Posted in HIPOKRIT, Lidah bercabang

DAP kata lu ‘cayalah gua (Melayu sertai parti)

Kit Siang: More Malays will join DAP

Klip video berjudul ‘Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is a hypocrite‘ telah dimuat-naik bulan lepas oleh akaun YouTube yang menggelar dirinya Ms Betty Sung.

Ulasan atau voiceover dalam video (klik bawah) menyebut nama PM sebagai “Dar-took Sri Najeeeb Rey-zeck”. Orang Islam disebutnya ‘Moss-lemz’ dengan pelat tiru orang putih yang pekat sekali.

Kalau dia cakap Melayu, entah bagaimana bunyinya.

Video Betty tersebut menuduh Najib hipokrit kerana tindakan PM didakwa bertentangan dengan cogankata ‘1Malaysia’nya.

Satu lagi video Betty ialah ‘Is DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin a racist’?

Akan tetapi siapa lebih hipokrit sebenarnya?


“Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.” — Sila jenguk blog Minda Hijrah di mana komen-komen oleh pembaca amat lucu sekali

Politikus evangelis DAP beriya-iya mengatakan semua warga Malaysia adalah ‘bersaudara(we’re all brothers and sisters) tetapi orang berkulit gelap dirujuknya sebagai ‘hitam metalik’. Ada hipokrit tak?

Ng Wei Aik, iaitu setpol Lim Guan Eng, berkata:

“Marilah kita bersama-sama hidup dalam negeri ini dengan suasana muhibah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.”

Anda percaya kat dia?

Di bawah ialah screenshot komen pembaca Malaysiakini di sebuah rencana semalam bertajuk ‘Hindraf leaders split over ‘marriage’ with ABU‘.

Ong ini adalah seorang penyokong tegar DAP yang menstereotaip orang India.

Komennya membayangkan bahawa sebab adik-beradik pengasas Hindraf – Waythamoorthy dan Uthayakumar – telah masing-masing mengeluarkan dua kenyataan akhbar bercanggah ialah ekoran mereka mabuk.

Kaum India pun tidak dipandang kerajaan Pakatan Selangor juga. Acara-acara rasmi negeri yang dijadualkan minggu depan tidak menghormati perayaan Thaipusam, atau Ponggol sebelum itu. — baca blog Dhanyaraam SINI

Akan bersambung … kenapa Uthayakumar menarik diri dari ABU

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “DAP kata lu ‘cayalah gua (Melayu sertai parti)

  1. 1, abu dan hindraf adalah dua pertubuhan haram. apakah implikasi yg sah dari segi undang undang bila dua pertubuhan yg tidak sah mebuat kenyataan atau pun perhimpunan.
    2. satu parti yg tidak rasis seperti DAP minta ramai org melayu menyertai parti mereka. mengapa mereka tidak minta ramai org malaysia menyertai parti mereka.
    3. bila bercakap pasal anak, tidak pula mahu mengaku india atau cina. cuba tanya nama dia, suruh la anak dia letak nama malaysia, boleh ke?
    4. apakah maruah dan integriti org cina malaysia ini lebih mulia dari bangsa melayu dan india atau bumiputera? adakah kerana kedudukan ekonomi nya sahaja memboleh kan mereka berkata demikian? kalau melayu – rasis , kalau india – mabuk/paria. habis tu kalau cina malaysia? pelarian?
    5. kalau mengikut kartun mulan, pahlawan yg tolong menyatukan negeri cina ialah mulan – seorang perempuan. itu bermakna org lelaki cina tahu nak berperang dan bergaduh serta mengata orang manakala yg perempuan cina lah yg membangunkan keluarga dan negara. hidup helen ang!!

