Hannah Yeoh menyokong percubaan Anwar untuk menumpaskan BN pada Hari Malaysia 2008
Mahkamah akan memutuskan kes liwat Anwar Ibrahim pada 9hb Jan (901) kelak.
Semalam uber blogger Raja Petra Kamarudin meluahkan pendapat beliau tentang proses pengadilan kes tersebut serta kesan yang bakal timbul ke atas perkembangan politik tanahair.
Komen Raja Petra telah menaikkan amarah golongan Anwaristas dan Evangelistas yang terus mengamok sakan di lubuk-lubuk kegemaran mereka.
Malah laman Malaysiakini hari ini memampangkan tajuk berita utama ‘Raja Petra — dari wira menjadi sifar‘.
Sekiranya kita membuat perhitungan realistik, angka-angka di protes jalanan (membantah keputusan mahkamah sekiranya Anwar didapati bersalah) dijangka amat kecil. Saiz perhimpunan ala Reformasi 1998 tidak akan berulang.
Tinjauan pendapat khalayak ramai juga menunjukkan Anwar ketinggalan di belakang Najib Razak dari segi populariti.
Harap-harap wartawan media alternatif akan mampu mengira dengan lebih jitu jumlah pendemo yang menghadiri perhimpunan 901 nanti dan tidak sekali lagi memperbesarkan angka mengikut selera.
Setinggi-tinggi tupai melompat
916 merujuk kepada tanggal 16hb September 2008 dan niat meletakkan Anwar sebagai perdana menteri.
Semasa kempen pilihanraya umum Mac 2008, DAP merayu undi atas dasar pembangkang harus diberikan peluang untuk ‘semak dan imbang’ kerajaan.
Pujukan Lim Guan Eng kepada pemilih ialah supaya menafikan BN majoriti dua pertiga yang dipegang parti pemerintah selama itu.
Namun menjelang 916 – iaitu hanya enam bulan selepas mereka menumbangkan BN di lima buah negeri – Pakatan sudah bercita-cita untuk mengusir Umno dari Putrajaya.
Ke mana pergi sikap merendah diri kononnya yang ditonjolkan pada PRU12? Sewaktu berkempen tidaklah parti pembangkang berkata mereka mahu pemilih mengguling kerajaan pusat dan Pakatan dinaikkan sebagai ganti.
Kaduk naik junjung
Sebaliknya ada sesetengah politikus DAP yang takbur waima julung kali sahaja mengecap kuasa. Contohnya Hannah Yeoh di posting mengupas usaha 916.
Hannah, yang menyokong percubaan Anwar untuk menumpaskan BN pada Hari Malaysia 2008, telah menulis di blognya:
“… Dato’ Seri Anwar Ibrahim claimed to have the numbers to form the new federal government, he wrote to PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi requesting him to convene an emergency sitting of Parliament. This was rejected by the PM.” — ‘A mockery of our democratic institution‘ (6 Feb 2009)
Bagaimana Hannah boleh kata perdana menteri tidak bertindak dengan betul? Sebenarnya tiada sebab untuk PM melayan tuntutan Anwar supaya dipanggil satu sidang tergempar Parlimen.
Ketika itu agihan kerusi Dewan Rakyat ialah BN 140, Pakatan 82. Jelas bahawa kerajaan berada di kedudukan yang mantap. Maka jika dilihat dari segi tatacara dewan, desakan Anwar yang sewenang-wenang itu tidak beralasan.
Seterusnya Hannah Yeoh menulis dalam rencananya:
“The next constitutional option is to press for the dissolution of Parliament to make way for fresh new elections. That was also not entertained.”
Alahai! Sesiapa yang pernah belajar ilmu hisab tahap tadika pun boleh mengira bahawa Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kelebihan 58 orang MP.
Jadi buat apa Pak Lah mesti hendak tunduk kepada ugutan Anwar supaya Parlimen dibubarkan? Tak masuk akal sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti 58 kerusi diminta menjalankan pilihanraya baru.
Alangkah malangnya tuhan tidak menganugerahkan kepandaian logik dan matematik kepada kedua-dua si ketua umum PKR dan si imam mahdi kaum Yeopies (Hannah Yeoh punya groupies) itu.
Yang memaki-maki dengan cacian ‘katak’ dan ‘jual diri’ pun orang Pakatan yang melebih-lebih.
Masih menegakkan benang basah, Hannah mempertahankan tindakan kerajaan negeri Pakatan (pentadbiran Nizar Jamaluddin) menerima Adun Bota yang mula-mula sekali ‘melompat’ di Perak. Dia juga menolak dakwaan bahawa Anwar yang terdahulu memancing ‘katak’.
Kudeta di Perak adalah langkah yang tidak wajar oleh BN.
Ia memberi pengajaran on hindsight (imbas kembali) kepada kita tentang keadaan huru-hara yang pasti tercetus jikalau 916 berjaya dilaksanakan.
