. God bless.

Comments are closed.