Posted in Hasnah Yeop

Convent Bkt Nanas bantah pengetua kerana Melayu, Muslim?

Antara hujah yang paling digemari kelompok Firsters ialah bagaimana sekolah-sekolah mubaligh (Convent, LaSalle, Methodist dsb) telah mendidik tokoh-tokoh Melayu kita.

Najib Razak, misalnya, belajar di SMK St John manakala Rafidah Aziz di SMK Convent Bukit Nanas.

Firsters juga suka mendabik dada mengatakan budak Melayu yang menuntut di sekolah mubaligh tidak dimurtadkan malah tetap Muslim yang tidak pernah terluntur iman.

Mereka sering berkata ini menunjukkan sekolah mubaligh berjaya meletakkan asas masyarakat majmuk ala Malaysian First.

Namun baru-baru ini, kaum Firsters – yang bersarang di The Malaysian Insider (TMI) – berasa gelisah apabila Zavirah Mohd Shaari dilantik sebagai pengetua Convent Bukit Nanas.

Dibayangkan TMI pelantikan Zavirah adalah “langkah terbaru Putrajaya”. (‘Lantik pengetua baru SMK Convent Bukit Nanas cetus rasa tidak senang’TMI, Dis 17)

Ketua Biskop Kuala Lumpur Murphy Nicholas Xavier Pakiam dipetik portal tersebut sebagai berkata perkembangan itu “memberi gambaran ia juga strategi kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah mubaligh bagi mengetepikan status, etos dan ciri-ciri khas sekolah mubaligh khususnya Convent Bukit Nanas”.

Difahamkan Sisters of Infant Jesus iaitu pemilik sekolah rahib itu telah mencalonkan beberapa nama kepada Kementerian Pelajaran. Dalam pada itu, Pakiam mempertikaikan pelantikan Zavirah yang tidak berada dalam senarai yang dikemukakan oleh pihak berkuasa sekolah.

“The Archbishop appeals to the Director General of Education to reconsider this decision and graciously appoint an appropriately qualified principal who is nominated by the school owners.” (‘Kuala Lumpur Archbishop disappointed on Zavirah’s appointment as principal of SMK CBN‘ — The Herald, Dis 12)

Mantan pengetua Ann Khoo yang baru lepas bersara telah memaklumkan kepada TMI, “Kami mahukan pengetua-pengetua yang tahu misi sekolah dan tujuannya.”

Mengapakah golongan Katholik dan Kristian lain yang tidak menyenangi Zavirah menganggap bahawa beliau tidak layak (tidak menepati syarat “appropriately qualified principal”)?

Melihat kepada bantahan-bantahan yang ditimbulkan, maka beberapa kemusykilan yang berikut harus dileraikan:

  • Dari segi apakah Zavirah tidak sesuai menjadi pengetua sekolah itu sekiranya beliau ada memiliki ijazah, sijil guru dan pengalaman mengajar yang mencukupi?
    .
  • Bolehkah dijelaskan apa ‘misi’ sekolah yang dijangka tidak akan dapat dijalankan Zavirah tetapi ianya boleh terlaksana oleh seorang pengetua lain dengan lebih sempurna?
    .
  • Boleh dijelaskan apa ‘tujuan’ sekolah yang mungkin tidak difahami Zavirah? Adakah para ibubapa bimbang yang anak-anak mereka akan dimasukkan Islam oleh Zavirah walhal sekolah tersebut dikatakan tidak mendakwah kepada kanak-kanak Melayu supaya masuk Kristian?
    .
  • Bukankah Firsters kita ini selalu mendakwa mereka tidak memandang kepada warna kulit seseorang? Bukankah mereka mendakap erat semua warga yang menganuti pelbagai agama sebagai saudara? Sekiranya Firsters menolak sifat pilih kasih perkauman, apa lagi kekurangan Zavirah di mata mereka?

Bersambung:

Convent Bkt Nanas: Kristian First atau M’sian First?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Convent Bkt Nanas bantah pengetua kerana Melayu, Muslim?

  1. That’s why the slogan of racial blind, religion blind, etc blind in the end is just a slogan. They will only use it if it suits their agenda. Such bloody hypocrites. And they have the gall to act high and nigh. BS..

  2. Sally, Sally, sadly Sally. Would it really matter if Helen had gone to a Convent, SK/SMK, Chinese or Tamil school? Would it really have mattered?

    1. woah…hold your horses! I just wanted to know the school that taught Helen so well that she could write so fluently in English and Bahasa, no ulterior motives! Just so that my niece who is being tansferred from KL to Penang next year be interested, that’s all!

