sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam

December 16, 2011 at 4:34 pm 4 comments

Kerajaan negeri Pulau Pinang sering mencampur tangani urusan majlis perbandaran. Begitulah pendedahan oleh seorang kaunsilor MPPP, Lim Boo Chang.

Boo Chang berkata kelmarin campurtangan pentadbiran Lim Guan Eng telah menjejaskan autonomi dan integriti MPPP. Tambahnya lagi, sesebuah majlis perbandaran itu bukan berupa suatu jabatan atau badan kerajaan yang wajar diarah supaya mengikut telunjuk orang kuat pentadbiran negeri.

Namun pada hakikatnya, ahli-ahli majlis masih dicalonkan dan dilantik oleh parti pemerintah. Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat yang menyatakan kaunsilor bakal dikehendaki bertanding kerusi dalam pemilihan umum tinggal janji kosong.

Boo Chang meletak jawatan sebagai kaunsilor pada hari Rabu (Dis 14) dengan menjelaskan bahawa faktor tiada ketelusan dalam projek mega Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) antara satu sebab beliau menarik diri.

Mengikut laporan FMT (Dis 15):

“Lim [Boo Chang] said sPICE was a perfect example of how intimidating Guan Eng’s administration can be. Lim also revealed that Guan Eng had used arm-twisting tactics to intimidate councillors, including him, for opposing sPICE.”

Baca:

Boo Chang merupakan kaunsilor di bawah kuota PKR. Hanya beliau berserta Dr Lim Mah Hui – seorang kaunsilor MPPP mewakili NGO – yang cukup bertanggungjawab membantah perjanjian sPICE.

Menurut Boo Chang, ahli-ahli majlis hanya dimaklumkan tentang pengesahan perjanjian di antara MPPP dan Eco-Meridian Sdn Bhd (anak syarikat SP Setia Bhd) dua hari sebelum ia ditandatangani.

Tan Sri Liew Kee Sin (gambar dipangkah merah) ialah CEO dan presiden SP Setia -- digambarkan dengan taikun pemaju hartanah yang lain, antaranya Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Land), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI), Tan Sri Tan Boon Seng (IJM), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway), Tan Sri Danny Tan (Dijaya)

Permintaan beberapa orang kaunsilor supaya diberikan salinan kontrak sPICE tersebut untuk dikaji telah ditolak oleh pengerusi MPPP, kata Boo Chang.

“Until I resigned yesterday, the councillors have not received the copy, which they are entitled to.

“All these interference in council’s autonomous position reflect the state government abusive attitude,” tambahnya lagi.

Hanya dua orang sahaja, iaitu Lim Boo Chang dan Dr Lim Mah Hui, di kalangan 24 orang ahli majlis – 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO – yang melahirkan rasa waspada mereka.

Amalan DAP yang kerap mengeluarkan perintah tutup mulut sememangnya sudah diketahui ramai; gag order terbaru berjaya membungkam pertelingkahan Godfather lwn Warlord parti kuku besi itu.

Dr Lim Mah Hui seseorang sahaja yang berupaya mengiyakan (atau menidakkan) dakwaan-dakwaan yang menyelubungi sPICE.

Bukankah ianya beliau sendiri yang menceritakan perkembangan mengenai floodgates dibuka?

Bagai empangan pecah, pulau pitis dibanjiri para pemaju hartanah.

Lantaran memperolehi peluang-peluang yang tidak dikecapi sebelum ini, mereka ligat membina di sebanyak mana kawasan perumahan yang terdaya dalam jangka sesingkat yang mungkin. Kesannya garis-garis panduan bagi mewujudkan pembangunan lestari (sustainable) diingkari.

Sebagai contoh, pemaju sPICE mendapat layanan istimewa ‘additional density’ yang mengizinkan syarikat berkenaan melanggar had kepadatan bilangan unit rumah setiap satu ekar.

Dakwaan NGO-NGO bahawa kontrak sPICE berat sebelah serta merugikan telah disusuli saman tuntut perjanjian tidak sah yang dikenakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang, MPPP dan Eco-Meridian.

Dengan developer besar diberi laluan mudah, dan tanpa proses pengawasan mantap oleh badan-badan berkanun yang bebas dan berdikari, maka tidak mustahil malapetaka memirip kepada tragedi Highland Towers boleh berulang.

Bekas kaunsilor MPPP Lim Boo Chang menceritakan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng.

Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk.

