Aspan Alias dan Ariff Sabri (dikenali sebagai Sakmongkol) telah dilamar DAP untuk menyertai parti itu.
Penyokong-penyokong pembangkang bukan-Melayu menyambut berita kedua-dua orang Umno tersebut masuk DAP bagai satu keramat. Tidak disebut mereka pula bahawa Aspan dan Ariff “melompat katak”.
Namun Lim Boo Chang yang keluar PKR baru-baru ini dicemuh tak habis-habis.
Nathaniel Tan, seorang petugas pejabat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, berkata semalam:
“The record for political promiscuity might be held by Lim Boo Chang who went from Gerakan to MCA to PKR and now wants to go back to Gerakan. From past observation, I think my conclusion is: the people with the most credibility are the ones who never change sides. In second place are the ones who change sides only once. Anyone who changes more than that is basically a joke.”

Betul ke tu? Bukankah Anugerah Tuhan sendiri pun mengalih kesetiaan — awalnya dari Abim ke Umno, dan dari Umno barulah ke PKR?
Jadi mengikut kupasan Nathaniel Tan di atas, Anwar Ibrahim juga “basically a joke”lah.
Nathaniel – yang pernah bekerja dengan PKR sebagai pembantu Anwar sekitar tahun 2007 ke 2008 – serta kelompok dwi-standard Pakatan ibarat periuk mengata cerek hitam apabila mengejek “katak”, “tidak berprinsip kerana bertukar pihak” dan “sindrom Ezam, cari makan”.
Lim Boo Chang dalam kenyataan akhbarnya pada 25 Disember 2011 menegaskan Pakatan tidak berhak untuk mengkritik sesiapa yang tukar parti.
Beliau telah dihina sebagai “katak” oleh setpol Lim Guan Eng manakala orang kanan Guan Eng yang seorang lagi iaitu Liew Chin Tong (Ahli Parlimen DAP di Bukit Bendera) menyambut tweet Ng Wei Aik dengan berkata Boo Chang ditolak juga oleh Gerakan.
Sementara itu mantan presiden Aliran P. Ramakrishnan pula menyindir:
“This latest episode has seemingly left a bad taste in the mouth of thinking Malaysians. It seems strange, they argue, that he [Lim Boo Chang] was unable to find a niche in all these three parties. They wonder whether he is a misfit or his ideals were too high to find any common ground in these parties.”
Boo Chang berada dalam parti Gerakan selama 15 tahun dan dalam MCA 13 tahun. Namun beliau mampu duduk dalam PKR untuk 3 tahun sahaja. Adakah sebenarnya beliau yang bermasalah ataupun ada yang tak kena dengan PKR ?
Zaid Ibrahim bersama Umno selama 22 tahun tetapi hanya boleh bertahan di PKR kurang 18 bulan. Beliau meninggalkan parti setelah mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya parti itu.
Pada Jun lepas, 29 ahli dibuang parti termasuk timbalan setiausaha agung PKR Jonson Chong.
Seorang daripada mereka – Joyce Lee, ahli PKR di Batu Kawan – dipecat kerana membuat komen yang kononnya kurang sedap tentang parti itu di halaman ‘Facebook’nya.
Di bawah ialah ahli-ahli yang meninggalkan PKR — senarai disediakan oleh blog Keris 7 Lok. (Terima kasih kepada blogger kerana berkongsi maklumat ini)
Yang Berhormat (bekas PKR):
1. Ahli Parlimen Bayan Baru – Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal – Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai – Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru – Zulkifli Nordin
5. Ahli Parlimen Wangsa Maju – Wee Choo Keong
Antara pengasas parti dan bekas pimpinan ketika Keadilan/PKR mula ditubuhkan:
6. Dr Chandra Muzaffar yang pernah memegang jawatan timbalan presiden
7. Marina Yusuff (naib presiden)
8. Jeffrey Kitingan (naib presiden)
9. Saidatul Badru Tun Said Keruak (naib presiden)
10. Salehuddin Hashim (setiausaha agung)
11. Mohd Annuar Tahir (setiausaha agung)
12. Abdul Rahman Osman (bendahari agung)
13. Ezam Mohd Noor (ketua Angkatan Muda)
14. Ruslan Kassim (ketua penerangan)
15. Zainur Zakaria (ahli majlis pimpinan tertinggi)
16. S. Nallakarupan (ahli majlis pimpinan tertinggi)
17. Anuar Shaari (setiausaha sulit Anwar Ibrahim)
18. Lokman Noor Adam (setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
19. Muhammad Zahid Md Arip (naib ketua Pemuda Keadilan)
20. Hamdan Taha (timbalan pengarah pilihan raya Keadilan)
21. Faizal Julaili (setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah)
22. Awang Mumin Awang Marali (setiausaha PKR Bahagian Papar)
23. Nazaruddin Darmawan (ketua Angkatan Muda Kuala Selangor)
24. Fauziah Sulaiman (ketua Wanita PKR Kuala Selangor)
25. Abdul Manap Shahardin (calon pilihan raya kecil Teluk Kemang /antara pengasas PKR)
26. Dr Halili Rahmat (bendahari PKR Hulu Selangor)
27. Soraya Sulaiman (ketua penerangan PKR Perak)
28. Roshanita Mohd Basir (timbalan ketua PKR Bagan Serai)
29. Aminah Abdullah (ketua Wanita PKR Pulau Pinang)
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
30. Adun Behrang – Jamaluddin Mohd Radzi
31. Adun Changkat Jering – Kapten (B) Mohd Osman Jailu
32. Adun Ngemah – Gabriel Adit Demong
33. Adun Lunas – Md Radzi Salleh
34. Adun Pelabuhan Klang – Badrul Hisham Abdullah
35. Adun Bukit Selambau – V. Arumugam
36. Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang – Fairus Khairuddin
Nama-nama yang disebutkan ialah orang atasan sahaja. Pada peringkat akar umbi, ramai lagi yang sudah meninggalkan parti.
