Posted in Evangelis

Jangan biar Umno sampai jadi macam DAP

Kemaskini: Douglas Tan telah membalas posting ini di Malaysiakini dan di blognya sendiri. Jawapan saya pula di ‘Daphne Iking to Douglas six degrees of separation (23 Feb 2012). 

__________________________________________________________________________

Dr Mahathir Mohamad dan kelompok Dilema Melayu asyik merintih yang kaum Melayu kononnya “tidak bersatu”.

Namun lihat dahulu pada kesan perpaduan kaum Cina sebelum Melayu mahu mengejar cita-cita menyatukan bangsa.

Di kalangan pemilih Cina sudah tidak ada semak dan imbang. Masyarakat Cina sekarang seia-sekata, sehati sejiwa dengan DAP. Hari-hari MCA dan Gerakan dibalun.

Pemilih Cina juga begitu ghairah menyambut tamat hayat MCA yang diramal mereka pasti lingkup tidak lama lagi.

Gerakan pula menunggu pupus.

Parti majoriti Cina SUPP di Sarawak kalah teruk manakala DAP menang besar dalam pilihanraya negeri pada bulan April lalu.

Nasib yang menimpa parti-parti BN berkeahlian Cina adalah ekoran kaum Cina bersatu memberi sokongan padu kepada DAP.

Yang paling lantang mengutuk MCA dan Gerakan ialah golongan Cina sendiri.

dougtan.blogspot.com

Dan yang paling kuat menyepak terajang MCA ialah Cina Kristian.

Contohnya ambil nukilan seorang ahli DAP bernama Douglas Tan – bergambar dengan Lim Guan Eng (screenshot atas).

Rencana Douglas di serata alam siber:

Pembaca 'GEMBIRA' dengan semangat sedia bertempur DAP

Dalam ‘Pumped-up DAP ready for combat‘ di FMT hari ini, Douglas menyingkap perhimpunan agung partinya yang berlangsung Ahad lepas.

Dia menggambarkan betapa acara tahunan DAP itu berjalan dengan rancak sekali (“massive surge of positive energy”) di dalam sebuah dewan yang berkumandang dengan “a huge amount of optimism” — maksudnya DAP berkeyakinan penuh bahawa masa depan parti amat cerah.

Barangkali ada pun di antara pemimpin evangelis DAP yang sudah berangan-angan jadi Pak Menteri.

Dalam rencananya, Douglas menulis bahawa DAP dan rakan-rakan Pakatan menjangka akan menang 9 negeri dan membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum nanti.

(Juga, ‘Pengundi Cina Johor sedia ubah sokongan kepada Pakatan pada PRU-13‘ — semalam di TMI)

“DAP members are beginning to accept the idea of Anwar becoming the next prime minister as they are now, more than ever, determined to remove the Barisan Nasional regime from Putrajaya,” ulas Douglas dalam kolum FMTnya.

“Perhaps the highlight of the event was the speech delivered by secretary-general Lim Guan Eng. In the most pumped-up speech I have seen him give thus far, he outlined the party policy as well as the goals come the general election.”

Selain memetik ucapan Guan Eng yang berkobar-kobar tentang pencapaian Pulau Pinang – negeri contoh yang “lebih bersih, lebih hijau dan lebih selamat” daripada jiran-jirannya – Douglas juga memuji setiausaha-agung DAP itu yang didakwanya tidak menyerang lawan (bukan seperti perangai si Umno).

Guan Eng bersifat “tactful and gracious”, tulis Douglas.

Guan Eng berhemah dan mengelak daripada membuat serangan terhadap mana-mana parti komponen BN ataupun memfitnah lawan,” tambahnya lagi.

Membandingkan gelagat perwakilan Umno yang bersifat negatif dengan pemimpin DAP yang berintegriti, Douglas berkata sidang yang disaksikannya “is in stark contrast to the Umno general assembly which had effectively turned into an anti-DAP mud-slinging rally”.

Unjuran bagi orang pro-Umno

Hasil daripada perpaduan orang Cina ialah ‘manufactured consensus’, iaitu Cina kian sebulat suara menentang BN.

Untuk mengekalkan middle ground (moderat di tengah), hendaklah ada suara Cina menyemak dan mengimbangi suara Cina. Namun ini tidak lagi dimungkinkan kerana masyarakat Cina yang bersatupadu bersama DAP tidak membenarkan suara sumbang kedengaran tentang parti itu.

Mereka juga bersikap pilih kasih, yakni gerombolan Malaysian First tidak boleh disalahkan walau apa jua mereka buat.

Pembaca pasti kenal bagaimana nada komentar Cina di media alternatif. Tengok sahaja bagaimana masyarakat Cina sepakat menggusari sesiapa yang mengkritik DAP. Orang Cina yang anti-DAP dituduh pengkhianat bangsa.

The Chinese love winners.

Oleh kerana winning streak yang kini dikecapi DAP, ahli-ahli MCA peringkat bawahan sudah mula keluar parti.

Kalau Chua Soi Lek benar-benar mengotakan janji supaya partinya tidak menerima apa-apa jawatan kerajaan andaikata MCA gagal meraih undi Cina, maka sokongan terhadap MCA akan lagi merudum pasca-PRU13.

