Sebuah perpatah Inggeris ada menyebut ‘one good link deserves another’. (Okay maybe not. I just made that one up.)
Blog Pure Shiite semalam membuat pautan kepada posting saya ‘Can’t understand BM but calling people ‘racists’.’
Jadi hari ini saya dok return the favour. Sila lihat posting SatD yang berjudul ‘The 2 Syllable Mindset: Najib’s FB Page Troll Attack’ (kena scroll down).
Dalam ‘The Story of The Satu Sekolah Memo‘ kelmarin, bloggernya telah merujuk kepada perbincangan tentang Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS) di mana seorang commentator ‘Gedik’ dan saya saling membalas komen (di sini)
Mengulas sedikit, memo SSUS adalah berbunyi:
“Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber di mana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali. Secara lantang anasir subversif ini mempertikaikan segala lambang kedaulatan dan intipati negara kita tercinta. Dari pengamatan kami, puak penderhaka ini antara lain telah menyentuh perkara seperti berikut…”
Intipati butir-butir yang dikemukakan SSUS:
Perkara 181 (raja-raja Melayu), Perkara 153 (‘kedudukan istimewa’ orang Melayu), Perkara 152 (bahasa kebangsaan), yang dikatakan ‘Kontrak Sosial’, DEB, masyarakat pribumi vs pendatang, sukatan matapelajaran Sejarah, lambang-lambang kenegaraan (Negaraku, keris (?), songkok dsb), perbandingan assimilasi kaum minoriti di negara jiran.
Biar juga saya huraikan secara ringkas pendirian blog ini:
- Perkara 181 – saya pernah berkata bahawa Sultan Selangor bertindak betul, “with wisdom” dan “kindness” ketika menangani isu DUMC tempoh hari
(Yang menyanggah titah sultan itu sebenarnya siapa?)
- Perkara 152 – blog saya dilancarkan dengan posting debut (pertama, membuka tirai) bertajuk ‘Memartabatkan bahasa kebangsaan’ dan baru-baru ini saya memblog ‘Apa kurangnya BM?’
(Yang mempertikaikan kewibawaan BM serta mengagung-agungkan bahasa asing/Inggeris itu siapa sebenarnya?)
Saya minta SSUS agar baca dahulu posting-posting disebutkan di atas supaya tidak membazir nafas. Tak payah berbuih mulut untuk menyakinkan saya kerana nyata blog ini sudahpun berusaha mendaulatkan bahasa kebangsaan, tidak mencabar raja Melayu serta lain-lain kerenah yang dirungutkan SSUS.
Formula ‘rasis’ Melayu-Cina-India
Berkenaan Perkara 153, pengakuan diri saya sebagai Cina sebenarnya sejajar dengan formula BN yakni Umno mewakili kepentingan Melayu, MCA Cina, MIC India dsb.
Maka dengan ini, pengiktirafan saya sebagai Cina dan SatD (katakanlah) sebagai Melayu membayangkan pengekalan status quo yang menjaminkan orang Melayu kelebihan-kelebihan diperolehi di bawah Perkara 153 — kuota misalnya.
Pihak pembangkang membantah jenis pendekatan (pembahagian kaum Melayu-Cina-India) ini sebagai ‘rasis’.
Kalau mengikut formula Pakatan pula, ahli-ahli DAP bukan Cina tetapi menjadi Anak Malaysia. Yang Melayu tidak lagi Melayu tetapi diikutkan Anak Malaysia juga.
Menyetarakan segenap lapisan masyarakat sebagai warga Malaysian First bermakna semua Anak Malaysia adalah sama rata.
Lantaran kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, maka Perkara 153 iaitu ‘kedudukan istimewa’ orang Melayu akan secara automatik dan dengan sendirinya lupus.
Konsep sekolah vernakular SRJK (C)
Sebagai seorang keturunan Cina, pastilah saya menyokong kewujudan sekolah Cina. Logik itu.
Harus penggiat-penggiat SSUS pergi tanya kepada mereka yang berketurunun Anak Melaysia atas alasan apa anak-anak mereka diletakkan di sekolah Cina memandangkan mereka menolak perihal keturunan Cina mereka dengan begitu keras sekali.