Sungguhpun pentadbiran Guan Eng dibayangkan sebagai bertindak “membuli” namun saya rasa sebagai rakan sejawatnya, Dr Lim Mah Hui harus menjejak langkah Boo Chang berterus-terang demi menjernihkan suasana.

Atas kesedaran bahawa tauke hartanah merupakan VVIP yang amat kaya dan kuat berpengaruh, saya tidak pasti sama ada Mah Hui – conscientious objector yang sekarang ini tinggal keseorangan dalam MPPP – akan mampu memantau sPICE dengan sewajarnya. Beliau nyata ditekan (outnumbered) 23-1.

PEMBERITAHUAN MUSTAHAK:

Saya khuatir blog saya akan digodam.

Andainya didapati blog ini tergendala ataupun disekat, saya berharap agar rakan-rakan blogger tolong menyebarkan khabar. Tahu-tahulah menuding jari pada sesiapa yang patut.

Kepada pihak yang mungkin terfikir untuk melancarkan serangan terhadap blog ini ataupun menggiatkan kempen mencemar nama blogger, fahami bahawa langkah ini akan mengundang publisiti buruk bagi si penggiatnya.

Jangan saya diganggu sampai tahap saya terpaksa memohon bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.

Posting in bersambung Bahagian II: Take heart, Lim Boo Chang, the truth is out there

_______________________________________________________________

Anda mungkin juga meminati:

Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

Mana perginya CAT bagi projek RM300j sPICE?

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

Watergate: Koreklah sampai ke lubang cacing!

Advertisements

Entry filed under: DAP menggertak. Tags: , , , , , , .

Why blame MCA for Chinese being Chinese? Take heart, Lim Boo Chang, the truth is out there

4 Comments Add your own

  • 1. mymassa  |  December 16, 2011 at 6:44 pm

    Mohon disalin untuk sebarkan artikel ini.

    Terima kasih
    __________________________________________________________________________________

    Dipersilakan.

    Reply
  • 2. Gratitude  |  December 16, 2011 at 9:35 pm

    Hi Helen

    Kalau minta bantuan Biro Pengaduan Awam MCA, jangan pula lupa ucapkan terimakasih kerana bagi service dengan percuma. Kesian dia orang-selalu sibuk tolong orang –kenalah bagi sikit motivasi atau inspirasi untuuk meneruskan kerja baik.

    Yang lain pula,

    Jangan juga lupa rasa dan cakap terima kasih kepada orang lain kerana menolong anda secara percuma atau dibayar gaji.

    Macam cikgu cikgu anda, polis traffic yang mengawal trafik tengah tengah panas, atau penjaga tol booth.

    Jangan juga pula kita lupa nak ajar anak anak kita cakap terima kasih, kepada semua termasuk ibu/bapa sendiri juga bila bagi makanan atau beli baju. Bolehlah budak itu nanti akan besar dengan sifat yang baik yang sekolah atau kawan kawan takkan ajar.

    Terimakasih Helen

    Without being condescending: Good job – keep it up
    __________________________________________________________________

    :) Saya rasa kita harus puji yang mana patut. Umno ada berjasa kepada orang Melayu, misalnya dalam membentuk kelas pertengahan yang berpendidikan dan golongan profesional. MCA juga ada membantu orang Cina dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan jaringan sokongan (terutamanya dalam mengekalkan budaya & bahasa, mewujudkan kTAR, Utar, dsb).

    Dan janganlah Umno pula memomokkan DAP mencetuskan Mei 13 atau menuduh DAP anti-Islam/berniat mewujudkan ‘Christian state’ (tudahan yang menyimpang). DAP juga telah banyak berjasa kepada awam melalui parti itu mempertahankan tiang-tiang demokrasi kita. Salam — Helen

    Reply
  • 3. cruel  |  December 18, 2011 at 6:37 am

    Saya sangat berharap agar mereka yang taksub terhadap DAP sedar akan kekurangan ruang demokrasi di dalam parti itu. Ia tidaklah seperti apa yang cuba digambarkan oleh pimpinan parti itu mahupun ahli-ahlinya.

    Tidak ada demokrasi di dalam DAP.

    Reply
  • […] Pokok pangkal kemelut sPICE ialah perintah kerajaan negeri mengarahkan MPPP untuk menampung kos projek RM50 juta tanpa kelulusan mesyuarat biasa majlis.(Baca ‘sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam’) […]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Celah Gelegar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Info Watan

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,289,166 hits

Kalender

December 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

%d bloggers like this: