Posted in Dosa Umno

Nak tahu apa rahsia kejayaan orang Cina?

Jawapannya keluarga bisnes Cina old money tidak memanjakan anak.

Dalam posting tentang lembu-lembu Shahrizat pada 21 Nov 2011, saya telah berkata, “I wish her kids would go find proper jobs outside and on their own …”

Anak Shahrizat seorang yang berumur 31 tahun itu berjawatan CEO, seorang berumur 27 tahun berjawatan pengarah eksekutif dan yang 25 tahun pula berjawatan pengarah.

Mereka didakwa menerima gaji besar-besar. Sudah lama dakwaan ini dikemukakan. Namun baru semalam tauke muda syarikat lembu itu membuat penafian.

Saya meminati Zunar, kartunis politik yang tersohor

mStar memetik CEO muda itu sebagai menasihatkan orangramai supaya tidak terpedaya dengan maklumat palsu dan tidak berasas yang tersebar di Internet.

Ya kah?

Kalau maklumat itu palsu, kenapa all in the family (bapa pengerusi/anak CEO/pengarah eksekutif/pengarah) tidak menyangkal tuduhan tersebut dengan membekalkan maklumat yang betul?

Kenapa dibiarkan maklumat yang kononnya tidak berasas berlegar di ruang awam untuk sekian lama tanpa dibetulkan?

Adakah ia begitu sukar untuk membuktikan bahawa gaji mereka bukanlah RM45,000 sebulan (CEO), RM35,000 (pengarah eksekutif) dan RM35,000 (pengarah yang 25 tahun itu) sepertimana didakwa?

Saya hairan kenapa seorang pembaca regular blog ini pernah memberi komen bahawa anak-anak Sharizat ada pekerjaan lain sebelum mereka menyertai syarikat lembu.

Apa agaknya kerja si anak bongsu (berusia 25 tahun) sebelum itu dan adakah gaji terdahulunya mendekati apa yang diterima sebagai seorang tauke lembu?

Saya hairan juga kenapa seorang lagi pembaca blog ini mengomen bahawa cerita lembu-lembu Shahrizat adalah non-issue dan kita “membuang masa membincangkannya”.

Puak ABU sudah puas mengutuk. Tapi saya malas nak kutuk.

Yang saya hanya ingin nak tahu ialah kenapa ada sesetengah orang Melayu yang masih bermati-matian mahu mempertahankan keluarga Shahrizat?

Tak bolehkah kita biar sahaja Shahrizat terjun dengan lembu-lembunya?

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

55 thoughts on “Nak tahu apa rahsia kejayaan orang Cina?

  1. Shahrizat adalah liabiliti terbesar UMNO sekarang. Sungguh selamba dia menafikan syarikat itu tiada kaitan dengan dirinya walhal semua anak beranaknya memakan hasil dari NFC itu sendiri.

    Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan kenyataan puan, “Yang saya hanya ingin tahu ialah kenapa ada sesetengah orang Melayu yang masih bermati-matian mahu mempertahankan keluarga Shahrizat?”
    –> sepatutnya perkataan orang Melayu digantikan dengan orang UMNO. Hanya orang UMNO yang mempertahankan beliau, manakala Melayu lain merasakan beliau harus meletak jawatan segera.
    __________________________________________________________________________

    Sampai menyinsing lengan Shahrizat itu. — Helen

    1. Kenyataan rotiAbu tiada berasas.
      Yang saya lihat orang Melayu dalam UMNOlah yang sering menyoal pemimpin-pemimpin mereka, samapi ada yang tersisir.
      Tidak pula Melayu dalam PKR, PAS atau DAP, yang bulat-bulat TIDAK PERNAH menyoal pemimpin mereka.
      Saya bukan orang berparti tapi silent majority,dan inilah hakikat yang saya lihat.

      1. betul3x…sepatutnya rotiabu perlu CELIK hati + buat pengetahuan kaboingtoing persamaan antara pkr=paspispus=BIAdap adalah ‘idolize’ pemimpin mereka. Bila ada masa cuba belek Al Quran apa hukumnya bila kita ‘idolize’ pemimpin kita..fikir2kan

  2. Saya puji sikap orang Cina yang rajin bekerja dan tidak manjakan anak. Dulu saya ada kenal seorang pelajar Kolej TAR. Bila saya saya tanya dia siapa tanggung pembelajarannya, dia jawab bapa. “Tapi bapa tanggung kalau saya lulus jer, kalau fail, dia tak tanggung lagi. Saya kena buat bisnes ler untuk tanggung pelajaran saya di kolej ini.” Memang benar, ramai pelajar TAR ada bisnes sendiri, walaupun kecil, untuk biayai pelajaran mereka di kolej itu. Secara peribadi saya pun tidak suka anak beranak saya kerja dengan saya, terutama kalau nak makan gaji buta jer. Inikan pula nak gaji berpuluh ribu sebulan.
    Kalau saya boss NFC (yang betul-betul bekerja ler, bukan menyalahgunakan modal diberi kerajaan), anak2 saya tu kena jadi gembala lembu dulu dan dibayar gaji RM30 sehari ker. Kalau bagus boleh naik pangkat, ikut merit. Dari gembala lembu, naik pangkat jadi penyelia gembala lembu.

