Posted in Sosial

Balu, anak-anak yatim dan cerita parang

Kalian mungkin masih ingat lagi cerita sebilah parang kononnya ditemui polis dalam kereta yang dibawa remaja Aminulrasyid Amzah berusia 14 tahun.

Aminulrasyid ditembak mati polis.

P. Kathir Oli mati ditembak polis pada Sept 15 lepas. Mendiang didakwa telah menggunakan parang untuk menyerang seorang anggota polis. (Baca butir-butir kes di sini.)

Dalam The Star hari ini: ‘Protest over contractor’s death at Perak police HQ’. Namun laporan Star berat sebelah dengan hanya menggambarkan latar cerita yang dikisahkan polis sahaja.

Emak Kugan Ananthan

Cerita sebelah pihak lain tidak dimuat akhbar tersebut. Bukan itu sahaja, laporan Star juga menerapkan prasangka bahawa si mati bersalah walaupun tidak terbukti.

Ketua polis negeri Perak DCP Mohd Shukri Dahlan telah memberi sidang akhbar sehari selepas kejadian, iaitu pada Sept 16, mendakwa Kathir, 31, dan tiga orang rakannya cuba menyamun sebuah pub-karaoke.

Mohd Shukri membayangkan Kathir seorang penjenayah walhal mendiang yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Saksi-saksi menyangkalkan cerita polis serta mendakwa Korporal Cheah Yew Teik – polis yang menembak Kathir – tidak berpakaian seragam, off-duty serta bekerja sebagai bouncer bagi pub tersebut di luar waktu bertugas. (Baca sini.)

S. Janaky, isteri mendiang, menuntut penjelasan mengapa tidak ada apa-apa usaha untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas beliau ditembak.

Janaky mendakwa anggota polis membiarkan sahaja mangsa walaupun sedang mengalami pendarahan teruk dan sebaliknya sibuk menggari rakan-rakan Kathir, menghantar mereka ke balai polis dan membuat kordon. (Memo kepada ketua polis negeri diserahkan kelmarin)

“Beliau seorang suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab kepada empat orang anak kami,” kata Janaky.

Seetha meninggal selepas minum paraquat

Awal tahun ini, M. Krishnan, seorang pemasang kawat berumur 37 tahun, ditangkap polis atas tuduhan memiliki dadah. Beliau mati di dalam lokap di balai polis Bukit Jalil dalam keadaan badannya berlebam-lebam, luka pada bahagian perut dan mata bengkak.

Revathi (balu Krishnan) hidup sebatang kara dengan 6 anaknya

Isterinya P. Revathi, 37, mempertikaikan dakwaan polis bahawa suaminya terlibat dengan dadah. Revathi, seorang suri rumah, sekarang balu dengan enam orang anak — yang bongsu baru 8 tahun.

K. Letchumanan, 30, yang dijumpai mati di lokap polis Raub pada 18 Dis 2007 kononnya telah menggantung diri dengan selimut. Beliau ditangkap polis tiga hari awal.

Saraswathy, adik mangsa, mendakwa ada saksi yang menceritakan Letchumanan ditampar dan ditendang polis.

Letchumanan seorang pekerja ladang kelapa sawit meninggalkan isteri dan enam orang anak.

Baru-baru ini pada Okt 23, keluarga R. Mogana Sundram diberitahu polis bahawa beliau telah menggantung diri dengan tuala di bilik penjara Taiping. Seorang tahanan reman, Mogana, 25, telah dikemukakan caj di Mahkamah Majistret tetapi belum dibicarakan.

Gowri

R. Gunasegaran, 31, juga dituduh bersabit dadah. Seorang pekerja di kedai todi, beliau dijumpai mati di balai polis Sentul pada 16 Julai 2009.

Ganga Gowri, adik mangsa, mendakwa ada saksi-saksi yang berkata Gunasegaran telah dibelasah polis ketika beliau ditangkap.

R. Seetha (gambar atas) membunuh diri dengan meminum racun paraquat selepas polis menembak mati adik lelakinya. Seetha mengalami tekanan jiwa kerana teramat sayang kepada adiknya Surenthiran, 24, yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan polis.

Kes-kes yang disebut di atas hanya segelintir (tip of the iceberg) dalam senarai panjang.

Cina lagi benci kerajaan kerana kes Teoh Beng Hock

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Balu, anak-anak yatim dan cerita parang

  1. Wah! jarum dakyah membenci kerajaan sudah bermula, ye helen? peeewit….

    1.Bukan kah penipu,perompak dan pencuri suka mengarut, Walaupun perkara yang di lakukan memang benar ? Bukan kah cina-cina DAP juga hipokrit, penipu besar ! Kenapa kit siang tegar memperlekehkan amalan orang-orang Islam (terbaru mengenai Hari Raya Korban – binatang korban yang di komen pembaca buta tuli! nampak sangat kebodohan cina di Malaysia yang langsung tidak tahu apa-apa, kecuali kecinaan semata-mata – langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam dengan memberi komen MEMBABI BUTA tanpa rujukan ilmiah atau sekurang-kurang nya bertanya kepada ilmuan Islam ! Sungguh hebat kah dia yang menyembah to’ pek kong,menyembah nenek moyang atau menjadi penyembah batu dan manusia ? )

    2.Kenapa polis selalu di jadikan kambing hitam,walhal mereka menjaga keselamatan kita? Majoriti anggota terdiri dari orang melayu…kenapa ye ? Selama ini mereka hebat mencari penjenayah tegar dalam masa beberapa jam atau hari sahaja. Wajarkah PENJENAYAH di bela sebagai hero? Amerika pun tidak mengamalkan kebodohon ini, Tetapi anggota keselamatan mereka akan menjadi hero apabila terlibat dengan penjenayah bangsa kulit hitam,pendatang asia, lebih-lebih lagi rakyat mereka warga muslim bukan penjenayah atau tidak.