Meskipun begitu, pula ada penyokong-penyokong pembangkang yang sekarang ini ghairah mencemuh Lim Boo Chang, peniup wisel projek sPICE. Yeopies yang dua kali lima dengan Anwaristas dalam bakat matematik kreatif mereka tidak reti hendak mencerminkan diri.
______________________________________________________________________________________
BACA DI BLOG LIM BOO CHANG:
Pakatan has no right to criticise anyone who crosses party
Statement By Lim Boo Chang
“People can still remember 916, i.e. September 16, 2008, as the deadline set by Pakatan Rakyat that they will change the Federal Government, as by then, they said, they would have pulled 31 Barisan Nasional MP’s to cross over to join them, just enough to form a simple majority in Parliament.”
“… what the Pakatan is doing now is plain hypocrisy and double-standard!”
What RPK said rings a bell. The man went overseas so many times, how to govern properly?
Why so many time out of country?
Who paid for his trip, our money?(opposition theme song).
saya fikir , kalau pakatan berkuasa, mereka akan mentadbir dgn lebih keras dan tidak demokratik. ttp spt biasa mereka boleh saja mengatakan yg hitam itu putih, yg haram itu halal dgn 1001 cara.
pembaca setia
Langkah mayat saya dulu sekiranya Pakatan hendak mengambil alih kuasa kerajaan Pusat.
Helen, si maksum memang 100% tiada cacat cela. Celakalah mereka yang mencela si maksum. Saya rasa amat takut sekali jika mereka menguasai kerajaan pusat. Dengan gag orders, sikap tidak ambil peduli apabila ditegur, cuba menakutkan orang orang yang bersuara adalah sinonim dengan golongan maksum ini. Saya lebih rela menjadi kritikal terhadap kerajaan sedia ada. Kerana saya tahu berbanding PR kebebasan bersuara lebih ruangnya dengan BN
Mereka menuduh BN adalah perikatan yg autokratik. Tetapi mereka lebih bersifat kuku dan gigi besi. Rakyat dah boleh menilai. Kalau yg hardcore smpai tak boleh tegur tu mungkin boleh terima bulat2 pemimpin maksum mereka. Even saya sebagai pemerhati biasa ni boleh pikir siapa lebih layak tadbir negara.
Mereka menuduh BN adalah perikatan yg autokratik. Tetapi mereka lebih bersifat kuku dan gigi besi. Rakyat dah boleh menilai.
Are you sure? Di Penang, mereka masih menyanjung sang Tokong.
Kan tahun ini Year of Donkey ooops error. Mali?
Negara bakal hancur jika ditakdirkan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mereka telah pun membuktikan bahawa mereka Gagal untuk memimpin dan membawa kemajuan untuk rakyat .
Anwar memang fail “math” dia juga fail dalam Subjek Ekonomi. Untuk kedua dua subjek ni dia memang tak faham langsung. Malaysia akan musnah dan bakal ketinggalan jauh di belakang Myanmar dan Bangladesh jika ini berlaku. Masa itu anak anak kita pulak yg terpaksa meninggalkan Negara untuk menjadi amah di Indonesia.
Anda mungkin mengatakan ini mengarut ..tapi masih ingatkah pada Bosnia yg hanya selepas 8 bulan menganjurkan Olimpik Musim sejuk jatuh ke Kancah perang. Bezanya dalam kes kita – rakyat akan berperang dengan ketidak tentuan dan perlahan lahan kita semakin mundur kebelakang. FDI -tak masuk dan kita sama sama menongkat dagu….
Perhaps it is a reflection of Anwar’s stupidity that he wrote to Pak Lah to call for an emergency parliament session. Well, Hannah Yeoh @ Norhana Yeop @ Anak Malaysia’s comments are not surprising considering the facts that she’s not particularly clever even by DAP’s low standards.
You know Anwar’s biggest mistake was trying to hijack the prime ministership via frogology rather than wait for GE13. Knowing Pak Lah’s nice guy (or naive and suicidal) policies, winning GE13 would have been a cake walk. Especially with Home Minister of Syed Hamid’s caliber, PR winning the next election would have been a certainty. But Anwar’s impatience proved to be his undoing and for the 2nd time, he lost the chance to be the PM. By his dim-witted 916 plan, he made Pak Lah’s position within UMNO untenable which eventually resulted in Najib taking over.
The previously staid Najib proved to be a master strategist in the mold of Mahatir and eventually dealt Anwar blow by blow until he lost all the advantages he gained since 12GE.
Now, Najib is on the cusp of winning GE13 with 2/3 majority and probably also claim Selangor,Perak and possibly Kelantan. If that happens, PR would unravel. Anwar will no longer required to hold PR and then his political death would occur soon enough.
PAS will realise that there is no point of them sticking around and go their own ways, leaving PR to implode.
Seluruh kehidupan kita dikuasai oleh ketakutan. Fear. Kita takut Pakatan tak akan mampu mentadbir kerajaan kalau Umno tak ada. Kita takut Pakatan juga rasuah kalau berkuasa. Kita takut Pakatan juga akan menjadi diktator apabila mendapat kuasa.