Pautan kepada blog Pure Shiite
The 2 Syllable Mindset: Najib’s FB Page Troll Attack
SatD telah menulis:
Tapi mamat2 Ahbeng bingai hingus belum kering nak layan lebih trolling with Insults kat Official FB Page of the Prime Minister is another thing all together…
This is the Prime Minister of Malaysia……
There are standards of engagement in his official page.
Dalam bab ini, saya sependapat dengan SatD — ianya sungguh tidak beradab menyuruh Perdana Menteri untuk “diam la” di Facebook rasmi PM itu sendiri.
Kalau tidak menggemari Najib Razak pun kita perlu tunjuk hormat kepada jawatan yang dipegangnya. Jaga maruah ‘the office’ meskipun tidak menyegani the office holder.
Akan tetapi saya kira SatD menggelar troll-troll itu ‘Ah Beng’ adalah stereotaip yang ketinggalan zaman.
Contohnya, dulu seorang ‘Ahmad’ merujuk kepada pemandu yang membawa kereta tauke. Dengan kata lain seorang yang tidak berpendidikan tinggi ataupun mempunyai kelayakan profesional. Sekarang mana lagi, orang Melayu sudah maju.

Begitu juga gelaran Ah Beng. Kini sudah berpendidikan tinggi dan mempunyai kelayakan professional.

Ah Beng versi 2.0
Pada hemat saya, Douglas Tan sama perangainya dengan trolls yang melemparkan kata-kata “diam la” kepada Najib — gejala kurang ajar yang kemudiannya merebak seperti wabak di alam siber.
Si Douglas ini melemparkan kata-kata “tin kosong yang tahu buat bising sahaja” kepada Chua Soi Lek (MCA: Empty vessels makes the most noise) dalam kolumnya di Free Malaysia Today.
Maka Ah Beng-Ah Beng lain pun terikut-ikut Douglas lalu mengulangi cemuhan “tin kosong”, “jangan bising” di media baru.
Selain dikongsi 445 kali di Facebook melalui FMT, rencana Douglas itu juga diterbitkan di blog Lim Kit Siang dan di Malaysia Today, serta tulisan-tulisannya kerap muncul merata-rata di Malaysiakini, The Malaysian Insider dan Malaysia Chronicle.
Boleh kita anggap Douglas seorang perwira yang gagah mengibarkan panji-panji DAP.
Adakah terkandung di dalam Perlembagaan?
Berbalik kepada SatD dan hujahnya bahawa pendidikan aliran bahasa ibunda adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa Kebangsaan.
SatD juga menulis: “So far no one whether online or offline is able to refute that.”
Minta maaf. Saya tidak berlatarbelakang bidang perundangan untuk boleh membidas ataupun mengiyakan tafsiran SatD.
Sebaliknya Douglas ahli DAP yang nampak gayanya macam jurucakap parti di alam maya adalah seorang loyar dan besar kemungkinan dia akan dapat membuat olahan dari segi undang-undang (persoalan yang ditimbulkan SatD kepada badan penggelola program ‘MyConstitution’ anjuran Majlis Peguam).

Pada hemat saya, SatD dan rakan-rakannya dalam gerakan SSUS wajib membawa kempen mereka kepada audien yang lebih luas, umpamanya di portal-portal berita berbahasa Inggeris. (Membuang masa sahaja preaching to the converted here.)
Hakikatnya SSUS dan DAP seperahu dalam hasrat membentuk Bangsa Malaysia!!
Saya pasti DAP dengan falsafah Malaysian Firstnya akan memberi sokongan padu kepada usaha murni SSUS.
Natijah berkongsi ideologi, parti tersebut semestinya mahu menghulurkan pertolongan demi memungkinkan pembentukan 1Sekolah — tempat Anak Malaysia bakal bertadah payung.
Selamat berjuang dan semoga berjaya!
Bersambung:
‘Anak pemimpin DAP sekolah apa?‘
So my dog’s Chinese too, eh?
1Sekolah: DAP menyokong penuh Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Helen, saya hormati pandangan anda, tetapi adalah sangat tidak patut untuk anda menyamakan SSUS dengan DAP! Saya adalah salah seorang pendokong ssus dan saya juga amat mebenci DAP kerana DAP cakap nak sama rata tapi dalam parti dia semua AH BENG dan komunis serta chauvinist!
Dari tulisan anda saya dapati anda seorang yang rasional tetapi menuduh ssus dan DAP seperahu adalah stu penghinaan kepada saya dan rakan2 yang menyokong sekolah satu Malaysia.
Macam ni la Helen, apa salahnya kita semua bansga belajara dalam stu sekolah? Anak-anak saya boleh belajar bahasa Cina, anak-anak awak boleh belajar bahasa Melayu dan mereka juga boleh belajar bahasa Tamil!
Helen, kalau nak jadikan negara ini bersatu, kita kena mula dari bangku sekolah lagi, kalau kita semua di dalam satu sekolah maka kita semua boleh mengenali satau sama lain dari sejak bangku sekolah lagi.
Lagipun ini bukan perkara baru, anda boleh saja menilai sesorang itu melalui persekolahnnya, contohlah Helan ya, kalau awak ada kawan dari Sekolah AH BENG fulltime (maknya sekolah Cina la) anda lihat saja Bahasa Melayu dia sangat lemah, malah ada sesetengah kes mereka tak tahu pun nak berkomunikasi dalam bahas kebangsaan.
Tetapi remaja Cina yang sekolah di sekolah kebangsaan, mereka boleh berbahasa kebangsaan dengan begitu lancar sekali dan pemikiran orang seperti ini memang selalunya terbuka. Saya menceritakan kepada anda melalui pengalaman saya sendiri.
Seperti mana yang anda tahu saya adalah seorang blogger yang sangat kasar bahasa saya, tetapi dalam hal ini saya cuba rasioanl dan cuba jelaskan pada anda secara berhemah! Jangan samakan ssus dengan DAP!
Cukup la setakat ini dulu ya, Salam 1 Malaysia!
House PK
_________________________________________________________________________________________
Dear Parpukari,
Terima kasih atas komen saudara.
Saya kira ianya bergantung kepada sikap juga. Orang Bangla dan Myanmar duduk sini boleh belajar cakap BM dalam sekelip mata.
Yang saya samakan tu cuma dari segi hasrat (serta kesudahan yang diidamkan) — kedua-dua SSUS dan Malaysian First mahu mewujudkan satu Bangsa Malaysia.
— Salam, Helen
cina biasa lah.
Destroying Action Party
Maaf Helen, DAP xmungkin akan setuju dengan SSUS. sebabnya sangat senang, jika ada SSUS DAP, akan hilang alasan & major point untuk hidup dan maaf lah kepada penyokong DAP yang celik tp tidak melihat, DAP tidak pernah berbicara pasal MALAYSIA, CIna or whtever melainkan bagaimana hendak mendapat kuasa & mengekalkan kuasa .
There is no spoon
Cheers
what are you rambling about? a really painful read. not worth the toilet paper you need.
It’s astounding your short comment could expose so much: 1) asking extreme stupid question – comprehension deficiency 2) the truth is painful – an honest gentleman and 3) toilet paper worth a lot when we need it, and worth nothing when we don’t need it – no understanding of logic.
Hmmm…what we call an honest gentleman that has comprehension deficiency and no understanding of logic, cute?
There is only one effective way to teach these kurang ajar people – whack them physically. I hope to meet them one to one, one by one.
ko ni hanya tau cakap besar aje
Come, you can be the first one I want to whack. Please know that my late grandmother came from Pattani. And I am named after the grandson of the Prophet, pbuh.
i rest my case
wei.. ko ni obefiend dari freedom of allocation tu ke??
Helen,
You have a problem ubderstanding simple idea. You can’t comprehend the idea behind SSUS just like you failed to understand the objective behind PPSMI.
but, I’m not surprise since you don’t even understand the meaning of the word ‘INDIRECTLY’.
hello helen,
tadi aku sebut gerombolan kanan kat Umno n Perkasa jauh lebih anti pendidikan vernakular daripada ideologi Dap. sekarang anda boleh melihatnya.
ramai orang yang berkomen kat sini suka baca blog anda kerana hari-hari kamu tibai Dap. Mereka sebenarnya tak suka bukan melayu, terutamanya bukan melayu yamg takmau jadi pak turut. bila anda samakan geng ssss dengan Dap malah tak setuju dengan mereka, mereka pun dah naik angin.
Yang nak tutup sekolah vernakular ini boleh juga tutup sekolah agama dan buka uitm, mrsm, dan macam-macam lagi kepada bukan melayu ke? tanya saje
Thanks Obefan.
I’m glad you’re reading my blog & always appreciate your comments. Hope you’ll stay.
