Posted in Hasnah Yeop

Patah arang, ABU jadinya

Dua hari lepas (Dis 17), kolumnis FMT Selena Tay membalun perdana menteri dalam rencananya ‘Najib, Father of Spin’.

Menggelar perdana menteri seorang “master of spin, sloganeering and story-telling”, Selena menulis bahawa 1Malaysia adalah “kegagalan terbesar” Najib Razak.

Tambah Selena cogankata tersebut “a 100 percent failure”, dan konsep kesederhanaan (“movement of moderates”) yang dibawa Najib hanya kelentong (“all hype, hot air and hoo-ha over nothing”).

Selena menyelar:

“Najib has totally lost it! Nothing can salvage 1Malaysia now. His stand now is to strictly obey the Umno warlords and the ultra-Malays. He has now transformed himself into becoming a barbarian warlord – truly a government transformation programme!”

Penulis macam Selena – yang menggambarkan dirinya sebagai penyokong PR (“believes in giving Pakatan Rakyat a chance to govern the nation”) – memang tipikal di kalangan wartawan anti-establishment dan pelayar alam siber yang aktif di media alternatif.

Selepas membaca rencananya, 245 orang pembaca naik ‘marah’. Rencana itu juga dikongsi 752 kali di Facebook. Membuak-buaklah kemarahan beribu-ribu orang yang berada online.

Kita boleh menggunakan timbal balik pembaca FMT sebagai satu sampel kecil anecdotal untuk membantu kita meninjau pandangan awam.

Secara kebetulan, saya telah menulis sepucuk Surat kepada Pengarang (15 Dis 2011) yang berupa respons kepada sebuah lagi rencana Selena Tay yang bertajuk ‘Political gimmicks to con voters’ (14 Dis 2011).

[Versi ringkas surat saya berjudul ‘Why blame MCA for Chinese being Chinese?‘ boleh dibaca di blog ini.]

Di dalam kolumnya itu, Selena berkata, “Umno leaders are playing a dangerous game and leading the nation towards the brink of destruction when they choose to play the race card at the drop of a hat.”

Jadual di atas membandingkan maklumbalas para pembaca FMT kepada rencana yang ditulis Selena dan surat yang ditulis saya. Jumlah undi dikutip pada 4.30 petang, 19 Dis 2011.

I.Berfikir‘. Rencana saya (28 undi) sedikit sebanyak mendorong pembaca untuk bermuhasabah. Rencana Selena (8 undi) kurang menggalakkan pembaca untuk merenung.

II.Gembira‘. Rencana Selena tidak menggalakkan perasaan positif  – hanya 3 undi ‘happy’ – manakala 25 orang menjadi murung (kategori  ke-empat ‘Sedih‘) selepas membacanya.

III. Perbezaan ketara reaksi kepada tulisan kami ialah dalam menimbulkan perasaan ‘Marah‘.

Rencana saya mendapat 51 undi dalam kategori ini. Agaknya yang marahkan saya itu kebanyakannya penyokong DAP.

Rencana Selena menjadikan 219 orang berasa marah. Pastinya mereka itu marah pada Umno kerana pendekatan Selena yang bercorak Umno-bashing.

V & VI. Kategori kelima dan ke-enam ada hubung kait dengan usaha membangkitkan pembaca untuk ‘Mahu mengundi‘ serta ‘Mempertahankan hak‘.

Rencana Selena telah mempengaruhi 125 orang pembaca untuk ingin bertindak proaktif manakala rencana saya hanya menyentuh 21 orang.

Pembaca marah-marah yang meminati Selena agaknya akan memberi undi mereka kepada parti-parti pembangkang kelak.

Sebaliknya saya tidak ada niat untuk mempengaruhi undi sesiapa.

Sebenarnya saya sendiri pun masih duduk atas pagar. Bagi saya, BN dan PR itu dua kali lima: Di satu belah ialah harimau mengaum; di satu belah lagi mulut buaya ternganga.

ABU, Asalkan Bukan Umno

Nyata sekali para politikus yang kurang bertanggungjawab dan penulis-penulis yang taksub kepada mereka sengaja menyemarakkan perasaan marah untuk memastikan serta melebihkan undi yang bakal diperolehi.

Politik benci menyebabkan kaum Cina dan kaum Melayu berpatah arang.

Di dalam rencananya ‘Najib, Father of Spin’, Selena telah menulis:

“In his craze to win support from the Malays, Najib has become confused and therefore is an epitome of contradictions. … It is extremely obvious now that Najib speaks with a forked tongue and this is a clear indication of his craze and lust for power.”