Kita lebih takut kepada Pakatan yang belum mendapat kuasa, daripada Umno yang sedang berkuasa dan sedang menghancurkan sistem ekonomi dan sosial sekarang. Kita lebih takut Pakatan akan melakukan rasuah, daripada umno yang sememangnya sudah rasuah. Kita lebih takut kepada Pakatan yang akan bermaharajalela, daripada Umno yang sedang menghancurkan negara. Kita lebih takut kepada perkara yang belum berlaku daripada perkara yang sedang berlaku…..!! Fikirkan lahhh,,!!
Rumusan Muda adalah tepat sekali. Saya pun banyak merenungi landasan yang saudara gariskan.
Namun …
Saya yakin para penyokong tegar BN tidak merestui apa yang berlaku, yakni PKFZ, NFC, komisyen-komisyen pembelian Kementerian Pertahanan dan banyak lagi yang memanfaatkan kucing-kucing gemuk (fat cats) BN.
Adakah anda pernah mendengar orang pro-kerajaan mengatakan mereka menyokong gejala rasuah? Adakah orang Umno sayang kepada Zakaria Deros ataupun nekad akan merempuh penjara untuk membebaskan Khir Toyo?
Tengok sahaja blogger-blogger pro-kerajaan yang tekun menghentam (lembu-lembu) Sharizat, umpamanya Din Turtle.
Adakah blogger-blogger pro-pembangkang pernah menyoal tentang sPICE dan lain-lain projek gajah putih Pakatan, misalnya berjuta-juta yang dibelanjakan Yayasan Selangor?
Bagi penyokong pembangkang, para pemimpin mereka maksum. Khalifah yang sesuci-sucinya. Adakah penyokong Umno taksub dan menyembah pemimpin mereka ibarat wali? Ingat, AAB dijatuhkan parti sendiri.
Cuba bandingkan reaksi kepada laporan MACC yang dibuat ke atas Nga Kor Ming. Adakah penyokong pembangkang mahu mengutuk Nga? Sebaliknya dipertahankan evangelis itu habis-habis. Memberi alasan jumlah wang yang terbabit kecil.
Saya kira ada di kalangan orang Umno yang menganggap juga parti mereka jahat (walaupun Umno ada baiknya — itulah hitam-putih kehidupan) tetapi pada masa yang sama mereka mengesyaki parti lawan mungkin lagi jahat.
Shahrizat boleh kata NFC hanya isu suaminya dan tidak ada kena-mengena dengan dirinya. Nga Kor Ming juga memberi alasan yang sama, yakni tender itu diterima dari syarikat isterinya dan tiada berkaitan dirinya. Dua kali lima, bukan?
Umno menjadi jahat setelah berpuluh-puluh tahun berkuasa. Apa yang dibuat isteri Nga di Perak itu hanya 42 hari selepas DAP berkuasa. Tetapi orang DAPlah yang asyik mengata Umno syaitan.
RCI (suruhanjaya diraja) Teoh Beng Hock mendapati cawangan DAP bos TBH di Selangor ada membuat hal Ali Baba.
Sekejap sahaja selepas mengambil alih tampuk pemerintahan DAP sudah ‘pandai’ walhal Umno mencapai tahap ‘kecekapan’ hanya selepas berdekad-dekad.
Saya melihat penyokong pro-pembangkang dikuasai benci. Terlalu membenci menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan budi bicara.
Saya juga melihat pemimpin pembangkang lebih licik dan lebih kuat memainkan perasaan pengikut-pengikut mereka.
Bezanya di kalangan yang pro-BN ada juga yang menyanggah kerajaan.
Bagi yang pro-Pakatan, pihak mereka tidak boleh disangkal oleh barang sesiapapun. Nasib Raja Petra suatu petunjuk.
You wasting your time Helen for the Pakatan supporters will only believe and listen to what they want to believe and listen to. You better off talking to the wall.
I have come to the conclusion years ago, after DAP took over Penang. The arrogance of LGE and a total reversal from all the nice sounding principles and beliefs that they held before shocked me. But talk to any DAP supporters, they will not accept anything bad on LGE and DAP even if it is staring at the faces.
I tell you a story. A colleague of mine and a staunch supporter of DAP and LGE. He hates BN because he says they are corrupt and do not allow for free speech and freedom of assembly.
But when there was a corruption scandal involving a local DAP leader in Penang in a matter involving my company, he refused to blame DAP but tried to justify it saying it is not billions like BN. When some Malay NGO demonstrated at KOMTAR, he was furious and wanted the police to beat these people up and throw them into jail. He gets very offended if someone makes a bad remarks on DAP.
This is typical DAP/PR supporter and their “Emperor’s New Clothes” mentality. BTW, he is currently under investigation for taking bribes from various suppliers by my company.
So please don’t blame me if I sound cynical about these PR supporters shouting for “reform, democracy and clean governance”.
Satu jawapan yang amat saya nanti-nantikan. Tiada siapa yang mengatakan bn itu perfect dan jika pr dapat buktikan mereka lebih demokratik, telus, mendengar dan menerima kritikan, mereka boleh jadi pilihan lebih baik untuk rakyat.
Membuat perbandingan dengan bn dari segi rasuah,kronisma,demokratik memang menimbulkan rasa jengkel dan memualkan dan cubaan membodoh bodohkan rakyat. Kita boleh nampak dengan nyata bagaimana keluarga anwar, lim kit siang,karpal singh dan lain-lain menguasai jawatan jawatan penting parti berbanding umno,mca dan mic yang telah berubah tampuk kepimpinan.
Dengan kata lain, cakap tak serupa bikin manusia manusia dalam pakatan rakyat.
Mereka ni umpama hitler yang mendapat sokongan rakyat atas sentimen kebencian pada yahudi..
Begini kah pemimpin yang rakyat mahu kan??
Syabas Helen..
Calvin has a point there. I agree. Why trade for the rotten too. But I do believe in Najibs leadership. Only the cleaning up part by him would prove to be difficult. What can you expect, even in one company too a CEO cant control everybody’s doing of the wrongs.
komen terhadap jawapan helen kepada muda:
well said helen! kudos.
miss noor
Pendirian saya ialah mengutuk keras kepada mana-mana pihak sama ada BN mahupun Pakatan. Jangan benarkan kemungkaran, penindasan, penyelewengan, salahguna kuasa berlaku dengan berleluasa.
Saya non-partisan dan saya bukanlah dari jenis yang boleh digula-gulakan lalu dicucuk hidung dengan tali…! Dan jauh sekali untuk menjadi seorang yang bertelunjuk lurus tetapi kelingking berkait.
Setakat ini kita tidak ada pilihan yang terbaik. BN sudahpun membuktikan mereka telah sekian lama memerintah dan mentadbir-urus negara dengan berlakunya pelbagai skandal. Semua itu ada dalam benak fikiran anda. Tidak perlu saya nukilkan di sini.
Memang mereka ada berbuat baik dan kemajuan dalam membangunkan negara. Tetapi kebaikan tersebut tidak berupaya menutup dan mengimbangi keburukan yang telah mereka lakukan sendiri. Seolah-olah bangkai gajah yang hendak ditutup dengan nyiru. Bukan setakat ketirisan tetapi berlakunya kebocoran yang meruap dalam pelbagai bidang.
Masih lagi mahu memberi peluang kepada mereka..? Manusia itu memang tidak sempurna dan ada cacat-celanya. Lebih-lebih lagi meletakkan nafsu mengatasi akal fikiran. Ada hati tetapi tidak berperasaan. Samalah macam binatang…!
Pakatan pun begitu juga. Tetapi mereka tidak pernah mengambil-alih Kerajaan Pusat lagi. Cakap-cakap yang mengapikan bahawa jika Pakatan memerintah nanti keadaan lebih buruk dari sekarang ini, hanyalah andaian saja kerana tidak ada apa-apa bukti yang boleh diketengahkan lagi.
Jika diberi peluang barulah boleh dibuat perbandingan. Sebagai contoh, berapa ramaikah orang yang mati di dalam lokap polis ketika Pakatan memerintah berbanding dengan BN…? Dan berapa ramaikah mangsa soal-siasat SPRM yang diterjunkan dari bangunan…
Tapi hendak menjadi negara maju dan dalam masa yang sama tidak mahu mencontohi negara maju. Lihat saja Amerika Syarikat, bertukar ganti antara Republikan dan Demokrat. Hal seperti ini tidak berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta ini… seboleh-bolehnya para pemimpinnya hendak membodohkan rakyatnya sendiri…!
Macam-macam cara dan tipu-helah dilakukan untuk menang pilihanraya. Berbeza pandangan dan pendapat pun boleh menjadi sehingga tumpo dan mampus bebudak universiti kena balun dengan polis…!
Mencari salah dan membuat tuduhan memanglah mudah tetapi ini bukanlah cakap-cakap kosong sebab ianya TERBUKTI.
Sejahtera ke atas kamu Helen.
(1) Adakah negeri-negeri yang diperintah Pakatan terbukti kurang rasuah berbanding dengan negeri-negeri lain?
Di P.Pinang, pemaju hartanah menjadi raja. Sila klik SINI untuk melihat bagaimana rakyat marhaen tidak mampu memiliki rumah di P.Pinang, dan baca sini: “Critics [say LGE’s administration] has been pursuing an ultra-capitalist development policy since taking power in the state in 2008. They say it is precisely since the change of government that property prices have risen to outrageous levels.”
