Posted in BIAWAK

Tamak betul mereka ini

P. Ramasamy, timbalan ketua menteri (II) Pulau Pinang, dilaporkan memberitahu suratkhabar Tamil Makkal Osai pada Nov 28 bahawa dia ada hasrat bertanding semula kerusi-kerusi negeri (Perai) dan peringkat persekutuan (Batu Kawan) yang didudukinya penggal ini.

Ini bermaksud ‘warlord’ DAP itu hendak kekal sebagai Ahli Parlimen merangkap Adun.

Bukan Ramasamy seorang sahaja yang buat ‘doubling’ (membolot dua kerusi). Rakan-rakan ‘warlord’nya yang lain juga memperolehi dua gaji dan dua elaun setiap bulan selain daripada ganjaran-ganjaran yang lazimnya diterima seorang Yang Berhormat.

Adakah sempat menjenguk kedua-dua kawasan Parlimen dan DUN mereka serta menghadiri sesi Dewan Rakyat sekali dengan sesi DUN? Berat tanggungjawab ‘dua kali ganda’ untuk dipikul.

Apabila hendak dibuka pautan Pengisytiharan Harta di laman rasmi kerajaan Selangor, saya mendapat ‘system error message’ seperti di kiri.

Kenapa portal kerajaan negeri tidak diurus dengan sempurna? Ataupun sengaja fungsi ini dibekukan?

Apapun, gaji Teresa Kok ialah RM32,830, mengikut laporan Sinar Harian pada bulan Mac 2009.

Dalam pada itu, sudah tiga tahun setengah kerajaan Pulau Pinang mencanangkan dasar keterbukaan CATnya. Akan tetapi dari segi makluman pendapatan dan aset ahli exco negeri, masih belum diperlihatkan ciri ketelusan yang diheboh-hebohkan pentadbiran Lim Guan Eng itu.

Gaji bulanan Guan Eng dikhabarkan berjumlah RM46,521. Ini tidak termasuk gaji isterinya Betty Chew yang merupakan Adun Kota Laksamana. Bukan itu sahaja, keluarganya juga tidak payah membayar ansuran kereta, kos api dan air, tanggung makan (taikun-taikun sedia menjemput) mahupun sewa rumah.

Hanya para pemilih di daerahnya sahaja yang tahu sama ada Betty lebih kerap menetap di Pulau Pinang di kediaman rasmi ketua menteri ataupun dia pernah menumpukan perhatian kepada kawasan DUNnya di Melaka.

Kawasan DUN dan Parlimen Guan Eng ditandakan merah

Kerusi DUN Guan Eng terletak di sebelah pulau manakala kerusi Parlimennya di tanah besar. Adakah Guan Eng menggunakan jambatan ketika menyeberangi selat untuk melawat kawasan Parlimennya? Pastinya bukan pergi dengan menaiki feri kerana kita sudah mengetahui ketua menteri itu mabuk laut (mengikut cerita blogger).

Dengan Guan Eng dan Betty menjadi YB di tiga kawasan berasingan di dua negeri yang berjauhan, adakah pasangan suami isteri itu mempunyai cukup masa untuk mengawasi kegiatan anak-anak lelaki remaja mereka?

Satu lagi keluarga ‘First Family’ DAP ialah anak-beranak Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor), Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) dan Jagdeep Singh Deo (Adun Datuk Keramat).

Sementara itu, Ngeh dan sepupunya Nga di Perak menduduki empat kerusi — masing-masing dua.

Namun begitu, pada tempoh hari apabila Parti Sosialis Malaysia bercadang untuk menempatkan timbalan pengerusi parti mereka, iaitu seorang wanita India ( baca SINI ) sebagai calon di Jelapang dalam PRU13, syor PSM ditolak bulat-bulat oleh DAP walaupun YB Jelapang Hee Yit Foong sudah keluar parti dan kini seorang Adun bebas.

Orang kuat DAP enggan berkongsi walau satu kerusi DUN pun dengan rakan parti pembangkang yang sudah sedia mempunyai sokongan akar umbi di kawasan tersebut.

