Posted in BIAWAK

Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP

Zairil Khir Johari ialah setiausaha politik Lim Guan Eng.

Anak kepada bekas menteri Umno allahyarham Mohd Khir Johari itu adalah di antara muka-muka Melayu yang kononnya membayangkan bahawa DAP sebuah parti majmuk Continue reading “Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP”

Posted in Race

Race Relations Act not a good idea

The Sedition Act dates back to 19 July 1948. It was amended (expanded and modified) in 1969 after May 13.

Generally the public is aware that the act preempts people from talking bad about the government Continue reading “Race Relations Act not a good idea”

Posted in Agama

Gereja diletakkan sebaris dengan pusat hiburan dan rumah pelacuran di Nigeria

Dua hari lepas, 40 orang terbunuh apabila bom meletup di gereja katholik St Theresa di Abuja, ibu negeri Nigeria, pada Hari Natal.

Kumpulan Muslim ‘Boko Haram’ – yang dalam bahasa Afrika Hausa bermaksud “pendidikan Barat adalah nista” – mendakwa  bertanggungjawab ke atas pengeboman tersebut.

Di samping itu, 30 buah kedai dan sebuah pasaraya milik orang Kristian Nigeria juga dibakar di kota Potiskum.

Status negara-negara Muslim

Hanya 4 negara di dunia terang-terang tidak mengaku diri mereka demokratik:

  • Vatican City
  • Arab Saudi
  • Myanmar
  • Brunei

(Sumber: http://www.nobelprize.org)

Yang menariknya dua daripada empat itu ialah (1) kerusi Christendom, yakni the Holy See [mewakili serta menjadi suara Gereja Katholik seantero], dan (2) tempat lahir Islam iaitu Arab Saudi. Kedua-duanya teokratik. Continue reading “Gereja diletakkan sebaris dengan pusat hiburan dan rumah pelacuran di Nigeria”

Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang

FMT melaporkan semalam :

“Last week, [Lim Boo Chang] had threatened to sue Komtar assemblyman and Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik for describing him as a ‘frog.’

Lim said he had lost patience with his critics and would institute legal action against anyone carrying out character assassination campaign on him.

Continue reading “Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang”

Posted in PAS

Apa ketetapan Majlis Syura atas PAS 2.0?

Tuan Guru Harun Taib memuji Ustaz Nasharudin Mat Isa atas kesungguhan semangatnya mempertahankan asas dan matlamat teras parti.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu ketika ditemui TKO semalam berkata: “Syabas kepada beliau kerana bertekad untuk bersama-sama menjunjung risalah Islam melalui wadah PAS dulu, kini dan selama-lamanya.”

“Inilah satu sikap yang ditunggu oleh seluruh ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan orang-orang yang belum memasuki PAS,” ulas Harun yang juga timbalan Musyidul Am parti tersebut.

Continue reading “Apa ketetapan Majlis Syura atas PAS 2.0?”

Posted in Evangelis

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Posting ‘Ibu Bangsa Malaysia bukan berjiwa Malaysia?‘ diterbitkan di blog http://www.shizone.com pada 28 Nov 2011.

Bloggernya Shashi Muniandy mencatat bahawa Hannah Yeoh telah menyekat beliau daripada membuat komen yang menduga di talian Twitter popular Adun Subang Jaya itu. Continue reading “Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com”

Posted in Hasnah Yeop

Convent Bkt Nanas: Kristian First atau M’sian First?

Bersambung daripada posting awal ‘Convent Bkt Nanas bantah pengetua kerana Melayu, Muslim?

The Malaysian Insider hari ini menyiarkan sepucuk Surat Terbuka kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin.

Pengarangnya Dr W. Vinita Perera menuntut supaya Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan memohon maaf secara rasmi kepada SMK Convent Bukit Nanas atas perkembangan yang tidak diredhai, yakni pelantikan Zavirah Mohd Shaari sebagai pengetua.

Continue reading “Convent Bkt Nanas: Kristian First atau M’sian First?”

Posted in Hasnah Yeop

Convent Bkt Nanas bantah pengetua kerana Melayu, Muslim?

Antara hujah yang paling digemari kelompok Firsters ialah bagaimana sekolah-sekolah mubaligh (Convent, LaSalle, Methodist dsb) telah mendidik tokoh-tokoh Melayu kita.