    3.Kenapa tidak salahkan konco-konco DAP dalam kes TBH? Cina Serdang semua tahu jawapan nya tapi masih berdiam dan sembunyi balik lalang sehelai (kecuali segelintir yang tahu sangat aktiviti nya). Jika terjadi kepada individu umno (melayu), apa kah cina akan menyokong ?

    4. Dalam keadaan satu-satu kes, polis bertugas juga mesti menjaga keselamatan diri nya. SOP sebagai kawalan duti. Jika dah waktu dini hari, dalam keadaan mencurigakan, jika kita sekali pun akan bertindak tidak sepetrti sepatut nya… Rela kah kita mati sia-sia?

    Berterimakasih lah dengan pihak polis. Mereka juga manusia yang bekerja tidak tentu masa demi Rakyat (tidak kira bangsa) dan keamanan Negara.

    ( * Dalam hal ini saya tidak akan pertikai benar atau salah tindakan pihak polis. Mereka semua penguatkuasa undang-undang, juga kahwin dan berkeluarga, yang bertindak dalam keadaan masa kejadian. Apa yang selepas itu hanya kepada bukti-bukti fizikal. Bukan lagi bukti tohmahan. Apa-apa pun boleh berlaku. Malah tertembak orang awam juga tinggi risiko nya)

    ps. cerita lah pula fasal ambiga dan seksualiti merdeka nya…. what say u…. ?

  2. penjenayah di anggap wira!!! pelik betul… ni slh satu taktik DAP ni… almaklumlah,yg jd polis kn majoriti melayu.. x gitu aunty helen…???

    ________________________________________________________

    Shafique,

    Polis juga mendakwa Aminulrasyid yang 14 tahun itu ada menyimpan parang dan cuba merempuh kereta polis. Jadi adik itu kira ‘penjenayah’ jugalah, ya? — Helen

  3. Helen ku sayang :)…

    pada pendapat abang :) ;), semua penjenayah perlu di layan sebagai penjenayah … tak kira lah samada dia Melayu, Cina atau pun India .. malah sesiapa pun juga.

    Tapi bila helen hanya ‘menonjolkan’ “mangsa2” adalah dari kaum India “against” goverment institituion yg rata2 nya dilihat sebagai ‘institusi Melayu’ timbul pertanyaan dihati tentang ‘motif, niat dan tujuan sebenar helen berbuat demikian. Utk pengetahuan helen, penjanyah melayu pun menebrima layanan yg sama dari polis, malah lebih teruk lagi ..tapi kami orng melayu tak kesah, sbb pada kami takkan penjenayah nak dilyan dgn senyuman mesra, bersopan santun serta leamah gemalai.

    tapi abang rasa helen pun taukan tentang ‘lakonan’ orang2 india ni kan… bukanlah nak mengata atau memperkecil2kan mereka, tapi itulah hakikatnya

    apa yg jelas, helen seolah-olah meng’hero’kan penjenayah dan menjadikan polis sebagai orang jahat dgn mengexploitasi dan
    mensensasikan ‘balu2 dan anak2 yatim sebagai after effects “kekejaman” polis.

    Hmmm …I wonder what really are your motives.
    ______________________________________________________________

    Berhati perut sikitlah, abang cinta sejatiku.

    Anak si mangsa dah 5-6 orang, lepas tu isteri pula suri rumah, kepincangan hidup, masyarakat setempat pun miskin — how to cope neh?

    Saya timbulkan sudut pandangan kaum India sebab bila Uthaya atau Hindraf cuba membela nasib orang dia yang terpinggir itu, dua-dua pihak (BN dan Pakatan) menyergah. Umno kata ‘samseng’, DAP kata ‘rasis’.

    Juga, korang ni nampaknya tak boleh pula make up your mind. Bagi robocop-robocop DAP, saya bermotif memburuk-burukkan parti mereka. Sekarang ni, mengikut abang, saya ada udang di sebalik batu.

    Jadi, which is it, bang? I’m anti-Pakatan ke anti-kerajaan?

    Ingat: Innocent until proven guilty. Adakah Aminulrasyid seorang penjenayah hanya kerana polis mendakwa kononnya menjumpai parang di keretanya?

    Dalam kes-kes yang saya sebutkan di atas, polis mendakwa kononnya menjumpai dadah (itu sekadar tuduhan).

    Fakta dan hakikatnya, orang India di bawah tahanan mati dengan dapatan forensik membuktikan mereka dibelasah dan didera. Lihat foto, dan juga ini. — Helen

Comments are closed.