Posted in Agama

Anwar, Seksualiti Merdeka dan tukar jantina ditolak puak liberal?

Temuramah BBC dengan Anwar Ibrahim pada 12 Jan 2012

Minit 2.00

Wartawan: “… your case, that you’ve just been acquitted of, that generated a really, uh, a really newly-invigorated gay rights movement in your country. … Are you prepared to take that idea of anti discrimination as far as gay rights?”

Anwar: “We will have to review some of these archaic laws. We Muslims, non Muslims in Malaysia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between man and women but we should not be seen to be punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote either homosexuality in a public sphere or domain. I don’t think we need to make apologies towards that but I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned or tolerated.”

Anwar berkata undang-undang menegah perlakuan hubungan sejenis adalah kolot dan perlu disemak semula.

Anwar seolah-olah membayangkan bahawa kerajaan (yakni tindakan undang-undang) tidak perlu campurtangan kalau kegiatan homoseks itu tidak dibuat secara terbuka.

Anwar juga berkata [negara] kita tidak harus dipandang sebagai menganggap undang-undang kolot ini masih relevan.

Mungkin konsep ‘negara kebajikan’ (berlainan dengan konsep negara Islam) yang dipegang PAS sekarang ini tidak bercanggah dengan pendirian yang dinyatakan Anwar.

Bagaimana dengan DAP dan apa kata Buku Jingga dalam soal ini?

Adakah DAP sebuah parti sekular ataupun sebuah parti yang mendokong cara pemerintahan Islam ala Khalifah Umar Abdul Aziz?

Seperti Islam, agama Kristian juga melarang kegiatan LGBT. Para pemimpin tertinggi evangelis DAP pula?

Kalau Lim Guan Eng berniat hendak masuk Islam (lalu memakbulkan doa orang PAS), dia harus menegakkan ajaran Islam.

Kalau dia tidak beragama seperti didakwa Teresa Kok, mungkin dia tidak akan membantah LGBT. Namun sekiranya dia Kristian sepertimana yang cuba digambarkannya, dia harus menegakkan ajaran agamanya.

Guan Eng masih belum lagi berterus-terang tentang apa agama sebenar yang dianutinya.

Yang kita tahu, dia pernah mengetuai rombongan evangelis (bersama Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh & Dr Cheah Wing Yin) berjumpa National Evangelical Christian Fellowship Malaysia, 200 para paderi dan pemimpin gereja 10 hari sebelum PRU12. – Sumber: Buletin NECF

Sekumpulan pengamal media menghentam akhbar Kosmo! yang menyiarkan berita bahawa Yasmin Ahmad dilahirkan seorang lelaki.

Kosmo! terpaksa menarik balik rencana tersebut apabila rakan-rakan VIP Yasmin dan yang berpengaruh dalam dunia pengiklanan mengugut melancarkan kempen boikot ke atas suratkhabar tersebut.

Blog ‘Zon Artis’ melaporkan:

“Dengan penerbitan artikel daripada Kosmo! ini, ramai pihak yang berasa tidak puas hati serta berang dan salah seorang daripadanya ialah anak mantan perdana menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Marina sehingga beliau menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya. Marina dipetik berkata:

“Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).

“Remuk perasaan keluarganya,” kata Marina.

“Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

“Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.

“Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?”

“Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?

“Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?” kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini (28 July 2009).

— Baca liputan di SINI

http://www.mysinchew.com/node/27735

VIP-VIP glamor seperti Marina Mahathir, pengarang-pengarang NST, industri pengiklanan dan lain-lain orang bergaya Bangsar Malaysia begitu marah apabila ‘suratkhabar Melayu picisan itu’ mengatakan Yasmin Ahmad seorang yang tergolong LGBT.

Perbuatan mereka yang mencemuh, mahu memulau dan berjaya menundukkan Kosmo! ketika itu memperlihatkan sikap bahawa seseorang kalau mengaku diri LGBT adalah begitu menjijikkan.

Dan sekiranya idola seperti Yasmin Ahmad yang begitu popular dan disayangi tidak boleh diperakui sebagai LGBT, ia bermaksud negara kita masih belum bersedia menerima LGBT walau di tempat-tempat yang kononnya liberal pun seperti Bangsar (di mana suratkhabar NST beribu pejabat yang para pengarangnya menggertak Kosmo!)

Lantaran itu, lebih baik sekutu-sekutu Anwar dalam PAS dan DAP menjelaskan (clarify) tentang apa yang dikatakan ketua pembangkang kepada BBC.

Anda mungkin juga meminati:

Evangelis dan ciri-ciri politik gereja (dikemaskini)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Anwar, Seksualiti Merdeka dan tukar jantina ditolak puak liberal?

