Dua hari lepas, 40 orang terbunuh apabila bom meletup di gereja katholik St Theresa di Abuja, ibu negeri Nigeria, pada Hari Natal.
Kumpulan Muslim ‘Boko Haram’ – yang dalam bahasa Afrika Hausa bermaksud “pendidikan Barat adalah nista” – mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman tersebut.
Di samping itu, 30 buah kedai dan sebuah pasaraya milik orang Kristian Nigeria juga dibakar di kota Potiskum.
Status negara-negara Muslim
Hanya 4 negara di dunia terang-terang tidak mengaku diri mereka demokratik:
- Vatican City
- Arab Saudi
- Myanmar
- Brunei
(Sumber: http://www.nobelprize.org)
Yang menariknya dua daripada empat itu ialah (1) kerusi Christendom, yakni the Holy See [mewakili serta menjadi suara Gereja Katholik seantero], dan (2) tempat lahir Islam iaitu Arab Saudi. Kedua-duanya teokratik. Continue reading “Gereja diletakkan sebaris dengan pusat hiburan dan rumah pelacuran di Nigeria”