Watergate: Koreklah sampai ke lubang cacing!

November 15, 2011 at 2:21 pm 23 comments

Jumlah kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang kini mencapai 28 orang berbanding dengan 13 orang ketika Koh Tsu Koon memegang jawatan KM dulu. Nyata pertambahan yang mendadak dan berlipat ganda.

Ianya berlaku ekoran ‘orang dia’ dibawa masuk secara terus (direct entry) untuk bertugas sebagai setiausaha akhbar Lim Guan Eng serta untuk bekerja di bahagian penerangan, kata seorang wakil rakyat Umno yang memperolehi jawapan bertulis ketika mesyuarat ke-2 penggal ke-4 sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

The New Straits Times melaporkan kelmarin:

Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, bertanya apakah keperluan Guan Eng mempunyai setiausaha akhbar begitu ramai.

Chan Lilian, petugas media

Muhamad Farid juga memberitahu Sinar Harian bahawa kakitangan pejabat ketua menteri yang berlebih-lebihan itu tidak diambil daripada penjawat awam di jabatan sedia ada seperti pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri tetapi sebaliknya diambil berasingan oleh pihak Guan Eng.

Memang sudah menjadi darah daging DAP bersikap dwi standard, dengan kita dapat lihat Tony Pua, ketua jabatan penerangan merangkap penasihat ekonomi DAP, mahu pula mengurangkan jumlah kakitangan awam di peringkat kerajaan pusat.

Sekiranya setiausaha akhbar yang begitu ramai serta bahagian penerangan yang begitu besar itu kerja ialah mempromosikan peribadi Guan Eng ataupun membuat propaganda bagi DAP, maka seharusnya gaji mereka dibayar dari dana parti dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apa kerja mereka semua itu?

Jenis perkhidmatan yang disediakan pegawai-pegawai di pejabat ketua menteri itu sebenarnya mencurigakan.

Cekupan laporan FMT - Klik untuk besarkan

Mengikut laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, bahagian komunikasi pejabat Guan Eng yang kuat (“powerful”) terdiri daripada bekas wartawan serta petugas muda yang agresif.

Mereka sangat aktif di Internet membantu Guan Eng supaya menonjolkan diri (“make a considerable presence”) di Facebook dan Twitter.

Pastinya merekalah administrator yang mengendalikan Facebook dan blog-blog Guan Eng yang rasmi dan bukan rasmi (misalnya mychiefministerlimguaneng.blogspot.com menjadi tanda tanya).

Budaya apa yang diketengahkan dalam Facebook Guan Eng?

Komen pembaca di Malaysiakini (8 Nov 2010)

Kalaupun mungkin bukan pegawai-pegawai Guan Eng sendiri yang mencemuh barang sesiapa yang berani menegur bos mereka itu, namun sebagai moderator mereka wajib memastikan komen-komen yang diberikan oleh Facebooker peminat Guan Eng adalah tertib dan tidak melepasi batasan.

Akan tetapi nampaknya pegawai-pegawai Guan Eng tidak berusaha menghalang para penyokong kem mereka menyergah lawan serta para pengkritik dengan kata-kata kesat.

Komen pembaca di Malaysiakini

Sebenarnya kita tidak harus mengharap kepada ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau orang nombor satu, iaitu Guan Eng, pun amat pantang ditegur dan petugas-petugas medianya tidak bertanggungjawab, apatah lagi pengikut.

Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.

Kata orang dalaman parti - The Star (30 Okt 2011)

Cara mereka beroperasi

Ng Wei Aik, setpol

Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama ‘Wei Aik’ + ‘samseng’].

Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.

Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.

Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.

Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.

Dan jika reaksi pegawai-pegawai komunikasi tersebut terhadap penulis surat sahaja sudah begitu ekstrim, bagaimana pula mereka bertindak terhadap para blogger yang berdedikasi memantau perangai kepura-puraan Lim Guan Eng?

Lagi kurang kebebasan akhbar

Walaupun dikelilingi begitu ramai setiausaha akhbar dan bergalaskan bahagian penerangan yang begitu gah menepis teguran, Guan Eng masih lagi senang-senang sahaja mengeluarkan perintah larangan terhadap media arus perdana.

Laporan kekangan media oleh Guan Eng -- The Mole (29 Sept 2011)

Ketua biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh mengesahkan bahawa akhbarnya, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak dibenarkan membuat liputan apa-apa acara di mana Guan Eng menjadi tetamu kehormat.

Ada sesetengah media cetak yang disenaraihitamkan dan TV3 juga baru-baru ini diusir Guan Eng dari sidang medianya.

Selain kekangan di Pulau Pinang, Guan Eng selaku setiausaha agung DAP juga berkali-kali meletakkan gag order (arahan tutup mulut) atas orang kanan partinya sendiri.

Apakah Watergate?

