Posted in CINA

Flashmob KLCC

Saya telah dijemput melalui Facebook untuk menyertai ‘Flashmob: 1,000 Msians Appreciate Xmas Tree w/o Police Permit-Human Rights Day’ pada petang Sabtu ini.

Acara tersebut bertujuan membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Para penganjur flashmob merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Taman KLCC.

Para peserta digalakkan memakai pakaian warna kuning.

Kuala Lumpur City Park Bhd, KLCC Urusharta Sdn Bhd dan Suria KLCC Sdn Bhd memberitahu aktivis Bersih Wong Chin Huat, Vienna Looi, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tan, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa melalui Facebook bahawa perintah mahkamah mungkin diperolehi terhadap mereka.

Firma guaman mewakili ketiga-tiga syarikat yang disebutkan tadi telah menghantar notis kepada Chin Huat dan rakan-rakannya melalui Facebook.

Pihak penganjur, iaitu KillTheBill.org, mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan mereka tidak akan memberi apa-apa respons kepada notis 24-jam yang dikeluarkan oleh KLCC.

KillTheBill.org juga berkata mereka tidak akan menghalang KLCC memohon perintah larangan.

Penganjur flashmob itu menolak dakwaan KLCC bahawa kegiatan mereka akan mengganggu urusan perniagaan sebab kedai-kedai [Suria KLCC] sememangnya bukan beroperasi di Taman KLCC.

Pihak penganjur juga menegaskan bahawa orang Malaysia seharusnya bebas untuk menjemput kawan-kawan melalui Facebook untuk berjumpa di kawasan awam (iaitu Taman KLCC).

Para hadirin diminta oleh penganjur supaya tidak membawa sepanduk atau pelakat tetapi sebaliknya memegang belon, bunga atau bendera kebangsaan.

Para hadirin juga diminta supaya tidak memakai T-shirt/baju yang ada logo parti politik ataupun membawa bendera parti politik.

Namun begitu, Malaysiakini kelmarin telah menggunakan gambar ini (bawah) sebagai hiasan untuk rencananya bertajuk ‘KLCC beri amaran pada penganjur flashmob di Facebook‘.

Wong Chin Huat berdiri di sebelah kiri Samad Said. Di antara para pemimpin DAP yang ada di dalam gambar ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Tony Pua, Ronnie Liew, Teo Nie Ching dan Ean Yong Ian Wah.

Walaupun pihak penganjur mendakwa acara mereka berciri “non-partisan”, namun penglibatan kelompok DAP serta pilihan kuning sebagai kod warna membayangkan garis pemisah di antara aktivisme NGO dan campurtangan DAP – terutamanya melalui gerakan media sosial – adalah amat tipis.

Pernah juga berlaku flashmob di Suria KLCC sebelum ini — baca sini.

_________________________________________________________________________

Pendirian saya ialah membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 — sila baca posting Nov 29 di blog ini.

Untuk mengetahui tentang kegiatan unit media Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, baca sini dan penglibatan meluas dan agresif pegawai-pegawai DAP di alam siber, sini.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Flashmob KLCC

      1. Saya tidak faham kenapa ada rakyat Malaysia yang berminat sangat untuk berkumpul ramai-ramai ini dan membantah apa jua isu. Bukankah semua orang ada saluran untuk menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Bukankah kita ada cikgu, ketua kampung, penghulu, pegawai daerah, Jaksa Pendamai, pertubuhan penjaja dan peniaga, NGO, wakil rakyat, datuk bandar, menteri, Majlis Peguam (oops, dia orang ini yang jadi penganjur kan?), internet, akhbar, radio, TV dan pelbagai lagi. Kenapa perlu berkumpul dan menyusahkan orang lain? Perdana Menteri pun ada laman webnya sendiri, kenapa tidak luahkan perasaan di situ sahaja? Ingatlah, kalau kita tidak menghormati orang, orang tidak hormati kita. Kalau kita biadab, orang lain boleh bertindak lagi biadap dan kalau kita ganas, orang lain lagi ganas. Tetapi kalau kita bodoh, tidak pasti orang lain pun bodoh.

  1. Bar council is full of idiots. PR is full of incompetent and half-past six politicians. This is what happened when you combine both of them. Because of their incompetent and idiocy they can’t do any job. The solution : bring out to the street.

    Those who oppose the peaceful assembly act is completely moron.

Comments are closed.