Kes Hasan Ali mencatatkan sejarah kerana dia sekarang tinggal sebagai Adun bebas (tidak berparti).
Selama ini MP-MP dan Adun-Adun yang keluar parti selepas PRU ialah wakil-wakil PKR dan DAP. Tidak ada seorang pun yang keluar PAS selain Hasan yang baru-baru ini dipecat. Kenapa PAS mahu mencemarkan rekod cemerlangnya yang belum memperlihatkan wakil menang kerusi 2008 meninggalkan parti?
Perlembagaan DAP menyebut hanya ahli yang menyertai parti selama dua tahun boleh layak dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya kecuali syarat ini diketepikan khusus bagi seseorang itu oleh jawatankuasa pusat.
Adakah DAP sanggup membelakangkan perlembagaan partinya sendiri untuk tai chi memikat Melayu dengan mencalonkan Sakmongkol, Aspan Alias, Zairil Khir Johari dan Hata Wahari yang menyertai parti tidak cukup tempoh untuk memenuhi syarat?
Saya rasa DAP tidak keberatan untuk mentongsampahkan perkara-perkara dalam perlembagaan parti yang mungkin tidak secocok dengan jiwa baru versi 2.0nya.
Kalau DAP bertaichi, PAS bersilat dengan memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan yang tak pernah diuar-uarkan oleh parti itu sepanjang 60 tahun sebelum ini.
Mengikut perlembagaan parti, Majlis Syura adalah kuasa tertinggi dalam PAS. Nampaknya perlembagaan PAS pun mungkin disejukbekukan juga tanpa banyak usul periksa. Tak lihat pun Majlis Syura membuat apa-apa ketetapan tentang Hasan Ali.
Beberapa hari lepas, ketua KITA Kedah Zamil Ibrahim telah mengajak Hasan dan Jati, NGO yang dipimpin oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, untuk bekerjasama dengan partinya.
Hasan menolak pelawaan Zamil atas alasan perjuangan Jati tidak selari dengan perjuangan KITA.
Itu pendirian Hasan.
Adakah ahli-ahli DAP ataupun ahli-ahli PAS berpendapat perjuangan parti mereka sejajar?
Ke mana perginya negara Islam serta negara sekular yang masing-masing pernah menjadi tonggak ideologi kedua-dua parti tersebut?
Bagi Hasan Ali, PAS sudah terpesong halatujunya.
Kita pasti tertanya-tanya adakah PAS akan tunduk kepada DAP atau sebaliknya PAS yang mampu menundukkan DAP pasca-PRU13 (itu sekiranya Pakatan masih bertahan sebagai satu gagasan)?
Parti mana yang mempunyai pengaruh lebih besar ke atas pasangannya?
Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup ‘tidur sekatil’ dengan DAP, serta DAP mahu mahu menjadikan Malaysia negara republik.
Hujah Hasan ini – yang mengatakan PAS akan mendiam sahaja dan membiarkan DAP mewujudkan sebuah republik – adalah arca kepada hujah mengatakan DAP sanggup bersekongkol dengan PAS untuk mewujudkan negara Islam.
Kita sudah lihat bahawa DAP sudah mendiam tentang hudud. Maka adakah ini bermakna DAP akan membiar sahaja PAS mewujudkan negara Islam?
Hasan juga mendakwa dipecat tanpa diberikan surat tunjuk sebab. Adakah ini budaya PAS atau budaya DAP? Tengok bagaimana Wee Choo Keong dipecat.
Kita tahu DAP sering mengeluarkan perintah tutup mulut. Adakah PAS sekarang sudah terikut-ikut DAP apabila menteri besar Kedah Azizan Abdul Razak pun boleh dikenakan arahan tutup mulut?
Kalau ada orang Melayu yang bimbang melihat PAS semakin bertukar wajah, nampaknya hanya segelintir Cina yang gelisah melihat DAP bertukar wajah.