Kakitangan Presiden Richard Nixon (1969-1974) terbabit dengan pembongkaran ibupejabat lawannya yang terletak di Wisma Watergate di Washington, D.C., ibunegeri Amerika Syarikat.

Penyelongkaran itu dijalankan untuk mencuri dokumen serta untuk wiretap (memasang wayar untuk merakam secara sulit perbualan/perbincangan) kegiatan-kegiatan jawatankuasa nasional parti lawan Demokrat.

Akhirnya Nixon terpaksa juga meletak jawatan kerana tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang kakitangannya.

Blog-blog kritis digodam

‘Stop the Lies’ ialah sebuah blog yang tumpuan analisisnya terhadap DAP. Blog tersebut mendakwa sudah berkali-kali digodam.

“This portal is not spared either. It has been a victim of vicious hacking on numerous occasions. We want to believe that we are doing a damn good job exposing the political chameleons.

“Someone up there must have given the orders. Hack them, shut them up – so much for the right of expression and freedom of speech.” (Baca sini)

Mengodam blog ialah satu jenayah siber.

Memecah-masuk ke akaun e-mel peribadi penulis yang tidak menggemari Lim Guan Eng juga satu jenayah.

Propaganda dan ‘personality cult’

Guan Eng suka sangat selalu mengatakan pentadbirannya bagus sekali dalam semua bidang.

Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.

Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.

Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri?

Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?

Anda mungkin juga meminati:

Lagi-lagi Guan Eng tempelak media Melayu

Guan Eng masih lagi mahu pusing hal Johor itu

Malaysiakini ‘Top Blogs’ Kit kontrol, yang kritis ditendang keluar

putar.BELIT putar.BELIT putar.BELIT

Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’

Advertisements

Entry filed under: BIAWAK, HIPOKRIT. Tags: , , , .

Why Hindraf Indians won’t vote Pakatan next election Apa kurangnya BM?

23 Comments Add your own

  • 1. solaris  |  November 15, 2011 at 3:01 pm

    “Memecah-masuk ke akaun e-mel peribadi penulis yang tidak menggemari Lim Guan Eng juga satu jenayah.” Wah lau eh…sampai macam tu pun ada ka Helen? Sungguh unsangkarable! Kalau lah benar, ini dah jadi mcm style pemerintahan Mao Tse Tung atau Kim Jong Il! Tapi takkan lah pula ada lagi anasir komunis di Malaysia pada masa ini? Harap harap tak ada la ye…:)

    Reply
  • 2. Chronic  |  November 15, 2011 at 5:58 pm

    It doesn’t happen in his blogs only, try typing negative comments in his dad’s blog, it’ll not appear as well

    Reply
  • 3. Idiot  |  November 15, 2011 at 6:31 pm

    For f**ks sake… You umno asses are desperate aye? F**king talk about condos for cow la? Or thats not allowed by big boss? You assholes truly are the scum of Malaysia

    Reply
    • 4. Panda Kungfu  |  November 15, 2011 at 8:31 pm

      I rest my case when you call yourself an Idiot.

      Reply
      • 5. a no ny mous  |  November 16, 2011 at 12:42 am

        “Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran”

        you are so right helen, but in this case, they think the word idiot in their mind so much that they even replace it with anonymous.
        _______________________________________________________

        LOL.– Helen

        Reply
    • 6. rico  |  November 15, 2011 at 9:13 pm

      haha… bingai…

      Reply
    • 7. koko  |  November 15, 2011 at 9:54 pm

      Ha ha ha… so what helen said about you guys are true.

      Reply
    • 8. chewal  |  November 15, 2011 at 10:12 pm

      This is a first time I see someone admit that he is an idiot…. and yes, it can clearly be seen from the comment.

      Congrats for admitting your intelectual level, idiot.

      Reply
  • 9. kambing  |  November 15, 2011 at 9:46 pm

    rocky ask me to leave a comment on your blog. so here you go!

    Reply
  • 10. Paul Warren  |  November 15, 2011 at 10:09 pm

    Obviously you are not reading the same news as I am. So just to bring you up to date you might like to know that Sharizat is grazing cows in a RM10 million condo in Bangsar! Your world must be pretty boring being so centered around Lim Guan Eng!!
    __________________________________________________________

    And yours more so, I expect, being centred around your little Bangsar self.– Helen

    Reply
    • 11. Hesmel Faznee Faisal  |  November 16, 2011 at 6:17 am

      My oh my…

      Hit on the right spot, dear Helen..

      the DAP dungus are no different compared to their brothers and sisters in a little island called the “land of lions”…

      Hesmel Faznee Faisal

      Reply
    • 12. parcifal  |  November 16, 2011 at 6:53 am

      Pro UMNO blogs are condemning the cows in condo issue.
      They hate corruption too.
      You are bored too warren. Why don’t you jerk off to a cow. In bangsar. heheh.