    1. Betul tu tuan. Saya pun ada teman-teman rapat kalangan kaum Cina memang begitu keadaanya. Orang Melayu pun sebenarnya berusaha tetapi apabila ada masalah dan cuba dapatkan bantuan dari kerajaan peluang untuk dapat bantuan sangat tipis sekali melainkan ada connection inilah masalahnya kepada orang kampung. Tidak hairan bagi mereka yang ada pengaruh hal-hal begini hanya memerlukan satu panggilan tetepon sahaja. Akhirnya orang melayu terus menerus jatuh kerana pemimpin yang dipilih oleh mereka hanya jaga kepentingan peribadi dan teman-teman keliling mereka sahaja

    2. saudara husin, orang putih cakap ‘talk is cheap’ buktikan dulu yang saudara boleh jadikan anak saudara ‘gembala lembu’.

  3. Dulu saya terbaca mengenai seorang pengusaha menternak lembu di Negeri Sembilan, seorang Melayu (bukan mamak!). Beliau berjaya sampai ada 300 ekor lembu. Kenapa kerajaan tidak berikan projek seperti NFC itu kepada usahawan seperti beliau.

    1. En . Hussin Rahman, itulah namanya KRONI…., orang yang tiada kepakaran dan pengalaman diberikan pinjaman mudah sehingga RM250 juta untuk menternak lembu…!

      Kemudian wang tersebut ditalakan ke lain…..

  4. I actually like Shahrizat and she works hard with Wanita UMNO. Most Wanita UMNO still and will back her up until now. However, mungkin ini sudah menunjukkan tembelang sudah pecah. I think she should just resign or maybe gag herself before saying anything like in last Perhimpunan Agung UMNO. People are not satisfied with this. Even UMNO members want bigger action.not this lenient, giving some cuti. because it involed millions and maybe billions of people’s money.

    Feel sad and frustrated when someone we like to have this kind of attitude. I’ll wait for SPRM investigation and see what’s the vedict. But I can forsee she’s going way under.

  5. Apa sahaja nilai yang buruk mestilah disanggah. Semua bangsa yang memperjuangkan keadilan dan cinta kepada kebenaran sepatutnya mengutuk keras perkara yang sebegini.

    Orang-orang UMNO sekarang seperti landak di dalam lubang. Masing-masing berpandangan dan bertentang mata lalu mulut jadi kelu untuk berkata-kata. Takut untuk menzahirkan rasa kerana ayor ludah akan jatuh ke muka sendiri. Seperti meludah ke langit…!

    Mana dia en. Hussin Rahman dan teman-teman yang sealiran dengannya…, berkokok laa…!

    1. Saudara,

      tak semua orang UMNO sukakan penyelewengan. yang ni terang2 dah ada penyelewengan kita tolak la. ape2 pun kena tunggu laporan. wait and see je la.kalau dah salah, salah la. kalau dia di pihak benar, alhamdulilah.

  6. Salam Helen,

    Tahukah anda bahawa rata-rata orang Melayu khususnya penternak sangat kecewa dengan episod ini. Sebagai penternak biasa untuk mendapat bantuan dari jabatan veterinar bukan main azab kena ada haiwan ternak dulu, kandang dan lain-lain, kena temuduga, periksa tempat dan kandang, status tanah dan macam-macam surat dan tandatangan perlu dilakukan

    Tiba-tiba oleh kerana pemohon orang tertentu ada pengaruh serta jawatan dan boleh kita katakan Sharizat orang dalam maka keluarganya dapat 250 juta dan tanah 5000 ekar. Tahukan anda bahawa untuk membela lembu secara fidlot 1 ekar tanah boleh muat 500 ekor. saya tahu sebab saya menternak secara fidlot

    Kami penternak tidak mampu pun untuk bermimpi untuk dapat dana dari kerajaan melainkan ada orang dalam sampai terpaksa gadai barang kemas dan lain-lain untuk modal pusingan

    Jawapanya senang, bila sampai masa mengundi kita tahu siapa kita nak pangkah undi itu. Kita dah serik dengan gelagat-gelagat kerajaan yang hanya mengkayakan kroni dan orang sekeliling mereka sahaja. PM Najib tak nampak ke hal-hal begini. Ini baru lembu bagaimana pula dengan isu-isu besar seperti Khazanah, MAS/AirAsia dan macam2 lagi yang akhirnya senyap dan hilang begitu sahaja. Pengajaran yang kita beri semasa PRU12 tidak memberi kesan kepada mereka malah mereka semakin sombong dan bongkak

  7. inilah masalahnya..kerana kerbau seekor (dalam kes ini lembu), masuk lumpur, yang lain semua terpalit. BTW, methinks M’sia is better off without pemimpin like shahrizat and yang sekutu dengannya. Awat..M’sia dah ketandusan pemimpin sangat ke sampai masih nak dipertahankan orang yang dah lama enjoy power and not really proving herself, plus now terpalit lumpur? Kata nak reform…ish.