  3. There is a public Muslim Arab school in New York headed by a Christian woemn who do not even wear a veil..no big issue there….sadly the catholic church elsewhere are in damage control over child molestation …here they demand that the unbelievers not teach or head a school because they say so….simoly sick mr.pakiam

  4. Double standard jockos

    Calling transparency, fairness etc on others when it was violated with impunity in own party by it’s owner.

    Lauding bersih when own party election is opposite of bersih

    These slogans are just out to put a wool over people eyes and fish votes. Strategies from consultants or from think tank session.

    How can allow Malaysia be run safely by these people.

  5. must everything be politicised? SERIOUSLY!!

    If the person is qualified, then it shouldn’t matter whether they are Muslim, Malay, Modern or even martian. Deal with it. If the person is unqualified, please state clearly where they are lacking.

    A teacher is under a duty to ensure that they keep up the good name and the true intent of educating — irrespective of whether it is a national school or missionary school. They are ALL for the same intention: To produce GOOD, WELL-EDUCATED MALAYSIANS. Period.

    I’m a second generation Muslim CBN’er with siblings in other missionary schools and no one tried to murtadkan me nor my mother, who was taught by nuns!

    Throughout my years in CBN, I was taught well by teachers of various races and religions who were all very much aware of their role as an educator of such an esteemed institution. Not a “Christian school” but an “academic institution” which was for the benefit and in the interest of the students comprising all races and religions. And many great women graduated from CBN since its inception.

    I find it disturbing that people are using this for political mileage. Are there no other issues these politicos and puppets can clamour on?

    What is the true objective of this hoohaa? what are they trying to achieve? Transparency or that the school be headed by “anyone but a Malay/Muslim”?

  6. Sebenarnya yg dilantik tu ok dan masih sekepala dan sependapat mungkin juga seugama kristian kerana apabila dia menolak hukum hudud walaupun tanpa diucapkan, cuma setuju dengan mengundi umno sahaja sudah cukup membuktikan mereka ini bukan islam dan sesuailah dilantik sebagai pengetua sekolah kristian atau apa pun jua.

    1. Your comment wasnot appropriate and has no relation to the subject. You didn’t sound like a true Muslim or Malay. U sounded like an Israel militant commander or the Devil himself inciting lies and hatred to people’s heart.

  7. CBN by practice bukan lagi missionary school. Apa peranan BOG dalam membangunkan CBN sehingga perlantikan pengetua pun mesti dapat persetujuan mereka. Apa misi BOG sebenarnya? Ethos apa yang nak dipertahankan apabila 65% pelajar adalah muslim. SMK langsung tak timbul masalah berpengetuakan bukan melayu walaupun lebih 80% pelajarnya melayu. Penyakit yang sama masih ada di beberapa `missionary school ‘ yang lain. Contohnya MGS. Pernah ada pengetuanya bukan kristian..beliau seorang Hindu. langsung tak timbul masalah. Sebabnya ialah asalkan bukan Islam. inilah sebenarnya pegangan BOG.. asalkan bukan islam is ok. jadi apa masalah sebenar BOG. iti is so sickening.

  8. Sebenarnya isu ini dimainkan oleh satu-dua guru kanan yang racist. Kalau di kira majoriti guru di CBN tidak membantah perlantikan Datin Seri Zavirah malahan mereka amat-amat mengalukan kehadirannya. Bayangkan hanya 48 jam dan Datin Seri tak diterima oleh BOG.. Dilaporkan guru kanan ini telah melaporkan kehadiran Pengetua baru kepada bekas pengetua yang seterusnya melaporkan kepada pihak BOG untuk digantikan dengan pilihan mereka. Dalam akhbar mereka mengatakan tidak “racist”. Dan jika mereka betul -betul jujur kenapa tak boleh terima Pengetua Melayu-muslim. Untuk perhatian semua CBN ada 1200 pelajar . Hanya 10% kristian . Pelajar Melayu-muslim lebih 800 orang (~70%). Selama ini warga CBN terutama pelajar-pelajar dan ibubapa Melayu-muslim tidak pernah menolak Pengetua yang dihantar terdiri dari yang bukan muslim dan tidak pernah terfikir yang anak-anak mereka akan dikristiankan !!Kenapa apabila pengetua beragama Islam yang sangat-sangat layak mereka tak boleh terima? Datin Seri juga mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Convent !Tidak kah ini menunjukkan mereka racist???
    Saya mohon semua pihak agar mendokong Konsep 1 Malaysia dengan ikhlas. Jika orang melayu sanggup berkongsi hak mereka untuk mendokong konsep 1 Malaysia, kenapa masih ada pihak yang berfikiran sempit !!!

  9. objective of the school is to create more Muslim secular that is pro to western country at the expense of tax payers money.. For the muslim student, they don’t need to convert them into christian, just give them the value, activities and believe will do

Comments are closed.