Posted in HIPOKRIT

Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?

Selain Raja Petra Kamarudin, seorang lagi blogger dituduh oleh puak Anwarista dan puak Evangelista sebagai ‘dibeli Umno’ kerana tulisan pedasnya.

Posting bertajuk ‘R2W bought by UMNO?’ diterbitkan Dr Rafick semalam. (‘R2W’ merujuk kepada judul blognya Rights2Write.)

Dr Rafick berkata:

“News spread wild in BA [Bukit Antarabangsa] that R2W has been bought. The basis of this allegation arose following some critical write up that is hard hitting against PR. It seems that the blogger is showing strong preponderance towards UMNO. Despite not showing any open support, his last few articles says it all. Rumors has it he has been paid RM1 mill.  That is too little. The author would like to deny that the amount is RM1 mill. The actual amount involved is RM100 mill! R2W am thinking of buying an island somewhere, keep some goats and retire.

“RPK recent interview and released has sent all PR top brass scuttling with press release. From being the hero of PR supporters he has been relabeled as paid UMNO blogger. If UMNO pays me RM100 mill, I believed he is probably paid a lot more. The numbers would be astronomical.”

Dr Rafick yakin bahawa Raja Petra sebagai blogger superstar pasti mendapat ganjaran berkali-kali ganda (sekiranya Doc Rafick sendiri sudah bernilai RM100 juta).

Saya rasa caj RM100 juta yang dikenakan Dr Rafick itu terlalu mahal. Umno sudah terlebih bayar (overpaid) kerana modal yang dilaram Doc Rafick sebenarnya tak seberapa. Lagipun pakej Doc Rafick tidak merangkumi Facebook ataupun YouTube.

Beliau menggunakan WordPress, yakni perkhidmatan hosting percuma.

Beliau tidak menyewa sebuah bangunan pejabat khusus untuk aktiviti bloggingnya.

Jika dibandingkan Doc Rafick dengan pesaing-pesaingnya – katakan The Malaysian Insider sebagai contoh – nyata bahawa blogger Rights2Write itu kurang menyerlah dari segi saiz dan skop peniagaan propagandanya.

Beliau juga nampak cukup kedekut dalam membelanja wang RM100 juta (pelaburan Umno) yang diberikannya untuk apa yang perlu supaya usahanya menghentam Pakatan akan berjaya.

Beliau tidak menggaji pun wartawan-wartawan lain untuk membuat laporan ataupun membayar para kolumnis untuk menyumbangkan rencana-rencana kritis terhadap Pakatan. Dari segi isi kandungan dan liputan berita, Doc Rafick seorang-seorang sahaja yang menggalas tanggungjawab.

Bukan sekadar bekerja solo dalam bidang penulisan, beliau juga tidak menggaji jurugambar, artis grafik dan pengurus atau technician IT untuk menggendalikan perisian komputer. Doc Rafick jelas sudah shortchange Umno.

Malah jenama Doc Rafick tidak memaparkan imej korporat seperti yang seharusnya. Blog Rights2Write tak ada logo atau masthead (kepala kepala suratkhabar — lihat contoh The Malaysian Insider atau The Nut Graph).

Kalau orang nak jumpa tuanpunya bisnes, Doc Rafick tidak mempunyai kerani/setiausaha/penyambut tamu (receptionist) untuk bantu menguruskan hal-hal berkaitan blognya yang memakan kos RM100 juta itu.

Portal The Nut Graph yang dulunya menelan belanja RM80,000 setiap bulan (baca butir-butir di SINI) lebih murah operasinya. Lantaran itu, saya menilai Doc Rafick is not giving Umno value for their money.

Juru audit parti itu harus menyemak semula tender untuk periksa sama ada blogger-blogger lain ada menyediakan bida yang lebih kompetitif.

Jenis rencana popular di Nut Graph
M'sian Insider memberi ruang kepada tulisan Sakmongkol dan Aspan

Puak Anwarista dan Evangelista kelihatan begitu prihatin tentang wang Umno yang kononnya disalurkan kepada Raja Petra.

Namun tak pernah saya dengar mereka menyoal: Siapakah yang membiayai The Malaysian Insider?

Siapa yang memberi The Nut Graph sumbangan RM2 juta? Kenapa tak tanya?