I’m truly afraid the short-sighted & selfish way DAP is politicking is detrimental to the Chinese in the long-term.
e.g. the in-denial behaviour of DAP supporters vis-a-vis hudud for instance. Pls read this to understand my frustration with them and how their party is sailing the ship into the rocks.
As for segments of my anti-Chinese readership, I’m not unaware of the precarious tightrope I’m walking, believe me. Ironic isn’t it that my own slice of cyberspace is the proverbial lion’s den that I have to step into?
But elsewhere in the English-language portals, the anti-Malay pro-opposition crowd are simply not getting through to the other side. Just a lot of angry people shouting in chorus and entrenching the non-Malay, non-Muslim disgruntlement & prejudices in their echo chamber.
I was thinking about it today. This blog has an Indian readership as well — a carryover from my former Malaysiakini column although they’re not apparent in the comments section (keeping their discussions on Hindraf Facebook linking to my postings).
So here is a genuine multiracial gathering tho’ of course some hardcore DAPpers are most unhappy with me. But the fact is that in the staunch Firsters watering holes – all the English portals – the non-Malays can rant and rave till the cows come home without there being effective communication or helping Malays see the non-Muslim point of view.
Please try to read some of my past postings if you can. And see how I’m trying to mitigate the barrage of ill-will that the Chinese are coming under post-2008, e.g. here (‘Cina bukit’) and where I’ve gone against the grain of a Malay readership, here (Namewee) and here (hudud) or here (korban lembu).
I doubt that another Chinese writer in English in the pro-Opposition portals can bring up the topics I’ve linked in the urls above and get fretful readers to consider such contrary views with an open mind. Malays are not exposed to the Chinese POV and vice versa b’cos of the Great Wall separating us.
I hope that you can understand and see how I’m trying to stay a step ahead of the political destructiveness that will hurt my community when after the next GE all the Chinese are left in the opposition camp and all the establishment are Malay. The cleavage is inevitable.
One comment from Kamal, “Puan nampaknya cakap berlapik. Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak terlerai” says a lot about the difficult and delicate balancing act that I’m doing.
Opposition supporters are too caught up with the coming election and the obsession to oust Umno to realise the irreparable damage that has already been wrought and an enmity between the races surpassing any level of the previous quiescent decades.
Just try to imagine the post-‘apocalypse’ situation after the election dust has settled … and where the self-isolating Chinese would have landed themselves, particularly if the Malay & Indian electorates should return to BN.
It’s easy & safe to stick with the majority (as the Chinese are, with some 80 percent siding DAP). I’m actually being anti-establishment among the Chinese as the establishment forces are Pakatan in Pg & S’gor. And I’m getting whacked by both sides (e.g. SSUS/DAP) for being a maverick.
I also feel like I’m in the Flat Earthers era and trying to show my compatriots that the world is round.
I support your endeavor Helen. Malaysian Insider no longer accepts my comments even though, as you know, I do not use foul language etc. This cross fertilization of ideas between ethnicities is very important for our country.
____________________________________________________________________________________________
Thank you Iqraq.
I definitely know you’re a commentator of high calibre and I can’t imagine you using foul language.
I also know of TMI’s modus operandi and I’ve come across other readers making the same complaint about how the portal rejects quality comments that do not accord with their agenda. My friends from Hartal and Hindraf have suffered the same fate.
Appreciate your presence here. You can imagine my dicey position — Sisyphus pushing a boulder up the hill. I might soon end up being the one run over & flattened. — Helen
hello,
One pattern i see from your writings is hostility to non chinese educated, non chinese speaking chinese, or non buddhist (a religion from India) chinese christian. I notice your dislike is to a point to make far-fetch links and assumptions. For example, “if guan eng says ‘a’ is good, then therefor ‘b’ is useless”. or like in this article, try to taichi the ssss peoples question to douglas from Dap. Co incidently today i read a separate article by Erna Mahyuni about Chinese-speaking Chinese vs. non-speaking Chinese Chinese.
about the elections, i doubt the chinese are better under Mca when it was Mca’s sindrom pak turut to Umno that put the Chinese off in the first place. Umno n the rest of BN has shown they will not reform. They will only hire expensive consultants, make slogans n promises but not practice what they preach, n continue with the same old s*it that made people upset in 2008. Cost of living is going up but not salary, pkfz scandal, nfc scandal, ppmsi indecisiveness, no leadership by najib, no leadership potential in muhiyiddin, etc etc etc. Even Mahathir has said Umno is now in serious trouble. I know for a fact my vote will not be for BN. the same can be said for most young people
Obefan and Helen,
Sewaktu sekolah rendah, tiga orang jiran dan kawan baik saya ialah Ahmad Fuadhi, Evan Eshwar-Rao dan Ng Yao Pyiao. Kami sangat rapat dan kecuali waktu malam ketika tidur, saya habiskan lebih banyak masa di rumah mereka berbanding rumah saya sendiri.