PAS menganggap tarbiyah mereka berjaya apabila:
- Lim Guan Eng menggayakan dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz dan menjadikan ‘Amar Ma’aruf Nahi Mungkar’ cogankata pentadbirannya,
. - MP-MP dan Adun-Adun DAP membaca ayat-ayat Al-Quran dan memetik Hadis,
. - Adun-Adun lelaki DAP yang dahulunya memboikot songkok sekarang bukan sahaja memakainya secara sukarela tetapi mencetak poster-poster besar mereka berpakaian baju Melayu, berkain sampin dan bersongkok (hanya satu yang kurang ialah Taming Sari tidak disisip pinggang),
. - Adun-Adun perempuan DAP pula begitu rajin berkunjung ke surau dan masjid, dan beriya-iya mengenakan tudung,
. - Perhimpunan DAP di Pulau Pinang pernah dibuka dengan bacaan doa — pertama kali ia berlaku dalam sejarah parti.
Orang Cina pasti bukan bodoh. Mereka tahu wakil-wakil DAP yang tiba-tiba belakang pusing itu setakat bertopeng dan bermain tai chi untuk mengaburi mata.
Tetapi sebab bermimpi siang menawan Putrajaya, semuanya dihalalkan. Malah penyokong-penyokong DAP nampaknya yang paling agresif menyokong hudud.
ADU – Asal Dapat Undi apapun sanggup dibuat. Bagaimana orang Cina tahu bahawa kerenah DAP itu hanya wayang?
Kerana walaupun khatib-khatib PAS telah mendoakan supaya Lim Guan Eng dikurniakan hidayah, namun belum kita dengar bahawa dia memeluk Islam, bukan? Kita sebenarnya tidak tahupun apa agama yang dianutinya.
Teo Nie Ching, apabila ditanya adakah akan masuk Islam, menjawab dia kekal seorang Kristian yang teguh imannya.
Terlintas di benak fikiran saya tidakkah gelagat wakil-wakil DAP itu mempersendakan agama walhal parti mereka selama setengah abad kononnya sosialis dan sekular?
Kalau agama pun sanggup mereka tunggang kerana kemaruk kuasa, adakah mereka mengenal batasan lagi?
Hasan Ali pernah menyatakan hanya Karpal Singh seseorang yang menjadi batu penghalang dalam Pakatan Rakyat untuk PAS melaksanakan negara Islam dan hukum hudud.
Bagaimana pula dengan PAS?
Berkaitan:
Helen, negara Islam dan hudud adalah 2 perkara berbeza. Sudah 60 tahun Pas memperjuangkan negara Islam, tapi hanya baru-baru ini menyedari negara Islam tidak disebut dalam Al Quran, lalu menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan, walau ditertawakan oleh UMNO.
Tentang hudud pula, secara peribadi, saya tiada masalah, dan pendirian ini dikongsi ramai Melayu, tapi peradaban dunia kini tak memungkinkan sesiapa yang tidak dididik secara Islam untuk menerimanya, termasuk kalangan Melayu sendiri.
Ini pendirian saya sebagai orang UMNO, Agak-agaklah bagaimana pendirian orang Pas?
Adakah masyarakat Cina menerima sandiwara beberapa kerat pemimpin Pas yang memegang tangan penjual babi? Riuh rendah media Pakatan melaung kepada semua bahawa Pas celik budaya!! Cubalah suruh semua ahli Pas pegang babi, lepas tu baru war-warkan bahawa Pas celik budaya.
Pakatan Rakyat terlalu berbeza antara satu sama lain. Marilah kita tunggu dan lihat adakah Pas akan keluar Pakatan sebagaimana mereka pernah keluar Barisan dulu.
Peace be unto you
Ya Allah, peliharalah keharmonian negara kami ini
THE ENDS JUSTIFIES THE MEAN
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA PERLAKSANAAN
PERCAPAIAN MATLAMAT MENGHALALKAN PERBUATAN
Apa yang menjadi matlamat ialah menarik undi penggundi atas pagi!
