Posted in CINA

Hatta DAP disayangi Melayu, tak laku BN dah

Hata Wahari, bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), posing maut dengan borang (buat tunjuk-tunjuk) keahlian parti yang disertainya hari ini.

Klik untuk membaca seterusnya di blog 'Tenggara is Southeast'

DAP buat majlis (kenduri? Ada sembelih lembu?) menyambut Hata, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia.

Zairil Khir Johari yang berbaju merah jambu dalam gambar ialah Melayu yang mendahului Hata, Datuk Sak dan Aspan masuk DAP. Kononnya dengan ahli-ahli Melayu yang ada sekarang DAP sudah mahu dikira sebagai mempunyai sokongan padu segenap masyarakat.

Dah lah politikus Pakatan berangan-angan duduk kerusi empuk, Adun menjangka dapat ‘pembantu peribadi‘ tujuh orang, Toyota Camry sebiji, elaun naik, MB bagi sejuta ringgit, Putrajaya bagi dua juta nanti, Mat Jenin bagi tiket loteri…

Kalau DAP big winners, Gerakan merupakan the big losers dalam PRU12 lepas. Parti itu tinggal dua Ahli Parlimen sahaja masing-masing di Perak dan Johor, serta lingkup di Pulau Pinang.

Datang PRU13 nanti, bungkus lah Gerakan gara-gara DAP bolot undi Cina.

Tak ‘caya? Tengoklah sambutan masyarakat Cina terhadap Gerakan dewasa ini.

Ceylyn Tay (YouTube bawah) ialah seorang kaunsilor Majlis Bandaraya Ipoh, mewakili Gerakan.

Blogger MyMassa mengamati bahawa setiap kali video Cerylyn dimuat naik ke Internet, banyak komen negatif yang diterima dari masyarakat Cina, mungkin satu petanda bahawa majoriti orang Tionghua akan mengundi Pakatan.

Pembaca Malaysiakini pula memberi lebih 200 komen, antaranya yang saya screenshot menunjukkkan sejauh mana Gerakan kini ditolak pemilih Cina.

Komen-komen pembaca 'Malaysiakini'

Orang yang memuat turun YouTube yang disebutkan para pengkritik Ceylyn nampaknya sengaja ‘memperbodohkan’ / cuba menjatuhkan imej beliau dengan mengulang-tayang sebanyak empat kali satu ayat yang dipertuturkannya.

Namun saya menasihat pembaca agar bersabar dan terus menonton klip sampai habis (panjangnya hanya 46 saat); saya petik versi ini kerana ia mempunyai sarikata BM.

Disyorkan anda sendiri menonton video untuk tengok sama ada gambaran buruk yang diberikan para penyokong pembangkang tentang Cerlyn adalah berasas atau tidak.

Sebenarnya bukan sahaja Gerakan yang pasti terkontal-kantil kelak tapi MCA pun.

Baguslah begitu. Maka MCA akan secara automatik dibersihkan.

Golongan Cina yang inginkan habuan (kontrak, jawatan, pangkat dsb) akan bertukar angin dan keluar MCA kerana sebuah parti komponen BN yang bukan lagi bergiat dalam kerajaan tidak akan berupaya menawarkan imbuhan kepada ahli-ahlinya yang bercita-cita besar.

Apabila Lim Boo Chang keluar PKR baru-baru ini lalu memohon hendak kembali ke Gerakan, beliau dilemparkan pelbagai tohmahan sehingga terpaksa mengambil tindakan menyaman malu Ng Wei Aik (setpol Lim Guan Eng).

Saya hairan kenapa orang Pakatan begitu ghairah mencemuh Boo Chang.

Bukankah mereka yakin Pakatan akan dapat tawan kerajaan persekutuan?

Dengan menyertai Gerakan, Boo Chang tidak mendapat faedah apa-apa. Lagi berbaloi seseorang itu menyertai DAP. Malah Zairil pun boleh dilantik menjadi pengarah.

Kalau diikutkan penelitian saya, dengan menyertai Gerakan, Boo Chang bukanlah seorang yang tamakkan pangkat.

Jadi kenapa pula Pakatan sibuk membuat serangan-serangan yang bertujuan menjatuhkan maruah beliau?