  1. Allahyarhamah Yasmin bukan LGBT.. Bukankah ada fatwa yang meletakkannya sebagai seorang wanita? I stand corrected, but as i understand, she has a medical condition yang memberi kelebihan kepadanya diiktiraf sebagai wanita…
    ______________________________________________________________________________

    Bukan L-G-B tetapi timbul tanda tanya sama ada beliau ‘T’, iaitu jantina pada waktu dewasa tidak padan dengan apa yang disebutkan dalam sijil lahir. — Helen

  2. I know about Yasmin Ahmad, and actually, she is not LGBT but ‘khunsa’ (please google for details). which by all means she doesnt change anything physically on her.but she can choose what gender she wants (wallahualam) Dalam Islam, we know there are three gender; man, women and khunsa. but still, this not the main point here.

    I still think LGBT is taboo but we can do so much to help them to move on because it’s their nature and we cannot ‘menidakkan’ their existance in our society. However, to give them rights, is not relevant (jika melibatkan aktiviti seksual terlarang, transeksual etc). Ikut logik pun, lebih byk impak negatif drpd positif if we really allow this. Dan tak pasal2 more stories will be published (something like Yasmin Ahmad, and remember Arwah Asyraf yg meniggal sebab depression from the society (transeksual)?) We all know that every religion dont permit this but maybe atheis is and shadowed by the name of human rights. Kalau ttg hak2 lain, I think ramai sahaja yg masih dapat kerja cari makan and dapat hak kerakyatan seperti orang normal yg lain. Lain la kalau didiskriminasi dari semua aspek.

    Quote: And Malaysia is not like ay other country. Even if our law is lapuk and ketinggalan, yes, we can renew it and etc. but when it comes to something related to religion, any human law is not relevant against reigion and in Islam, human law is relevant as long as it’s still according to Quran and sunnah.

    Just my 2 cents. =0
    __________________________________________________________________________

    Darlyn,

    Does YA fall under the ‘T’ (LGBT) category if the birth cert says ‘bin’ in the name?

    By suppressing YA’s true story, Ms MM, her friends the NST editors & their advertising/PR industry buddies are shutting the door on LGBTs in the public sphere.

    The threats made against Kosmo! are actions taken by people who are clearly illiberal despite their pretensions, and their forcing a gag order on Kosmo! does nothing for press freedom.

    Helen

    1. Well, if we look on the definition of transgender itself, it means “to describe people who act, feel, think, or look different from the gender that they were born with”. While khunsa has 2 reproduction parts = 2 gender. She didnt replace/change but choose one of the gender until her puberty or matang. So how can she choose?

      e.g: She was a boy at first because her family choose for her,but when she gets older, she has the right to choose since she has reached her puberty or she already come to her decision, well, dominant hormones will show physical changes that’s why she chose to be a woman as for Yasmin. and Khunsa gets special case. for the birth cert, i’m not sure about that, but one can refer to Majlis agama to identify or do some check ups to determine the truth of her/his khunsa case before finalised and angkat sumpah to change name and bin/binti later on. I stil need to rujuk to my ustazah/ustaz for more info on this. =)

      What happen to Marina and the rest? simple. I dont think politicians and whoever berkepentingan really care about this speacial people. Even Anwar. Every actions they made and about to make are totally base on what benefits they will get. Even Two Face gets more respects as a true villain. It was taboo then, that’s why they was against it. but now? popularity really shows one inner self/ dark side.

      Kalau betul2 ikhlas nak tolong golongan ini, buat dengan cara yg betul. Seksual merdeka really sounds like we are giving green lights to LGBT, eventhough they have good objectives. First impression is important. please give a different name/slogan for this, then maybe our society will give different or better response.
      ____________________________________________________________________________

      Thanks, pls share with us your ustazah’s explanation nanti. — Helen

  3. Pak ard ragui kenapa L,G,B,T dikumpulkan dalam satu kumpulan? Pak ard juga sangsi pengistilahan dan maksud tersirat kenapa ia diperdebatkan.
    LGB adalah kecenderongan sex, T adalah pengenalan jantina yang kabur / bertukar…setakat itu wiki dapat membantu pak ard.
    Jika T diistilahkan sama dengan khunza, pak ard terima T=kunza, tetapi kenapa LGB tumpang sama?
    Lalu apabila T=kunza, pak ard akan menyokong keadilan untuk T, tetapi sampai bila pun pak ard tak akan boleh terima kecenderongan sex LGB. Kecenderongan sex sebegitu wujud dan ada “peminat” tersendiri, namun ianya salah dari setiap sudut penilaian. Seperti kesalahan-kesalahan lain, tetap akan ada orang yang melakukannya, adakah kerana itu ianya dianggap hak yang patut dihalalkan?
    Kita menjejaki lorong kehancuran…hak asasi manusia yang “hakiki” adalah bebas melakukan apa saja keatas diri sendiri atau bersama orang lain asalkan ada kerelaan, pegang pada paksi itu dan tafsirkan perbuatan berikut, mengambil dadah, bunuh diri, jual organ tubuh, berjalan bogel, sex bebas, bertarung sampai mati suka sama suka dan bermacam lagi…kita menuju kesitu….relakanlah…