(2) Pasal kematian dalam lokap polis, saya pun pernah buat posting (baca SINI). AAB telah cuba mengekang polis tetapi IPCMCnya tidak ke mana. Adakah Pakatan akan mampu mengawal polis? Kerajaan Pakatan pasti lebih lemah kerajaan BN (lebih kurang dikatakan pentadbiran AAB dan NTR lebih lemah pentadbiran MM).
PDRM mungkin tidak sekuat tentera di negeri Thai dan Pakistan tetapi ia masih amat berkuasa. Jabatan agama dan agensi-agensi berkaitan Islam juga sangat berpengaruh. Kedua-dua institusi polis dan jabatan agama tidak akan dapat ditundukkan oleh Umno mahupun Pakatan.
(3) Tidak seperti TBH, mangsa kedua (Ahmad Sarbani) yang mati kerana ‘terjun’ bangunan SPRM – saya rasa – tidak ada kena-mengena dengan Umno dan penyiasatan terhadapnya tidak menguntungkan Umno (lainlah kes TBH).
Memang sistem dan kaedah operasi badan-badan kerajaan mesti diperbaiki dan dinaiktaraf.
Tetapi adakah Pakatan boleh memberi apa-apa kesan ke atas sistem yang sedia ada? Tony Pua telah mengesyorkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan. Di pejabat ketua menteri P.Pinang pula jumlah kakitangan ditambah menjadi 28 orang daripada 13 orang sebelum itu ketika pentadbiran Koh Tsu Koon.
Baca SINI: “Apa yang kami [penduduk Kg Buah Pala] tidak faham ialah mengapa kerajaan Pakatan Rakyat ini, dia bukan nak selamat kampung [sebaliknya] nak roboh kampung. Bila di bawah pimpinan Barisan Nasional, 30 tahun kami dok bincang, bincang, bincang 30 tahun tapi tak roboh le.”
Saya setuju dengan anda. Soal rasuah dan segala macam kebejatan urustadbir negeri/negara mahupun dalam sektor swasta mestilah diperangi secara habis-habisan. Tidak kira Pakatan mahupun kerajaan yang diperintah oleh BN. Ini tugas SPRM iaitu agensi kerajaan yang diberikuasa penuh menanginya. Jika anda mempunyai sebarang maklumat, salurkan kepada pihak yang berwajib agar tindakan dapat diambil. Melalak di sini tidak memberi apa-apa makna…!
Berkenaan pemaju hartanah menjadi raja di Pulau Pinang, selagi segala prosedur yang tidak menyalahi undang-undang dipatuhi, kita tidak boleh berbuat apa-apa..! Sebab negara ini mengamalkan sistem kapitalis. Ada permintaan, adalah penawaran. Siapa yang berduit dialah yang menjadi raja.
Tentang tidakupayaan mengekang kuasa polis. Ini salah siapa..? Siapa yang memerintah..? Kerajaan mana yang meminda Akta Polis sehingga memberikan kuasa yang berlebihan kepada polis sehingga negara ini dilabelkan sebagai “Police State” suatu ketika dahulu.
Tertarik dengan ulasan anda – (3) Tidak seperti TBH, mangsa kedua (Ahmad Sarbani) yang mati kerana ‘terjun’ bangunan SPRM – saya rasa – tidak ada kena-mengena dengan Umno dan penyiasatan terhadapnya tidak menguntungkan Umno (lainlah kes TBH).
Di mana kewajarannya..? Kerana siasatan akan merugikan parti yang memerintah lalu semuanya disapu ke bawah permaidani. Lalu semuanya senyap, tuli, pekak dan bisu…! Masih lagi mahu menyebelahi dan menyokong mereka…? Bagaimana jika perkara sebegini berlaku ke atas keluarga anda…?
Helen.., kita mesti berusaha untuk berubah dan keluar dari kepompong dan terbang tinggi menyedut udara baru yang segar. Bagi siapa-siapa yang tidak mahu berubah…tidak mengapa. Tiada paksaan kerana memilih jalan hidup dan berbeza pendapat itu dibenarkan. Cuma nak beritahu, mereka yang melakukan perubahan akan terkorban dan mereka yang tidak mahu berubah juga akan terkorban. Yang terselamat adalah opportunis. Mereka yang bijak menggunakan keadaan.
Mahu atau tidak…perubahan sudah pasti tercetus di Malaysia. Ianya bukan kerana perancangan rakyat…tetapi kerana evolusi politik yang terjadi apabila pemimpin politik sudah mula menyalahgunakan kuasa. Dan revolusi akan berlaku apabila rakyat sudah tidak dapat menahan kemarahan.
Semua ini akan berlaku sekiranya sistem yang sama masih TIDAK dirombak. Umno/BN menjadi rosak kerana sistem yang sudah rosak. Perdana Menteri sudah menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Pemimpin-pemimpin lebih rela mengampu Perdana Menteri daripada menjaga rakyat..kerana Perdana Menterilah yang menentukan sama ada perutnya boroi atau kempis.
