Rencana The Economist bertajuk ‘Najib at bay‘ (Feb 4) merumuskan bahawa rancangan-rancangan transformasi yang dicorakkan oleh perdana menteri masih tidak mencukupi supaya pemilih yang berada di tengah boleh yakin terhadap pentadbirannya.
Dalam pada itu, walaupun transformasi Najib tidak menyeluruh tetapi ide dan program GTP, ETP, NEM, dsb dilihat sebagai reformasi yang kurang menyenangkan partinya sendiri.
Najib Razak tidak berjaya memuaskan kedua-dua hati pemilih moderat ataupun Umno ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir.
Majalah bisnes antarabangsa itu dalam laporannya semalam mengemukakan pandangan, “He may be courting electoral disaster”.
Bersangkut kes liwat Anwar Ibrahim (juga dalam rencana awal ‘The end of Sodomy 2.0‘ pada Jan 14), The Economist berkata terhadap langkah peguam negara untuk merayu keputusan mahkamah menimbulkan syak bahawa tidak banyak sebenarnya yang berubah dalam Umno.
Najib dilihat sebagai seorang nakhoda yang cuba mengemudi arah ke depan sementara yang lain-lain dalam perahu enggan mendayung.
Menurut The Economist, Najib meletakkan dirinya sebagai seorang yang berani bawa perubahan (“bold moderniser”) namun partinya jelas tidak mendokong usaha-usaha untuk ‘berubah’.
“… despite Mr Najib’s worthy intentions, [Umno] wants few reforms to speak of. Resistance to Mr Najib’s changes has become something of a leitmotif of his time in office, and it could cost him dear at the next general election, which is expected later this year.”
Seterusnya majalah tersebut memetik pendapat Mohamed Ariff Sabri Aziz (blogger Sakmongkol) yang mengatakan Najib menemui jalan buntu.
[Joceline Tan dalam kolumnya di Star hari ini meneliti bahawa Datuk Sak mendakwa dirinya seorang yang menentang rasuah – “He said he is against corruption” – serta beliau “can be quite ruthless” dalam tulisan-tulisannya, termasuk yang menghentam Umno.]
Analisa The Economist tentang faktor-faktor yang menongkah arus transformasi:
“The civil service is a problem too. Traditionally an important source of Malay patronage, it is dominated by those with a vested interest in hanging on to their perks and their standard of living.”
Dengan itu, “wide-ranging affirmative actions to privilege the rights of the majority ethnic Malays over those of ethnic Chinese and Indians” yang dianggap kolot oleh Najib kekal tinggal kerana pemimpin cabang dan ranting Umno – yang paling banyak memperolehi tender dan kontrak lumayan – sering memberontak.
Diambil Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam sebagai satu contoh bagaimana reformasi Najib disabotaj. (Baca juga bantahan Zaid Ibrahim terhadap akta tersebut).
Pejabat Perdana Menteri serta puak ‘Najibistas’ – perkataan digunakan Economist dan julung kali ramai pembaca mendengarnya – mungkin boleh cuba untuk menggerakkan reformasi tetapi ia tidak berhasil ekoran terlalu banyak aral melintang.
He might be right, but he’s an outsider looking in. The smear campaign that has been going on for some time seems to be working. Malay votes might be coming back to BN, what with all the candies Dato Najib has been giving out. Other races in Malaysia, I cannot tell, but if MCA and Gerakan can swing back just a quarter of their votes, I think BN can form another government. Two thirds majority? fifty-fifty.
But I worry that if BN does not get clear majority, UMNO might just lean back enough to make space for Pas to join us, and the roles of MCA, MIC and Gerakan will be diminished to such a degree, that they can’t do much to help their races. Candidacy pattern would be molded along racial lines. We step back fifty years in time. Catastrophe!
Ya Allah, please preserve our harmony and protect us from evil influence.
_________________________________________________________________________________
Our thoughts are aligned on this! Instead of the 2-party system that the DAPpers are clamouring for, we might end up with a 2-race political system (& why should not Malays reject Chinese with the viciousness that the opposition supporters are constantly displaying?) — Helen
Masalah yg paling berat ialah rakyat malas berkerja kuat, semua orang mahu gaji yg tinggi tetapi bekerja pada tahap terperlahan,
akibatnya negara ini penuh dengan buruh luar…bagaimana negara ini mampu memberi gaji yang bagus apabila suatu hari nanti minyak Petronas sudah kering? memberi wang tunai kepada rakyat tanpa rakyat bekerja untuknya hanyalah akan menyebabkan nilai wang menurun….jadi penyimpan wang kehilangan nilai wang apabila harga barangan dan servis semakin meningkat, apabila wang tunai semakin banyak dipasaran tanpa rakyat menghasilkan nilai wang tersebut
The Economist has been speaking half truths all this while. Two cents worth of news. Most of the time, the sources of their information are from the opposition. Sakmongkol is just a clown and an opportunist. Would he have left UMNO and join DAP if he had been fielded and elected as an ADUN in 2008? Good riddance. Anyway, I have been saying so many times, beware of the silent Malay majority!
__________________________________________________________________________________
Do you reckon he’ll be fielded in a Malay majority seat (& maybe lose his deposit) or in a Chinese majority safe seat? — Helen
Buat ketika ini DAP sudah pun menperolehi kedudukan maksimum yakni kawasan majoriti Cina. Mungkin adalah pertambahan dalam 4 atau 5 kerusi sahaja dan sudah pasti tidak kurang dari 2008.
Yang menjadi persoalan kemampuan PKR dan PAS.
Harapan DAP untuk berkuasa bergantung kepada berkembangnya pengaruh / kuasa mereka sendiri tanpa bergantung kepada PAS dan PKR. Mereka perlu buktikan kepada Melayu / Bumiputera mengenai perkara ini. Paling tidak buat masa ini hati orang Melayu sudah mula terbuka terhadap mereka tetapi belum cukup untuk memberi undi secara besar-besaran.
Bagi PRU 13 beberapa nama “besar” Melayu yang berada di dalam DAP akan diletakkan di kawasan selamat bagi membolehkan mereka berada di dalam kerajaan di negeri-negeri yang bakal dimenangi PR.
Ini bakal menjadi tapak bagi DAP terus mengembangkan sayap mereka. Politik Malaysia akan terus berubah di mana UMNO, PAS dan sudah semestinya PKR akan terus terpinggir di hati orang Melayu.
Can just ignore them mat salleh.
The last time in 1997, when we pegged our ringgit, lowered the interest rate and spent to stimulate economy, they criticised us.
Who was right?
BTW it is basic knowledge who is in charge of pulling these mat sallehs’ strings.
Even google news gives exposures to opposition portals
Err, Najibistas? Ya Allah, this is just something fishy (way too fishy)about them against DS Najib and maybe try to demolish the word Anwaristas? For everyone’s info, no UMNO Malay are too taksub with Najib, unlike certain people in PKR or PAS. we are very moderate in everything, and not all in Najib’s gov/ideas are well aligned with the rakyats/pro-UMNO. See yourself how many pro-UMNO kutuk or bidas UMNO and BN? But they are still with BN. See what happen if you are too taksub or not agree with leaders in PR. Too taksub; you’ll get tok guru followers.Not aggree with them, either you’ll be gag or fired like Hassan Ali with cerai talak 3. Dalam hal ni, DAP paling untung. Bravo DAP for menyelam sambil minum air.