    1. Pak Ard,

      T dalam LGBT ni memang untuk Transgender/transeksual. Tetapi bukan yg kita kenali sebagai khunsa. Transgender ini dilabelkan kepada mereka yang ada krisis identiti sehingga menukar jantina dengan melakukan pembedahan untuk ubah pemberian tuhan. Trangender yg ada dalam Islam adalah individu hermafrodit iaitu mempunyai kedua2 jantina (tetapi kes ini adalah sgt jarang dan dikatakan tidak berlaku pada masa kini).

      Transgender yg dilabelkan oleh LGBT ini pun kita harus bendung Pak Ard. Sebab mereka berasal daripada manusia normal dan bukan ada masalah seperti khunsa. Nanti kalau semua orang mahu tukar jantina, pun masalah juga. Mungkin ini tanda kiamat sudah dekat.

  4. Terima kasih darling, kerana menambahkan lagi pengetahuan pak ard berkait dengan makna LGBT.
    Pak ard khuatir gejala tuntutan hak kebebasan melampau ini sengaja dipelopori dan disokong oleh sekumpulan tertentu untuk memastikan orang luar dari kumpulan mereka terjerumus dalam kerosakkan akhlak yang akhirnya merosakkan keseluruhan struktur ekonomi dan kemasyarakatannya, lalu mereka kekal yang terbaik….
    Dalam kumpulan mereka, perkara-perkara sebegini dihina dan dilarang keras, diluar sana mereka menaja, menyokong dan mengapi-apikan tuntutan diluar batas kemanusiaan….sedih..binatang pun kenal pasangan….
    Pak ard percaya kepada keadilan, tetapi tidak kepada kesamarataan…silap untuk melayan seorang wanita sama seperti lelaki dan melayan lelaki sama seperti wanita…dan inilah padahnya.
    Anak-anak pak ard, yang lelaki dilayan keras dan tegas manakala anak perempuan dilayan lembut walaupun tetap tegas….harap-harap mereka membesar kekal dengan sifat kelelakian dan kewanitaan mereka…mohon jauhi lah terjadinya transgender…

  5. Pak Ard dan Darlyn….

    Setelah faham definisi T tu….. sama-sama kita membendung kecelaruan LBGT ni… Dalam dunia ini manusia sentiasa digoda oleh Syaitan supaya sesat (Itu janji Iblis dengan Allah)….. Golongan LBGT ni terbukti cenderung kepada masalah SEKS…. SEKS adalah NAFSU… NAFSU datang dari JIWA…. JIWA yang goda oleh syaitan semenangnya tidak dapat berfikiran dengan waras….. Kembalilah kita semua kepada AGAMA…. tak kiralah AGAMA yang mana LBGT tiada tempat. Jika AGAMA yang berpandukan kepada kitab yang turun dari langit ini…Tiada istilah LBGT….

    Bukannya saya tak faham makna “human right” itu… bagi negara yang menjadikan agama ISLAM sebagai agama rasmi maka LBGT tidak dapat diberikan hak mereka….semoga mereka bertaubat dan balik ke AGAMA masing-masing…..yang tidak beragama… hormatilah….BAHAWA Malaysia amat menjunjung institusi AGAMA itu….

    Apakah Malaysia tidak MAJU jika tidak mengiktiraf mereka? Belajarlah dari bangsa-bangsa yang terdahulu…. Sesungguhnya TUHAN akan menimpakan bala kepada seluruh umat. Bukan kepada golongan LBGT ini sahaja…..SELURUH UMAT…….. Janji TUHAN adalah benar….. Kita semakin hampir dengan AKHIR ZAMAN…..

    Berdasarkan pengalaman saya bergaul dengan golongan-golongan ini…saya rasa tiada punca lain selain dari NAFSU….Bukan semua NAFSU itu berdosa… Tapi NASFU yang diluar tabii itu yang berdosa.

    Jika golongan T mendakwa mereka bukan berpaksi kepada NAFSU… itu dusta semata-mata. JIWA mereka yang menggelodak itulah NAFSUnya…. jika mereka bersabar dan bersyukur dengan pemberian TUHAN nescaya TUHAN akan membalasnya dengan ganjaran yang tinggi di AKHIRAT nanti…. Kenapa perlu ditukar pemberian TUHAN? Sesungguhnya anggota badan kita ini hanya pinjaman? Ianya bukan milik MANUSIA…ianya milik TUHAN. Barang pinjaman dibuat sesuka hati tanpa mengikut kehendak TUANnya (TUHAN)????

    Semoga ALLAH melindungi seluruh rakyat MALAYSIA dari AZAB dan BALA………..

Comments are closed.