Tsunami 2008 menyaksikan penggundi bebal, penggundi atas pagar dan PENGGUNDI MUDA menggundi ABUmno!
Apa yang berlaku sekarang ialah menuduh parti lain sebagai pengecut, penjilat, pembodek, perkauman, tunduk pada parti lain
dan lain lain tuduhan liar…tujuannya hanya satu…untuk menggubah pandangan penggundi majoriti supaya menggundi mereka pada PRU13..
Apabila penggundi majoriti merasa GERAM!!! Mereka akan menggundi BN atau Pakatan…
Jadi masing masing sedang menulis skrip untuk menimbulkan isu isu baru serta sentiasa mencari cari kesilapan dan kepincangan pihak lawan dan segera memperbesar besarkan sesuatu isu untuk memalukan dan mempersendakan pihak lawan.
Maka apa yang berlaku sekarang adalah sandiwara dan wayang kulit…….
Malangnya kesemua ini telah menyebabkan rakyat negara ini terbahagi kepada beberapa kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap kumpulan lain….. dan dendam kesumat semakin membara di hati…maka timbullah maki hamun, kata kata kesat dan cacian yang tidak sepatutnya berlaku….tetapi golongan yang memulakan isu isu tersebut sedang bertepuk tangan dan menari nari keseronokan!!!
Pada masa yang sama sutu kumpulan sedang sibuk berpolitik dan bercakap kosong di warung kopi, satu lagi kumpulan manusia sedang bekerja keras menimba ilmu dan melabur tenaga & kekayaan untuk kesenangan masa depan….. 5,10 dan 20 tahun dahulu dan tahun tahun yang akan datang…apabila kumpulan di warung kopi ketinggalan dari segi kekayaan ilmu dan harta benda…mereka hanya melopong dan tertanya tanya menggapa mereka terus ketinggalan dan seraya menyalahkan orang lain atas kemunduran mereka!!!!!
KUMPULAN MANAKAH ANDA BERADA SEKARANG???
Saya sokong pendapat bahawa “DAP tidak keberatan untuk mentongsampahkan perkara-perkara dalam perlembagaan parti ..” Kita tahu rekod DAP demikian lama tidak mengikut undang undang negara pun, apatah lagi undang undang tubuh partinya sendiri.
Namun demikian, saya keraguan jika DAP mahu melepaskan “safe seat” mereka kapada Sakmongkol Arif Sabri pun, apa tah lagi yang lain yang tak berapa di kenali itu. Meletakkan mereka di kawasan yang berisko kalah, DAP akan nampak sanggup “mengetongsampahkan” undang undang parti dan menonjolkan tabi’at mereka tidak berperinsip.
Saya juga terperanjat bahawa PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan impian Hukum Hududnya. Saya menyokong pendirian yang mengatakan negara ini berbilang kaum dan Hukum Hudud tidak sesuai baginya. Tidak ada di sebut di dalam Qur’an dengan firman yang nyata dan terang bahawa Hudud ada lah cara yang perlu di ikuti. Qur’an, yang didalam bahasa Arab tua, telah di interpretasi oleh berbagai bijak pandai sejak beratus, malahan beribu tahun, dan maanusia sentiasa berbeza pendapatnya, walau pun di dalam suku-kaum agama (sect) yang sama. Bukan saja Islam ada sects dan sub-sects, Kristian ada beratus sects dan sub-sects. Demikian juga Buddhist, walau pun tidak begitu banyak pecahannya.
Tetapi saya sokong penuh Dr Hassan Ali sebab dia mempertahankan dan cuba memajukan kepentingan agama Islam, institusi Raja Raja Melayu dan kaum Melayu – selagi belom timbul kemahuan di semua pihak menubuhkan suatu Bangsa Malaysia dan mengikut Perlembagaan negara sepenuhnya. Saya setuju dengan kata kata Dr Hassan Ali bahawa PAS sudah terpesong halatujunya.