Mengikut Selena, 1Malaysia hancur lebur. Akan tetapi adakah Malaysian First sihat dan subur?

Dalam kegilaannya untuk meraih sokongan orang Melayu, [xyz] telah menjadi keliru dan apa-apa yang didendangkannya senantiasa bercanggah. … Sudah terang lagi bersuluh [xyz] seekor biawak yang lidahnya bercabang. Gelagatnya yang penuh kontradiski adalah petanda jelas betapa dia riak serta kemaruk kuasa.

(Terpulanglah kepada anda untuk menilai politikus pembangkang yang gilakan undi Melayu …)

Pastinya bukan presiden Umno sahaja yang “master of spin, sloganeering and story-telling”. Pemimpin parti lain tidak adakah yang berputar-belit, bercogankata dan mereka-reka cerita?

Angkara kebencian, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu nanti.

Anda mungkin juga meminati:

Pengundi Cina jatuhkan talak tiga

PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

Anak pemimpin DAP sekolah apa?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Patah arang, ABU jadinya

  1. Quote “Sebenarnya saya sendiri pun masih duduk atas pagar. Bagi saya, BN dan PR itu dua kali lima: Di satu belah ialah harimau mengaum; di satu belah lagi mulut buaya ternganga”

    Sebenarnya mulut PR lagi berpuluh puluh kali lagi besar.
    Banyak dah nampak tip of iceberg.

    Better the devil you know.
    That has a proven track record of bringing Malaysia way way above the rest (Myammar included)
    _____________________________________________________________________________

    But the devil is irredeemably corrupt & refuses to reform! — Helen

  2. mungkin kita beramai-ramai patut mengundi PR, berikan mereka majoriti yang sangat besar, bererti kita bagi mereka 5 tahun untuk membuktikan janji-janji manis mereka. Bila mereka dah dapat kuasa, kita akan menyaksikan mereka berebut-rebut siapa nak jadi Menteri itu ini dan siapa nak handle Projek-projek gomen. Mungkin kita menyaksikan Perdana Menteri akan mempunyai 3 Timbalan Perdana Menteri.
    Selepas itu kita lihat apa mereka akan buat pada media BN dan orang-orang BN. Adakah kebebasan bersuara wujud dizaman pemerintahan mereka?
    Kemudian, kita lihat pula sejauh mana mereka berusaha untuk menjadi lebih baik dari UMNO. Jika didapati mereka gagal dan tidak sebaik UMNO BN, maka kita undi BN semula dan seterusnya. 5 tahun itu tidak lah lama.Sekejap aje
    ____________________________________________________________________________

    Kejap aje (tak melangkaui 42 hari pun) Nga Kor Ming sudah tahu nak buat apa bila naiknya Pakatan di Perak. Baca sini. — Helen

    1. Hahaha ayat diorang ialah ~ ala yg nie kecik jer. BN makan lg besar. xpaham sgt aku, if BN buat benda salah yg PR pun nk ikut kenapa?~ CAT=Competency, Accountability and Temberangcy
      ______________________________________________________________________________

      Tepat sekali adieu1999 kata. Penyokong Pakatan tu pandai-pandai dengan moral equivalency diorang. — Helen

  3. I think Selena is already confused with herself. Cakap sahaja dan menuduh tarak guna. At least PM did something to achieve what he promised. Walaupun tidak sempurna, tetapi usaha ke arah itu ada. Setakat nak hantam 1Malaysia, gunalah slogan lain. Why must putar jadi Malaysian First pulak? Mereka menuduh, tetapi pada masa yang sama mereka mencedok idea yang lebih kurang sama, malah lebih ekstrim. Najib gagal? Siapa yang keluarkan keputusan rasmi itu? Jd Msian First berjaya? siapa yg keluarkan keputusan tersebut. kalau nak lihat siapa betul, kena tunggu PRU13 la jawabnya.

    p/s: Kalau sekarang kita dah set mind Najib ialah spinner, saya dah lama set mind Anwar tu maha-spinner.

    p/p/s: Helen, I just want to say thanks a zillion. ALL of your articles make me think most of the time. Tak berpihak kepada mana-mana belah dan lebih memberi peluang kepada readers utk berfikir secara logik dan waras. kedua-dua pihak ada benar dan salah, tetapi sekurang2nya readers boleh berfikir untuk membuat pilihan. I’m not always agree with you, but I can always accept your oppinons with open-heart and mind.

    Cheers. Darlyn.

Comments are closed.