Posted in BIAWAK

Kes seks yang satu lagi

Pada tahun 1994 pihak pendakwa raya tidak mengenakan caj statutory rape (mengadakan hubungan sulit dengan budak bawah umur) terhadap Abdul Rahim Tamby Chik – yang ketika itu ketua menteri Melaka – atas alasan tidak cukup bukti.

Semalam hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menjelaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik dalam kes liwat yang dibawa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika menyampaikan keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi itu berkata:

“Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh [Anwar Ibrahim] oleh itu, dibebas dan dilepaskan.”

Sinar Harian (9 Jan 2012)

Sekiranya mahkamah hari ini keberatan untuk menyabit Anwar hanya dengan berdasarkan cerita Saiful, maka mungkin juga pendekatan yang sama dipakai dalam kes individu-individu lain yang membuat aduan. Sememangnya pendakwaan jenayah seks perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.

Pada 28 Feb 1995, Lim Guan Eng dikenakan dua caj di mahkamah bersangkut dengan tuduhan-tuduhan yang dibuatnya terhadap Rahim.

Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan iaitu menyebut perkataan menghasut bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam negara.

Kecenderongan menghasut juga ditakrif sebagai “mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan”.

Pada 17 Mac 1995, Guan Eng dikenakan satu lagi caj di bawah Seksyen 8A (1) Akta Penerbitan dan Pencetakan atas tuduhan mencetak risalah yang mengandungi maklumat palsu.

Guan Eng telah menggambarkan gadis yang terbabit sebagai “mangsa yang dipenjarakan” (‘imprisoned victim’).

“The Tan Sri Rahim Tamby Chik sex scandal. Wither justice and women’s rights. Victim imprisoned, criminal free”, kata risalah yang diedarkan.

Pada hakikatnya gadis tersebut bukan ‘dipenjarakan’ tetapi ditahan di pusat pemulihan akhlak mulai Ogos 1994. Itupun dengan keredhaan dan izin bapanya.

Mengikut butir-butir yang terkandung dalam suatu kenyataan akhbar oleh Pendek binti Ahmad – iaitu nenek kepada gadis tersebut – cucunya ditiduri 14 orang lelaki.

Namun hubungan seks dianggap rogol sekiranya si pelaku seorang remaja bawah umur.

Seterusnya pada 2 Nov 1999, gadis tersebut membuat satu kenyataan menafikan bahawa beliau pernah mempunyai hubungan sulit dengan Rahim pada tahun 1994.

Gadis itu bersuara setelah Anwar mengungkitkan namanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Okt 1999, mengikut keterangan yang diberi Pendek binti Ahmad.

Guan Eng dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan untuk kesalahan di bawah Akta Hasutan dan 18 bulan lagi untuk kesalahan di bawah Akta Penerbitan dan Pencetakan tetapi dengan syarat kedua-dua hukuman itu dilaksanakan serentak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Guan Eng pada 25 Ogos 1998.

Guan Eng dibebaskan pada 25 Ogos 1999 selepas menjalani setahun hukuman di Penjara Kajang.

Dia dimasukkan penjara kerana kesalahan menghasut dan menyebar maklumat palsu.

Guan Eng bukan sahaja didakwa menghasut pada tahun 1998 tetapi malah sekarang.

H’ng Khoon Leng, iaitu naib ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, telah membuat laporan polis pada 18 Mei 2011 mengatakan Guan Eng “seolah-olah menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam”.

Dr Teng Hock Nan, pengerusi Gerakan Pulau Pinang, menyelar Guan Eng kononnya menimbulkan bibit-bibit kebencian.

Kata Dr Teng:

“To those overcome by emotions, it is like Barisan did everything wrong for the last four decades. They get blinded because Lim [Guan Eng] feeds them with daily doses of hatred and at times, outright slander.”

— ‘Lim’s daily doses of hatred dangerous’, FMT (4 Sept 2011)

Sungguhpun para penyokong tegar Pakatan sering mencanangkan Guan Eng sebagai wira yang sanggup mempertahankan maruah seorang gadis Melayu, namun ketua menteri Pulau Pinang itu sebenarnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana perbuatan menghasut.

Istilah menghasut dimaksudkan sebagai menyebut perkataan-perkataan yang mendatangkan benci serta membangkitkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan ataupun menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat serta mengembangkan permusuhan antara golongan penduduk atau antara kaum.

***  ***  ***  ***  ***  ***

Pendirian blog ini:

Saya berharap Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman 2011 akan dimansuhkan dengan segera. Hujah-hujah saya di SINI dan SINI.

Saya juga menyeru kepada Ahli-Ahli Parlimen yang prihatin supaya membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk Akta Hasutan dihapuskan secepat yang boleh.

