Posted in Dosa Umno

Nampaknya tiada maaf bagi mu Umno

Pengerusi Hindraf P.Waytha Moorthy menyambut baik pelawaan Karpal Singh supaya Human Rights Party (HRP) yang dipelopori abangnya Uthayakumar bergerak menyertai Pakatan Rakyat.

Waytha Moorthy dalam kenyataan akhbar hari ini berkata sudah tiba masanya untuk mengetepikan perselisihan faham dan persengketaan masa lampau lalu berusaha sama untuk menumpaskan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

Mengimbas kembali PRU12, katanya hanya apabila Hindraf berjaya mengalih undi golongan pekerja India ketika tsunami tahun 2008 barulah ia menampakkan kesan terhadap prestasi BN.

Namun gagasan Pakatan – selepas menawan lima negeri dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan – tidak mengendahkan sumbangan yang diberikan para pemilih keturunan India. Ekoran sikap riak mereka itu, Pakatan telah kalah beberapa pilihanraya kecil seterusnya yang mana pemilih India menjadi ‘kingmaker’.

Rencana 'Star' hari ini

Membalas tawaran yang baru-baru dibuat Karpal ini, Waytha Moorthy menyatakan keterbukaan Hindraf-HRP kepada satu cubaan kerjasama dengan Pakatan serta meminta diadakan segera perbincangan di antara kedua-dua pihak untuk mengorak langkah ke hadapan.

“Sekiranya Pakatan benar-benar mahu menyingkir Umno/BN dari tampuk kuasa, maka gagasan tersebut harus mengambil peluang keemasan ini untuk mencatur strategi bersepadu,” tambahnya lagi.

Waytha Moorthy juga membuat cadangan supaya Pakatan mengembangkan keahliannya untuk merangkumi bukan sahaja parti-parti yang menentang Umno tetapi juga menarik masuk wakil-wakil Sabah dan Sarawak sekali — selari dengan konsep BN yang mempunyai 13 ahli di seluruh negara.

Saya sememangnya tidak hairan dengan keputusan pucuk pimpinan Hindraf-HRP yang secara terang-terang menolak BN.

Setahu saya Uthayakumar tidak pernah beranjak dari pendirian kritisnya terhadap Umno. Beliau menganggap parti pemerintah itu bertanggungjawab atas kemunduran dan kedaifan yang menimpa kaumnya yang sengaja dipinggirkan oleh dasar-dasar kerajaan.

Walaupun BN telah diberitahu oleh sekerat besar pemilih bahawa kami (saya mengundi pembangkang) pada tahap meluat dengan amalan rasuah dan kronisme yang berleluasa tetapi BN yang berkuasa 54 tahun tidak putus-putus itu masih pekak kepada suara rakyat.

Melihat kepada skandal terkini fidlot, adakah Umno menyangka orangramai bodoh macam lembu dan rela dicucuk hidung sepanjang zaman?

Duit begitu banyak – suku bilion! – boleh dihulurkan kerajaan kepada keluarga menteri Umno Sharizat Abdul Jalil untuk membeli kondo mewah di Bangsar sementara kian ramai, yang semakin tertekan kerana inflasi teruk, diminta pula mengikat perut.

Malah ketua Wanita Umno itu yang tidak mampu mempertahankan kerusi Lembah Pantainya tetap dibawa ke kabinet melalui pintu belakang. Inikah ‘winnable candidate’, seorang calon yang boleh menang jika dipertaruhkan nanti?

Sudahlah Umno enggan menangani isu ini dengan tegas serta mengambil sebarang tindakan tetapi dibuat spin sana sini untuk menegakkan benang basah.

Bayangkan sekiranya RM250 juta itu yang memanfaatkan suami dan anak-anak CEO Sharizat sahaja telah sebaliknya disalurkan untuk projek pembangunan kaum India. Anak-anak miskin yang hidup melarat akan dapat menyambung pelajaran dan membantu keluarga setinggan mereka menaikkan taraf hidup kelak.

Tidakkah ini lebih murni daripada kita membiarkan orang India yang tidak berumah tidur di jalanan?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Nampaknya tiada maaf bagi mu Umno

  1. The accusation has been answered.
    The RM250m is for the people (supplying meat)
    The condominium bought for the best Investment Rate of Return
    Sharizat do help for the needed
    Sharizat lost because of the popularity
    By the way not all homeless are Indians.
    Cheers
    ___________________________________________________________________________________

    So let’s me and you apply lah to the gomen for tens of millions to invest in luxury condo for “the best investment rate of return”? I asso can draw up a Lembu plan alongside the property purchase. — Helen

    1. can ah…. aiyaaaa, i’m not very good with strategy lah, simple minded like me just wait for the standard FD rate lah… but perhaps you can lah helen, just make sure you did not become one of the breeding lembu lah…

    2. Helen, nobody stopping you from applying. If you have any good proposals and can justify it, by all means you can apply.

      Some of my friends which hardcore PR supporter got big contracts from the government.