    1. Bukan seekor saja kerbau dlm UMNO, cuma saya setuju dgn ambe yg sekor ni dah masuk lumpur, dan harap2nya akan terpalit kepada kerbau2 lain. BTW, Malaysia terutama melayu memang ketandusan pemimpin. Hampir semua pemimpin melayu samada dlm UMNO atau PKR atau PAS atau DAP (kalau ada) mempunyai penyakit yang teruk, sukar untuk diubati. Kenapa begitu? Kerana niat mereka untuk menjadi pemimpin bukan memperjuang kepentingan rakyat, tapi untuk tembolok sendiri.

  8. Walau bagus mana pun pelan dan tujuan, program-program begini tidak berjalan sendiri tetapi memerlukan manusia untuk menjalankannya. Terpulanglah bagaimana jenis manusia ni dari segi pengetahuan, kejujuran, kemahuan, dll. Pengalaman saya mengatakan genuine usahawan termasuk orang Melayu menghadapi kesukaran untuk meneruskan bisnes tetapi InsyaAllah Tuhan memberi pertolongan. Nak dapatkan RM 250,000 pinjaman pun kena check sampai seluar dalam hehe, apatah lagi RM 250 Juta.

  9. setuju dengan darlyn. saya pun pro-establishment tapi apa yg tak betul saya tetap bangkang. kita bukan ikut membuta tuli ‘like some taksub followers’. kalau sharizat salah – and by the look of it memang salah pun – patut resign. sebab kerbau (lembu?) sekor habis kita semua terpalit. episod memalukan. dah la kak mah dok misbehaving, ni sharizat pulak. semua dah jadi liabilities. apa sudah jadi da…

  10. “Keluarga bisnes Cina tidak memanjakan anak?”
    ‘From clogs to clogs is only three generations’ is a well known idiom among the Chinese.

    “Yang saya hanya ingin nak tahu ialah kenapa ada sesetengah orang Melayu yang masih bermati-matian mahu mempertahankan keluarga Shahrizat?”
    Banyak orang Cina pun masih bermati-matian mahu mempertahankan minister MCA yang sama teruk.

    1. u r wrong. only the bling chinese supports the mca pirates. clear minded malaysian chinese will reject these so-called leaders.

      we want malaysian leaders. not pirates from mca umno mic etc…

  11. sampai bila lah pemimpin pemimpin kita akan sedar dan betul bersungguh membela dan menyelamat kan rakyat nya sendiri..dimana kah perasaan ehsan mereka ini…klu mereka berani berubah..dunia ini kita yang pimpin…dan kemakmuran meliputi semua…

  12. “Nak tahu apa rahsia kejayaan orang Cina?”

    Sebagai seorang keturunan cina tulin, saya tidak berasa bangga dengan tajuk ini!
    Malah saya terasa MALU !, jika orang cina beria ria hendak mendabik dada dengan “RAHSIA KEJAYAAN ORANG CINA”
    Jika kita berdebat mengenai kerajinan dan semangat bekerja orang cina , maka perlulah diingati bahawa KERAJINAN masyarakat cina di negara ini adalah satu keperluan untuk terus hidup, jika tidak mahu mati kelaparan. Kerajinan, tidak memanjakan anak-anak,berjimat-cermat adalah SIKAP SEJAGAT[universal] yang perlu untuk semua lapisan masyarakat dunia untuk maju ke hadapan. Ianya bukan milik mutlak orang cina, tetapi diperlukan oleh semua bangsa dunia untuk maju ke depan.

    “RAHSIA KEJAYAAN ORANG CINA”
    APAKAH kejayaan orang cina Malaysia, di Negara China, atau di seluruh pelusuk dunia?
    Apakah industri-industri, atau ciptaan-ciptaan moden orang cina yang boleh dibanggakan?
    Jawapannya….tiada!
    Di Malaysia ,orang cina hanya bekecimpung dalam industri hiliran yang perlu diekspot , memiliki tanah pertanian, perladangan, bangunan perdagangan dan lain lain aktiviti ekonomi.
    Kejayaan orang cina setakat ini hanyalah dari segi pengurusan, dan menimba kekayaan sebanyak mungkin untuk bermegah dengan banglo dan kereta mewah mereka.
    Ini bukan kejayaan…, pengumpulan kekayaan dan penayangan kekayaan [flaunting wealth] ini juga wujud di negara negara lain yang tiada masyarakat cina yang besar.
    Kekayaan sebegini tidak kekal lama kerana generasi keedua,ketiga atau keempat akan memusnahkan “kekentalan, disiplin dan semangat kerja keras, berjimat cermat” yang amat diperlukan untuk mengekalkan kejayaan, dan keluarga cina lain akan pula membangunkan perniagaan baru, menggantikan yang telah muflis itu.