  2. Saya sebenarnya dah malas nak layan isu ni Helen. Tapi bagi saya, Melayu UMNO tak racist. Hanya kerana ia adalah badan politik berasaskan bangsa, UMNO takkan mungkin rasis. Hanya orang yang benci UMNO sahaja yg rasis kerana tidak paham asas UMNO. Siapa yg laungkan pasal rasis terlebih dahulu kalau bukan Anwar sebab dia ditolak? Walhal dia adalah Melayu UMNO suatu ketika dahulu? Kenapa saya kata Anwar? Memang dah jadi adat dalam satu bangsa. Sesama bangsa bergaduh, tetapi dgn bangsa lain, satu selimut takpe. Sama mcm Cina and India jugala kut. Tak ada Melayu UMNO benci Cina Malaysia atau India Malaysia. Tapi hanya benci Cina DAP. Ye, saya Melayu dan saya akan memperjuangkan hak2 Melayu Islam dan peribumi di bumi Malaysia yg sudah ada dlm perlembagaan supaya tidak ditindas dan dikotak-katikkan. So, adakah saya rasis?

    Just wanna share:

    http://ondastreet.wordpress.com/2012/01/25/pre-ge13-if-the-foundation-of-bn-is-race-ethnicity-pakatan-rakyat/

    1. Sebelum kita membuat apa-apa komen, perlulah kita ingat bahawa ahli ahli politik sentiasa sibuk membuat SANDIWARA POLITIK UNTUK MENARIK UNDI!!! Tetapi pada akhirnya, pengundi majoriti senyap yang akan membuat keputusan menag kalah calon atau sesebuah parti….jika kamu dok perli memerli dan membuat kenyataan yang berputar belit, itu cuma pandangan peribadi yang tidak akan mengubah undi majoriti….ingatlah, semua orng sedang sakit kepala memikirkan masalah peribadi dan rumahtangga sendiri….lain lain puak pula membuang masa berdebat tentang politik yang tidak langsung memberi faedah pada masa depan….gunakan masa kamu dengan bijak demi masa depan kamu……5 hingga 10 tahun akan datang, apabila orang lain sudah maju, kamu masih sibuk berdebat tentang politik dan menggaru kepala , menggapakah orang lain lebih maju!!!!!!

  3. Hey melayu, meh kita ramai2 join dap. Then we change the party dynamics, then its agenda until it becomes…….UMNO! Yes.

    1. cool!! let’s have all the chinese join umno and change religion to islam. then we change the party dynamics , then its agenda until it becomes …. DAP!! yes.

      1. These are the differences.
        DAP does not have a constitution that say only Chinese can join. So if you bring 1million Malays and 1million Indians and join DAP, the Chinese will no longer be a majority.

        But in UMNO, no Indian and Chinese can join. So, if you have a constitution that discriminate against other races, doesn’t that make you racist?

        1. KF Chan,

          With regards to UMNO, its constitution clearly says that its members must be Malays only. There is nothing racist with that the way that Chinese guilds are opened to Chinese only.

          But why must the members of UMNO are limited to Malays only? Because UMNO’s cause is to extend Malay hope, aspirations, concerns.

          But at least UMNO does not pretend. It cares about Malays but it never plays to racism the way DAP is known for. I often say this to the point that it irritates those who worship DAP: Had UMNO resorted to racism, Malaysia would have been a burning hell.

          Tell me. Which political party that can match UMNO’s might? We are talking about the dominant political party. If cruelty is its trait, DAP would have been dead by now.

          No doubt UMNO has warts and all. That is normal. After all, humans err.

          UMNO constitution does not discriminates non Malays. In the first place, non Malays are not allowed to be members of UMNO. DAP on the other hand allows non Malays to join in.

          But only as pecacai”. The real power is in Lim Dynasty. Politicians come and go. One Pope died, the successor resigned but Kit Siang is still there.

          Tunku resigned. His 4 next successor died in office and retired. But Kit Siang is still there. and now out of nowhere his Guan is there to perpetuate Lim legacy.

          What is so great about that? What is so great about Kit Siang and family that the Chinese are led to collide with Malays sooner or later?

          Because through Uncle Lim, Chinese can wrest power from Malays? Do not give crap and sampah that we have to dethrone BN because of corruption. Is not corruption the forte of DAP?

          1. re: “non Malays are not allowed to be members of UMNO”

            Actually they are, e.g. Ronald Kiandee, Mustapha Ong.

            Here’s a pop quiz:

            1. Umno ada berapa jenis ahli (soalan serius, bukan soalan lawak) dan apakah dua syarat keahlian?

            2. Apa singkatan nama Umno dalam bahasa Melayu?

            3. Apa cogankata Umno?

            4. Ada berapa peringkat susunan parti (pembahagian kuasa)?

            5. Presiden berhak melantik berapa orang – maksimum – atas budi bicaranya untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi?