Kalau setakat Umno ditumbangkan manakala sistem tersebut masih lagi digunapakai, siapa saja yang memerintah akan serupa saja. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri pun, kalau sistem yang ada sekarang tidak diubah, Anwar pun akan turut jadi macam Najib atau Mahathir.
Mendoakan semoga usia kamu panjang…!
___________________________________________________________________________
Mengenai Ahmad Sarbani, maksud saya penyiasatan ke atasnya mungkin (saya kata ‘mungkin’ kerana tidak mengikuti butir-butir kesnya dengan terperinci) tidak bermotifkan politik pada asalnya macam TBH dan bukan atas arahan Umno.
Muda kata: “Kalau setakat Umno ditumbangkan manakala sistem tersebut masih lagi digunapakai, siapa saja yang memerintah akan serupa saja.” Ni saya setuju. Salam — Helen
Itu sebab kita kena berubah dan tukar kepimpinan. Agar dengan ini, proses semak dan imbang akan berjalan dengan berkesan. Dan sesiapa yang memerintah akan berasa takut dan tidak dengan sewenang-wenang melakukan perkara keji dalam urustadbir negara. Dengan yang demikian, manfaatnya akan dinikmati oleh rakyat sepenuhnya.
Jika pemerintah yang mengambil-alih pemerintahan negara nanti masih juga sama tabiat dan perangainya seperti umno/BN, penentangan mestilah dilakukan juga dan seterusnya kita kena membuat pilihan lain yang lebih baik. Soalnya jangan terlalu jumud dan taksub tetapi kita hanya boleh menaruh harapan..
Oleh itu, melalui medium ini ceritakan dan berikanlah kefahaman kepada orang ramai agar mereka faham dan tidak tertipu. Jangan mudah terlentuk-longlai digula-gulakan dengan RM500. Ambillah kepada sesiapa yang memenuhi syarat dan berhak menerimanya. Itu adalah hak anda kerana setiap yang bernyawa di negara tercinta ini adalah pembayar cukai..!
Perkara yang benar dan memberi kebaikan kepada rakyat mesti disokong manakala perkara yang merugikan rakyat dan negara mesti dibenteras serta ditentang dengan apa cara sekalipun meskipun pahit untuk kita telan.
Tidakkah kita berasa malu, pemerhati dari luar menyamakan Hak Asasi Manusia di negara kita ini setara atau kedudukannya di bawah Myanmar..? Dan sebuah badan antarabangsa mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang berada diambang keruntuhan.
Satu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Fund For Peace membuat ranking negara-negara yang diambang keruntuhan ataupun diklasifikasikan sebagai The Failed States. Fund For Peace telah meletakkan Malaysia setaraf dengan Libya ditangga 111.
Cuba tanya Lebai Google, apa dia “Fund For Peace” ini.? Jadilah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir dan bertindak lalu membuat keputusan untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama.
Para pembaca jangan mudah marah-marah dan nak mengamok atau terus percaya kepada kajian NGO luar negeri ini….., tapi nilaikanlah sendiri mengikut kriteria dan piawaian yang ditetapkan. Kalau tak puashati, boleh buatlah piawaian sendiri…!
Sejahtera untuk kamu Helen.
______________________________________________________________________________
Sebenarnya Umno pun boleh berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan kalau ditakdirkan. Lihat di P.Pinang — rajin juga mereka membangkang, kan? — Helen
muda,
Kalau nak buat tuduhan tolonglah buat “homework” dulu, jangan buat tuduhan yang melulu dan memalukan diri sendiri. Index Funds for Peace sepatutnya dibaca dari bawah ke atas. Maksudnya negara yang ranking nya di bawah lebih baik dari yang atas. Contohnya US di tangga 158, Singapore 157, UK 159 dsb. Jadi ranking Malaysia yang 112 bukannya buruk sangat. Ini bermaksud didalam dunia ada 111 negara yang lagi teruk dari kita. Bukan kah ini sesuatu yang perlu kita bangga kan ?
Ini lah perangai penyokong PR, selalu buat tuduhan yang bodoh dan tanpa research yang secukupnya.
Muda, saudara ni penulis dari FMT: Free Malaysia Today ke? Muda Mohd. Noor?
Saya tidak membuat tuduhan tetapi saya suruh baca dan buatlah penilaian mengikut kriteria dan piawaian yang ditetapkan. Kalau tak puashati buatlah piawaian sendiri. Itu jerr…
Apa pun, terimakasih diucapkan kepada Calvin Sankaran kerana menegur saya. Saya pun ingin menjadi orang yang secerdik kamu juga…
Kecerdikan menjadikan kehidupan seseorang menjadi lancar dan pandai mencari janlan pintas untuk terus menuju ke puncak jaya. Contohnya, dapat dilihat kepada perniagaan syarikat kamu yang langsung tidak mengalami rintangan dan halangan dalam menompok-nompokkan harta kekayaan. Semoga bertambah kayalah kamu dengan kecerdikan yang ada pada diri kamu itu….!