Blogger-blogger yang bersikap kritis terhadap Pakatan semuanya “ejen Umno”. Mengikut logik yang sama, blogger-blogger yang bersikap kritis terhadap BN mestilah “ejen DAP” atau “ejen PKR”.

Dua minggu lepas, kerajaan Pulau Pinang telah mengadakan Konvensyen Media Sosial (lihat poster kuning, atas). Blogger-blogger jemputan adalah mereka yang terkenal pro-pembangkang.

Adakah ia sebuah acara untuk melatih bakal sibertrooper-sibertrooper DAP?

Kalau duit Umno diberi kepada RPK (sepertimana didakwa begitu ramai pembaca media alternatif), itu urusan dalaman parti.

Akan tetapi ianya sebaliknya jika penjawat awam yang ditugaskan memblog untuk mengangkat kepentingan parti.

Zairil Khir Johari, iaitu setiausaha politik Lim Guan Eng, telah mengatur konvensyen blogger-blogger pro-pembangkang pada Disember 17.

Bukan kebetulan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias – dua orang blogger yang mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut bulan lepas – baru-baru ini menyertai DAP.

Nampaknya Zairil telah menyelam sambil minum air menarik dua orang blogger Melayu menjadi ahli parti serentak dengan mengelolakan konvensyen blogger.

Aspan, Kit Siang, Sakmongkol memberi taklimat kepada blogger

Pejabat ketua menteri Pulau Pinang mempunyai sejumlah 28 orang kakitangan. Kita memaklumi tugas-tugas dijalankan Zairil (baca juga Zairil Khir Johari dilantik menjadi pengarah — satu lagi kronisme DAP).

Apa pula tugas-tugas 27 orang kakitangan lain pejabat ketua menteri Pulau Pinang? Kebanyakan mereka adalah setiausaha akhbar Lim Guan Eng ataupun bekerja di bahagian penerangan.

Apa yang mereka buat hari-hari sebagai pegawai media Guan Eng?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?

  1. The amount paid to bloggers (or to whoever) to promote a party is of no consequence to the people. What ought to come under the microscope is the source if of the fund. In the Penang /LGE case, it would seem that the bloggers are paid from taxpayers’ money since they are holding public posts in the CM’s office. If that were to be the case, then it could not be right. It would be abuse if power. DAP the party ought to rightly pay the bill.

  2. Aspan dan Sak tidak dibayar sesen pun untuk menyertai DAP. Cuma dah tak boleh ‘cari makan’ dalam UMNO.

  3. Haha…You just made my morning la Helen!

    Like you said, RM100 m is just too much. It’s better for UMNO to give you half of that amount too. At least you and Dr. Rafick can work together to hentam Pakatan. =)

  4. hmmm Helen they say it is such a coup. But if you see blog http://mamasita-mamamia.blogspot.com/ you will find one of them is going through such a reputation tarnishing divorce. It will make you wonder if a person like that who cant even be trusted by family member is even fit to run for MP.

  5. Zairil Khir Johari should be Zairil b Abdullah.
    Khir Johari is his stepfather.
    Pls correct me if this statement is wrong
    Thanks.

  6. Cam,

    Zairil ni Melayu ciplak saja; dia ambik nama Khir Johari supaya dapat menghilangkan keCinaannya (luaran). Deep inside, he’s Chinese to the core, DAP Chinese that is.

    You are right, he should be Zairl b Abdullah. Haramkan dalam Islam kalau anak angkat diBinkan bapa angkatnya? Zairil has no, I repeat, no Malay blood so how can Khir Johari be his father? Stepfather can la.

  7. Melayu yang masuk DAP adalah oppurtunis yang mahu mengambil jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar kerana konstitusi Kerajaan Negeri yang mewajibkan Jawatan itu di isi oleh Melayu Islam sahaja… jelas lagi bersuluh…

  8. Recently, the school authorities of a secondary school in Malacca ordered the closure of the Buddhist Society because its Chinese students preferred to join the Buddhist Society and Chinese Language Society.

    The unacceptable reason was that the school authorities hoped to encourage students to participate in other societies so as to reduce the students’ tendency to join only a few societies.

    Sokonglah Kerajaan UMNO kalau ini yang kamu mahu.
    http://malaysiakini.com/letters/186226

Comments are closed.