    ” Kejayaan” Negara China adalah dianggap sebagai menakjubkan…
    tetapi ia bergantung pada kos tenaga buruh “cost-of-labor “yang tersangat rendah dan labor supply yang sangat besar, di mana negara negara lain termasuk Malaysia tidak mampu untuk bersaing dari segi kos pengeluaran.
    Adakah ini satu KEJAYAAN?
    kejayaan ini akan hilang apabila kos tenaga yang murah meningkat.
    Suatu masa yang tidak lama dulu, Singapura dan Malaysia menemui kejayaan apabila mereka dapat membekalkan kos tenaga buruh yang amat rendah, [ketika itu negara China masih mengamalkan BAMBOO CURTAIN yang membinasakan diri sendiri],
    Pada masa itu, negara barat berlumba lumba untuk membuka kilang untuk mengambil peluang terhadap kos pengeluaran yang amat rendah, dan pemimpin negara kembang hidung dengan KEJAYAAN mereka!
    Apabila China mengamal dasar terbuka, negara barat berlumba lumba memindahkan kilang mereka ke China pula! Dan kini Vietnam pula menawarkan “Kos yang lebih murah” pula….

    Bolehkah saudari merungkai “KEJAYAAN ORANG CINA” Malaysia?
    {selain dari kekayaan ekonomi, banglo, kereta mewah?}
    _________________________________________________________________________________

    Bolehkah Cinabodoh merungkai dahulu bagaimana saudara/i merupakan “seorang keturunan Cina tulen” dan siapakah (orang lain) yang saudara/i menganggap keturunan Cina bukan tulen, dan dari segi apa mereka “bukan tulen”? — Helen

    1. Sori Helen this one i must jawab, the Chinese “success” is driven by one single purpose , to a mass fortune.
      And they way its done is the real chinese secret,they focus to get money by what ever means, legal or otherwise, to the point of cheating and bribing.

      But they work very hard for their money, they take risk,so they think they deserve it. There no limit to what they can do to earn money, prostitution, drug,money lending, organize crime.
      They don’t have hang up,like is it “Kosher” or otherwise, they them to clean their money via normal trading , money changing business and many other methods.

      The real success is their focus , by what ever mean to get as much ,as soon as possible.

      The Umno melayus learn this shortcut from the chinese , and dia orang pandai makan tapi tak pandai simpanla….. thats all .
      Susan mr kleen down south, pandai simpan dan pandai gertak.
      that all ……

      P.S this doest apply all chinese , but we all know who they are>>

    2. I am shock to read the commenter’s name when he/she is actually a ‘pure Chinese’. Someone wont use that unless he/she actually is not. Fraud la ni.If I hate to admit my race stupidity, I will never use that. And in this real world, money, big bungalow and expensive cars are still considered as success…or maybe you are talking something like Lee Cong Wei’s kejayaan? That seems to be more like it.kan?

      1. Darlyn,

        Just as a matter of interest, ‘Cinabodoh’ cross-posted a comment in ‘Malay support emboldening biadap syndrome‘ where we discussed my great granddad’s (GGD’s) 2 wives.

        I explained that it was because my great grandma (1st wife) bore 8 daughters & no son. Taking second wives is not uncommon in Chinese culture & in fact is still practised in China (its richer cities) today.

        In M’sia, it was only in 1982 that the law banned polygamy for non-Muslims. Previously the Chinese tea-ceremony was accepted as binding, i.e. solemnized the marriage & some Chinese men had 2 wives.

        I wonder why Cinabodoh – who described my GGD’s polygamy as “a family problem” when I myself do not see it as such – considers him/herself more “Cina tulen” when his/her sexual morality (one man-one woman relationship) appears to be closer to the Christian injunction.

        Cinabodoh tu Cina Kristian kot.

      2. SAYA anggap Darlin adalah Melayu Tulin, yang kurang faham kepala orang cina tulin…Pembaca pembaca cina apabila terbaca nama nama Pena seperti “cinabodoh”, Cina-pendek-akal,
        cina-kurang-arif,cina- rendah-pelajaran,budak cina bodoh,
        murid cina-kurang bijak…dan lain-lain ….. mereka faham ia adalah gelaran MERENDAH DIRI!!!
        Takkanlah saya menamakan diri saya “CINA-BIJAK” ,’CINA-BAGUS”
        atau “CINA-PANDAI”!!!!