Di mana letaknya bumi Malaysia dan di mana pula Singapura..? Dari segi lokasi hanya beberapa meter saja sempadannya. Tapi dari segi kecekapan mengurus dan mentadbir negara terlalu jauh berbeza. Manusia di sana dan pemimpinnya jauh lebih berkualiti dan berintegriti. Banggakah kamu menjadi warganegara Malaysia? Malaysia di tangga berapa dan berapa perbezaan kedudukannya dengan Singapura….?
Hendak melihat diri kita cerdik atau sebaliknya kena buat perbandingan dengan manusia yang cerdik. Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lemah pemikirannya dan ditambah pula dengan sifat amarah.
Saya sudah cakap.., jangan marah-marah dan jangan terus percaya..! Tetapi intonasi kamu bersifat marah. Bermakna kamu tidak berlapang dada dan merupakan jenis manusia yang tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan dirinya. Sangat suka kepada penghargaan dan puji-pujian. Tidak boleh ditegur kelemahan dirinya. Kamu akan mati lemas dalam kemanisan jika tidak berubah sikap..!
Medoakan selamat majujaya kepada Calvin Sankaran dan keluarga dalam meneruskan kelangsungan hidup di bumi bertuah ini..!
muda….saya fikir mata hati anda telah dibutakan, telinga anda telah dipekakkan…jika penyokong BN mengatakan BN adalah terbaik, begitu juga penyokong Dap, PKR & Pas (saya tak mahu gunakan PR = Pakatan Rakyat sbb ianya bukan parti berdaftar dan keduanya bukan majoriti rakyat yang berpakat tubuh PR hanya pemimpin tertinggi Dap, PKR & Pas sahaja yg berpakat). Jika anda buat perbandingan dgn US yang hanya mempunyai 2 parti, ini menunjukkan kedangkalan anda kerana di dalam 2 parti tersebut tiada terdapat parti2 lain spt dlm BN. Jika PR nak ditubuhkan maka 3 parti utama Dap, PKR & Pas mestilah dibubarkan dan bersatu di bawah satu parti baru, begitu juga BN. Uniknya Malaysia adalah, setiap parti yang ditubuhkan adalah utk mewakili bangsa2 yang terdapat dalam Malaysia. Tertubuhnya parti2 spt Dap adalah serpihan dari PAP yang keluar dari Perikatan, Pas pula adalah dari cawangan alim ulama UMNO manakala PKR adalah puak UMNO juga. Bukan kah serpihan2 ini juga memperjuangkan kepentingan sesuatu pihak? Samalah juga dgn BN, komposisi beberapa parti yang pada terasnya memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum. Hendak dibandingkan dgn USA adalah tidak releven kerana mereka tidak punyai parti2 yang disatukan dlm satu barisan atau pakatan. Malaysia ini telah diciptakan utk punyai pelbagai kaum dan bangsa maka aspirasi setiap kaum dan bangsa akan digunakan utk menubuhkan parti. Ianya dimulakan apabila tuntutan utk memerdekakan Tanah Melayu dimulakan. Pada masa itu utk menyatukan penduduk dan rakyat adalah bermula dgn kumpulan2 kecil mewakili kaum. Maka apabila kita hendak punyai 2 parti sebagai pilihan maka kesemua parti2 yg ada hendaklah dibubarkan termasuklah dlm BN. Bolehkah begitu? Pada saya ini tidak akn berlaku krn setiap parti punyai aspirasi dan kepentingan tersendiri. Mereka tidak akn sesekali menggadaikan semua itu. Jadi usahlah bermimpi utk punyai 2 pilihan. Pilihan yang kita ada ialah BN yang telah memerintah dan telah membangunkan negara sejak merdeka. Janganlah cuba utk membuat perhitungan jika tak suka yang ini bagilah cuba yang itu pula. Dlm alam perniagaan sebarang perhitungan utk perubahan bkn bole dibuat sewenang2nya. Pelbagai cadangan dan kajian pasaran akn dibentang dan dikaji dan selalunya berakhir dgn memastikan perniagaan itu berjalan pada prinsip yang sama, pemilik yang sama dan arah tuju yang sama.
Terimakasih diatas ulasan dan pandangan. Saya gembira dan terhibur membacanya. Kelakar.
Semoga matahati anda sentiasa celik dan dapat menemui kebenaran. Juga mengharapkan deria pendengaran anda sentiasa peka dengan persekitaran.
Hujah lawan hujah. Hujah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perkara yang dihujah. Jika hujah sudah terkeluar dan menyimpang dari tajuk sudah tentu hujah tersebut bersifat merapu, merepek dan meracau…! Mengharapkan anda tidak termasuk ke dalam golongan tersebut.
Mendoakan semoga anda sentiasa dipeliharai oleh ALLAH swt dari bisikan syaitan yang direjam.
Forsaken Machina , sejahtera ke atas anda dan keluarga.
Saya bukanlah orang yang anda sangkakan dan saya juga BUKANLAH seorang wartawan.