Saya fikir tidak ada so’al PAS tunduk kepada DAP tetapi sebaliknya PAS akan terus tunduk kapada DAP dan ini merosotkan sokongan mereka. Pada hemat saya pendirian DAP sentiasa keras, tidak boleh berganjak, tidak bertolak ansur, dan, pada masa masanya tidak mengikuti apa yang telah di persetujui. Ini nyata dari hal bahawa, walau pun sudah ada “persetujuan tidak bersetuju” di antara pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di mana PAS boleh promosikan Hukum Hudud tetapi implementasi mesti di runding lagi, Karpal Singh kritik Nik Aziz tiap kali dia buka mulut fasal Hudud selepas persetujuan itu.
Saya juga setuju bahawa “kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup ‘tidur sekatil’ dengan DAP, serta DAP mahu menjadikan Malaysia negara republik” dan ini mesti sentiasa di halang.
DAP “mendiam tentang hudud” hanya apabila Nik Aziz mengata dia tidak mahu bercakap fasal Hudud lagi, membiarkan orangnya berbuat demikian, dia mahu fokus kapada “implementasi” Hudud. Tapi saya tidak terbaca apa yang di lakukanya terhadap itu. Mungkin dia berkata demikian sebab bosan di cerca Karpal Singh yang asyik bising bila dia buka mulut fasal Hudud. Bukan bermakna “DAP akan membiar sahaja PAS mewujudkan negara Islam”. PAS sedar hal ini tapi diam.
Saya suka kata kata membayangkan hal bahawa Hasan dipecat tanpa diberikan surat tunjuk sebab itu adalah mengikut budaya DAP, sebagaimana Wee Choo Keong dipecat. Dan juga fasal perintah tutup mulut DAP yang mungkin PAS sekarang sudah terikut-ikut. Tapi saya fikir itu juga di sebabkan oleh banyak pergolakan di dalam PAS bermula dengan “Kumpulan Erdogan” dapat mempengaruhi perwakilan di Muktamar PAS Jun lalu menggugurkan konsep Negara Islam – yang Nik Aziz terpaksa pungut semula – dan adanya apa yang Dr Hassan panggil “parasit” dalam PAS, sehingga Mat Sabu Timbalan Presiden pun nampaknya tidak buka mulut sesuka hati sahaja lagi.
Sakmongkol masuk DAP dengan syarat dia akan diberikan kerusi untuk bertanding. Sila rujuk kepada perbualan Facebooknya dengan Zorro. SINI: “DAP may field me in ____ or somewhere….”
Soalnya ‘somewhere’ tu mana — kerusi selamat majoriti Cina atau di Pahang?
Saya rasa mungkin DAP sanggup korban satu kerusi di Pantai Barat yang boleh memberikan Sak peluang cerah atas perhitungan ‘public relations’ buat memenangi hati Melayu (melepaskan sejengkal tetapi sudah mengira akan mendapat balasan sehasta kelak).
Zairil pasti akan dicalonkan. Kalau di P.Pinang mungkin di DUN Kebun Bunga (kawasan bandar majoriti Cina) yang secara kebetulannya tempat saya membesar. Kalau di kawasan Melayu, dia hilang cagaran nanti.
Hi Helen,
Situasi PAS dan DAP berbeza. Walaupun DAP kelihatan semakin “Islamik”, hakikat yang pasti ialah dari kaca mata orang cina, ia tetapi DAP seperti sediakala, a party for chinese to fight the chinese cause. Malah the chinese cause ni semakin terserlah dengan strategi baru DAP apabila mereka melihat DAP semakin berjaya dalam memperjuangkan isu-isu perkauman yang bakal menguntungkan orang cina khususnya penghapusan DEB.
