Posted in Evangelis

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Posting ‘Ibu Bangsa Malaysia bukan berjiwa Malaysia?‘ diterbitkan di blog http://www.shizone.com pada 28 Nov 2011.

Bloggernya Shashi Muniandy mencatat bahawa Hannah Yeoh telah menyekat beliau daripada membuat komen yang menduga di talian Twitter popular Adun Subang Jaya itu. Untuk butir-butir lanjut, sila ke blog Shashi di Shizone (klik pada tajuk di perenggan pertama).

Screenshot (atas) dicedok dari blog Shizone. Dipaparkan satu pengumuman berbunyi: “Sorry, you can’t follow this user (because they’re blocking you)”. Nampaknya Shashi disekat daripada memberi komen di Twitter Hannah.

Saya tidak pernah menggunakan Twitter jadi ada baiknya juga jika pembaca-pembaca yang lebih arif boleh menyumbang input kalian.

Bapa borek anak rintik

Hannah – yang profilnya menyebut “Lives for God” – mempunyai 37,629 pengikut Twitter.

Golongan Yeopies (Yeoh + groupies) memanglah selalu memuji politikus evangelis DAP itu melangit di merata-rata dan setiap ceruk alam siber. Jangan main-main dengan bala tentera yang “walking with God” menuju ke Putrajaya.

Adakah kerana Hannah terlalu dipuja maka sudah pantang ditegur? Maklumlah, seramai 38,000 orang peminat setia asyik menyembah wali DAP ini.

Umum keberatan untuk mengkritik puak evangelis DAP di media sosial kerana apabila dewa-dewi Pakatan dijentik sahaja, maka datanglah “hand of God” menampar dan meninggalkan bekas lima jari di pipi.

Mungkin si blogger Shashi Muniandy itu belum lagi mengerti bahawa idola Pakatan semestinya bebas dari segala cacat-cela.

Sebiji macam sifu

Seperti diketahui umum, setiausaha agung DAP (parti Hannah) nyata enggan menerima sebarang jua kritikan.

“Lim [Guan Eng] does not like to be criticised. He is quick to label those who criticise him as Barisan Nasional agents,” Ahli Parlimen bebas Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim pernah berkata.

Ahli Parlimen bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula menggambarkan Guan Eng sebagai bukan sahaja angkuh (“arrogant”) tetapi amat sensitif sekali — “He likes to politicise petty issues and totally cannot accept criticisms…”

Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Kulim Bandar Baru, mengiyakan: “What Zahrain had said is true. Lim [Guan Eng] cannot accept criticism and does not tolerate any views other than his. I myself have experienced this.”

Penang Gerakan vice youth chief H’ng Khoon Leng berkata: “… under his [Guan Eng’s] oppressive governance, dissenting views & criticism are not tolerated”.

“Penang MCA secretary Lau Chiek Tuan said Lim [Guan Eng] should be more willing to face criticisms and not make accusations against imagined foes to cover his poor handling of issues …”

Manakala orang dalaman parti mengeluh: “DAP insiders say he [Guan Eng] is like that even with party colleagues; he bristles at mild criticism and any challenge to his view is taken as a frontal assault”.

Jika ada peluang ditanya tokoh-tokoh Cina yang meninggalkan DAP terdahulu, saya agak mereka juga akan mengisahkan cerita sama.

Inipun belum ditinjau tanggapan para pemimpin Umno terhadap Guan Eng. (Screenshot petikan-petikan di atas dan url rencana yang dicekup boleh disemak di SINI, posting saya pada Dis 17.)

Kita tahu ianya budaya DAP untuk mengeluarkan perintah tutup mulut. Adakah dalam saling berbalas Twitter pun politikus DAP mahu mengawal percakapan orang yang kurang taksub?

Anda juga mungkin meminati:

Ibu Pin menjaja teko raksasa DAP

Memperkenalkan presiden Kelab Suami Patuh Kepada Isteri

Apakala Pulau Pinang diKristiankan

Author:

I have no Faceook or Twitter.