____________________________________________________________________________________________

Anda juga mungkin meminati:

Lagi-lagi Guan Eng tempelak media Melayu

Guan Eng masih lagi mahu pusing hal Johor itu

Apalah lu Umno ‘bohong’, ‘binatang buas’ dan ‘bajingan’


Author:

I have no Faceook or Twitter.

19 thoughts on “Kes seks yang satu lagi

  1. Apabila Anwar dituduh meliwat dan tidur dengan pelacur dari negara China, ramai yang menyatakan kena bawa 4 saksi mengikut hukum islam.

    Demikianlah fatwa para ulamak PAS.

    Tetapi apabila Rahim dituduh merogol, tak ada pulak para ulamak PAS masa tu mengfatwakan kena bawa 4 saksi juga.

    1. itu sebab ANUwar cakap konspirasi, kerana dia la kepala konspirasi menjatuhkan rahim tambi cik. lepas tu dah tak de org nak buat konspirasi, cuma bayang bayang masa lalu menghantui beliau dari TURKI ke india dan last sekali ke CINA.

    2. jenayah zina memerlukan 4 saksi dan ianya hukum Allah dan kita tidak perlu merujuk kepada fatwa PAS

      tetapi jenayah rogol tidak termaktub di bawah 4 perkara asas hudud tetapi di bawah jenayah ta’zir dan bukti spesimen/DNA sudah mencukupi

      sila belajar dan jadilah orang yang terpelajar

      1. Ada ikhtilaf di kalangan ahli fikh mengenai keperluan 4 saksi. Khalifah Umar ibn al-Khattab misalnya mengatakan perempuan itu mengandung boleh diterima sebagai bukti zina.

        Hukuman 100 kali sebat untuk zina boleh dirujuk dalam ayat al-Nur, 24:2-5. Jadi kenapa onlyoe mendakwa pula “kita tidak perlu merujuk kepada fatwa PAS”? Ia bukan PAS yang memfatwa.

        (A) Perihal zina

        Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Fasal 46(a) menyebut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

        Manakala Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002, Seksyen 49(2) menyebut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi kenyataan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dia dapat membuktikan sebaliknya.”

        Di kedua-dua negeri tersebut, beban diletakkan ke atas perempuan hamil dan bukannya kepada keperluan menampilkan 4 orang saksi.

        (B) Perihal rogol, boleh tak onlyoe tolong tunjukkan di mana ia disebut dalam undang-undang jenayah syariah (takzir) di Kelantan atau Terengganu tentang “bukti spesimen / DNA” sudah mencukupi?

      2. saya cuma membidas pendapat Tokngah bahawa hukum hudud dengan membawa 4 saksi bukan milik PAS tetapi adalah hukum islam dan ingin membetulkan persepsi bahawa jenayah rogol tidak memerlukan 4 saksi
        perbincangan berkenaan DNA pernah dibawa ke Muzakarah Fatwa tetapi saya akan cuba mendapatkan detailnya untuk helen

    3. Rogol adalah paksaan manakala zina iaitu persetubuhan haram adalah suka sama suka.

      Saksi 4 orang yang beriman itu tidak diperlukan lagi sekiranya tetuban dah pecah…! Buatlah DNA.., jadi kita boleh tahu siapa ayahnya…!

      Lagipun nenek budak itu sendiri telah mengakui bahawa cucunya telah ditiduri 14 orang lelaki. Manalah kita ketahui benih siapakah yang mengena dan melekat pada rohim gadis tersebut sehingga terbentuk embrio..!

      Sekiranya terbukti pada DNA tersebut bahawa anak yang dilahirkan itu adalah dari benih ARTC, maka secara automatik penafian gadis tersebut bahawa beliau pernah mempunyai hubungan sulit dengan ARTC pada tahun 1994 akan terbatal…!

      Jika ujian DNA tidak dapat mensabitkan anak yang yang dilahirkan itu dari benih ARTC, maka dia berupaya membersihkan namanya…, itu jerrr

  2. Helen,

    The game is not over yet contrary to most, it just started. There was a shred of partial things scattered around since 2 years ago, pick it up, complete the puzzles and you’ll see the whole picture.

  3. Saya amat tidak setuju bahawa akta hasutan dimansuhkan, kerana Malaysia masih melahirkan ramai pemimpin politik yang celupar dan pendek akal. Kata-kata hasutan yang kadangkala mereka ucapkan boleh mencetuskan rusuhan kaum. Kita mesti ingat sejak 2008 separuh daripada orang Melayu yang menyokong parti Keadilan dan Pas amat bergembira tetapi separuh lagi, yakni penyokong Umno dan malah yang berkecuali, menyimpan dendam membara. Mereka akan hilang sabar dan mengamuk sekiranya ada lagi pemimpin yang terlanjur menghina orang Melayu. Kesabaran Melayu ada tahapnya, kalau sudah tidak sabar, satu bandar boleh jadi padang jarak padang tekukur.

