Mutakhir (Dec 7): Emma West ditahan pihak berkuasa tanpa bicara sehingga Jan 3, 2011. Ini bermakna beliau akan dikurung lebih satu bulan di pusat tahanan walaupun tidak bersabit apa-apa kesalahan ataupun menghadapi tuduhan jenayah serius (umpamanya mengganas atau merompak).
Wanita itu hanya membebel sewaktu menaiki tram dan itupun beliau sedang menimang anak kecilnya di atas riba — setakat itulah sahaja kesalahannya yang didakwa perbuatan ‘rasis’. Alasan diberikan bahawa Emma ditahan demi keselamatan dirinya, lebih kurang dakyah yang pernah diberi Menteri Dalam Negeri kita untuk menjelaskan kenapa wartawan Sinchew Tan Hoon Cheng ditahan ISA suatu ketika dulu.