Hari ini sebagai pensyarah saya dapat lihat dengan jelas di universiti (terutamanya universiti awam) terdapat kelompok-kelompok pengasingan etnik yang jelas, walaupun di kalangan organisasi yang sama. Yang saya lebih sedih lagi kalangan bukan Melayu yang tak pandai menyanyikan lagu kebangsaan!
Adakah ada penyelesaian supaya adik-adik dan anak-anak kita akan berkomunikasi dan berkawan tanpa prejudis dan pandangan serong, dan berbangga menjadi rakyat Malaysia? Maksudnya, sama ada menggunakan formula vernakular mahupun SSUS?
Untuk Obefan; kalau kita asyik berfikir sesuatu akan dirampas daripada kita, apapun takkan jadi. Sebagai Melayu, saya tiada masalah membuka UiTM dan MRSM kepada semua orang Malaysia tanpa mengira etnik. Tapi kenalah dalami dan takrifkan ‘orang Malaysia’. Kalau tak pandai menyanyi lagu kebangsaan susahlah…
It is a common sight in the lecture hall to have two groups. One group with malay and indian students and another group with all chienese students.
I think, this is another outcome of the vernacular school.
____________________________________________________________________________________
Oh but can someone else think it is the outcome of Maktab Rendah Sains Mara and Matriculation Colleges? And the residential schools too. — Helen
hello naj, anda ikhlas dengan pendirian membuka semua institusi pendidikan di malaysia kepada semua kaum.
kebanyakan orang yang menjerit untuk menutup sekolah cina akan naik berang jika ditanya kalau mrsm, matrikulasi dan uitm pun akan dibuka.
I would love to meet Obefan face to face. Just to see how his face looks like.
di Australia, jika tidak silap saya, masyarakat greek di sana, masih lagi menghantar anak mereka ke sekolah ‘greek’ pada waktu petang.
anak mereka masih bersekolah dengan mereka dari keturunan lain, pada sessi persekolahan pagi.
mungkin, contoh lebih dekat, negeri Johor.
anak anak melayu di Johor diwajibkan untuk menghadiri kelas agama (orang johor panggil sekolah ‘igama’) pada waktu petang, untuk sekolah kebangsaan sessi pagi dan waktu pagi, untuk mereka yang bersekolah kebangsaan sessi petang.
mengapa pembelajaran dalam bahasa mandarin tidak boleh diamalkan sebegitu juga?
jika beban pembelajaran jadik persoalan, makanya, semua anak melayu di Johor adalah dari golongan yg hebat.
Orang Malaysia hanya akan sedar dan bertindak rasional apabila sudah berlaku sesuatu bencana besar. Walaupun tanda-tanda bencana itu amat jelas sekarang tetapi kita pinggirkannya kerana agenda dan fahaman politik masing-masing. Kita nampaknya telah lupa kepada sejarah pahit berikutan keputusan pilihanraya dalam tahun 1960an. Helen, in your own way, you try to build a bridge of understanding between the contending races. And of course, in the process you will be misunderstood. But Najib faces the biggest challenge to be the PM for all.
I saw this interactive survey today on Al Jazeera which was interesting to do (even though I am not Egyptian). It made me ask myself questions which I never considered before with respect to my own country. Perhaps we can employ this kind of ‘interactive’ method to address this complex issue to tease out what we actually believe in. On the X-axis we can plot to the right “our children should grow up together” and on the left “it is not necessary for our children to grow up together” and on the Y-axis on one side “we should integrate all ethnicities a la Indonesia/Thailand” and on the other side “we should maintian our ethnic identities”, or something along those lines. What say you, my friends? http://www.aljazeera.com/indepth/interactive/2011/11/20111113122430512137.html