  13. apa rahsia kejayaan org cina. tidak ada apa apa. serupa dgn kejayaan org melayu. iatu kerja keras /.kerja dgn bijak. dan selebih nya nasib.
    apa rahsia kejayaan org cina setelah berjaya? buat duit simpan duit. simpan sikit utk hari tua dan anak.
    ini juga kejayaan org melayu setelah berjaya. tetapi bagi org melayu, duit simpanan utk pegi haji (labur ke luar negara) dan tambah anak (pasif income) dgn berkahwin lebih dari satu.
    mentaliti melayu lain sikit. dia suka pasif income dan pelaburan luaran hingga sanggup gadai tanah.

    oh ya.
    biar kan si nuar dan si kit siang terjun dgn anak beranak nya dalam parti nya.
    dan biar kan si aziz suruh org lain terjun dgn partinya!!

  14. rahsia kejayaan orang cina kerana mereka ramai terlibat dalam perniagaan.

    satu pula kelebihan kepada mereka ialah boleh mencari duit tanpa perlu memperdulikan haram atau tidak,bermoral atau tidak ,baik atau tidak kepada agama ,masyarakat dan negara.

    jual spare part tiruan,barang tiruan,rumah persundalan,perjudian,disko,along siapa yang punya.

    bila dah lama berniaga dan banyak duit pandailah membuat keuntungan dengan cara manipulasi pulak dalam pelaburan saham , harta tanah dan lain lain bisnes.

    kepada orang melayu kalau nak berjaya mesti berniaga.setiap perkerjaan memang ada cabaran.cabaran mesti diharungi dengan tabah.

  15. Kenapa Cina di Malaysia Lebih Kuat Dalam Bisnes
    1. Additional Language
    – lebih terdedah dengan ilmu, culture dan kefahaman sosial/bisnes
    – memahami bangsa lain dgn lebih cepat tanpa orang lain memahami mereka.
    – Melayu hanya kenal mereka sendiri sahaja.
    2. Culture
    – mendedahkan kepada generasi baru dari kecil lagi erti rajin, jujur kepada diri sendiri, kerja keras, ambil risiko, tanggungjawab
    3. mentor
    – wujudnya mentor untuk memulakan sesuatu bukan hanya dengan SIJIL.
    – mentor untuk kedai buku, mekanik, air-con, kerja2 kontrak, kedai runcit, supply industri
    4. CABLE
    – open to oversea SUPPLIER and IMPORTER dari hubungan yang sudah terjalin dari generasi sebelumnya.
    5. SURVIVAL
    – tidak ada/kurang EMERGENCY EXIT.
    – tidak dapat BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG
    – tidak ada skim bantuan BUMIPUTERA
    – society yg lebih KERAS berbanding dgn Melayu yg lembut

    Dalam ISLAM, Allah cipta kita dari pelbagai bangsa untuk kita kenali dan belajar daripada satu sama lain. Our differences is a blessing if we have the right approach.

    Kekuatan dan kelemahan satu2 bangsa adalah untuk kita kongsi bersama untuk memajukan kita semua.. Melayu, Cina, Jepun, Bangla, India, Arab, Caucasian, Yahudi SEMUA ada KEKUATAN dan KELEMAHAN….

  16. Perhaps in the path towards another 1 Malaysia….the chinese could adopt malay and indian small businesses and move forward together?
    Of course..we need to rid of the racist mentality of the emperors, godtathers, warlords, mullahs and ultras from EVERY race before we could do this.
    Get professionals to be involved – not ” ambigous ” lawyers or the previously mentioned above personalities from both sides of the fences.

  17. kejayaan orang cina adalah kerana kejayaannya meresuah pemimpin melayu. fullstop,

  18. Chinese generally regard Money as GOD..the moment they open their eyes the dollar sign appears instantly so they are focussed to work & look money at any cost. But as compared to the Malays, well generally they are GOD fearing people & as taught by the Koran they must put GOD first above all else & be grateful for what they have. Every effort is compromised by INsyaAllah where they will be rewarded in the day after… sigh!!

    1. Saya rasa permasalahan kaum di Malaysia berpunca daripada stereotaip dan persepsi, baik antara atau sesama kami. The lazy native myth and the industrious migrant caricatures are still uncritically embraced.

      Jika majoriti Melayu betul-betul ingat Allah swt sebelum segala-galanya, maka ada baiknya jika diteliti apa yang cuba disampaikan oleh al-Quran agar kita menjadi bangsa yang berpaksikan ilmu. Menyalahkan agama Islam dan amalan bersyukur sebagai batu halangan ke arah kejayaan duniawi adalah amat menjelekkan.

      Kita semua perlu berjihad ke arah kejayaan dalam hidup, dan jika kita minat berniaga, maka kita perlu membuat yang sebaiknya. Keuntungan yang berkat dan berlimpah-ruah boleh disedekahkan atau digunakan untuk kerja amal, seperti pemberian biasiswa kepada generasi muda. Jika ada bakat atau minat berniaga, tak perlu malu sipu-sipu dan menolak kelebihan yang ada kerana semata-mata hendak nampak ‘alim’. Kita perlu realis, manusia yang berkuasa dan berharta juga memiliki kapasiti dan tanggungjawab yang lebih besar untuk kebaikan.

