“… PR wajar meletakkan hudud dalam manifesto pilihanraya kali ini sebagai tunjang perjuangan parti. Jika ini dapat dilakukan, PR sekaligus akan dapat menutup mulut mereka-mereka yang sering menuduh PAS sebagai barua atau alas kaki DAP.” (http://suarapakatanrakyat.com)
— Kamaluddin Kamal,dalam rencana
‘Letak hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat‘
Mengupas forum ‘Hudud and its Implications on non-Muslims’, seorang lagi blogger Syed Akbar Ali memetik penceramah Prof. Chandra Muzaffar yang telah memberitahu hadirin bahawa tidak ada satu negara pun di dunia mengamalkan hudud yang boleh menjadi teladan bagi kita.
Dalam blognya, Syed Akbar berkata:
“I agree 100%. So far all the countries that have tried to implement hudud are either failed states or on their way to becoming failed states. Sudan, Taliban Afghanistan, Pakistan, Somalia are just some examples of the Club of Doom.”

Walaupun perbincangan berkisar kesan hudud terhadap bukan-Muslim namun penyokong DAP menggila babi menyerang Dr Chua Soi Lek. Think-tank MCAlah yang menganjurkan forum tersebut (Kata Dr Chua: “We have the right to talk about it as it does affect us”).
Tak payah saya cekup kata-kata kesat yang dilemparkan penyokong DAP yang patah akal untuk tatapan bersama kerana kita semua sudahpun kenal perangai puak tersebut. Selain itu, mereka menyimpang dari pokok perbincangan.
Contohnya apabila mantan ketua menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon mengumumkan dia tidak akan bertanding PRU13, Lim Guan Eng salahkan Umno.
PAS yang umumkan pelaksanaan hudud tetapi DAP marahkan MCA mainkan isu.
Empat orang speaker panel yang memberi taklimat ialah Prof. Chandra Muzaffar, Ustaz Mohd Kamal Sadin, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan peguam hak asasi Edmond Bon, dan sesi dipengerusikan presiden Majlis Peguam tetapi orang DAP bengang dengan Dr Chua pula atas maklumat dan penjelasan yang diketengahkan forum tersebut pada Ahad lalu.
Seperti yang sedia jangka, liputan Malaysiakini dan The Malaysian Insider hanya menggalakkan mentaliti pro-DAP.
Rencana ‘Muslim groups slam Soi Lek for hudud remarks‘ — screenshot komen pembaca Malaysiakini (atas) — juga melaporkan Perkasa mahu Umno “ajar sikit mulut celupar Presiden MCA” itu. Pengikut-pengikut DAP bertepuk-sorai apabila Dr Chua diasak.
Tatkala setiausaha agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim, mengecam kenyataan Dr Chua Soi Lek yang dikatakannya “merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia”, sekali lagi pengikut-pengikut DAP mengiyakan dan mengutuk keras kumpulan bukan-Muslim yang berasa was-was tentang hudud.
Apabila PAS menegah bukan-Muslim memberi komen berkenaan hudud kerana kononnya kami tidak berhak membincangkan Islam, orang DAP menyokong ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mengeluarkan larangan tersebut, dan orang Cina DAP meludah Dr Chua.
Bandingkan reaksi DAP dengan pendekatan yang diambil blog Unspinners:
Kita orang Islam usahlah terlalu sensitif hingga Forum Hudud yang dianjur MCA untuk orang MCA dan awam pun nak melenting.
Chua Soi Lek bukan tujuan untuk menghina Islam tetapi memberi penerangan sebenar mengenai hudud kepada hadirin. Dia juga menuntut pihak Pakatan Rakyat yang main kong kalikong enggan menyatakan pendirian mengenai hudud dengan ikhlas. — ‘Usahlah marah Soi Lek tentang hudud‘
Daripada asyik menengking lawan, baik DAP menyahut sahaja cabaran Dr Chua supaya tidak lagi mengelak dengan memberi alasan perkara itu tidak disebut dalam Buku Jingga ataupun berdolak-dalih dengan kelentongnya “agree to disagree“.
Penyokong-penyokong DAP nampaknya tidak membantah hudud. Jadi ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’ harus letakkan sahaja hudud dalam manifesto pilihanraya Pakatan … lebih ikhlas begitu.

Anda mungkin juga meminati:
Another case of killing the messenger. Much like the ‘lynching’ of Datuk K.
hahaha. funny article.
PAS-DAP do not split this time around plus they play it quite well that UMNO & MCA are the one getting the heat out of Hudud issue.
So last kopek in trying to split PAS-DAP eh? Last attempt in trying to instill fear into Chinese voters so that they will vote for MCA?
Chinese takut rugi. Takut bangkrap. A bad economy is something Chinese fear more than anything on this earth. With excessive spending like the cow issue, submarine issue, Ng Yen Yen RM3 million facebook expenditure plus that RM200 million advertisement issue that threaten to bleed this country dry, I think we had reach that point. Cina takut Malaysia bangkrap, if country bangkrap how to do business? How to cari makan?
Go on MCA, organized hundreds and thousands more forums. See whether it will scare the Chinese more than a bad economy-piling debt, excessive spending in this globally economic downturn.
And Good luck in trying to scare Chinese voters, Helen. You would desperately need it.
But thank you for making my day with this article!