PKR mendakwa mempunyai keahlian seramai 400,000 tetapi yang mengundi Azmin Ali kurang 20,000.
Lim Boo Chang keluar PKR tidak merupakan apa-apa peristiwa luarbiasa memandangkan sejarah kelam parti itu.
Boo Chang berkata:
“Pakatan leaders talked much about democracy and human rights, but they do not seem to practise it in real life. Pakatan have to answer to my charges on sPICE and other issues concerning the people, if they are gentleman enough, but not to resort to character assasination and underhand tactics.”
Apa gerangan Ramakrishnan – mantan presiden badan hak asasi dan keadilan sosial – membuat serangan peribadi ke atas Boo Chang?
“My departure from PKR is based on principles. The party is unable to control either DAP in Penang or PAS at the national level, apart from its loss of direction by simply collaborating with their partners with a sole aim to grab the power at Putrajaya.”

Mengikut laporan FMT (15 Dis 2011):
“Lim [Boo Chang] said sPICE was a perfect example of how intimidating Guan Eng’s administration can be. Lim also revealed that Guan Eng had used arm-twisting tactics to intimidate councillors, including him, for opposing sPICE.”
Ramakrishnan sepatutnya menuntut penjelasan daripada Lim Guan Eng tentang tuduhan bahawa ketua menteri itu telah menggertak MPPP lalu memaksa majlis meluluskan belanjawan RM50 juta untuk sPICE.
Ini tidak. Walaupun dia seorang exco Aliran (ibupejabat NGO itu juga di Pulau Pinang), Ramakrishnan sebaliknya menyindir peniup wisel yang membongkarkan ketidaktelusan dalam urus tadbir MPPP.
Daripada kejadian-kejadian lepas, umum sudah mengetahui bahawa Ramakrishnan selaku presiden Aliran hanya berfungsi sebagai tukang sorak Guan Eng dan lebih mirip kepada politikus dari seorang wakil NGO.
Posting berkaitan:
@ stopthelies i posted this as soon as P Ramakrishnan published article to discredit boo chang. It makes you wonder a decency of a human being who claims to be fighting for human right
Among three of Aliran Basic Principles,
/A compassionate society that regards humanising the human being through the liberation from inner bondages such as selfishness and cowardice and outer shackles such as poverty and exploitation as its primary goal.
A political system that cherishes the freedom and dignity of the ordinary human being, expands his rights, enhances her responsibilities, encourages his active involvement in the formulation of public policies, allows her to exercise effective authority over government and thereby checks the power of the state.
A political process that stresses accountability, promotes the free flow of information, protects the independence of the media, defends the autonomy of various social groups and safeguards the legitimacy of dissent/
Why do i brought these here, simple reason of the latest article by past president of Aliran P Ramakrishnan on Lim Boo Chang. If you read the article again and again you can actually see that the article is trying to discredit Boo Chang. If P Ramakrishnan is someone who hold closely the basic principals of Aliran wouldnt he have the decency discussing among the main issues raised by Boo Chang that leads to his resignation was a non transparents process of awarding sPICE which also contradict what DAP promises in their Proposed 2008 Budget.
Can P Ramakrishnan clarify on this? Or the sPICE issues deemed not important?
PKR IS ACTUALLY “PARTI KATAK RONGGENG”
ALL THE KATAKS ARE FROM EITHER UMNO, PAS, MIC OR MCA…
NONE FROM DAP, I GUESS!