      Way to go helen

      Reply
  • 13. cam  |  November 16, 2011 at 7:27 am

    pro UMNO bloggers marah sebab suami shahrizat tu owner NFC. Persepsi politik penting. Link yg sgt rapat antara suami dan ahli politik ini la yg buat ahli UMNO marah.
    _________________________________________________

    Edited. — Helen

    Reply
  • 14. penangate  |  November 16, 2011 at 9:09 am

    why auditor g did not mention this in the report? overlooked? a CM entitled to employ any one that is fit to be employed inclusive of nuts and balds? where is the cat?

    Reply
  • 15. tenno  |  November 16, 2011 at 10:33 am

    penangate, obviously you missed the point there. Go and read again the article and particularly focussed your eyes a bit with ah pua statement.

    Reply
  • 16. SK  |  November 16, 2011 at 11:37 am

    You can justify the excessive spendings when you are earning more revenues, and raising more profits. Spray LGE when one day you see uncontrollable spiralling debts in Penang..

    Reply
  • 17. kaboingtoing  |  November 16, 2011 at 9:55 pm

    Dear Helen,
    Thanks for the expose’.
    Did not realise LGE’s double standard on Civil Servant Staffing until you came out with it.
    Hope you continue to expose both sides whenever there is a wrong doing.

    Reply
  • 18. Obefan  |  November 16, 2011 at 10:31 pm

    don’t forget the millions paid out by najib to foreign public relations consultant like apco & fbc media, the money paid out to cybertroopers, the control of newspaper, tv media. lge’s little publicity team is much less expensive than that.
    ______________________________________________________________

    Maybe so but read this and this.– Helen

    Reply
  • 19. BENatang10  |  November 17, 2011 at 4:42 pm

    Why not blog about the bloated PM’s Dept. and Cows living in One Menerung?

    Birkins and Cow dung stinks yah…
    __________________________________________________________________________

    Tell ya what. Why don’t you start your own blog where you can talk about lembu, kambing, angsa & itik till the cows come home? If you do, you can drop me a line and I promise I’ll tell the readers here about it so that they can pay a visit. — Helen

    Reply
  • 20. maae  |  November 17, 2011 at 11:36 pm

    Apa hebat nya LGE ni,,,saya pun tak tahu. Apa yang ketara macam dulang paku serpih je… Berpuluh tahun kerajaan BN bangunkan P.Pinang sehingga berjaya ke tahap ini, tiba-tiba sahaja LGE menahan lukah di pergentingan, baru sahaja mentadbir kerajaan negeri ! Dah tu pilih kakitangan ikut bulu… Kalau lama lagi parah jadi nya kepada bangsa Melayu dan lain nya kecuali kaum cina.

    Sekarang nak buat pembangunan dalam hutan simpan. Strategi tersirat hendak membuka penempatan/bandar baru di atas tiket gambaran nama taman rekreasi ! Hancur lagi kawasan tadahan.

    Mula-mula dia menari ‘tap’, semua teruja, sekarang dia ‘tap sana, tap sini.. kumpul untung’. Next your telephone lines will be tapped! Mereka dah buat dalam blog-blog tidak sehaluan dengan mereka. Kenapa susah sangat hendak terima pendapat dan teguran? Mereka sahaja yang betul, salah tetap salah! “Just like the wikileak”

    … misai kucing berbeza dengan kucing yang ‘tap ‘ senyap-senyap….

    Teringat kes virus nipah di sepang/dengkil beberapa tahun sudah, Malaysia nak di jadikan pengekspot terbesar daging babi….

    Tabiat sebahagian politiking orang-orang cina yang suka sangat buat provokasi tak berkesudahan…. Dr Reduan T selalu kata lagak nya Super Kiasu ! PM dan Raja Melayu pun di pandang sebelah mata je…

    Maju untuk kaum dan diri sendiri sahaja. Orang lain tak boleh.

    Reply
    • 21. Obefan  |  November 19, 2011 at 1:55 pm

      Hebat hingga Auditor Jenderal bagi thumbs up kepada kerajaan pulau pinang. Hebat hingga ramai bisnes n syarikat MNC nak tubuhkan kilang di pulau pinang. Hebat hingga ramai org pinang nak kasi sokong lagi. Hebat hingga ex-KM Koh sudah berundur beberapa hari lepas.

      Bandingkan dengan MCA yg ada skandal PKFZ, pak turut kepada UMNO. Malah pula BN dengan ramai kes penyelewengan mereka.

      Reply
  • […] Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang termasuk membentuk pasukan media dan siber sudah diperkatakan Helen Ang sejak dari tahun […]

    Reply
  • […] Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang termasuk membentuk pasukan media dan siber sudah diperkatakan Helen Ang sejak dari tahun […]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

RSS Ismaweb

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kalender

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Pengunjung

  • 7,552,891 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: