Ada di kalangan anda yang berpendapat perkara angpow putih itu boleh beransur reda sesudah kenyataan Perkasa bahawa ia tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Saya membalas bahawa isu rakaman seks Chua Soi Lek masih kerap diungkit oleh mereka yang pro-DAP walaupun sudah 5 tahun berlalu. Malah pada perhimpunan agung DAP 2012, penzina-penzina BN telah diperli oleh Hannah Yeoh.
Semalam, Malaysia Chronicle menyiarkan sebuah lagi rencana oleh Jackson Ng. (Dia yang pernah menengking polis kurang ajar serta membayangkan polis menyalahi undang-undang hanya kerana gambar Lim Guan Eng tidak tergantung di balai Datuk Keramat, Pulau Pinang. — baca SINI.)
Dalam rencana terbarunya bertajuk ‘Dumb and Dumber’ MCA drives white ang-pows issue round and round‘, Jackson menggelar Chua Soi Lek sebagai “porno Chua” (dan juga “zina Chua” di FMT). Bukannya kali pertama Jackson menghina presiden MCA tersebut dengan mencarut-marut.

Jackson ialah seorang wartawan pesara (‘retired journalist’ kata orang itu dalam biodatanya). Penyokong-penyokong DAP, terutamanya di media baru yang dikuasai penuh mereka, nampaknya gemar berpolitik longkang.
Malah bukan setakat penyokong DAP dalam media bahkan Adun-Adun DAP pun begitu. Contohnya Ng Wei Aik (setpol Lim Guan Eng merangkap Adun Komtar) baru-baru ini disaman malu oleh Lim Boo Chang, bekas kaunsilor Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Jackson juga menuduh MCA berperanan selaku “co-organizer” rumah terbuka sempena tahun baru Cina Perkasa itu.
“A lie told often enough becomes the truth.” — Lenin
Adakah cara operasi dan strategi penyokong-penyokong DAP dicedok daripada buku panduan diktator komunis?
Boleh jadi berpuluh buah rencana telahpun diterbitkan di media pro-pembangkang yang mengatakan (kononnya) MCA bersuhabat dengan Perkasa dalam mengadakan majlis tersebut. Mereka juga membayangkan kejadian itu adalah sebenarnya komplot dengan niat jahat yang dirancang awal.
Saya masih tertunggu-tunggu penjelasan oleh pihak yang dituduh, iaitu MCA. Bila agaknya saya akan dapat membaca liputan berkenaan di akhbar Star? Lepas Chap Goh Meh nanti bila wartawan habis cuti?
macam mana nak baca sebab kebanyakan wartawan berkenaan mungkin sokong dap dari dalam.
_____________________________________________________________________________________
Betul tu. Bukan sahaja di Star tetapi pasti di akhbar-akhbar Cina juga. — Helen
“wartawan berkenaan mungkin sokong dap dari dalam”
Kenyataan ini adalah kurang tepat.dan menghina bidang kewartawanan…Wartawan mempunyai etika dan maruah mereka yang harus dihormati….kita boleh tidak bersetuju dengan kata kata orang lain…tetapi…
.Surat khabar mestilah melaporkan apa yang berlaku dan apa yang diungkap oleh seseorang tak kiralah samada orang itu bercakap benar atau bohong, dan pihak-pihak yang tidak puas hati atau terasa pedas bolehlah menyaman surat khabar dan pengunkap tersebut….
sekarang zaman internetlah ….kalau hanya mengampu sebelah pihak dan menghina pihak lain, maka pembeli surat khabar akan muak dan memboikot surat khabat tersebut…jadi ,jika surat khabar hendak hidup lebih lama, maka kenalah laporkan dengan menarik dan melaporkan dengan cara yang tidak memperbodohkan kepintaran pembaca…jika hendak baca laporan yang berat sebelah, bacalah akhbar UMNO,ROCKET, HARAKAH ,MCA …kini ramai tidak lagi beli surat khabar…baca google news saja….boleh baca pandangan semua pihak…
“Isu politik digembelingkan sepenuhnya untuk menarik undi atas pagar”
Jika kita faham tentang maksud ungkapan ini, sudah tentu kita tidak akan tertanya tanya mengapa orang politik bersikap sedemikian..apabila orang politik bersikap “kurang ajar”,”mencarut””memaki-hamun” dan lain lain perbuatan “kartun”, tujuannya cuma satu, iaitu memancing undi penggundi atas pagar supaya menggundi mereka pada pilihanraya…itu saja…
Jadi apabila kita sedang sibuk mengecam dan mengkritik perbuatan ahli politik yang tidak sebulu dengan kita, tujuan mereka telah tercapai….kita menolong menyebarkan isu dan tujuan mereka!!!
Chua Soi Lek memang padan muka dan membawa bala kepada BN.
Walaupun dia TERPILIH oleh konco konconya, tetapi harus diingat “SILENT MAJORITY” yang membuat keputusan dipilihanraya nanti. BN masih tidak faham dengan tsunami 2008, dan menggangap ‘silent majoriti” telah membuat pilihan beremosi….padahal mengapa ianya terjadi memang jelas di depan mata….jika komponen BN masih bertegas dengan “musuh musuh bangsa,xxxxx, dan negara”
MCA dengan PORNO CHUA dan MIC masih bertelagah dengan lain kumpulan India….maka apa apa pandangan saya dan awak tidak akan menggubah persepsi “silent majority”..
Kak Helen dan saya boleh mengkritik,memaki hamun dan menulis sehingga kebas jari jemari, tetapi ianya hanyalah pandangan peribadi kita yang tidak akan menggubah pandangan majority yang sedang naik geram….tunggulah PRU13, kita lihat apa yang akan terjadi…..semoga TUHAN merahmati anak cucu kita di bumi yang kaya raya ini….
Sudah berapa kali saya nyatakan bahawa parti seperti DAP perlu diharamkan. Tidak ada di mana-mana negara pun di dunia sebuah parti politik ‘ perosak negara’ seperti DAP ini dibenarkan bergiat.
EN Hussin Rahman yang dihormati…
Jangan kita jadi katak melalak bawah tempurung…
semua negara ada parti yang tidak disukai oleh sebahagian penggundinya..”parti politik ‘ perosak negara” memang wujud dimana mana….kita tidak boleh membiarkan pandangan peribadi kita yg sempit untuk mengharamkan “parti politik yang kita tidak suka”
Quote
“A lie told often enough becomes the truth.” — Lenin
unquote
True..
Macam Father Christmas jugak ho hoh ho
Opposition knows it and that’s why they keep on throwing smears to our beloved PM and wife.
Isn’t it politik longkang?
Never want to serve the rakyat well first to prove their mettle, but sabo everything in their path to gain power.
Jika dikaji perbuatan dan sikap pembangkang, mereka sanggup melakukan apa saja demi berkuasa. Ini termasuklah mencabar perlembagaan, menaikkan kemarahan rakyat melalui pembohongan, memutarbelit fakta, menafikan kebenaran, memperkecilkan jasa pemimpin dahulu, tidak menghargai pengorbanan generasi dulu, memburukkan nama negara di luar negara, menghakis kredibiliti institusi-insitutusi negara, mencari dan mengambil dana asing untuk kegiatan politik, melanggar undang-undang, memfitnah, memaki hamun, mengganas di jalanan, menipu, menghasut, menghina puak-puak yang menegakkan kebenaran, berbohong, menyakitkan hati orang dan pelbagai lagi. Adakah negara akan aman dan makmur jika golongan ‘sub-human’ begini mendapat kuasa?. Saya adalah salah seorang daripada jutaan rakyat, yang amat cintakan Malaysia, yang sedang dan akan terus menentang puak-puak durjana ini habis-habisan. Hancur badan dikandung tanah, fuckaton rakyat pasti tidak dibiarkan mencium Putrajaya!
EN Hussin Rahman yang dihormati,
Semasa pejuang kita menentang penjajahan Inggeris dan Jepun….semua pejuang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain lain telah dicap oleh INGGERIS sebagai pengganas!
Perkara “mereka sanggup melakukan apa saja demi berkuasa. ” adalah biasa di arena politik di seluruh dunia….janganlah terlalu emosi dalam politik….itu semua perkara BIASA yang dilakukan oleh orang politik untuk memikat undi…
Kerajaan yang berkuasa akan cap pembangkang sebagai pengacau dan petualang, pembangkang pula akan cap kerajaan yang berkuasa sebagai penipu dan pendusta…itu semua BIASALAH….cuba tempatkan diri kamu ke tahap yang lebih tinggi dan kaji gelagat manusia, dan kurangkan emosi…tentu anda akan menulis dengan lebih efficient…
Zaman Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dll adalah zaman menentang penjajah. Tidak boleh disamakan dengan politik selepas zaman kemerdekaan Malaysia. Bukanlah semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang saya setuju tapi pembangkang juga tidak menunjukkan bahawa mereka lebih mampu menerajui negara. It is better the devil you know than the ‘wannabe’ devil.
RETRO YANG DIHORMATI,
Maksud saya ialah…tak kira zaman bila, setiap penentang atau pengkritik pihak yang berkuasa akan di cap sebagai musuh bangsa , musuh negara, musuh itu, musuh ini,pengacau,pengganas, tak kenag budi, pencari nahas, penjual bangsa, tali barut, anjing, kafir, pengkhianat, penjilat kasut, perkauman, rasis, “yang patut diharamkan”, “terus diharamkan”, dipenjarakan dan lain-lain cara yang digunakan untuk terus berkuasa!!!
Bacalah sejarah tanahair, sejarah dunia, sejarah itu dan sejarah ini….anda akan lebih memahami sikap manusia yang tidah pernah berubah…
Salam sejahtera buat temanku Hussin Rahman. Berkobar-kobar sungguh semangat anda.sehingga turut sama untuk mempertahankan putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Syabas ! Ramai orang UMNO yang pengecut dan tidak seperti saudara Hussin yang lebih UMNO dari umno..!
Hancur badan dikandung tanah, perangai yang buruk tidak akan dikenang orang…! Cuba bawak berlapang dada ketika menulis dan menzahirkan emosi agar ianya sesuai dengan ilmu yang diperolehi jauh di luar negeri tuuu.., sehingga dapat dibezakan oleh para pembaca blog ini sama ada yang melontarkan komentar di sini seorang yang berilmu atau sebaliknya.
Dasar pembangkang memang begitu iaitu sentiasa mencari kelemahan, kekurangan dan kesalahan yang dilakukan oleh parti pemerintah. Jika UMNO/BN sekalipun menjadi pembangkang, mereka akan berbuat begitu. Tujuannya hanyalah satu iaitu memenangi hati rakyat.
Dalam kebanyakkan kes, rakyat memang boleh ditipu oleh parti pemerintah. Tetapi tidak akan selama-lamanya ditipu. Paling kuat pun sekali jer kena tipu…, di situlah peranan pembangkang iaitu memberi maklumat dan kesedaran kepada rakyat.
Rakyat pulak tidaklah sebodoh yang disangka oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang, mereka ada akal untuk berfikir dan bebas untuk mendapatkan maklumat untuk mencari kebenaran. Cuba anda fikir dan renungkan…, parti pemerintah menguasai media, ada radio dan TV juga media cetak tetapi mereka gagal untuk menepis tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh pembangkang..?
Patutnya parti yang memerintah kena berfikir dan menggunakan pendekatan yang lebih aggresif untuk memenangi hati rakyat. Jangan tunggu musim pilihanraya saja nak tunjuk baik dan berbakti kepada rakyat. Sehingga ada yang menempelak kepada sesiapa yang hadir acara anjuran kerajaan dianggap sebagai “program untuk memperbodohkan rakyat”.
Jika ada program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, menteri ikut serta dan PM pun ada. Semua orang dijemput hadir dan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan tapi tak ramai yang hadir meskipun ada disediakan pengangkutan percuma serta diberikan makan-minum. Kenapa perkara seperti ini berlaku..? Boleh encik Hussin jelaskan..?
Apakah masih nak diletakkan kesalahan kepada pembangkang..? Tetapi apabila pembangkang nak anjurkan program.., macam-macam halangan dikenakan. Tetapi rakyat berduyun-duyun dan berpusu-pusu hadir juga ke program tersebut. Contoh boleh dilihat kepada BERSIH. Tiada pengangkutan percuma juga tiada disediakan makan-minum. Malah disiram dengan air asid lagi ada… sebagai risiko yang menanti.
Apabila berlaku perkara yang seperti ini, Hussin sepatutnya berasa malu yang tidak terhingga dan selayaknya menutup muka dengan periuk-belanga sehingga sokongan rakyat berpihak kepada parti yang memerintah. Sebagai penyokong tegar kerajaan yang memerintah sepatutnya Hussin memberi pandangan yang membina dan memberitahu mereka macam mana nak memerintah dan memenangi hati rakyat.
Saya yakin mereka boleh memenangi PRU 13 ini dengan cara menipu sahaja. Oleh itu saya berharap sangat kepada Hussin agar tidak memasukkan diri ke dalam golongan orang-orang yang bebal. Kasihanilah anak isteri kamu. Isteri yang cun-melecun dan cute-miut itu masih muda dan tidak rela berpisah dengan kamu meskipun sehari.
Jika ditakdirkan UMNO/BN tewas dalam PRU 13 nanti, maka hendaklah kamu menjadi seorang yang tenang dan berlapang dada serta berupaya bermuhasabah diri untuk menjadi individu yang cemerlang. Hidup ini umpama kitaran roda dan kita tidak akan selama-lamanya berada di atas.
Nampaknya semua orang berkobar-kobar untuk mempertahankan parti pilihan sendiri….
Hanya majoriti yng mampu menggubah PRU13….dan kita cuma boleh berdebat secara ILMIAH…..kita boleh melenting dan memekik hingga pagi besok…tetapi majoriti saja yang mampu menggubah segala-galanya….
majority will decide……………………