    3. Dear Helen,

      Its not that i dont agree with you, but FYI you are back dated in this issue, FYI PAKATAN already DID got a loan like this for agriculture proposal and FYI THEY FAILED IN THE FIRST YEAR RESPECTIVELY…..but this NFC case there are actually survive for 3 years and will start their business for the 4th year….oh and they are supplying the meat even though the order are more then they can provide.

      now let say that is not the issue, the issue is “sharizat family got the money rite”….SO BY ALL MEANS WHY PAKATAN DONT MAKE A REPORT TO SPRM???

      why the need to exposed publicly???but when it comes to their failed project why keep it quiet???

      something like the SPICE project in PENANG, or 600juta for KELANTAN air but until now still kelantan have the worse water supply..so why dont PAKATAN MAKE IT PUBLIC????

      It is really easy for people to blame right, but do they actually have guts to make it right, example LGE with penang bridge issue, what are the counter proposal for penang goverment to hold or stop FG to agree with the toll rise???

      make it public and lets make a terowong to settle it????is LGE saying to rakyat that the terowong is not going to have toll???so where are the fund for maintaining the servis of the terowong came from???FG budget is it???

      By all means if you have a proposal that really good for the economic why not submit it, i mean we already had a comment

      “chewal | November 21, 2011 at 8:29 pm”
      ________________________________________________________________________________________

      Thanks Andi for the info.

      (1) If Pakatan received a loan like this before, the pro-BN bloggers and media should counter-attack! Enough of their double standards.

      (2) Correct, the issue is the Sharizat family took the money to buy condos instead of cows. And I wish her kids would go find proper jobs outside & on their own (instead of relying on nepotism). True, why don’t the BN watchdogs make a report to MACC? By all means, someone go ahead pls.

      (3) About the Pg govt being so chummy-chummy with the property developers & their mega project irregularities, yes again! I’ll keep an eye out.

      Salam. I’m not disagreeing with you either.

      Helen

  2. Semua parti yang memerintah mestilah berlaku adil kepada semua rakyat. Jika masih ada pemimpin politik yang hendak jadi kaya dengan cara yang merugikan negara, mereka hendaklah ditolak bulat-bulat.

    1. saman kerajaan UK itu sangat kelakar.

      ______________________________________________________________________________________________

      Namun begitu, tindakan mereka tersebut berupa tekanan ke atas bekas penjajah kita di Whitehall (iaitu Putrajaya diorang) yang tidak mahu tidak terpaksa memberi respons kerana disaman di mahkamah UK serta berjaya menumpukan perhatian dunia kepada nasib masyarakat India di sini, betul tak? — Helen

  3. It is morally wrong to use part of the RM250 million soft loan from the government to purchase 2 units of high end condominium. Whatever the business justification, we should not lose sight that the approved loan was only meant for the NFC project. The end cannot justify the means. It is the Rakyat’s money and the government only acts as the custodian. Penerima pinjaman ini turut dipertanggungjawab serta diberi amanah supaya menggunakannya bagi tujuan membangunkan projek NFC. Saya tidak terkilan jika 2 unit kondominium itu dibeli dengan menggunakan duit keuntungan syarikat. Malangnya syarikat berkenaan masih rugi.

  4. Waytha Moorthy is not from Tamil elites class…he might be okay for Jaga Karpal but not the cup of coffee to Emperor LGE

  5. kg. buah pala incident/history has never really sent a message to these hindrafs….they still try to hang around with their demolishing-emperor. it seems that the sweet-talk could tag them on to be DAP’s dispatchers again!!!

  6. 250million kasik sama mana punya india atau pertubuhan india? Lu kasik itu duit sama org india, dia terus lari balik india. semua india, macam org cina, bila sudah dapat duit, perut dan mistress no. satu. bangsa no. tiga.
    itu karpal dapat duit 250 million, lu ingat dia belanja org miskin india ka? kalu itu karpal india dpt 250million dia pegi balik india juga. kalau guan eng dpt itu duit, garenti balik cina.
    kalau melayu dpt itu duit, dia kasik invest balik dlm negeri dia. atau bini empat juga…atau pigi haji 250 kali ada cara!!
    aiyaaa.. tarak fikir ka.

  7. this is personal invitation and not official. it is a waste of time discussing issue which is not an issue in the first place.

  8. hi helen…itu sikap mereka yg mmg pembangkang…x kira lh BN buat baik ke tak, setahu sy kaum India kini lbh baik dr kaum Melayu, lihat sj di luar sana, penguasaan ekonomi mereka lbh baik dan semakin baik..syg jg nk helen siasat kenapa Lim Guan Eng yg pernah berjanji utk memberikan RM100 kepada setiap pelajar yg ibubapa mereka menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan pusat baru2 ini hanya kepada beberapa pelajar terpilih di kawasan Parlimen Bagan pada 19/11/11 baru yg lepas? Bukan kah beliau berkata setiap pelajar akn memperolehi nya.

  9. Disyorkan — dua posting tajam yang wajar dibaca

    ‘NFC tiada kena mengena dengan saya! – Sharizat’ di blog Aku Peduli Apa

    ‘Isu Lembu NFC – TAHNIAH SHAHRIZAT ! ! !’ di blog Din Turtle

    Satu lagi: ‘Mohon maaf masalah penglihatan saya: Tengok Umno, nampak lembu’ di blog Penarik Beca

Comments are closed.