Salam.
To: All Malaysians who loves to live in a country where the Rule of Law is above all politicians.
From: *** XYZ ***, Lawyer of Democratic Justice, Malaysia, *** ABC ***
Subject : Make a million police reports against all the people involved in giving false evidence in court in DSAAIII sodomy 1 and 2 case.
Agenda:
1) If these people do not have justice served on them under the BN government.
We can start criminal files on them.
2) They will get justice served on them on the next PR government.
3) These people should be prosecuted up the five levels of courts.
4) These people should serve long jail sentences,
5) It will serve all future law enforces who breaks the law for their own selfish political and monetary agenda.
6) The people involved are the IGP,AG,PDRM CID investigating officers and all the other scientific officers,
7) I will be briefing all the bar councils in the commonwealth.
8) I will invite foreign observers for the next General Election.
9) I will work with Amiga to apply foreign pressure on the government.
10) My group will build a new Malaysia.
Lawyer *** XYZ ***
____________________________________________________________________________
Name & address edited. — Helen
I don’t trust people who seek foreign intervention to deal with matters ‘dalam kain’.
kalau you bagi sedekah amal jariah pon you expect rewards in the afterlife, inikan pulak you ‘sedekah’ in the millions in support. Where will it ends?
What a joke.
Is this from some PKR lawyer ? Sure from the wacky, illogical rant sounds certainly like a lawyer from PKR.
Even if Anwar was framed, why punishing people who were merely doing their jobs and following orders ?
And what about long jail sentences ? What would they ask next ? A death sentence for all these people ?
Is this kind of justice system Pakatan going to implement if they capture Putrajaya ?
Look at the anger and the lust for vengeance? Contrast this with BN’s response, which basically says it is OK and we accept court’s verdict. Another reason why Malaysians should never vote Pakatan in. We will witness bloodshed on our streets if PR wins 13GE as they will consumed with revenge.
PKR and PR shud move forward and not concern bout Anwar anymore. Seems their struggle and focus is more towards Anwar and using him as a symphatetic pulling power rather then building the future. They shud concern more towards the implementation of their so called Buku Jingga which they seem to have left forgotten.
Im beginning to like this Calvin Sankaran. Sounds like…..me :)
The Drama King walks again…we really need Anwar to make our political scene lively. Its like in the old days of Mao Tze Tung.. where everyone wears the same old drab grey uniform. Anwar makes our political scene colourful…BN needs him and so does the Emperor Kit Siang, the Godfather Karpal and Mullah Nik Aziz.
These 3 giants are like co-parents.they really do not know what to do with Anwar but they need Anwar as Anwar is both a stand up comedian and a world class conman. Anwar is like the naughty boy…the spoilt boy of the family!!! He cons the senseless brains within Malaysia to believe him…to idolise him and to bow him.
Im glad that poor woman of him Wan Azizah is following Anwar to bollywood in case Anwar’s trousers are shaken by the sight of those fabulously hindi looking women as well as Anwar’s trousers will shake even harder when he sees those blonde looking Turkish delights.
Im impressed by the 100,000 fingers & toes that came to the courts to support the Drama King.
Bet you the courts have zillions of Anwar’s faces in its cctv tapes.
he best thing is that his aquittal only proves that the combined anti government sides are very short of victory – the aquittal is actually a trojan horse in the making.
Anwar wont be the martyr that he gloriously and romantically wants to be….
With Anwar back in the streets, the strategists in PAS and DAP will have to rewrite their strategy of NO ANWAR AROUND.
Anwar is also a cancerous trojan horse….
It is a victory for BN…
I wonder now if the biased western media will write honestly that our malaysian courts are unbiased and independent. If they fail to do just that – it really means that they do not respect our democratic process in selecting the better government to rule the country – not the courts.
Of course….every single US , UK and Australian foreign mission head has always sided with Anwar simply because they want Anwar – if he becomes the PM – to open up the country to foreign ownership.
Having served actively for 15 years in the vat69 way back in the 80s…. Im sorry but Im all for Malaysia for ALL Malaysians….I want continuous peace….I dont want to see a so called multi racial party that smells of a one race or one family dynasty controlled party like DAP or PKR. I also do not like to see a religiously fanatically party like PAS. Id rather trust a single race party like UMNO, MCA, MIC that has been weaving and working together to run Malaysia since 1957 with other smaller parties. At least they wont have to tell me that they are malays, chinese or indians instead of pretending that they fight for all malaysians!!!
Honesty is a very lonely word which the Drama King and his co-parents lack.
Who needs PR? Pakatan Riuh? Pakatan Rapuh? Pakatan Rempit?
They are each like this whenever they cant get what they want.
Opposition can say anything they want, but WE must learn a lot from CUBAN HISTORY. I am not taking both sides because I always believe that a man is responsible for himself.
Ms H. All you need to be a Singaporean Trojan Horse DAP politician is to have a silver tongue and a quick turn of the mind.