Posted in Agama

Gereja diletakkan sebaris dengan pusat hiburan dan rumah pelacuran di Nigeria

Dua hari lepas, 40 orang terbunuh apabila bom meletup di gereja katholik St Theresa di Abuja, ibu negeri Nigeria, pada Hari Natal.

Kumpulan Muslim ‘Boko Haram’ – yang dalam bahasa Afrika Hausa bermaksud “pendidikan Barat adalah nista” – mendakwa  bertanggungjawab ke atas pengeboman tersebut.

Di samping itu, 30 buah kedai dan sebuah pasaraya milik orang Kristian Nigeria juga dibakar di kota Potiskum.

Status negara-negara Muslim

Hanya 4 negara di dunia terang-terang tidak mengaku diri mereka demokratik:

  • Vatican City
  • Arab Saudi
  • Myanmar
  • Brunei

(Sumber: http://www.nobelprize.org)

Yang menariknya dua daripada empat itu ialah (1) kerusi Christendom, yakni the Holy See [mewakili serta menjadi suara Gereja Katholik seantero], dan (2) tempat lahir Islam iaitu Arab Saudi. Kedua-duanya teokratik.

Ada sesetengah negara kononnya demokratik tetapi sebenarnya tidak (lihat peta di bawah, kawasan ditandakan merah). Kecuali Israel, seluruh Timur Tengah tidak demokratik. Turki adalah separa demokratik (warna kuning pada peta).

Sumber: Laman rasmi Hadiah Nobel

Negara kucar-kacir selepas terjadinya Arab Spring ialah Libya, Yemen, Tunisia, Mesir, Syria dan Bahrain.

Lain-lain negara yang mengalami kesan Arab Spring ialah Lebanon, Jordan, Iraq, Arab Saudi, United Arab Emirates (UAE) dan Iran. Rakyat jelata di negara-negara tersebut, yang kesemuanya negara Islam, sedang menuntut demokrasi.

10 negara paling merbahaya 

Antara negara-negara kurang selamat bagi seorang wartawan menjalankan tugasnya ialah (senarai tahun 2011 mengikut urutan huruf):

  • Manama — Bahrain
  • Abidjan — Côte d’Ivoire
  • Tahrir Square, Kaherah — Mesir
  • Misrata — Libya
  • Veracruz — Mexico
  • Khuzdar — Pakistan
  • Luzon & Mindanao — Filipina
  • Mogadishu — Somalia
  • Deraa, Homs & Damascus — Syria
  • Change Square, Sanaa — Yemen

(Sumber: Wartawan Tanpa Sempadan / Reporters Without Borders)

Côte d’Ivoire ialah sebuah negara Islam yang menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 2001. Daripada senarai 10 negara di atas, hanya dua negara yang bukan Islam, iaitu Filipina dan Mexico.

Sumber: USCIRF — Negara-negara di mana berlaku penindasan agama

Negara-negara ditandakan merah di peta Kebebasan Beragama Antarabangsa oleh Komisyen Amerika Syarikat (USCIRF) adalah yang paling kurang hak kebebasan agama dan paling teruk mengalami keadaan kacau-bilau kerana persengketaan antara agama.

Lantaran hubungan Kristian-Muslim yang retak dan di tahap genting, maka Nigeria berada dalam senarai negara paling dikhuatiri oleh USCIRF.

Cekupan laporan USCIRF tentang Nigeria:

“Religion and religious identity are intertwined in ethnic, political, economic and social controversies, and can be misused by politicians, religious leaders, or others to rouse their constituencies for political gain.”

Laporan tahunan USCIRF bagi 2011 di sini.

Konflik Islam-Kristian

Keganasan antara kaum dan antara agama – Islam lwn Kristian – telah mengakibatkan 13,000 kematian di Nigeria sejak tahun 1998.

Pada malam sebelum Hari Natal (Dis 24) tahun lepas, sejumlah 30 orang terbunuh apabila 7-9 biji bom meletup di dataran pasar di satu daerah di mana penduduknya berpecah mengikut garis perkauman dan keagamaan.

Di wilayah-wilayah tengah Nigeria, puak Berom yang Kristian dan puak Fulani yang Muslim saling bunuh-membunuh.

Orang Muslim menguasai daerah-daerah utara Nigeria dan orang Kristian selatannya, mirip kepada Sudan yang tahun ini dibelah dua kepada Sudan (Muslim) dan Republik Sudan Selatan (negara baru merdeka kaum Kristian).

Sesetengah tempat di Nigeria telah mengharamkan penjualan arak, dan sejak Oktober 1999 sebanyak 12 buah negeri Muslim Nigeria mengumumkan pelaksanaan syariah ataupun sudah mewujudkan syariah. Undang-undang tersebut dikuatkuasakan oleh polis agama bergelar ‘hisbah’.

Persamaan perkara perlembagaan

Mengikut laporan USCIRF, Perkara 147 (indigeneship) dalam perlembagaan Nigeria membezakan pribumi dan pendatang.

Ianya ada persamaan dengan Perkara 153 perlembagaan Malaysia.