    1. Saya rasa kita boleh gunakan Kanun Keseksaan (Akta 574), Bab VI: Kesalahan-kesalahan terhadap negara, Bab VIII: Kesalahan-kesalahan terhadap ketenteraman awam, Bab XV: Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan agama, Bab XXI: Fitnah (Criminal defamation) & Bab XXII: Menakutkan secara jenayah, aib dan kegusaran, misalnya seksyen 504 (Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah aman / Intentional insult with intent to provoke a breach of the peace) yang hukumannya boleh sampai dua tahun penjara.

      Dahulunya Akta Polis Seksyen 27A 1(c) mengawal selia hak dan kegiatan berarak-berhimpun (the activity is likely to be prejudicial to the interest of the security of Malaysia or any part thereof or to excite a disturbance of the peace — dianggap zalim) tetapi ianya telah dipotong/dimansuh dan digantikan dengan peruntukan-peruntukan baru dalam Akta Perhimpunan Awam 2011 yang lebih ketat/mencengkam lagi.

      1. Tak kisah rakyat biasakah, journalist-kah, siapa-siapa yang berani lawan BN, khasnya UMNO, UMNO boleh pakai mana-mana akta untuk ‘melindungi’ dia orang. Ingat lagi Sin Chew Daily News reporter Tan Hoon Cheng ?

        Kerajaan UMNO pun teruk mengacau penulis artikel ., padahal penulis itu telah menulis fakta yang berlaku di Malaysia.

    2. Saya setuju dgn sdra Hussin yg akta hasutan tidak hrus dimansuhkan…tetapi klau ianya dikekalkan, ia hrus diaplikasikn keatas semua org tanpa mengira bangsa dn fhman politik…krn pd masa skrg jelas dn nyata ia hanya diguna pakai oleh kerajaan keatas mereka yg pro-pmbangkang dn yg pro-bkn Melayu.
      So dimana keadilannya?
      Mmg tidk dinafikan org Melayu ada ksbrannya…nmun bangsa lain jgk mmpunyai kesbran mereka. Sya tidk mmbangkang knyataan sdra Hussin bhwa mereka yg mnghina bangsa Melayu hrus dikenakan tindkn undng2 malah sya amat mnyokong…namun undng2 yg sama harus diknakn jgk keatas org2 Melayu yg mnghina bangsa2 yg lain…tak ke bgitu?
      I am against racism. Everyone should be treated the same under the same law as far as justice is concern. Those who promote racism openly or publicly should be dealt with severely without prejudice…Otherwise, what’s the point of upholding the damn law?

  4. Bila saya baca dan fikir2, hujah2 dr. dlm blog ni mmg amat teliti dan kritis sangat2. So, saya dengan ini ingin mencadangkan agar tuan dr. dapat meletakkan jawatan(sekiranya masih bkhidmat dalam kerajaan) dan seterusnya menjadi calon bagi PRU-13 mewakili UMNO nanti..Paling syok nanti dr mungkin akan jd PM dr kalangan dr seperti Tun Dr. M kita tu..

  5. Jika diamati banyak negara goncang disebabkan oleh sesuatu benda yang kecil yang dipunyai oleh kaum lelaki. Jika tidak dapat mengawal kepala yang tiada otak itu, negara yang dipimpinnya akan jadi huru hara…[agaknya lah]

  6. Can someone get that girl who was supposed to be involved with Rahim Thamby Cik and get her to bersumpah the Al Koran?
    If she has done it and says that Rahim Thamby Cik didnt do it – she has my respect than that AlJuburi Drama King called Anwar Ibrahim.

  7. Secara logiknya, saifool harus didakwa di mahkamah sbb terang dn jelas dia ada melakukan aktiviti homoseksual krna tlh terbukti ada 5 DNA brbeza didlm bontot dia.
    wlaupun dia mnamakan Anwar slh seorg dri yg menunggang bontotnya, mhkamah tlh mndpati Anwr tdk brsalah sbb kekurangan bukti. Tapi seluruh Mlysia tdk dpt mnafikan bhwa msih ada 4 org lagi yg lain(atau mgkin 5 sbb yg sorg lg mhkamah tdk dpt memstikan itu adlah Anwr). So, dibwh undang2 Mlysia, Saifool harus didkwa. Tp peliknya, itu tdk brlaku.
    Dn klau nak mnyentuh pasal akta hasutan, terang2an itu hnya akn diaplikasikan keatas individu2 parti pmbangkang, atau org awam yg mgeluarkn knyataan yg tdk brpihak pd parti kerajaan. Klau akta hasutan di guna pakai tanpa sifat pilih kasih, rasanya dah ramai menteri2 dn “yg berhormat” dri Bee-end yg keluar masuk penjara. Bgi pihak pmbgkang, dh biasa dahhh. Takde apa yg nak diherankan lg.

Comments are closed.