Beza pula dengan PAS, apabila mereka terpesong, mereka akan kehilangan penyokong. Terpesongnya DAP adalah kerana strategy politik, tapi terpesongnya pas adalah menyanggahi prinsip. Bila pemimpin DAP pakai baju Melayu, orang cina tak rasa apa-apa. 1 Malaysia katakan. Tak akan tergadaipun budaya cina kerana seorang dua wakil DAP pakai baju melayu dan songkok. Tapi bila PAS melawat pasar jual daging babi, persepsinya sangat berbeza kerana babi adalah perkara yang serius bagi orang Islam, khususnya di Malaysia.
Bila DAP mendiamkan diri pasa Hudud, orang cina tak rasa apa-apa, sebab mereka tau, buat masa ini, Hudud tidak akan terlaksana. Tapi bila PAS kata tak akan memperjuangkan Hudud, ia memberikan implikasi hebat kerana selama ini ramai orang undi PAS kerana berharap mereka akan laksanakan Hudud.
Walaupun dua-dua parti sudah berubah, satu berubah kepada yang lebih baik dan satu lagi berubah kepada yang lebih buruk.
__________________________________________________________________________
Hi Grand Marquis,
Setuju dengan huraian saudara. Orang Cina, sama ada yang secara sedar & strategik, ataupun yang benar-benar termakan propaganda DAP, sebenarnya bersuhabat dengan parti itu dalam hal hudud, tudung dsb.
PAS pula kelihatan hilang pedoman & ahli-ahlinya yang bukan Erdogan resah. Pola ini akan membawa kepada sistem dua ras Melayu-Umno lwn Cina-DAP. Namun Cina DAPpers tak dapat nampak scenario ini.
Helen
Helen, look up on what LEE K.Y. say on how the Chinese in Singapore vote.
it will be illuminating as to why the Chinese are giving 95 percent backing to DAP.
The chinese thinks that they have a sure bet on their hand. Well they will find out the hard way, when the polarize themselves from the bumi-majority. and can only bring matters of their interest in confrontational manner Via DAP.
They better home their gamble works. As for MCA ,well good luck,MCA.
____________________________________________________________________________
You think it’s reached 95%? Wow, then I’m in the 5%, haha. How successful do you think of DAP’s Malay recruitment has been, apart from the media-hyped window dressing? — Helen
ITU pamdangan peribadi….jika DAP menag semua kerusi parlimen pun, UMNO masih lawan Pakatan untuk merebut berkuasa, berapakah sangat kerusi DAP parlimen yg DAP boleh masuk bertanding?
Tsunami 2008, adun P.Pinang dan Perak hampir disapu bersih DAP…. PKR dan Pas pun dapat sokongan….
Di P,Pinang dan Perak sekarang , adakah UMNO Melayu hanya lawan DAP cina??? PKR dan Pas pun dapat undi jugak…
saya hairan, dahulunya karpal singh yg membangkit kan soal anuwar ibrahim meliwat, tapi akhirnya karpal singh di minta membela si peliwat ini.
dahulunya karpal singh cakap ‘over my dead body’ utk negara islam. sekarang PAS tukar 360 darjah dan jadik negara kebajikan.
jadi calon PM yg bagus ialah Karpal Singh.
utk Menteri KDN lim kit siang. dlm diam diam DAP berjaya memusingkan PAS dan PKR.
utk menteri penerangan elok la Anuwar ibrahim
utk menteri pertahanan mat sabu lah paling bagus. kerana mungkin berjaya menyatukan komunis dan askar melayu diraja.
utk menteri pertahanan, pastinya lim guan eng. dia mungkin berjaya membeli lapaterbang F50 dengan harga kereta F1.
dan menteri KPDN – nik aziz. pastinya berjaya turun harga dgn mandi di sungai, makan di gerai dgn air kosong dan tak payah pakai barangan letrik kerana itu hak rakyat marhean