Najib Razak, misalnya, belajar di SMK St John manakala Rafidah Aziz di SMK Convent Bukit Nanas.

Firsters juga suka mendabik dada mengatakan budak Melayu yang menuntut di sekolah mubaligh tidak dimurtadkan malah tetap Muslim yang tidak pernah terluntur iman.

Continue reading “Convent Bkt Nanas bantah pengetua kerana Melayu, Muslim?”

Posted in BIAWAK

Take heart, Lim Boo Chang, the truth is out there

Mutakhir (Dis 19): Lim Boo Chang saman Ng Wei Aik

Below is Part II.

Part I yesterday, HERE.

A couple of days ago, MPPP councillor Lim Boo Chang quit his post, citing among other reasons, Lim Guan Eng’s “arm-twisting tactics to intimidate“.

It came as no surprise that Boo Chang – who’d also at the same time quit PKR – was very soon character assassinated by the usual suspects. This was in tandem with the DAP propaganda machine shifting into high gear.

Luckily for Boo Chang’s credibility and good public standing, he was not the only personality to have made accusations of such a nature against Guan Eng. Many others have done so and all their stories are uncannily consistent with each other.

Continue reading “Take heart, Lim Boo Chang, the truth is out there”

Posted in BIAWAK

Tamak betul mereka ini

P. Ramasamy, timbalan ketua menteri (II) Pulau Pinang, dilaporkan memberitahu suratkhabar Tamil Makkal Osai pada Nov 28 bahawa dia ada hasrat bertanding semula kerusi-kerusi negeri (Perai) dan peringkat persekutuan (Batu Kawan) yang didudukinya penggal ini.

Ini bermaksud ‘warlord’ DAP itu hendak kekal sebagai Ahli Parlimen merangkap Adun.

Bukan Ramasamy seorang sahaja yang buat ‘doubling’ (membolot dua kerusi). Rakan-rakan ‘warlord’nya yang lain juga memperolehi dua gaji dan dua elaun setiap bulan selain daripada ganjaran-ganjaran yang lazimnya diterima seorang Yang Berhormat.

Continue reading “Tamak betul mereka ini”

Posted in Anak Malaysia

Malaysiakini ejen Umno?

The Malay Mail to hit the streets on Jan 30, 2012‘ — siap Malaysiakini mempromo akhbar itu yang akan dilancarkan semula sebagai edaran harian berbayar.

Laporan dua hari lepas bahawa Malaysiakini dan The Malay Mail memeterai satu perjanjian pertukaran berita telah disambut dingin oleh para pembaca setia portal pro-pembangkang tersebut.

Continue reading “Malaysiakini ejen Umno?”

Posted in Hudud

Masukkan saja hudud dalam Buku Jingga

“… PR wajar meletakkan hudud dalam manifesto pilihanraya kali ini sebagai tunjang perjuangan parti. Jika ini dapat dilakukan, PR sekaligus akan dapat menutup mulut mereka-mereka yang sering menuduh PAS sebagai barua atau alas kaki DAP.” (http://suarapakatanrakyat.com)

— Kamaluddin Kamal,dalam rencana
Letak hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat

Continue reading “Masukkan saja hudud dalam Buku Jingga”

Posted in Dosa Umno

Umno: Gelombang merah, gerombolan marah

Ketika sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, seorang Ahli Parlimen membayangkan bahawa Lim Kit Siang lah yang mencetuskan peristiwa Mei 13. (Ruj. ‘Umno MP accuses DAP of starting May 13 riots’, The Malaysian Insider, Dec 1)

Tuduhan yang dibuat Shamsul Anuar Nasarah – wakil Lenggong, Perak – adalah palsu, tidak bertanggungjawab serta sengaja menyalakan api perkauman. (Lihat nota kaki).

Continue reading “Umno: Gelombang merah, gerombolan marah”

Posted in Anak Malaysia

Semua orang M’sia adalah saudaraku, kata David Nga Kor Ming

Ahli-ahli Kelab Malaysian First sebenarnya teramat sayang pada semua “brothers and sisters” yang duduk Malaysia.

Mengamati falsafah hidup “we are one big happy family”, Sang Firsters menganggap orang Malaysia adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit kita.

Metallic black is beautiful

Continue reading “Semua orang M’sia adalah saudaraku, kata David Nga Kor Ming”