Berpalinglah ahli-ahli peniagaan Cina semua kepada DAP sepertimana yang sedang para pemaju hartanah lakukan di Pulau Pinang.

Tinjauan scenario orang Melayu

Pada masa ini, saya tidak nampak orang Melayu begitu taksub kepada Najib Razak. Sekiranya kaum Melayu mengikut arus kaum 1Cina, tidak mustahil ketua Umno akan dipuja orang Melayu sepertimana Guan Eng disembah masyarakat Cina.

Kesetiaan kebanyakan orang Cina sudah tidak berbelah bahagi. Jelas tertumpu kepada DAP.

Penulis-penulis dan blogger-blogger Cina pantang mengkritik DAP kecuali seorang dua yang berada di Star dan itupun kritikan lembut.

Penulis-penulis dan blogger-blogger Melayu mungkin pantang mengkritik Umno kelak sekiranya kaum Melayu bersatu di bawah satu payung.

DAP dikuasai puak evangelis. Adakah nanti Umno akan tunduk kepada kelompok lebai (seperti pernah Pak Sheikh dijulang) jika Melayu PAS bersatu dengan Melayu Umno?

Dalam sistem dua parti di Amerika Syarikat dan di Britain, orang putih bukannya bersatu dalam satu parti untuk menentang orang kulit hitam dan orang keturunan Asia dalam parti yang satu lagi. Masih orang putih parti Republican melawan orang putih parti Democrat; orang putih parti Tory-Liberal menentang orang putih parti Buruh.

Demokrasi lebih subur dengan adanya semak dan imbang.

Pengajaran sejarah menunjukkan yang gila bersatu atas nama bangsa ialah Nazi dan orang Jepun zaman Perang Dunia II.

___________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga meminati:

Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’

Pakatan punya lah ramai pengikut ‘personality cult’

Pengundi Cina jatuhkan talak tiga

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Jangan biar Umno sampai jadi macam DAP

  1. sebenarnya DAP hanya menjual kan satu harapan kepada ahli nya. apabila tiada apa yg boleh dijual atau dijaja lagi , tinggal harapan menjadi senjata utama DAP.
    tengok site ni

    http://satdthinks.blogspot.com/2012/01/proofy-bowl-of-rice.html

    guan eng menjual kan harapan pada kaum cina jika beliau jadi PM atau boneka nya jadi PM maka jualan beras (juga gardenia) akan di monopoli oleh bangsa cina. di manakah dalam sejarah malaysia, cina di malaysia tidak akan terpengaruh dgn harapan menjadi kaya raya dan menguasai kaum nya dan kaum lain?
    dgn berbekal kan dan menjualkan harapan, jika kaum cina di malaysia berjaya maka sektor ekonomi akan menjadi eksklusif pada kaum cina dan kaum lain hanya la kuli (seperti melihat melayu malaysia mcm pendatang indon) kepada mereka, maka DAP akan berjaya. malah kaum melayu pula fikir harapan itu akan tertumpah la pada mereka jua. (seperti talibarut melayu masa jepun memerintah atau sperti si kitol).

    sebenarnya, hanya orang yg miskin dan malas bekerja dan malas berfikir serta suka akan jalan pendek utk berjaya akan terpengaruh dengan agenda DAP.
    Tapi mereka boleh berbuat begitu kerana mereka baru pegang satu negeri. negeri lain tak boleh di kira kerana ada unsur hassan ali serta unsur RPK dlm negeri negeri yg lain.
    Oleh itu, DAP , terus la dgn jualan harapan anda! after all you only have HOPE left, whilst your dream has already been taken away by PKR and PAS!!

  2. This people are racial chauvinist, and racial communalist. And they think the they represent for all the Chinese , they better think again.

  3. Menarik di FMT / ‘Stop the Lies’ tentang perhimpunan DAP yang disebut Douglas Tan:

    quote: Content-wise, the party source said that it mirrored Umno’s annual general meeting held in late November.

    “The speakers were praising the party and the Penang government and attacking Barisan Nasional. It sounded more like a ceramah.”

    ***

    The party elections have been postponed twice. The first time it was scheduled for August last year. At the DAP convention on Sunday, it was announced that the party elections scheduled for August this year will be postponed again.

    The official line for this delay is that the general election is imminent.

    “Many are wondering why Guan Eng is afraid of elections. If he can do this, he’ll even postpone general elections if he becomes the prime minister,” said a party source.

    (hahahaha)

    The source added that postponement of party election which was approved at the convention would extend Guan Eng’s term as party’s secretary-general to four terms. unquote

  4. DAP perlu diharamkan kerana memperjuangkan agenda chauvinist. Gelagat mereka akan hanya menghuru-harakan negara. Kenapalah orang Melayu, terutama ahli Pas,begitu banghal dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang pada saya hanyalah Bintang 3 moden.

