Posted in Anak Malaysia

Semua orang M’sia adalah saudaraku, kata David Nga Kor Ming

Ahli-ahli Kelab Malaysian First sebenarnya teramat sayang pada semua “brothers and sisters” yang duduk Malaysia.

Mengamati falsafah hidup “we are one big happy family”, Sang Firsters menganggap orang Malaysia adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit kita.

Metallic black is beautiful

Sebelum ini, Adun Komtar Ng Wei Aik sendiri pernah berkata:

“Marilah kita bersama-sama hidup dalam negeri ini dengan suasana muhibah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.”

Yang terkecuali dari keluarga ceria Malaysian First hanyalah yang bukan-warga.

Alasannya mudah. Orang asing sememangnya bukan Malaysian dan lantaran itu tidak layak diiktiraf sebagai Firster walaupun mungkin beristerikan orang tempatan. Atas sebab itulah lelaki Bangladesh tidak berapa diminati sekerat pemimpin Kelab Malaysian First, umpamanya Wei Aik.

Demo Perkasa depan Komtar: Dengan adanya Akta Perhimpunan Aman nanti maka tak boleh dibuat protes jalanan lagi di P.Pinang

Baca juga: Bagaimana kalau Perkasa nak demo nanti?

Gambar Utusan (atas) menunjukkan perarakan kelmarin di Jalan Penang menuntut supaya Lim Guan Eng melucutkan jawatan setiausaha politiknya itu natijah “banyak isu yang dibangkitkan oleh Wei Aik, malah dia bersikap double standard dan mengamalkan pentadbiran ala gangster,” menurut seorang Wira Perkasa (laporan sini).

Sesungguhnya Wei Aik bukan ala gengster tetapi sebaliknya inginkan kita hidup berjiran dengan penuh “kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi”. Bab dia meminta maaf kepada semua orang Muslim berketurunan India dulu itu bak ungkapan Inggeris “you hurt the ones you love” — kita kerap menyinggung perasaan orang yang kita kasihi.

Rencana Malaysiakini, 14 Jan 2011 (klik)

Satu lagi kontroversi baru-baru ini melibatkan seorang wakil rakyat DAP juga, iaitu David Nga Kor Ming — Ahli Parlimen Taiping merangkap Adun Pantai Remis.

Kenyataan David Nga disalah ertikan kerana orangramai (mereka yang belum menyertai Kelab Malaysian First) masih tergamam dengan perbezaan warna kulit sesama kita.

Kepincangan ini menyebabkan terjadinya silap faham “hitam metalik” sebagai merujuk kepada Menteri Besar Perak walhal DAP semenjak tahun 2008 sudah menolak dengan sekeras-kerasnya politik warna kulit.

Maksud sebenar David Nga Kor Ming ialah:

“Perak sebenarnya diperintah sebuah kerajaan tidak demokratik yang naik melalui perampasan kuasa. Perbuatan Umno menjatuhkan Pakatan di negeri itu merupakan tindakan jahat yang sehitam-hitam metaliknya.”

Takkanlah David Nga yang buta warna – dan yang baginya semua Malaysian adalah “brothers” dan “sisters”nya – boleh tergamak merujuk kepada kulit gelap saudaranya Zambry. Orang rasis sahaja yang bersangka buruk.

Rencana 'The Star', 30 Nov 2011 (klik)

Anda mungkin juga meminati:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Semua orang M’sia adalah saudaraku, kata David Nga Kor Ming

  1. If that (“Perbuatan Umno menjatuhkan Pakatan di negeri itu merupakan tindakan jahat yang sehitam-hitam metaliknya”) was what he meant, he should re-sit his Bahasa Melayu SPM paper next year since SPM BM paper already ended. His BM grammar and vocabulary is surely limited except hitam metallic. In form 1, I have one Chinese girl friend and she is tan, darker complexion rather than putih melepak like most Chinese, and she terasa hati and merajuk just because I asked why she is hitam not putih like her mom and dad which is both are Chinese? not in front of anyone but face to face only with her. it took me nearly a month so she can accept my apology although i dont mean to hurt her feeling. So I bet it’s okay for Zambry to tersentap like forever when David said something like hitam metallic to him in front of crowds and broadcasted nationwide.

    p/s: Joo Lian is still my friend, and she actually terasa hati because when I asked that, she thought she’s not cool and not pretty (yeah, girls do have this inferior complex) when people want to be whiter -cerah bersinar. hahahaha.

    _________________________________________________________________________________________

    (I’m not dark but) I make it a point to boycott any facial cleanser that advertises ‘Whitening’. It’s a small start against the prejudice. Cheers Darlyn. — Helen

  2. Sdri Helen Ang, izin kan saya,

    Manusia saperti DAP itu dan ahli ahli yang ketawakan saorang kafir hina saorang Islam lain, yang menjadi sahabat sahabat karib nya saperti kita semua maklum itu,saya sarankan di biarkan saja teruskan menjadi contoh ulong rasis tegar.

    Saya marah sebab kita semua yang jadi kan dap bermaharajela.

    Mereka dan sahabat mengeksploitasikan sistem kenegaraan kita yang memberi nya perlindungan dan 1M najib yang gallakkan sikap saperti yang di amalkan mereka semenjak 2008.

    Sayugia di ingat bahawa ada yang sedang memerhati kan nya dan setiap gerak geri ucapan tabiat DAP di lapor dengan teliti olih akhbar vernakular dan tabloid bahasa inggeris.