Perangai penyokong pembangkang yang menengking dan memaki-hamun Boo Chang (mungkin atas ‘dosa’ berani mengkritik Lim Guan Eng dan sPICE) tak masuk akal.

Gelagat mereka membayangkan bagaimana acuan begitulah kuihnya, yakni mengikut bentuk bekas DAP.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Hatta DAP disayangi Melayu, tak laku BN dah

  1. Helen, minta jelaskan macam mana Zairil Khir Johari itu dikatakan “Melayu”? Just curious lah.
    _________________________________________________________________________________

    :) — Helen

    1. Zairi Khir Johari bin Abdullah.Dia anak tiri Khir Johari. Mak dia orang mana pun tak tau. Masa Mak Tom ada Mak Zairi jadi SU Khir Johari. Mak Tom mati mak Zairi kawin dengan Khir Johari dan nyonya niii..lah yang dok tuang arak bagi Khir Johari minum tiap pagi. Kerana mak dia kontrol Khir Johari lah,semua anak-anak Khir Johari bergaduh sama sendiri sampai sekarang. La ni Zairi barua ni jadi SUPOL Lim Guan Eng.

  2. Whatever. He has the right to choose. But I think he will be hated by many Malays. PAS and PKR kan ada. I know DAP is for all races but they started with no Malays.Lagipun DAP is more familiar with Chinese and Indians. I will not judge him. But I must say DAP has guts (or money?) to recruit Malay members. If they are honest, sincere, jangan setakat bagi jawatan luar parti and duit je. Angkat la jd Naib Presiden DAP or setiausaha agung DAP ke. Oopps, maybe that wont happen, they keep postponing the party election. sigh.

    Yang peliknya, kalau pro-gov tukar to their side, they never lable them frog. Tapi kalau yg lain..berkatak-katak la mengutuk. Ceh. Cakap tak serupa bikin.

    1. Hai Darlyn……… Nak jadi Naib Presiden DAP atau setiausaha agung DAP tu kena BERTANDING DAN DAPAT UNDI DALAM MESYUARAT AGUNG DARIPADA SELURUH PERWAKILAN DAN AHLI! Siapa dpt sokongan paling tinggi dialah yg jadi ketua. Ni bukan permainan hulur2 jer pangkat kat orang Melayu ke orang India suka hati……. ada paham?

      Pasai ko ckp takde org Melayu kat DAP tu…… tu bohong besar. Kau tau tak DAP bertanding di pilihanraya sejak 1960an lagi ada guna calon Melayu? Baca bebaik dulu eh sebelum nak komen!

      1. Nak jadi Advisor dan Chairman macam Lim Kit Siang dan Karpal Singh tak perlu bertanding atau dapat undi dari seluruh perwakilan. Central committee saja yang lantik.

        Melayu macam Tunku Aziz yang diberi jawatan “kuda Melayu” dalam DAP pun tak perlu dibuat pemilihan. Tak perlu bertanding. Tak perlu dapat sokongan tertinggi pun.

        Inilah demokrasi penipu dan hipkrit dalam DAP parti anak beranak Lim dan Kapal.

        1. Untuk pengetahuan Jonathan:

          Wakil-wakil cawangan DAP memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat, dan 20 orang inilah yang seterusnya akan melantik saf pimpinan tertinggi. Nampaknya pemimpin kanan DAP pada peringkat kebangsaan tidak diundi terus oleh perwakilan parti.

  3. Mana satu ni.., Darlyn yang taksub ke atau jonathan yang taksub..? Apa yang diluahkan oleh Jonathan itu memanglah fakta tetapi emosi yang melampau telah menyebabkan komentar Darlyn menjadi sedemikian rupa. Tersasar..!

    Meluat, getik dan kebencian yang tidak terhingga terkadang telah memadamkan api kebenaran..

    Apa pun saya suka kepada tulisan Darlyn, ianya tidak terlalu ketat dan tidak juga begitu longgar… hanya kikiskan sedikit kebencian yang sedia tertanam di lubuk hatimu itu..

    Indahnya hidup ini jika sentiasa diselimuti oleh pakaian mahmudah..!

Comments are closed.