      Saya tak pernah setuju kekuatan orang Cina untuk berniaga ada sangkut-pautnya dengan etnik atau ras. Mereka pandai membina jaringan perniagaan, dan mana-mana usahawan yang berjaya memahami kekuatan know-who jika digandingkan dengan know-how.

      Budaya dan tradisi Cina meletakkan golongan peniaga sebagai kumpulan yang terendah selepas ilmuwan, bangsawan dan petani. Mana-mana orang Cina pun tahu bahawa peniaga yang berjaya perlu pandai mencari peluang untuk mengaut keuntungan. Soal halal atau haram tidak timbul, hanya soal samada apa yang dilakukan itu menyalahi undang-undang atau tidak. Yang merasuah itu sudah tentu tak risau pasal bab ini kalau polis dan politikus sudah dibeli.

      Tepuk sebelah tangan tak berbunyi…

      Pemimpin sepatutnya berundur daripada permainan politik jika sudah hilang modal. Seperti kata KTP, pandai-pandai makan, kena pandai lagi simpan. Hakikatnya ini semua kulit wayang. Hanya masa yang boleh menentukan kebenaran antara yang betul-betul ikhlas untuk berkhidmat (jika masih ada yang ikhlas) dan yang pandai berlakon. Kita perlukan pendedahan-pendedahan seperti ini yang membuka mata rakyat kepada musang-musang berbulu ayam.

      Konsep winnable candidates itu satu permainan politik, dan saya percaya mana-mana pucuk pimpinan parti yang rasional akan membuat keputusan yang sewajarnya. Soal sudah jatuh ditimpa tangga tak timbul di sini, tetapi mingkin ada percaturan lain untuk menyisihkan calon-calon yang sudah diaibkan secara low-key daripada menjejaskan pengaruh parti.

      Kena ‘nampak’ decisive boss… bukan takut-takut.

  19. Saya orang melayu..jujur pada pandangan saya kalau ada yg menyokong tu cuma mereka yg buta kot, atau mereka2 yg rapat dgn shahrizat yg mungkin ada kepentingan masing2 juga(pendapat shj) ..Sepatutnya yg betul kita sokong, yg salah pula jgn disokong, barulah ada integriti..Semua ahli dlm BN sepatutnya tidak bertindak seperti pembangkang..biarlah yg dlm BN sentiasa mengamalkan integriti dan benar2 berjuang utk kepentingan semua kaum berbanding pmbangkang yg suka tabur janji2 manis tp in the end haprak pun takdak, hubungan kaum pun jd makin tegang…
    Org cina semuanya sudah sedia maklum ada resepi tersendiri yg menyebabkan mereka berjaya..dan itu la yg sepatutnya melayu belajar..bukan duk manjakan anak dgn harta kemewahan mak bpk..mak bpk sepatutnya bg diorg ilmu, then biarkan mereka sndiri berusaha dapatkan kejayaan menggunakan ilmu yg diorg ada..

  20. Aiiyah!!! any room for Malaysian Indian Mah, kita pun ternak lembu tapi kena tendang? After all we also Malaysian Mah, lembu does not know a difference wehther you are melayu, China, India or lain – lain, so how?

      1. Sekarang lembu Melayu yang Kaya.
        rajraman666.Lembu india tak pandai tipu untuk duduk condo dan tuan punya lembu india jarang sekali dapat jawatan ceo dan gaji bulanan.

  21. Sharizat kena pergi…dan sesiapa yang terlibat meluluskan pinjaman itupun kena diadili…setidak-tidaknya cuai dalam melaksanakan tugas. Gunakan jalan perundangan yang sesuai untuk ambil alih syarikat. Lebih manis lagi keluarga Sharizat serahkan kepada pemegang amanah dulu, kemudian selesaikan apa yang tertunggak, Terima hukuman dengan redha, tetapi perlu ada hukuman dan dihukum…kita akan belajar sesuatu darinya…jika memaafkan itu mulia…dimaafkan setelah melakukan kesalahan jarang mengajar….
    Pak Ard dah tua, Pak Ard nak lihat penghujung yang baik…kita ada pengusaha-pengusaha yang baik dan berbakat…tak semestinya anak menteri…mungkin boleh jadikan satu projek 1Malaysia…Gabungkan usahawan pelbagai kaum…cuma lembu adalah binatang suci untuk sesetengah agama…pertimbangkan juga sensitiviti ini….kita boleh…
    _______________________________________________________________________________

    Pak,

    Pinjaman RM250j itu diambil 5 tahun lepas. Setakat ni satu sen pun belum mereka bayar balik!