    Berita berita itu di bincang dan di bahas di ratusan kopi tiam dan warong yang tidak pernah di jejaki olih kaum saya.
    DAP amat di sanjung olih kaum cina dan sanjungan mereka tidak sama ketebalan nya saperti sanjungan cina terhadap mca dan gerakan.

    Yang si sahabat dap di perak memang suka lah hipokrasy maaf dan maaf atas sebab nak kan balas dendam di Perak dan ini menjadi dendam kesumat yang amat tebal taksub pekat mendalam sedalam nya.

    Kalau hati kite orang PERAK memang lah nak …..kan dia…saya akan ambil teladan dari pasir salak tuan birch….sebagai contoh.

    Maka perlu kita hebah dan hujah dengan apa cara kapada umum yang sudah lupa dan juga yang muda yang tak tahu dan tak kesah dan tak peduli akan sejarah.

    Terima kasih dan saya sanjung pendirian keras anda.
    arjuna waspada.
    changkat lobak.
    _______________________________________________________________________________________

    Saya berharap agar Sdr Arjuna Waspada jangan-janganlah terlalu marah sangat dengan masyarakat Cina. DAP sekarang ini nampaknya menonjol hanya satu lumrah politik ibarat kekadang untung sabut timbul. Lepas PRU13, moga-moga keadaan tegang perkauman akan reda barang pihak mana yang menang nanti. Gejala yang kita lihat hanya demam berkempen mereka yang tidak berfikiran panjang. Ada juga orang baik dalam parti, hanya mungkin tidak berapa menyerlah kerana rakan-rakan mereka yang bersikap lebih agresif telah berjaya mengetengahkan diri di persada nasional. Salam. — Helen

  3. Bagaimana pula dengan “haramjadah” yang disebutkannya yang boleh kita dengar dengan jelas dalam rakaman video berkaitan? He conveniently forgot about it, did he? Clearly said in one breath, in one sentence “hitam metalik haramjadah”?

    Macam mana dia nak pusing sekali pun……

  4. Buat Nga Kor Meng

    Lain kali kalau nak mencarut, jangan guna sepenuhnya ayat kotor. Kata-kata kotor keluar dari kemarahan. Kan dah kena jual.

    Lain kali, dari kata haramjadah, kata saja amzedeh. Dari sebut *uck, kata duck. Dari p**im*k, kata mak ai. Dari t*u, tukar ke chew.

    Opps … baru balik Mekah.

    Kan kurang marah dan lucu sikit bunyinya…. :)
    _________________________________________________________________________________________

    Glad you’re back safe & sound and a Tuan Haji.

  5. Its not so much what he said but how he said it.
    And yes David Nga conveniently side-stepped the more damaging term that he had uttered against Zambry – the ‘HARAM JADAH’ bit.
    He can apologize a zillion times but we still see him for what he really is: An arrogant and a racist Chinese chauvinist – just like his party the DAP.
    ____________________________________________________________________________________________________

    Yes, it’s not so much the words b’cos words are just words and people are aware how the actions don’t match. The Firsters can dakwah all the Love and the Brotherhood of Man till Sharizat’s cows come home but the people affected know better, like the Indians can see for themselves DAP’s behaviour now that the party has some real power. — Helen

  6. Saya kecewa, ikhlas masih tidak kelihatan, janganlah menegak benang yang basah, jangan “cunning” sangat, dari kecewa datang benci. Sesiapa nak ulas isu haram jadah hitam metallic sila lihat dan dengar dulu petikan ucapan itu, kemudian pegi kelas tadika, bagitau kanak-kanak disitu yang sebenarnya dimaksudkan bukan menteri besar perak tetapi perkara lain…
    Apabila kita merasa terlalu cerdik, secara bandingan kita menganggap orang lain bodoh.
    Kita berterusan membelitkan dan merasakan putar belit kita ditelan..
    Kita bermain dengan istilah dan nahu, cuba selindung yang tersirat. Bak kata orang putih “membaca diantara baris” atau memahami tersirat dari yang tersurat.
    Gantinama-gantinama digunakan, dengan sinis merujuk kepada makna lain, hina UMNO sinisnya hina Melayu, kerana penghinaannya keterlaluan, memperlekeh kakitangan awam, teruk sangatkan pentadbiran awam negara kita, atau kerana kebanyakkan pengeraknya orang Melayu?, banggakan DAP adalah membanggakan Cina…Kita berselindung, konon bersopan, tapi tiada ikhlas, dendam kebencian jelas dan nyata…
    Berselindung disebalik pertubuhan sosial yang kononnya mengerakkan usaha murni, contoh segera adalah rencana diatas, Malaysian First konon…dan “black metalic is beautiful”, pada saya adalah usaha-usaha “cunning” menegak benang basah… lihat petikan itu sekali lagi, baca perenggan terakhir rencana diatas…

    “Takkanlah David Nga yang buta warna – dan yang baginya semua Malaysian adalah “brothers” dan “sisters”nya – boleh tergamak merujuk kepada kulit gelap saudaranya Zambry. Orang rasis sahaja yang bersangka buruk.”.

    Pada saya David Nga sememangnya menuduh Zambry secara peribadi, oleh itu sayalah rasis yang bersangka buruk itu…jelas.
    ____________________________________________________________________________________________

    Pak Ard,

    Pada saya David Nga juga sememangnya menuduh Zambry secara peribadi.

    Helen

  7. ..sangat sarkastik Pak Ard nie…., sehingga tersipu-sipu malu Helen…!

    Apa pun maksudnya jelas dan matlamat tercapai… and good job.!

Comments are closed.