Di Nigeria, indigenes (iaitu istilah bersamaan ‘bumiputera’) diberi kelebihan:

“often receive privileges, such as political positions, access to government employment, and lower school fees. State and local governments issue certifications granting indigeneship, which bestow many benefits”

Orang Kristian Nigeria mengadu bahawa mereka dilayan bagai “warga kelas kedua” dan didiskriminasi oleh kerajaan negeri yang dikuasai Muslim.

Orang Kristian Nigeria sering membuat aduan-aduan berikut:

  • tidak memperolehi permit untuk membina atau membaiki rumah ibadat,
  • kekurangan peluang pendidikan,
  • larangan agama Kristian diajar di sekolah,
  • rancangan agama Kristian tidak dibenarkan disiarkan di media (TV) nasional,
  • kurangnya perwakilan di dalam badan-badan kerajaan, dan
  • peluang mendapat kerja sebagai penjawat awam adalah malap.

Gereja-gereja dirobohkan di Nigeria kerana dibina tanpa permit ataupun disebabkan kekangan undang-undang pengezonan.

Di Nigeria, gereja diletakkan setaraf dengan nightclub/pub dan rumah pelacuran dari segi kemudaratan dan impak sosial yang dibawanya.

“According to a Christian official, in some places in the north ― churches are considered as undesirable as brothels and drinking houses as some state governments have officially recorded that some land shall be allocated ― on the condition that it shall not be used for drinking house, brothel, or church.”

Kumpulan pelampau Boko Haram mengaku bertanggungjawab mengebom gereja Katholik Nigeria pada Hari Natal baru-baru ini

Muslim ada Ridhuan, Kristian ada Hannah

Blogger Syed Akbar Ali yang juga pengerusi Bloghouse Malaysia membuat liputan ‘Islamists kill dozens in Nigeria Christmas bombs‘.

Syed Akbar menulis:

“This is not an African phenomenon. We have our own versions as well. Ridhuan Tee Abdullah may know some of them.”

Hasnah Yeop mungkin kenal perangai mereka yang pihak Kristian juga.

________________________________________________________________________________________

Anda juga mungkin meminati:

Gempar! Terbongkar rahsia Guan Eng oleh Teresa

Tak berbaloi buat serangan pasif-agresif atas Jais

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Gereja diletakkan sebaris dengan pusat hiburan dan rumah pelacuran di Nigeria

  1. Another damn Muslim extremist group, another oil rich nation. Wonder when will US led UN forces come in.

    1. Hello bro,

      We have tons of Chinese extremists in our own backyard to deal with and to worry about.

      Worries no need for extremists in other countries.

      1. Don’t worry about the local Chinese and Christian extremist. They are quite harmless. All noise only. One bark by the Malay populace these noisy people will run helter skelter.

        How many Chinese can stand military service? Very few. Do you think the bajungu can guard LGE in a riot?
        In fact Helen’s article wrote when the DAPsters are yamsenging it is the Malays that take the streets.

        It takes people with interest in military tactics that are a menace. Some stupid nyonya protesting and screaming at journalists at Bersih are really useless. Chase them and they run and hide.

  2. For the life of me, I don’t understand that Syed guy. What is he trying to insinuate or imply? I used to blogwalk to his site but haven’t been for a long time and when I did recently, he’s been attacking Najib.

    He project himself as somewhat clever. Nostalgic over Tun M. I mean, for heaven’s sake, get down from your high horse. Have some balls by making personal claim instead of ‘ni bukan i cakap, ni (fill in the blanks) cakap’ – wtf?. His fact checking is appalling wrt wolf of new york.

    At least SatD, Rocky even you Helen, have bigger balls la. Frankly honest, Syed is like a poor man’s version of Bill Maher (and that’s not a compliment, as I watch Bill, Jon Stewart, Stephen Colbert, Hannity and even Bill O’ Reilly daily).

    1. AJ,

      It does take balls to try and topple the sitting Prime Minister. And Syed is in the vanguard of the drive to do so, and most tenaciously.

      1. To me it’s a pathetic attempt when one would go into tabloid mode to put someone down.

        At least, with you Helen, you take shots at the failed system and the insignificant consultants, I appreciate that. It shows you care and genuine for a better nation. At least you don’t dabble on stepson, wife,cat,etc to shame the PM.

        That to me, is crass and uncalled for. If they have beef with the PM, do so with that person. Postings about the beauty of Islam and then perform an attack below the belt, made you look like the munafik you labelled other people.

        1. Yes I agree, use facts and figures to back up your claim. Helen is more accurate by doing comparisons, analytic and quantitative. Actually no harm done lah. Example, I would say the number of jets at the PM disposal is alarming and look at the maintainence cost.

        2. very observant anakjamil. that guys have answers to everything. Show him 10 points how to improve the economy and he’ll bring out 11 points to counter them. More of a tukang karut in Boria presentation. It is I ‘Pak Tuan’.

    1. re: “By the way amerika & Nato is killing innocent people almost everyday & nobody take notice.”

      The international media uses the English language and abides by Western vested interests. That’s why the Christians appear as the victims in the ‘Allah’ issue while the Muslims are portrayed as aggressors and persecutors.

      I’ve said before, the English press in Malaysia is controlled by the Christians and those sympathetic to the Christians (b’cos they loathe Umno).

Comments are closed.