    Helen

  22. Kepada Kakakanda Helen and Darlyn Azlinda…
    Kakak tulis”…Bolehkah Cinabodoh merungkai dahulu bagaimana saudara/i merupakan “seorang keturunan Cina tulen” dan siapakah (orang lain) yang saudara/i menganggap keturunan Cina bukan tulen, dan dari segi apa mereka “bukan tulen”? — Helen.”

    Haiya..Manyak sorrylah jika “cina tulin” telah dianggap sebagai memandang rendah terhadap cina lain…mungkin saya harus tulis “cina biasa” agar tidak dianggap angkuh atau memandag rendah pada cina lain.
    Tidak, tidak ,tidak! Saya langsung tidak memandang rendah pada sesiapa…atau mana mana cina, seolah olah mereka adalah cina celup!..apabila saya menulis “cina tulin” , apa yang terbayang di kepala otak bedul saya ialah saya seorang “cina biasa Malaysia” yang makan babi, membakar colok di tokkong, bergurau senda dan mencarut dalam mandarin dan beberapa dialek cina dan berfikiran seperti seorang cina Malaysia yang biasa…

    GGD anda ada 2,3,4 bini itu “family problem” , “Your family problem” adalah slang orang cina biasa,,,bermaksud itu adalah hal dalaman keluarga anda… ….bukannya bermaksud ianya satu MASALAH besar keluarga anda, nampaknya kak Helen sekolah Melayu atau orang putih kot?, apabila kita berdebat tentang masalah NEGARA, tolong jangan selitkan masalah keluarga, tiada yang menaruh minat….tentang keluarga anda.

    Kakanda Darlyn Azlinda

    I am shock to read the commenter’s name when he/she is actually a ‘pure Chinese’. Someone wont use that unless he/she actually is not. Fraud la ni.If I hate to admit my race stupidity, I will never use that.”

    SAYA anggap Darlin adalah Melayu Tulin, yang kurang faham kepala orang cina tulin…Pembaca pembaca cina apabila terbaca nama nama Pena seperti “cinabodoh”, Cina-pendek-akal,
    cina-kurang-arif,cina- rendah-pelajaran,budak cina bodoh,
    murid cina-kurang bijak…dan lain-lain ….. mereka faham ia adalah gelaran MERENDAH DIRI!!!
    Takkanlah saya menamakan diri saya “CINA-BIJAK” ,’CINA-BAGUS”
    atau “CINA-PANDAI”!!!!

    1. If that the real explanation, so I apologize. But really, you can just give away your name rather than that. Even though it is what you said as merendah diri, (it is harsh bt yhe way) as for me, I cant call you that. I bet you know that dalam kalangan orang Melayu Islam, name is ibarat satu doa because it has meaning.even chinese name is chosen from something that has good meaning kan? yeah, maybe I dont know kepala orang cina tulen, but i have no chinese friends with bad names.kita orang Malaysia ada budi bahasa, tak perlu guna bahasa yg kasar untuk menunjukkan bahawa kita kurang setuju dgn bangsa kita sendiri or orang lain. even i hate malays with this kind of attitudes. but if you really a pure chinese, and you are okay to name youself as that, ok la. I just takut if you are a malay and use a chinese identity to sparks race tension here. and as for Helen’s GGD, i think a little respect would be nice. Helen is just giving her opinion and example on that particular issue.

      Kata orang2 Melayu, datang rumah orang, bagi salam dulu.

      Cheers.

  23. Cina berjaya sebab orang melayu tolong mereka. orang melayulah yg mengkayakan cina. kalau melayu tukar trend pembelian mungkin cina akan bermasalah. siapa yg sibuk nak komplen KR1m dan KI1m kalau bukan cina..

    1. Patut lah cina kaya – melayu tolong cina dari Barisan hingga hujung kaki Pakatan tolong.

      .
      blogger2 Pakatan kata Indian racist kerana selalu minta hak mereka..Kalau cina atau melayu minta tolong itu hak mereka jawap Pakatan.

      rajraman666.Barisan bagi kerja ke bumiputra dan Pakatan pula bagi kerja ke bumiputra dan cina disiang hari,yang tinggal kerja bawahan untuk kaum India.

      Kerja tukang ampu.

  24. Menarik Ah Soon….pak ard nak kongsi urutan tiga peristiwa yang pak ard lalui baru-baru ni…
    Pertama, minggu lepas terjumpa dalam blog seseorang tentang boikot-memboikot, masyarakat Cina diajak boikot Petronas dan Shell, antara sebabnya… Shell tidak lagi memberi lesen perniagaan stesen minyak kepada bukan Melayu, stesen yang ada akan ditamatkan dan diganti dengan pengusaha Melayu….
    Kedua, seorang kenalan Cina yang rapat dengan pak ard dulunya pengemar minyak Shell, siap masuk peraduan dan pernah menang pun, sekarang telah bertukar mengunakan jenama lain, dan tentunya bukan Petronas..
    Ketiga, pak ard isi minyak disebuah stesen minyak Shell yang baru seminggu dibuka, di Jalan Kledang Utara, Menglembu, Ipoh, Perak. sambutan memang dingin, tak tau lah sebab baru buka atau sebab lain, pekerjanya seorang budak perempuan Melayu. Pak ard tanya siapa tuan punya stesen minyak itu, katanya pemilik stesen itu tauke Cina….