  5. Apa DAP tak sedar is that PAS and PKR will NEVER give them the power that they crave. What is happening right now in PR is that all the parties are just using each other to get to Putrajaya….with each one thinking that they can control/handle the others once they win. You need to only read what some people within PAS have said (unofficially): get to Putrajaya and then we will handle DAP. What everyone do not realise is that all the races need each other and need to give-and-take/compromise. The Chinese need to realise that they cannot win and get everything, the Malays must realise that their rights do not entail ‘crutches’ forever and the Indians must be loyal to Malaysia and not to ‘my motherland’ (you cannot imagine how many Malaysian Indians I’ve met who praise India to the sky and see it as their true home). So, once all of us realise that we all need each other to make this country work, and accept our history as it was, and charter our future according to what we deem correct and not according to some morally/politically corrupt western countries think, then and only then can malaysians be truly one. Heaven forbid PR will win the next election because that spells the end of Malaysia…there will only be chaos and turmoil.

    1. Look at the current situation…belum menang election lagi dah angkuh dan sombong. Practice double standard to the max. One even dah jadi mini dictator, more autocratic that Dr Mahathir that they loath. They have become what they have criticised BN…and ini belum menang lagi. If they win, I think we will then know what ‘living in a police state’ really means…look at how guan eng handle the detractors within his own party, what more in the other camp.

    2. Saya setuju sangat dengan pandangan saudari. Kalaulah ada satu kaedah di mana rakyat boleh menangkap dan mengurung semua ahli politik ini, yang pendek akal dan mengancam keharmonian negara, tidak kira dari parti mana pun … ke dalam satu tempat…misalnya di tapak lama Penjara Pudu. Bina sebuah pusat tahanan berdinding kaca di situ dan letakkan semua pengacau ini di dalamnya. Jemput rakyat datang menjengok mereka ini dari luar, setiap hari dan malam. Penjara Politikus ini boleh juga dijadikan satu daya tarikan pelancong antarabangsa dan tempat lawatan pelajar dan JKKK.

  6. I meant ‘more autocratic THAN Dr. Mahathir that’….and I apologise if my writing above offended some people…

  7. Ada perasaan takut dan kegusaran yang melampau jika kepimpinan negara berubah. Bermakna kalian semua begitu ambil berat suasana politik negara sekarang ini. Sesuatu yang sangat bererti jika memiliki kesedaran yang sebegini.

    Jika ditakdirkan kepimpinan berubah, bermakna akan berlaku perubahan secara total. Acuan akan bertukar dan bentuk kuih serta rasanya juga akan bertukar. Ianya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan disertai dengan pelbagai tindakan pantulan akibat dari rasa kuih yang baru dinikmati oleh mereka..!

    Biasanya sudah tentu ada yang memuji kerana ada kelainan rasa dari kuih yang terdahulu. Tidak kurang juga ada yang mencela dan mengkritik juadah yang terbaru ini kerana rasanya tidak lazat sebab berlawanan dengan nafsu temboloknya yang sudah mencandui kuih lama malampaui 50 tahun.

    Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengekalkan acuan yang lama, masih ada masa lagi untuk berkempen dan meyedarkan rakyat Malaysia. Kerahkan seluruh tenaga kamu untuk menyatakan kebaikan pemerintah UMNO/BN dan dalam masa yang cuba sorok dan selindungkan keburukan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN.

    Tetapi menyembunyikan keburukan itu sendiri terlalu besar risikonya. Seperti bara api di dalam sekam. Keburukan dengan sendirinya akan terserlah…!

    Acuan lama masih boleh dipakai tetapi bentuk kuih yang dihasilkan sudah buruk dan hodoh sangat bentuknya sebab acuan itu sendiri telah tembok dan bocor. Jadi bentuk kuih rasanya sudah tidak semacam dulu lagi.

    Kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri…, kenapa sejak mutakhir ini penentangan terhadap pemerintah sekarang ini terlalu ketara sekali. Tentu ada sebabnya..! Oleh itu carilah sebabnya….

    Apa yang pasti jika pemerintahan bertukar Hussin Rahman akan dilangkah mayatnya. Sama-samalah kita nantikan acara tersebut…!

    1. Sebelum saya terbujur, lebih seribu pemimpin pembangkang juga akan tumbang. Tetapi jangan bimbang kerana peristiwa itu tidak perlu berlaku kerana hakikatnya pembangkang tidak akan menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti. Ini kerana semua tukang tilik sudah sepakat meneropong bahawa Barisan Nasional akan terus berkuasa. Semua ini sudah tertulis dalam percaturan cakrawala. Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim pun kekal dengan perangai aibnya.

  8. Sangat setuju dengan encik Hussin Rahman dan ditambah pula dengan semangatnya yang berapi-api itu….!

    Saya suka cara anda, sebab anda seorang yang sangat optimis dengan masa depan dan bukanlah seorang yang alang-kepalang…, membujur lalu, melintang patah..!

    Jom kita jumpa kak Ijat sebab dia dah ambik cuti selama 3 minggu. Hari itu dia dah sinsing lengan. Dan kali ini kita nak lihat dia selak kain pulak…!

    Manalah tahu.., kot-kot kita boleh buat percaturan cakrawala yang lebih tepat lagi….

Comments are closed.