Anda mungkin juga meminati:

YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Tamak betul mereka ini

  1. Emm, I feel weird about this. Because orang tamak selalunya rugi..Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..

  2. Satu cara utk menangani masalah ini adalah mewujudkan undang2 yg melarang seseorang ADUN menjadi AP pada masa yang sama dan begitu juga sebalik nya.

    Dahulu semasa parti pembangkang berpecah-pecah dan jarang-jarang menang, tidak pernah pula perkara ini di timbulkan. Pertembungan 3 penjuru atau lebih adalah satu kebiasaan. Bertanding lebih dari satu kerusi juga satu kebiasaan.

    Mungkin juga pada masa itu, ianya berlaku sebab parti merasakan ada lebih sedikit peluang utk menang jika diletakkan calon heavyweight berbanding calon yang kurang dikenali. Jadi menjadi kebiasaan pula calon heavyweight bertanding di DUN dan juga Parlimen.

    Mungkin tidak menjadi isu sebab dahulunya asyik kalah. Tidak timbul pula isu tamak gaji.

    Antara sebab PR di wujudkan adalah utk mengelakkan pertembungan 3 penjuru, dan mencari satu titik kesamaan dlm isu2 yg akan di bangkitkan.

    Sungguhpun begitu, perundingan kerusi di antara parti2 di dalam PR tidak pernah mudah. Ada insiden juga berlaku pertembungan 3 penjuru walaupun sudah mempunyai platform bersama.

    Dengan satu platform, dapat juga masalah ini diselesaikan. DAP yang tamak itu akhirnya cuma bertanding 47 kerusi, tidak sampai 25% jumlah kerusi Parlimen. Dalam arus politik Malaysia, masalah berkaitan kerusi akan dpt diselesaikan jika ada persepakatan dalam satu platform.

    Itulah sebabnya calon2 BN bertanding bukan atas lambang parti tapi atas lambang BN.

    Walaupun saya bersetuju bahawa PSM hendaklah diberikan laluan. Tetapi realiti politik nya adalah PSM bukanlah parti dalam PR, malah tidak berminat utk menyertai PR.

    Kalau sesama PR pun bukan mudah memberikan laluan, apatah lagi kalau bukan sebahagian dari PR? Baru2 ini PAS membantah apabila DAP mengemukakan hasrat utk meletakkan calon di kawasan majoriti Melayu.

    Ada juga berlaku parti politik memberikan laluan. Sewaktu PSM menghadapi masalah dari segi pendaftaran, Dr Jeya diberikan laluan utk bertanding atas tiket PKR.

    Jika PSM merasakan bahawa mereka mempunyai peluang bertanding di Jelapang, tidak ada apa lagi yang boleh menghalang sebab PSM sudah pun menjadi parti yang sah di sisi undang2.

    Atau mungkin sudah tiba saat nya PSM mempertimbang untuk menyertai PR untuk mendapatkan beberapa kerusi tetap yg tidak akan di cabar oleh parti pembangkang yang lain dalam PR.

    Tetapi ianya bukan jaminan mutlak tidak akan ada pencabar yang lain selain BN. Bagaimana dgn KITA? Sekejap Zaid mengatakan tidak akan bertanding dlm pilihanraya dan akan menyokong PR, esok nya pemimpin KITA yang lain berkata sebalik nya.

    Dalam realpolitik, tiada apa yang mudah.

  3. Mohon kongsi artikel mantap ini.
    __________________________________________________________________________________________

    Dipersilakan.

  4. “In the letter, he cited the Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) mega project as a clear abuse of power by the Pakatan Rakyat state administration helmed by Chief Minister Lim Guan Eng.

    Lim was among the two councillors to openly object the project when debating the council Budget 2012 in October.

    It is learnt that Lim had been reprimanded by a state PKR leader acting upon Guan Eng’s directive, over his objection against sPICE”
    http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/14/loss-of-confidence-pkr-leader-quits/

    Nengok perenggan akhir sahlah mano hala tuju PR yakni sebagai balaci mutlak DAP.