  25. Pak Ard – orang cina biasa umumnya tidak terpengaruh dengan agenda boikot petronas dan shell. mereka cuma nak hidup sebagai rakyat malaysia yg bebas dan tak terkongkong dengan agenda sempit kepartian.

    saya masih menuang minyak petronas atau shell. Dan bukan tak biasa juga ke BHP / ESSO / Mobil. Apa masalahnya.

    Semalam saya membuat tinjauan rambang selama 1 jam 13 minit di petronas (8.15 mlm hingga 9 lebih-dalam tempoh tersebut hampir 54 kereta kepunyaan cina berhenti tuang minyak dan 26 melayu / 12 india .

    Kesimpulan saya senang saja – cina biasa tak ambil kisah sangat dgn kempen boikot . sama juga dgn melayu juga tak berapa peduli dengan agenda boikot barang cina….

  26. Ah Soon, saya gembira anda buat kajian anda sendiri, saya juga tidak mau perangkapkan diri mempersoalkan kesahihan kajian, kejituan analisa, dan perkara-perkara yang layak dibicara oleh pakar statistik, saya pun tak pandai.
    Ada kelegaan membaca tulisan Ah Soon, kerana saya melihat keadaan “kalah, kalah” kalau perangai boikot-memboikot berasaskan perkauman sempit diperbesarkan.
    Kalau kita pergi ke pekan-pekan kecil dimana kedai-kedai lama masih lagi tegak berdiri, kita dapat lihat kedai-kedai cina ada tulisan jawi, pak ard belum ada di zaman british dan sebelumnya, tapi rasanya british tak paksa tulisan jawi digunakan, itu dulu. Sekarang, juga di pekan kecil (rujukan:Batu Kurau, Perak), pekedai cina akan sebut “saya jual” sambil hulur barang dan pak aji yang beli tu sambut”aku beli”. Ini akad dalam Islam, ia memberi satu titik berlakunya jual beli dan pertukaran hak. Tak jadi muslim pekedai cina tu hanya berjual dengan berakad, dan tak berdosa pak aji tu beli dikedai cina. Yang dosanya beli nombor ekor haram atau minuman keras balut dengan surat khabar di kedai runcit, tak kira lah yang jual tu cina, india atau sesiapa.
    Pak ard tak akan masuk kedai sebegitu bukan kerana bangsa sipekedainya tetapi kerana perbuatannya menjual perkara yang terlarang kepada orang islam. Menjual barangan yang dibolehkan oleh sesuatu kepercayaan kepada golongan tersebut tak menjadi hal kepada pak ard.
    Sempena Tahun Baru Cina ini….buat tuan rumah Helen dan rakan-rakan sekelian..Selamat Tahun Baru…sama sama kita tunggu kehadiran naga yang boleh membawa kesejahteraan kepada semua….(Helen dan Ah Soon, limau tak ada ke?..)
    ____________________________________________________________________________________

    Terima kasih Pak Ard. Selamat (tumpang) bercuti. — Helen

  27. Fellow Malaysians….the only way to progress be it personal or for the nation is HARD WORK…whatever your race is!

    Lets build a better Malaysia minus the corruption,nepotism and favouritsm for the rakyat.

  28. im a zero in politic etc…im here just to share some thought..in chinese society they create a strong bond..they work together in every aspect..business especially…that is why majority of the business conquered by the chinese…their very strict even with their own family…so mind set are different…
    work together is the key.

  29. yang penting xjatuh kat puak2 cina…korg tgk la campany cina yg besar2..mana anak2 depa jd apa..mst jd ceo n pengarah..mana ada bapak tokey anak jadi kuli…ckp pandai la..sama ja puak cina pun..

  30. salam….
    hai…im from chness school..
    setiap org setiap bangsa ade rezeki masing2..
    ALLAH 2 dah tetapkan dah…
    pucuk pangkal usha kite…

  31. Are we prefect? ‘Cause the one and only race that thinks and declare themselves perfect above all the other races in the world are none other than the JEWS themselves… to the extend they dare to declare themselves as ” The Chosen People Of God “…as such to the extend that all other races are expandable and their blood is Halal for killing..
    Do we still think we are perfect ????

  32. Hi helen ang.,sya mau berniaga cara bangsa cina tp perlu belajar @ kursus akan tp sya tidak mampu jika kos nya tggi..mohon tunjuk ajar

Comments are closed.