            ANSWERS:

            1. Dua jenis ahli – (i) ahli biasa (ii) ahli bergabung
            Syarat keahlian: (a) berbangsa Melayu atau Bumiputera (b) berusia 18 tahun ke atas

            2. Pekembar (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)

            3. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

            4. Empat:

            I. Pusat – Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaannya Majlis Tertinggi
            II. Perhubungan – Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
            III. Bahagian – Perwakilan Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian.
            IV. Cawangan – Persidangan Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan

            5. Tidak lebih daripada dua belas orang

        2. “so if you bring 1million Malays and 1million Indians and join DAP, the Chinese will no longer be a majority.”

          Dalam kes ini Pak, anak, in law Lim kena undur digantikan oleh keluarga Dyana. Cina2 boleh terima tak? Kalau boleh pasti semua orang Melayu kata OK juga.

    1. Selepas saga liwat (yang masih berterusan kerana Peguam Negara mengemukakan rayuan), mungkin ada di kalangan awam yang merasakan tidak perlu diselak kain Anwar lagi.

      Maka apa-apa pendedahan salahlaku dari segi akhlak yang selanjutnya tidak akan memberi ‘keuntungan’ (kelebihan faedah) yang berbaloi kepada Umno memandangkan pasti akan timbul backlash, yakni orangramai yang berpendapat ‘cukuplah’ serangan-serangan ini ke atas peribadi Anwar.

      Juga pembangkang akan berkata Umno tidak ada modal lain kecuali skandal seks walhal Pakatan setakat ini tidak mampu menunjukkan mereka lebih ikhlas atau berkebolehan daripada parti pemerintah.

      Lagipun imej Anwar sudah jatuh & persepsi umum terhadapnya merosot berbanding dengan sebelum Video #1 dibocorkan. Bermakna propaganda pusingan lepas berkesan dan sudah berjaya meyakinkan orangramai, iaitu mereka yang duduk atas pagar (yang Anwaristas & Yeopies tak payah cakaplah).

      1. yah, lah , but he must take legal action on to Dato, T trio to clear his name. If not by staying silent only add fuel to the fire.

        The local politician’s are very petty and neanderthal in their method’s.

        My felling all cannot harap , too much politicking to and no time to do productive work for the rakyaat.

        Again ”NON OF THE ABOVE”

      2. Helen,

        Anwar’s misery together with his trial and tribulations (the kind of tribulations that even Mat Salleh politicians would have resigned in no time) are his own doing.

        Initially Anwar gained sympathy. People bought the idea that Dr M tried to fix Anwar. Because of that UMNO lost Trengganu in 1999.

        But wise men said we can’t forever fool people. The truth is revealed. And it was shown when Anwar’s trial no longer invite public sympathy. People are fed up. People of tired of the “soap opera” that never ends.

        In crude language, Malaysian even his diehard DAP supporters too realise that Anwar’s is history. Whether the Court finds him guilty or free him, people perception is that Anwar has too many problems. His problems should remain as his problem, not national tragedy.

        Anwar’s behaves as if he is the centre of universe. Unfortunately of otherwise he is not. It is a painful reality for a bloated guy to realise that he is no longer wanted.

  4. DAP tetap parti perkauman sama PAP di Singapura

    cubalah beri DAP perintah Malaysia

    nanti macam2 mereka gubal untuk supaya orang Melayu tidak akan berkuasa lagi.

    Mula2 je melayu jadi presiden dan pegang AG dah lepas mereka majority siap kau orang melayu mereka tindas dan hina sehinanya.

    Meritrokasi yang DAP atau PAP laungkan semua patung dan pembohong walau macam mana pun orang Melayu berkemampuan dan ada kelulusan yang tinggi peluang untuk pegang sesuatu jawatan tinggi dalam pemerintah jangan harap.

  5. DAP parti laknatullaah,walaumacam mana pun orang Melayu sokong tetap orang Melayu dipinggirkan dan tak dipercayai.Tetap bangsa Cina mereka percaya.

Comments are closed.