    Sekali aje, warlord, gangster dan godfather DAP beri arahan, gegas barua2 PAS dan PKR akur tanpa soalae hinggo pemimpin dan ahli sendiri rebeh mace lembu.

    Aku ingat nanti bila PR kalaulah di takdir menang PRU 13, mesti balaci dan barua DAP dalam PAS dan PKR sibuk. Sibuk sembelih oghe yang dok bangkae dio,,lawe dio dsbnya wat jago hati busuk DAP sementara DAP dok hambat harta dan kapiakkan Isleh masuk Kristian.

    Oghe cerdik tau nak wat lagu mano, yang PASti tak ikut cagho oghe gilo isim mace Nizee..hahahahahaha

    1. Ada hubung kait juga: Sejurus berjaya membentuk kerajaan P.Pinang pada Mac 2008, Lim Guan Eng membaham exco portfolio TANAH (untuk dirinya) dalam kabinet negeri.

      1. Dan untuk mancing undi, Guano meniup ketegangan Isleh-Kristian dengan mencanang melalui konco-konco paderi dalam Council of churches bahawa “Christianity is under seige”

        +

        menjadikan Sabah dan Sarawak yang mana ramai dok Kristian sebagai determiner pilihanraya bagaikan couched signal for Christo uprising in support of DAP.

        “On a serious note, he acknowledged that Sabah and Sarawak voters were a formidable bloc.”

        “They can determine the fate of at least 112 parliamentary seats,” Lim said, adding that he hoped Pakatan Rakyat would form the next federal government with a simple majority.

        http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/14/rosmah-dr-m-should-stay-out-of-politics/

  5. Kalu ini macam cakap semua mentri besar pun sama lah besar gaji-nya, apa yang lain pulak dengan si guan eng. Hang tengok tie dan suit si-Najib tu bukan main molek-nya, sapa pulak yang sponsor ??
    _____________________________________________________________________________________________

    remoun,

    PM kita kan susur-galurnya “Orang KAYA Pahang” zaman-menzaman? ,)

    Sebenarnya bagi saya, 2×5 lah kedua-dua belah pihak sifat mereka.

    Kalau dilihat Menteri Umno lagi tamak: Gaji menggunung dibayar kepada ketiga-tiga anak mommy Sharizat yang menjadi CEO dan pengarah syarikat lembu itu.

    Namun dari segi pemilih (yang membuang undi) kena ‘shortchanged’, pada prinsipnya tidak patut seseorang YB itu memegang dua jawatan. Setakat mana pun kebolehannya masih tertakluk kepada had 24 jam sehari — tak lebih dari itu.

    Apatah lagi dengan si suami YB di utara dan si isteri YB di selatan.

    Salam,
    Helen

    1. Memang pelik. That’s why when PM nak naikkan gaji ahli parlimen lain, diorang antara yg lantang tolak. Including Anwar and the gang. Duit dah banyak, memang la bangkang. Yang ahli perlimen bebas dan yg tak glemer tu lagi byk buat kerja dari yang hari2 masuk paper nak cari glemer…

  6. Multi tasking, thats good for the dunggus who belived their MP’s and ADUN’s during the time of the “sleepy head”. Everyone throw their votes (the BN supporters), to the likes of the oppositions .Undi protes lah tu , kalaun tak tau mah! Macam tak dak calon yang berkaliber yang lain!A few years later, is it the same scenario? As example , an MP who takes” photographs “, does anyone can guarantee he will be an MP now? What does he contribute to your constituency? Taking sceneries of Kelana Jaya , or showing the shortcomings of his constituncey thru his photos? At least earn your salary lah , bro. Never heard you say anything in parliament. Your salary is being paid by the tax payers !Or another MP who proclaims “one malaysia anak” with dual ethnicity, i.e chinese , or indian ? This I have to let the individual race to compromise. Either way one side would lose face. As it is the she has proclaimed her anak as her’s. (Her race that is)The last time the opposition won ,was just because the BN’s supporters is fed up with the sleeepy head, and we learned our lessons.Not because the opposition is credible, but just to teach someone for one term! and now its proven that your’e just not up to governing! This is not about race, religion, , but good governance, and morality!

Comments are closed.